rasanya masih belum terlambat untuk aku ucapkan selamat hari raya aidilfitri buat semua pembaca blog kanvasdakwat. aku rasa macam dah terlalu lama tak menulis disini. aku sibuk betul dengan dunia hakiki. eh tibe. dikesempatan yang ada, aku nak minta maaf zahir batin. halal kan apa yang aku tulis sepanjang aku mencurahkan aksara kebencian kebencian kebaikan kebaikan disini. semoga tak ada yang terasa hati, simpan didalam sehingga semai benci. maafkan aku ya.
walaupun aku cuti sehari awal sebelum raya dan tambahan cuti satu hari pada 18hb, aku tak sempat nak buka laptop. aku pun taktahu lah kenapa aku kena bawa balik laptop, sedangkan aku tahu. aku tak kan buka laptop. hahahhaa. ini pun sebenarnya setelah didesak dengan diri sendiri secara peribadi, gagahkan juga la aku buka laptop. itupun entah berapa kali aku sleep kan sebab nak buat kerja lain. alahai. kesian betul.
namun, aku bersyukur sebab ads aku berjalan dengan lancar. views diblog aku juga alhamdulillah sempurna seperti biasa walaupun aku jarang ke sini. semoga kekal begini dan semoga lebih baik.
Raya PKP
nampak gaya tahun ni masih lagi menyambut aiditlfitri secara pkp yang penuh SOP. aku macam perasan, walaupun tahun ni adalah raya secara PKP. baju raya aku sampai 5 pasang. entah nak beraya kemana pun tidak tahu. hahahaha. aku claim semua baju raya tu untuk pergi kerja. jadi, tak terasa sangat lah semua tu untuk raya.
yang betul - betul digunapakai untuk raya cuma 2 helai sahaja. kedua - duanya warna biru navy. baju warna pink yang sepatutnya dipakai untuk hari raya pertama, terpaksa dibuang atas alasan ia terlalu ketat dan tak selesa. kesiannya, aku gemok sedikit rupanya hahaha. semoga aku selalu kurus dan sihat 'cantik'.
Makan di Rumah Cyra
raya aku tahun ni tidak kemana. raya rumah nenek sebelah rumah sahaja. lepastu cyra jemput aku ke rumah. memang boleh kata setiap tahun aku akan ke rumah dia. aku sahaja la tetamu dia. hahahha. kami sekampung. senang. rumah selang dua tiga rumah. aku masih macam dulu la. walaupun umur dah dua puluh enam, aku masih malu malu kucing nak datang rumah dia.
dan macam biasa, aku sahaja lah yang kena bahan dengan puan lily dan en razi. apa ya menunya lupa. ada puding karamel (aku habiskan cyra punya bahagian sebab sedap), lontong kegemaran, sambal kerang. sedap betul.
sudah dua tahun cyra beraya sebagai seorang isteri dan ibu. anaknya juga sudah besar. aku masih lagi sendiri. hiks. terima kasih cyra masih sudi kawan dengan aku, jadi partner setiap kali raya.
Jumpa Mak Ayah
alhamdulillah. tahun ni raya aku macam ada makna. ini kali pertama aku bawa balik seseorang orang luar untuk jumpa mak ayah. pada pemikiran aku, memang sejak dari sekolah aku tak akan bawa balik lelaki dekat rumah. takut betul. tapi adik - adik aku rilek je bawa balik boyfriend dan girlfriend. hatta masa rumah terbuka pun, aku tak jemput sesiapa. cuma kawan ofis jela yang ada pun. kesian betul kan hidup? hahah.
tahun ni lain sikit. mula - mula tu memang takut, tapi entahlah. allah mudahkan urusan. aku pun dah jumpa 'ayah' dan 'mama'. mereka menerima aku baik dalam sesi perkenalan. semoga ada jodoh.
tuhan, andai ini adalah jodoh yang telah ter tulis dilangit. kekalkanlah, peliharalah sehingga sempat bernikah dan diakhiri hingga habis nyawa. melalui fasa - fasa kehidupan bersama berumah tangga. amin.
Rumah Masuk Air
hmm. hari terakhir menikmati cuti. selangor hujan lebat yang sangat lama. macam biasa, rumah aku dimasuki air melalui dapur. air masuk cuma paras buku lali. tapi nak mengemasnya tu aishh. ini pun macam nak hujan lagi j. entahlah. semalam lepas kauk kauk air keluar, mop cuci lantai semua. jalan pun dah macam apa.
proses urat tengah ditarik - tarik. hari ni, urat dekat bahagian peha dah mula keras. makin tak betul aku jalan. harapnya, tak banjir lagi lah. semoga urusan dipermudahkan setiap hari. amin.
0 Comments
terima kasih kerana meluangkan masa membaca dan meninggalkan komen.