Kecil Hati



Kecil Hati
 

Kecil Hati | Assalamualaikum. Aku ingat kegembiraan aku berpanjangan sampai harini selepas aku dapat jumpa crush aku semalam. Tapi. Tak ku sangka rupanya hujan di tengah hari. Sebenarnya tak sempat nak tengahari pun. Kawan aku sampai lambat dekat kolej. Tapi tu bukan point dia. Pensyarah nampak muka dia sugul. Penyarah tanya.

"Okay tak? Boleh buat? Nanti tak faham tanya lah kawan kamu tu. Dia menang tau.(masuk pertandingan apetah). Awak dah tak kawan dengan dia ke?"

Lebih kurang macam tu lah perbualannya. Tapi tu pun bukan point nya. Pukul 10 tu semua orang rehat tinggal aku dengan dia je dalam kelas dengan pensyarah. Aku tak pasti lah pensyarah tu nampak aku ke tak. Tapi aku rasa harusnya dia nampak. Sebab dari tempat dia, ada celahan pc yang menembusi tempat aku.

"Awak tak makan ke? Tak lapar? Ke makan tengahari nanti? Awak dah makan ke pagi tadi?"

Aku tak berapa nak dengar jawapan dia. Sebab aku cuma dapat tangkap soalan yang diajukan pensyarah. Jadi apa masalahnya aku nak kecil hati? Ye aku kecil hati sebab pensyarah tanya dia sorang je, pensyarah nampak dia sorang je. Macam aku tak wujud pulak dalam kelas tu. Macam dia sorang je tak faham soalan tu. Macam dia sorang je pening dengan soalan tu. Yela. Dia je yang pensyarah tolong. Ehem.


 
 
Lepas pensyarah tanya dia macam tu, sengaja aku buat buat buat menaip biar dia tahu aku pun ada dekat situ. Lepastu baru la pensyarah cakap.
 
"Eh awak pun ada rupanya. Tak pergi makan."
 
Aku tunggu je dia nak bagi aku soalan. Ternyata dia cuma mengeluarkan ayat penyata. So dah faham kan kenapa aku kecil hati dengan pensyarah sendiri. Ni bukan Universiti. Sebab dekat universiti aku tak heran. Ini kolej je kod. Pelajar bukan sejuta. Jadi pendekatan pensyarah dengan pelajar tu tak ada jurang. Pilih kasih dengan tak pilih kasih je. Kalau korang faham la apa yang aku nak sampaikan. Dah lama jugak aku perhatikan pensyarah tu macam tak suka dekat aku. Laaamaaa dah aku tengok. Lama dah aku perasan. Baru harini dia tunjuk depan aku. Hmm | Kecil Hati
 

Post a Comment

1 Comments

  1. alamak ad jugak kes kecil hati dgn pensyarah ye..sbr byk2 ye..xpnh alami plak msa study dlu, so xtahu huhu

    ReplyDelete

terima kasih kerana meluangkan masa membaca dan meninggalkan komen.