Tips Mengekalkan Persahabatan | Assalamualaikum. Aku akan sambung entri seterusnya berkenaan bagaimana mengekalkan status persahabatan itu dengan lebih lama. Aku ada sahabat yang dah lama jadi kawan aku. Sejak aku berumur 6 tahun. Waktu tu adalah perkenalan yang tidak disengajakan. Boleh tak nak imbas sikit bagaimana perkenalan aku? Masa tu aku dengan sorang kawan aku yang lain tengah main basikal. Lalu depan rumah dia nak petik ceri. Dia tegur aku. Aku ajak borak. Tanya dia mengaji dekat mana. Rupa rupanya mengaji dekat tempat yang sama. Sampai harini kitorang adalah sahabat baik dunia akhirat. Insyaallah.1. Berkawanlah ikhlas kerana Allah
Ya, inilah kunci utama mengekalkan persahabatan. Apabila kita ikhlas berkawan kerana Allah , kita dapat menerima kelebihan dan kekurangannya.2. Jangan menjadi api
Sudah menjadi lumrah dalam perhubungan persahabatan, adakalanya timbul salah faham yang mengakibatkan pergaduhan. Ketika salah seorang menjadi api, biarlah kita menjadi air. Mengalah bukan bererti kita kalah.3. Tanam sifat saling percaya
Dalam perhubungan persahabatan ,adakalanya ada pihak ketiga yang cuba memporak perandakan hubungan anda. Jangan bertindak melulu. Percayalah sahabat anda kerana anda lebih mengenalinya berbanding orang lain.4. Sentiasa berbincang
Ketika berlakunya salah faham, ambillah masa untuk bertenang. Setelah menenangkan diri, berjumpalah dengan sahabat anda dan berbincang dengannya tentang masalah yang berlaku.Dengar dahulu penjelasan daripada sahabat anda sebelum anda menjatuhkan ‘hukuman’. Mungkin berlakunya salah faham atas sebab masalah dalam komunikasi antara anda berdua.
5. Carilah orang tengah yang mampu membantu
Ketika berlakunya salah faham , carilah orang tengah yang mampu membantu anda dan sahabat anda menyelesaikan salah faham.Namun, anda haruslah berhati-hati kerana jika tersalah pilih orang, orang tengah mungkin akan mengeruhkan lagi keadaan anda dan sahabat anda.
6. Luangkan masa bersama
Masing-masing akan sibuk dengan kehidupan sendiri.Namun,carilah waktu dan luangkan masa bersama-masa. Tidak perlulah sampai menonton wayang, bersiar –siar atau sebagainya.Cukuplah duduk berdua dan bercerita tentang diri masing-masing ketika ada waktu terluang.
7. Terimalah kelebihan dan kekurangannya
Memang tiada manusia yang sempurna. Kadangkala kekurangannya menguji kesabaran kita.Contohnya,sahabat kita memang seorang yang panas baran.Kadangkala tanpa sebab yang pasti kita dimarahinya.Bersabarlah.
Terima sikap itu sebagai kekurangannya sebagaimana dia menerima kekurangan kita. Manusia ni tiada yang sempurna kan?
8. Sentiasa bersama di kala susah dan senang
Carilah sahabat yang mampu bersama di kala kita senang mahupun ketika ditimpa kesusahan. Kawan ketawa mudah dicari, tetapi kawan menangis susah dicari.Mesti anda pernah dengar kan?
Carilah sahabat yang mampu berbahagi kesenangan dan kesusahan bersama kita.
Terima kasih membaca. Semoga Perkongsian ini bermanfaat | Tips Mengekalkan Persahabatan
Rujukan : http://amienamiyumi.blogspot.com + http://sihat-cantikmulus.blogspot.com + http://www.khairilmazri.com
2 Comments
Singgah tengah hari...
ReplyDeletePerkataan sahabat adalah mahal :)
sahabat ibarat orang yang paling hampir dengan kita. jangan la kita sombong dan tidak mencari rakan. cari kawan yang baik agar dapat membantu kita ke arah kebenaran. kawan kawan dapat membantu kita untuk mencapai impian dan cita cita kita.
ReplyDeleteterima kasih kerana meluangkan masa membaca dan meninggalkan komen.