pagi tadi kan. ada kucing nak manja - manja dengan aku depan pintu. dia manja sebab aku bagi dia makan. fyi, aku takut kucing. takut kucing keluarkan kuku dia lepastu cakar aku sehingga lapisan kulit terakhir. HAHAHHA. teruk ya imaginasi aku. tapi kucing ni tak pernah lah buat aku macam tu.
kalau pagi - pagi aku nak sidai kain, dia gesel kaki aku. aku pernah nak terjatuh sebab dia. aku pernah terpeleot (tak reti eja) kaki sebab nak elak dia. punya la aku neves. kalau aku balik kerja, laju gile dia lari kejar. comel je. aku teringin nak dukung dia macam beby tapi takut la. dulu aku boleh. sekarang takut aku boleh pergi jauh. mungkin sebab aku pernah terpijak ekor kucing dan kucing tu cakar aku. terus takut.
pengalaman aku tidur rumah kawan yang ada kawanan kucing. aku tidur. bila kucing naik atas kaki menggelupur aku bangun istighfar. kawan tidur sebelah boleh bantai gelakkan aku. punya jahat perangai, bila aku nak amik mood tidur, dia suruh kucing2 dia duduk dengan aku. dasar kuaja.
yang sebenarnya aku cuma nak bagitahu. pagi tadi kucing ni duduk depan pintu, tunggu aku keluar. aku pegang helmet. helmet tu jatuh atas dia. aku terlepas sebab aku neves dia macam nak terkam aku. shian dia T_T .
bunyi kuat weyh kena tulang. aku serbasalah. aku harap dia tak mengadu dekat mak dia sebab mak dia garang. lepas helmet tu jatuh dia macam tergamam kejap terus lari pandang sana. nasib baik waktu aku usap - usap kepala, dia tak marah. cuma dia tak pandang aku T_T.
harap dekat akhirat aku tak stuck sebab jatuhkan helmet atas kepala kucing. takut lah dia tak 'redha'. hmm
ha tu je lah nak cakap. takde benda nak borak dah. okay bye.
0 Comments
terima kasih kerana meluangkan masa membaca dan meninggalkan komen.