aku ada banyak benda nak dibuat. oleh sebab serabut, aku hentikan dulu kerja - kerja dan biar dulu. sementara sahaja. saja lah nak share. mana tahu, bila berduit. aku scroll2 blog terbaca entri ni kan? hahaha. boleh la aku laksanakan kehendak aku.
entri ini adalah entri tentang kehendak aku yang masih belum terlunas.
Laptop
tadi aku saja gatal tangan tengok - tengok laptop terpakai. nak beli, tapi pikir jauh merata. dulu ada laptop masa belajar. bila dah habis belajar, laptop tu jatuh ke tangan adik aku yang sedang sambung pengajian. jadinya, aku dah tak memiliki laptop.
dah lama sangat aku nak. kat rumah ada je laptop, kepunyaan ayah. tapi penggunaan aku sangat limited. tak boleh simpan fail, tak boleh itu, tak boleh ini. kelajuannya juga sangat minima. silap haribulan aku jadi hulk. serious. terlalu sangat perlahan. lebih perlahan dari siput ya. bayangkan on sahaja 5-10 minit. itu belum lagi dia jammed. fuhh.
sesungguhnya aku akan jadi ustazah ya duduk depan laptop tu. berzikir sementara menunggu dia stabil danboleh digunapakai secara sempurna.
Passport
ini benda paling bodoh. hahaha. benda bukan mahal pun. tapi aku tangguh lama. sebab aku fikir dengan nilai sebuah passport tak mungkin akan menggembirakan aku dalam jangka masa dekat. contohnya : lepas passport siap, tak mungkin aku akan terus travel. paling tidak masih menunggu giliran wang simpanan cukup untuk terbang dan berbelanja.
banyak kali kawan - kawan suruh buat. aku selalu rasa, ini kehendak yang sia - sia. travel dalam negara juga masih kesempitan wang. one day, aku tetap akan memiliki passport yang sah jika rezeki datang.
Kereta
kereta ni aku letakkan dia sebagai keperluan ringan. kalau dulu memiliki sebuah kereta ada keperluan sahaja, sebab penting. kini ia adalah sebuah kehendak aku. kenapa nak ada kereta? tah. senang la kot. sebab aku tengok semua orang senang nak gerak dari satu titik point ke satu titik point yang lain (jauh).
sedangkan buat masa ni, aku cuma ada motor. motor yang pernah susah bangun jatuh aku. terima kasih. cuma tulah, sesekali teringin nak memiliki kereta supaya langkah aku lebih jauh.
kereta? ada je dekat rumah. bapak aku belikan cash. iswara lama. dah tukar nama aku. aku tak rasa itu kepunyaan aku. hahahah. sebab bapak yang bayar (later aku akan bayar dekat bapak aku). itu dah macam kereta 'keluarga'. hahahha. semua orang pakai ikut suka tanpa minta kebenaran. huhu.
nak marah pun macam, yela. bukan aku yang bayar. bukan aku yang berhabis duit baiki. so aku lantakkan je dan aku malas nak ambil tahu apa yang rosak. biar bapak aku yang settlekan sendiri. sebab tu kereta keluarga, bukan aku. cuma bila ada duit lebih, aku hulur hulur sikit. aku nak kereta sendiri yang lain yang memang total hak aku. peribadi aku sahaja. permudahkan urusan aku.
Rumah
rumah juga aku letakkan sebagai keperluan. benda ni penting duh. umur dah dua puluh empat, masih menetap satu bumbung dengan keluarga. nampak sangat kerja tapi sia - sia. tak memiliki rumah. kerja untuk apa? untuk enjoy. sedih. jadi, aku niatkan sedikit wang gaji adalah kepunyaan 'rumah' yang bakal aku miliki.
biarlah kalau sehari cuma seratus sahaja, dari tak ada langsung. itu lebih baik. kecik pun tak apa. syarat untuk memiliki sebuah rumah bukan perlu besar dan mewah. asal cukup makan pakai dan berteduh dari panas hujan. sudah memadai hidup yang sempurna dan sederhana. itu adalah makna hidup.
kalau rumah besar dan mewah, itu rezeki. doakan urusan aku semua dipermudahkan.
lagi satu, aku perlukan bilik untuk privasi. sebab sekarang aku berkongsi bilik.
lagi satu, aku perlukan bilik untuk privasi. sebab sekarang aku berkongsi bilik.
Suami
aneh ya? meletakkan 'suami' dalam senarai kehendak. hahahha. kenapa tidak keperluan? sedangkan tuhan telah nyatakan manusia itu hidupnya berpasang - pasang? entah. mungkin sebab aku terlalu rasa aku useless menjadi seorang manusia di mata manusia lain sebagai seseorang yang sempurna dalam memaknai hati.
jadi untuk orang macam aku yang tak pernah memiliki 'kaya' dan 'sempurna', seorang suami bukanlah keperluan aku (maksudnya benda ni di 'takdir' kan tak wajib untuk aku ada - dalam pemikiran aku). sebab tu aku letakkan suami ni dalam senarai kehendak. sebab aku nak!
untuk tahun 2020, berkahwin diusia senja - 40tahun bukan lagi satu perkara yang 'kejam'. sebab semua manusia sedang berlumba - lumba mengejar harta dan wang untuk kelangsungan hidup yang lebih menarik dari biasa. sebabkan persekitaran aku penuh dengan perkahwinan, aku jadi ikut terfikir. "ah sudah, bila masa aku nak sampai ni." lama betul. bila duduk sorang, aku struggle betul nak melayan diri aku yang sering sedih kenapa aku terlahir tak sama macam orang lain. aku okay, cuma ada waktu - waktu aku down. tidak hanya isu kahwin, tapi juga isu kehidupan yang lain.
akhirnya aku muhasabah diri selepas melihat satu video dan seseorang yang menyedarkan pandangan aku.
kalau dah jadi baik, tapi dapat suami yang jahat?
"kalau nak dapat suami yang baik, kau kena jadi baik dulu."
kalau dah jadi baik, tapi dapat suami yang jahat?
"itu akan jatuh sebagai ujian (mana tahu sikit hari lagi dia akan berubah) atau tanggungjawab kita untuk merangkul dia jadi lebih baik dan sama sama baik."
macammana nak tahu itu jodoh?
"bila kau berkahwin dengan dia"
kalau dah kawin lepas tu cerai. adakah itu namanya juga jodoh? jodoh dah ditetapkan?
"ya dan punya tarikh luput. jika dapat bersama satu hari, maka satu hari itulah saja jodohnya. paling penting, kita boleh usaha untuk dapat yang lebih baik."
ya aku perlu usaha. tidak hanya untuk sebuah jodoh tapi perjalanan menjadi aku yang lebih baik dari sebelumnya.
tidak lah menjadi seorang ustazah, tapi cukup untuk aku rasa aku menutup lurah dosa yang aku selalu pamerkan pada orang. sikit - sikit aku buat. insyaallah.
berat juga sebab bukan benda yang aku praktik. hmm.
"hey. tunggu tau. tunggu aku berubah. jangan mengalah dan terus sabar. duduk diam dengan aku okay. doa banyak - banyak."
terima kasih.
5 Comments
doa banyak2
ReplyDeleteSemoga semuanya akan jadi milik awak. Aaminn
ReplyDeleteMudah2an segala impian akan jadi kenyataan
ReplyDeleteDoa banyak-banyak dan rajin usaha. In syaa Allah satu persatu akan datang.
ReplyDeleteSaya doakan awak cepat2 jumpa jodoh, ada rumah sendiri and achieve all your targets pretty soon.
ReplyDeleteterima kasih kerana meluangkan masa membaca dan meninggalkan komen.