Selamat Tinggal



aku nak bagitahu, kucing yang selalu kejar - kejar aku balik kerja dulu dah meninggal guys :'( . boleh baca dekat sini; KUCING dan HELMET. dia memang ada menunjukkan tanda - tanda dia sakit. makan pun macam tak lalu. lepastu macam tak bermaya, tidur je kerja. cuma tak sangka secepat ini.

semua gara - gara adik aku terlanggar dia dekat perut. kata mak, lepas adik aku langgar dia macam terkebelakang terkangkang lepastu dia sempat bangun dan jatuh kembali. aku tengok dia tercungap - cungap. aku cuma tengok je. tak pegang pun buat kali terakhir. aku kan takut kucing. aku sedih. tapi tak boleh describe macammana.

dia kena tanam pun aku tak perasan. tahu - tahu lubang dah dikambus. aku ingat adik aku masih tengah gali lubang lagi. rupanya hmm. tapi aku memang taknak tengok pun. aku tak boleh. sedih la. padahal aku bukan rapat pun dengan dia. cuma yela hari - hari aku bagi dia makan.

terkilan sikit bila lately aku macam pemalas nak bagi dia makan. kesian dia. ada satu hari tu, waktu keluar nak sidai baju dia punya marah aku lambat bagi makan. sebiji perangai aku weyh. start dari tu kot, dia macam dah tak lalu tengok nasi/ palet yang aku bagi.

agaknya. orang yang bela kucing tidur makan kucing, peluk tidur cium lagi sedih kalau kehilangan kan? aku pun tak pernah belai - belai dukung dia sebab takut bulu - bulu.

Selamat Tinggal
selamat pulang ke rumah Tuhan, sayang. semoga perjalananmu baik - baik sahaja. semoga Tuhan menjagamu dengan ramah. semoga malammu sentiasa ditemani kawanan yang lain dan tidak merasa sepi seperti disini. semoga hujan panasmu sentiasa dipayungi.

ah. sakitnya bila menulis tentang 'seseorang' yang tidak akan kembali.

Post a Comment

1 Comments

terima kasih kerana meluangkan masa membaca dan meninggalkan komen.