aku takut kucing sebenarnya. entahlah. dulu okay je. sekarang tengok kucing dia punya level takut macam nampak singa weyh. tu kalau dia bukak mulut besar tayang taring aku dah gelabah. kalau dia duk pandang aku lagi aku takut. komfem kena kejar weh. HAHAHHAHA.
aku rasa ketakutan aku bermula bila aku terpijak ekor kucing. semenjak itu, aku tak lagi mendekati kucing. bila aku makan dekat kedai, aku sanggup nyorok muka supaya tak terpandang muka kucing. aku memang taknak bertentang mata dengan dia. nanti firasat dia terlalu kuat mengatakan aku sedang rasa takut. lagi lah nanti dia agah aku. tak duduk aku dekat kedai tu nanti.
selain itu, aku jadi takut kucing sebab keluarga aku pun dah lama takde kucing. masa makcu aku muda muda dia bela kucing. kucing dia la yang aku selalu pegang dulu. hehehe.
2020 aku masih lagi takut. cuma, adik lelaki aku rajin bagi makan dekat kucing yang berkeliaran dirumah. kebetulan masa tu sedang cuti sem. bila dah habis cuti siapa lagi nak bagi makan kan? hahaha. aku lah yang kena beli makanan.
semenjak hari tu, seekor kucing ni sangat suka gesel kepala dia dekat kaki aku. bila aku nak pergi kerja, mesti dia gelabah nak naik motor sekali. bila aku balik kerja, dia lari kejar motor aku. ala comel >.< dia sayang aku lah tu. hahahha. aku teringin nak dukung dia, macam baby. tapi sebab aku dah lama tak pegang kucing. takut lah nanti bila angkat dia keluarkan kuku sebab dia ingat aku ancaman T_T . ajar aku macammana nak dukung kucing.
aku pernah tulis pasal dia dekat sini; KUCING. lagi satu, aku takut nak dekat dengan kucing sebab nanti dia muntah lah, dia gigit la. aku nerves sikit bila aku pegang kucing lepastu rasa dia punya tulang / pernafasan. aku takut. lepastu aku terfikir, ni kalau mati aku ke yang kena settle T_T biadab nye aku ni.
lepastu setiap kali aku pegang kucing mesti aku fikir dia ni main dekat luar kotor ada kutu lah apa lah. lepastu aku kena beli spray kucing pulak ke? lepastu dah kenapa kucing ni jadi 'tanggungjawab' aku pulak? padahal sekadar nak bagi makan je. ah jahatnya aku.
complicated - nye aku ni.
aku sayang kau kucing, cuma tak reti nak hargai macam orang lain. sory kucing.
1 Comments
jemput baca tentang kutu kucing huhu
ReplyDeleteterima kasih kerana meluangkan masa membaca dan meninggalkan komen.