Tamat Ijazah di UIA

Tamat Ijazah di UIA

ini adalah sebuah catatan peribadi untuk aku mengenang pada suatu hari. aku tak tahu nak mula dari mana. haha. aku kira, aku paling aneh. kerana ini merupakan kali pertama aku menghadiri majlis hari graduasi kawan. sebelum ni memang tak pernah. sebab aku tak tahu macammana caranya nak menghadiri majlis begini. mestilah kena minta izin. kalau tidak dibagi, aku yang kecil hati. begitulah selalu. 


Lima Tahun Yang Sempurna


dia yang mula - mula tanya aku, kalau ada event best jangan lupa ajak. dia dah percuma! cuma dia ada bagi jarak masa, dia agak sibuk untuk bulan tu kerana akan bergraduasi. terus aku tanya, bila tarikh graduasi. nak datang jenguk boleh ke? dia kata 'datanglahhhh'.

ya aku memang nak datang. sebelum ni aku tak berkesempatan nak datang graduasi kawan - kawan baik aku yang lain. ini je peluang yang ada. bagi aku, adalah satu penghormatan bila ada kawan yang sudi datang majlis hari graduasi dengan sejambak bunga dan sekalung ucapan tahniah. mungkin bukan bunga, sekadar ada pun dah cukup sempurna. 

Tamat Ijazah di UIA
Tamat Ijazah di UIA

sebelum aku pergi jauh, izin aku perkenalkan. ini yuyin azman. aku kenal dia ketika panggilan namanya khaty (dia punya banyak nama; nur, ain, yuyin. entah apa lagi). dia kawan sekolah aku ketika di smk seri tanjong kuala selangor. aku kelas efisyen, dan dia rasional. jujurnya, ketika ini aku memang tak kenal siapa dia. pernah lah nampak sebab khaty selalu lepak dengan budak kelas aku yang namanya ainor dan aqilah. aku baik dengan dua orang ni. cuma dengan khaty memang tak pernah pula bertegur. ada sedikit tulisan tentang khaty disini: perempuan itu.

selepas habis sekolah, dua ribu empat belas kami berhubung melalui facebook. semenjak itu, kami melewati hari dan puisi bersama. dia ni anugerah tuhan yang tak ada nilai. perbezaan yang ada pada dia yang buat aku selesa. 

jika dihitung, sudah masuk tahun ke lima kami masih lagi berdua. semoga tuhan merahmati persahabatan kami. 

untuk dia sampai pengakhiran ijazah, jalannya tak mudah. aku tahu dia melalui banyak perkara. banyak. aku tahu, sebab dia banyak bercerita. mungkin ada lagi 'kesakitan' yang dia alami tapi tak pernah dikongsi. entah -- 

dia pernah jatuh paling jatuh. kemudian bangun lagi untuk terus lari. dia perempuan tabah yang tak pernah serik. dia banyak bagi aku 'motivasi' walaupun tidak secara terus. dia memenuhi jiwa aku dalam diam - diam yang sering kosong tak ada makna. 


Hilang Doa Seorang Ibu

tuhan tahu dia kuat, tuhan uji sikit. tuhan ambil semula emak yang dipinjamkan sejak dari hari pertama dia lahir. entah kenapa, tuhan ambil emak waktu dia sedang gembira nak merai hari bahagia selepas lima tahun bertarung duka. 

kesian -- 

waktu aku menaip ini pun, aku masih lagi tak percaya dia telah hilang doa seorang ibu. aku tahu, dia mengalami kekecewaan yang terdalam. aku tahu. entah bagaimana dia cuba melawan rasa sakit. aku tahu dia kuat. emak diambil pulang bertemu tuhan disaat dia sedang sibuk menyiapkan diri, lagi tiga hari. 


ketika hari gradusi, tak ada sedikit pun kecewa dibibirnya. aku tahu, dia sehabis baik mengukir senyum paling indah. semua orang 'memaksa' dia untuk hadir menyempurnakan impian mak. impian mak untuk 'tengok' dia sarung jubah dan ijazah. tahniah! 

waktu aku menaip ini, aku menulis dengan rasa yang penuh emosi. aku rasa airmata aku pun turut ikut gugur. sumpah kau kuat khaty. semoga tuhan merahmati perjalanan hidup kau walaupun dengan ketiadaan emak. 



Peneman Sepi

aku fikir, bunga terlalu tipikal bagi hadiah hari graduasi. jadi aku memilih untuk menghadiahkan dia dengan 'seorang' teddy bear buat peluk jika sedang sepi dan sekeping surat ucapan tahniah. aku suka bagi orang surat, sepertimana aku suka orang memberi aku surat. aku sukakan kenangan. jadi inilah sedikit kenangan tulisan aku buat kau. 

aku tahu tulisan akan cair, kertas akan rapuh. tapi tetap juga aku mahu menulis bingkisan kata untuk disemadikan didalam sekeping kertas putih. semoga tak luntur dan sempat makan tahun. agar kau tak lupa, ada aku dibelakang yang sentiasa menyokong. 

Tamat Ijazah di UIA

jika kau baca. 
walaupun dah tak ada emak untuk mendoakan bahagia kau, aku dan orang sekeliling masih mendoakan kesejahteraan hidup kau yang berpanjangan. semoga terus kuat dan memberi inspirasi. aku sayang kau dunia akhirat tak kisah apa pun jadi. aku sayang kau seadanya. semoga kita masih lagi bersama melewati hari - hari esok. 

terima kasih masih sudi ada, walau 'dunia' tak pernah terima aku. 

Post a Comment

2 Comments

  1. ada juga terbaca di fb yuyin. Berat ujian dia. Insyaallah, Allah rancang lebih baik dari yang kita mahukan

    ReplyDelete
  2. Tahniah yuyin..salam takziah atas permergian bonda tercinta..alfatihah

    ReplyDelete

terima kasih kerana meluangkan masa membaca dan meninggalkan komen.