Cinta Mulai Tumbuh dan Dibaja

Cinta Mulai Tumbuh dan Dibaja

bagi saya peluang ea jaga hati awak elok - elok. kita sama - sama nakkan yang terbaik. so kita sama - sama jadi yang terbaik ok? 

saya tahu, saya dah baca. saya pun tak sempurna awak. 

awak tak perlu takut salah orang. bila saya cakap saya nak jaga awak elok - elok, maknanya saya betul - betul akan buat. kehidupan kan ada dugaan. dugaan pun untuk orang yang kuat dan bertahan kan? dan bila kita pilih jalan ni, kita akan lalui dugaan tu. contohnya saya kena layan karenah awak, manja awak, sedih awak, marah awak, garang awak. itu semua saya kena hadap awak, untuk bahagiakan awak. 

saya nak hargai awak dalam hidup saya, nak sayang awak sorang tak nak orang lain,  izinkan saya sayang awak tau. 

mama dengan ayah restu saya dengan awak

mengenang semula kenangan awal 7 bulan lepas; disini


Sekejap Tak Mentah, Lama Tak Matang

aku selalu berpegang dengan ayat diatas untuk beberapa situasi, contohnya dalam hubungan. bagi aku, kenal orang bertahun tak menjamin hubungan akan matang dan kenal orang sekejap tak menjamin hubungan tu mentah. 

matang yang aku tulis bukan matang dewasa. tapi lebih kepada 'apakah kau kenal dia seluruhnya?'. sbb aku nak singkatkan ayat HAHAH. 

ada je orang sekeliling aku, kenal bertahun. tapi bila bersatu dalam hubungan, sekejap lerai. aku tak kata lah kenal sekejap tu bagus, atau kenal lama tu buruk. ini lebih kepada luck hubungan kau yang tuhan dah tetapkan. yang penting kena ingat, kita boleh berusaha untuk dapatkan jodoh terbaik. 

7 bulan perkenalan dan akhirnya memilih pernikahan itu satu hal yang:

"eh kau yakin ke dia jodoh kau"
"eh kau dah semak latar belakang dia?"
"eh, kau tahu ke dulu dia macammana?"
"eh, mana kau kenal dia?"
"eh, ehhh, ehhh"

jujurnya, aku hanya ambil masa 30 hari dari hari pertama aku kenal dia, untuk bersetuju mengabadikan kenangan hidup bersama dengan seorang laki - laki yang entah dari mana.  

aku yakin dengan keputusan aku bila aku sendirian. aku mulai berbelah bahagi bila orang berteka - teki untuk aku dapatkan jawapan dari dia. takut tak dapat terima hakikat bahwa pasangan kita pada hari ini pernah memiliki hidup yang  terpecah - pecah semalam. walhal, kita semua pernah memiliki silam yang hitam. cuma tuhan tutup rapi dalam saku masa. 

setiap kali aku berbelah bahagi, aku pesan pada diri. nak jodoh yang baik, diri sendiri perlu baik. aku sedar yang aku pun so so. jadi belajarlah membina sama - sama. jangan harap dia saja yang terpaling sempurna sedangkan kita ni tak ada apa - apa. 

30 hari setuju untuk bersama dari hari pertama kenal, dan 151 hari yang sangat panjang dari hari aku bersetuju untuk bersama. 151 hari yang sangat menguji bila disahkan positif. walhal, tarikh nikah sudah dekat benar. goyah aku masa ni. ujiannya cuma berat sebutir gula, tapi sangat mengganggu mental saat tak sihat. sampai aku cakap dekat dia, "nikahlah dengan orang lain."

Hubungan Rahsia

aku memang merahsiakan hubungan ni dari orang terdekat walaupun aku dah bersetuju untuk hidup bersama dengan laki yang entah dari mana. alasan aku ialah aku takut kalau terlalu beriya kenalkan dia kepada orang sekeliling tapi tempoh perkenalan gagal dan tak berjaya. 

dalam banyak - banyak manusia, dia yang paling aku 'simpan' dari orang sekeliling. takut betul nak kenalkan dengan siapa - siapa. takut sia - sia. walaupun rasa yakin akan kekal lebih tinggi dari rasa takut hilang. entahlah. 

aku plan 'majlis kahwin' semuanya sendiri. sehinggalah hari raya may 2021, aku kenal kan dia kepada keluarga. itulah kali pertama. masa ni mak aku dah tahu, aku nak nikah dengan dia. malu sebenarnya, sebab sebelum ni pun pernah duduk dalam hubungan yang tak jadi. 


Allah Izinkan 'Kita'

Cinta Mulai Tumbuh dan Dibaja

Cinta Mulai Tumbuh dan Dibaja

pada tanggal 26 oktober 2021; yang pertama - tamanya. 

Cinta Mulai Tumbuh dan Dibaja

Cinta Mulai Tumbuh dan Dibaja


Terima Kasih Semua

terima kasih Allah

atas izin restu untuk hubungan ini. kalau tidak kerana Engkau, mungkin hubungan ini sudah berakhir atau selamanya tergantung tak berikat yang sah. terima kasih Tuhan kerana telah menyempurnakan kehendak aku yang terbengkalai dulu. terima kasih untuk sepanjang hidup ini.

terima kasih emak dan ayah

Cinta Mulai Tumbuh dan Dibaja

restu hubungan singkat ini. menerima apa sahaja plan kahwin yang tersangat ringkas. menerima ketiadaan wang yang tinggi, majlis yang tak terlalu sempurna seperti orang lain. terima kasih kerana menjadi 'tulang kekuatan' sepanjang aku membesar dan menjadi dewasa walaupun aku tak terlahir seperti kanak - kanak lain. namun dewasanya aku cuba memberi dan berbagi seluruhnya walau kadang ada yang lopong. terima kasih untuk waktu - waktu yang selalu ada. terima kasih sudi bersusah untuk majlis kecil. terima kasih syazwan tolong jadi driver, terima kasih apan tolong angkat - angkat barang, terima kasih ayuni tolong jadi fotografer, terima kasih afia dan aisyah memeriahkan majlis.

terima kasih ayah man dan mama cikjue

Cinta Mulai Tumbuh dan Dibaja

terima kasih mama dan ayah kerana menerima aku seadanya. restu hubungan dan setuju dengan keputusan pernikahan dalam masa pendek. terima kasih kerana mengizinkan anak kalian menikahi aku yang tak ada apa - apa. terima kasih kerana membesarkan anak kalian dengan baik menjadi dewasa lalu diberikan kepada aku untuk menyambung tua bersamanya. terima kasih sudi bersusah untuk majlis kecil. 

terima kasih keluarga keduanya

Cinta Mulai Tumbuh dan Dibaja

Cinta Mulai Tumbuh dan Dibaja

Cinta Mulai Tumbuh dan Dibaja

terima kasih kepada pakcik makcik, adik beradik, ipar duai, sepupu sepapat yang terlibat secara langsung atau secara tak langsung. terima kasih sudi hadir / tidak hadir dan juga atas doa - doanya. terima kasih pada yang ada dihari majlis dan membantu apa dayanya. terima kasih untuk waktu yang diluangkan. terima kasih.

terima kasih kawan - kawan (perempuan itu)

maaf pada yang tak dijemput dan pada yang tak diberi tahu langsung. tapi terima kasih untuk kawan - kawan yang tak berkecil hati kerana tak dijemput.

Cinta Mulai Tumbuh dan Dibaja

terima kasih cyra
walaupun kau tak dapat hadir dihari majlis, tapi kau sudi menjadi paling pertama. membantu aku pakai inai, tolong seterika baju keluarga aku dan kita berbual - bual tentang kenangan. maaf kerana berkali - kali menukar tarikh dan akhirnya kau paling tak ada dihari majlis. terima kasih kerana sudi setia jatuh dan bangunnya aku. 

Cinta Mulai Tumbuh dan Dibaja

terima kasih Khaty 
kerana menjadi paling awal tiba. menjadi peneman sepanjang perjalanan menuju akad. terima kasih kerana sudi ada sepanjang masa kita kenal sehingga saat aku menamatkan bujang. terima kasih kerana ada. 

Cinta Mulai Tumbuh dan Dibaja

terima kasih Tasya 
kerana hadir pada hari bahagia serba ringkas aku. terima kasih sudi bersama saat aku kecewa dan bahagia. terima kasih melalui hidup yang tak indah indah ini bersama - sama dan kau sudi berbagi rasa. 

terima kasih suami
memilih aku sebagai penghuni hati. terima kasih sudi menyebut nama aku dalam akad dan menggalas tanggungjawab sepenuhnya dengan hidup dan diri ini. terima kasih sudi menjadikan aku sebagai orang yang akan melalui hidup bersama - sama untuk jatuh dan bangun. terima kasih kerana sudi bina kenangan tentang kita. terima kasih kerana menerima seluruh tentang aku. terima kasih untuk semuanya.

Cinta Mulai Tumbuh dan Dibaja

Cinta Mulai Tumbuh dan Dibaja

Cinta Mulai Tumbuh dan Dibaja

Cinta Mulai Tumbuh dan Dibaja

Cinta Mulai Tumbuh dan Dibaja

Cinta Mulai Tumbuh dan Dibaja

Doakan Kami.
maaf banyak kurang. 
buat semua, terima kasih kerana membaca. doakan kami akan selamanya sampai syurga <3. 


Post a Comment

3 Comments

  1. Tahniah Mieza..akak doakan Mkeza dan suami bahagia hingga ke jannah...selamat pengantin bru

    ReplyDelete
  2. Tahniah mieza, semoga bahagia hingga ke jannah, selamat pengantin baruuu��

    ReplyDelete
  3. Alhamduliah....Moga Cuya juga berjumpa dgn org yg terima Cuya apa adanya....Aaamin :D

    ReplyDelete

terima kasih kerana meluangkan masa membaca dan meninggalkan komen.