aku sebenarnya nak buat entri tentang persediaan pernikahan. tapi macam tak lengkap pula bila aku tak masukkan bagaimana cara kami berkenalan. huhu. perkenalan kami memang sangat dan tersangatlah singkat kalau nak banding dengan orang lain. semoga jodoh ini, jodoh yang akan kekal sama - sama ke syurga kelak.
kalau tak silap, aku pernah menulis dalam blog ini bagaimana aku mencari jodoh. aku tak sama macam orang lain. aku oku. jadi aku tak ramai kawan. kawan - kawan lelaki yang wujud disekeliling aku pun boleh kira je ada berapa.
Tak Ada Peminat
kebanyakkan dah berpunya dan tak berminat dengan aku hahaha. macammana aku tahu? sebab aku pernah lah tanya. "weyh, kau nak tak kawin dengan aku. kita dah lama." jawapan yang aku terima ialah "aku banyak komitmen la. aku kena jaga keluarga." dan lain lain.
dengan ex aku pun sama. ex yang aku kenal dalam tagged tahun 2014. masih contact sampai sekarang (last beberapa bulan lepas). jarang msg. sebelum aku kenal dengan jodoh yang sekarang ni, selalu la whatsapp bila perlu. last jumpa sebelum covid. 2020 kot. jumpa di kl dan esoknya dating lagi di uptown.
selepas pertemuan tu, selalu la whatsapp (setelah beberapa tahun menjauhkan diri). aku tanya dia, "nak tak kawin dengan aku? ". jawapan yang dia bagi "sorry, aku baru kerja. nak merasa ada duit. nak cukupkan harta baru kawin. lagipun nak habiskan masa dengan keluarga". huhu sedangkan dulu masa dia tengah study aku tanya soalan yang sama, jawapan yang aku dapat "nanti dulu la. kerja pun belum. study pun tak habis lagi. entah ada kerja ke tak."
selepas dari tu, aku stop berhubung. dia jela whatssapp aku tanya khabar. aku reply malas - malas. yang sebenarnya aku dah fedup 'tunggu' dia. dia macam nak teruskan berkawan dan lebih dengan aku, tapi dia taknak kahwin dengan aku dalam jangka masa dekat. nak kena tunggu dia berharta kereta rumah. ya allah berapa lama tah nak tunggu. hahaha.
Kenal di Online Dating Site
facebook telah menyediakan online dating site. dekat situ la aku kenal bakal suami. entah lah. kenal sekejap je terus jumpa. selalunya kalau nak jumpa orang yang aku kenal di online apps, mesti akan ambil masa nak cari keserasian. serious. ini bukan kali kali pertama pun jumpa orang. buat pengetahuan, aku mula jumpa orang dalam media sosial ni sejak umur 16 tahun. ada macam - macam apps online aku main. hahahhaa. boleh bayangkan tak?
kenal hujung bulan 4, 2021. masa tu bulan puasa. chat dalam apps dah hujung - hujung waktu nak tidur. dia pula baru nak balik kerja. tak kuasa lah kan aku nak tunggu. jadi aku terus tanya, "ada no telefon tak? nanti boleh call. tapi tak boleh tunggu sebab dah mengantuk."
kau tahu tak kenapa aku minta no telefon tanpa segan silu? sebab aku suka cara text dia. ejaan penuh dan panjang - panjang. aku tak boleh nak tunggu dia sebab rumah dia di subang jaya. ambil masa untuk sampai rumah dan bersiap nak tidur. baik aku tidur lagi baik.
esok nya waktu sahur, aku whatsapp dia. dia call. dia akan ke shah alam, sahur di rumah ayah. bermula dari situ lah kami chitchat. aku ni jenis senang nak bersayang - sayang, mudah mesra dalam chat walaupun baru 2 saat aku chat. TAPI bergantung dengan siapa dan bagaimana dia respon aku. kalau jenis lelaki tu memang gatal, aku geli. kalau lelaki tu biasa - biasa, cool je tapi taip baby - baby aku layan je.
sebab aku rasa biasa. benda aku taip kosong je tak ada makna. sama macam aku cakap 'babi la ucop'. padahal ucop tu manusia, bukan babi. gitulah kekdahnya. senang mesra (dalam chat jela hahaha).
perangai aku ni, hahahah. entah. tasya kata aku playgirl. hahaha. tapi bukan ke playgirl mainkan banyak hati? aku 'kawan' dan chat ramai - ramai je. bukan aku bercinta pun.
Nak Jaga Aku
29/4/2021 - bg sy peluang ea jaga hati awak elok2...kita sama2 nk kn yg terbaik..so kita sama2 jd yg terbaik ok
aku ada tulis dekat profile aku, aku nak cari jodoh. dia, aku tak sure. rasanya tak ada pun tulis. bayangkan baru swipe right dan baru je chat, dah sembang pasal nak jaga aku. benda ni normal je. biasa lah dalam chat. kite iyekan je. banyak je aku cakap "eh aku oku. nak ke?" . dia jawab "dia da baca profile aku dan dia tak kisah."
aku pun macam, ha okay la. sukahati kau. kelau lepas jumpa, kau nak tinggal aku terpulang. benda dah biasa pun. tak ralat. hahaha
lepastu.
berbuka sama - sama dekat times square, the chicken rice shop. dia jemput aku di rumah, tempat biasa (tepi bengkel). aku naik kereta dia dan aku malu. aku tak tahu nak react. kitorang banyak diam. benda pertama yang mata aku nampak ialah, cincin batu dekat tangan dia. arghhh. aku dah tak suka lelaki pakai cincin ada batu. macam ada 'saka'. entahlah. tapi dia stranger, lantak dia lah. oh lupa, baju kitorang sama, warna biru. heeee
Beli Baju Rilakkuma
sebabkan takde benda nak buat, kitorang pusing - pusing jela times square tu. dia tunggu aku buat eye perming (tatau betul ke tak eja). lepastu cari air boost. dia belikan aku baju rilakuma sebagai hadiah pertama.
itu jelah yang aku ingat. lepas dari tu, kitorang banyak jumpa. aku macam pelik juga, kenapa dia masih ada. yela, selalu bila kali pertama jumpa. for sure aku kena tinggal. entahla. aku kan cacat. hahahha. dorang pandang aku ni beza. jadi aku macam tak ada kepentingan lah untuk siapa - siapa. melainkan aku ni cantik. ramai la yang nak aku.
jadi inilah dia. kali pertama jumpa kita di chicken rice shop. terima kasih sebab stay.
1 Comments
dah baca! wahh rajinnya berkenalan kawan on9...hehe
ReplyDeleteterima kasih kerana meluangkan masa membaca dan meninggalkan komen.