hari ini merupakan hari pertama aku bekerja dalam waktu yang normal selepas dicutikan bagi mengelak covid. aduh sekarang aku rasa mual akibat pening isi markah peserta dalam excel. pening sebab fokus sangat tengok skrin komputer. sebab tu lah aku ni jenis malas betul nak fokus buat kerja, aku lagi suka kalau sambil buat kerja aku main game, aku tengok youtube, aku reply mesej kat phone. tapi tadi entah kenapa, sebab nak segera siap kot. uwerkkk. pening serious!
aku kembali menaip selepas bersiar - siar ke meja jiran sebelah. hahhaa. saja lah nak bagitahu, hari ini hari pertama. kerja aku macam biasa. dalam senarai yang ditulis semua dah settle. huh. sekarang adalah masa untuk aku buang - buang masa. youtube dah bosan jadi aku habiskan masa dengan menulis di blog. tak ada benda nak kongsi tapi aku cuba cari bahan untuk dikongsi.
aku nak cerita pasal ahcik. ada serba sikit pasal dia di entri sebelum ini; keluar clan.
Rindu
hilang tak lama mana. ada satu hari tu, terdetik di hati aku nak call lepas dia mesej selamat hari raya. rindu weyh. aku ni senang rindu orang. aku call tak berangkat 29mei2020 jam 0141. dia mesej aku di telegram, dan mesej biasa. aku tak reply pun sekadar baca sahaja (keesokkan hari). dia call aku semula jam 0300 0400 pagi macam tu (aku dah tidur).
tadi aku log in blogspot. tak sangka lah pula dia tinggal kan komen dalam entri dan dekat ruangan chatting. hahahha. aku nampak effort dia.
bila kita lama hilang tiba - tiba contact semula, panggilan yang terlepas tu rasa macam rugi sangat tak berpeluang nak angkat. korang mesti tanya kenapa dia tak whatsapp je aku?
sebenarnya aku block dia di whatsapp dan juga call. sebab tu dia call aku pukul 0300pagi memang aku tak dengar apa - apa, cuma esok tu aku check notification aku tahu lah dia call.
semalam sementara nak menunggu isyak, aku beranikan diri call lagi walaupun sebenarnya aku takut. dia angkat weyh. hahahha. perasaan dia tu macam eksited (acah - acah crush gitu). faham tak rasa dia macamana? macam tu lah entah susah nak cakap. macam budak sekolah lah pulak perangai aku pun.
dia angkat. so kami sembang - sembang dalam 30minit lepastu sambung semula di codm. sampai lah aku rasa nak tidur. jadi dia orang terakhir yang borak dengan aku sebelum aku tidur.
aku rasa, aku dah kosong dengan dia. rasa marah aku dan merajuk aku pun dah habis. aku dah tak perlu rasa kecewa atau perlu jeles kalau dia buat sesuatu yang sepatutnya aku akan rasa sakit hati atau jeles. dah tarikh luput kot. sebab yelah, aku dah pun tahu reaksi dia. dia pernah kata "kita kan kawan.". aku anggap "ya, kita memang benar - benar kawan."
aku tak sepatutnya merosakkan erti 'kawan' tersebut, semata - mata sebab rasa yang wujud dalam diri aku, aku cuma pentingkan diri sendiri.
ah entah. aku harap, kita kawan sampai bila - bila <3
2 Comments
Selamat bertugas kembali
ReplyDeleteselamat kembali bertugas. StaySafe.
ReplyDeleteterima kasih kerana meluangkan masa membaca dan meninggalkan komen.