Call of Duty Mobile: 7Sun°

Call of Duty Mobile: 7Sun°

dah lama tak menulis pasal permainan online. yela serba serbi noob weyh. main pun sebab nak tambah koleksi kawan dan mengisi masa lapang.. tak lebih. nak niat lebih - lebih macam menggelabah pulak. yela tukar senjata pun menggelabah apetah lagi nak berniat main permainan macam ni secara serius. puihhhh. eh ni cakap dekat diri sendiri bukan sesiapa. hahaha jangan terasa pulak eh. 

kali terakhir aku menulis tentang ini ialah dientri yang ini; AMO. boleh juga baca tulisan lain melalui label #games jemput baca semua. tapi lama dah aku tak duduk dalam clan AMO, dah setahun lebih juga aku keluar. sebab nya aku tak dapat menumpukan sepenuh perhatian untuk point. lagipun diorang kejar 'nama'. dah kukuh, orang orang noob yang point habuk - habuk ni memang tak layaklah. sebab nak jaga clan kan? aku okay je sebab aku memang tahu syarat yang dikeluarkan captain tu. 

lepastu aku join pulak clan yang lain. MBG. tapi aku tak pernah update apa - apa pasal clan tu. alhamdulillah bertahan lama walaupun noob dan jarang online. admin baik hati. aku cuma rapat dengan amin sorang je. and admin dia sapa lah tak ingat nama. diorang okay je kalau tak online asalkan bagitahu. 

Masuk COD Pula

Call of Duty Mobile: 7Sun°

sebab dah terlalu lembab main pubg macam useless, aku beralih pula dekat COD. HAHAH. senang kan pindah - pindah. ni pun main suka - suka juga. sebelum ni ada masuk clan request melalui online sahaja. jadi dah masuk memang sekadar masuk sahaja lah tak pernah pun main sama - sama. cuma title tu ada la tulis nama clan. ha githuee. 

jadi aku rasa aku perlu buat sesuatu berguna. aku nak kenal orang. aku masuk group difacebook dan tengok admin group clan ni update status. aku pun tinggalkan komen. sepantas kilat ya mohd zul akk joule ni reply mesej dekat facebook. dan aku pun tanpa malu - malu terus la private mesenger untuk join clan. tadaaaa. ketika entri ini ditulis aku dah seminggu dalam clan. seminggu guys. 

Call of Duty Mobile: 7Sun°
Call of Duty Mobile: 7Sun°

saja lah tulis supaya aku boleh baca balik tulisan aku macam kes AMO tu. hahahha. lepas dah masuk dalam group whatsapp aku rasa tak pernah langsung berbual dengan joule. aku syak dia sembang dengan orang yang dia dah biasa je. mungkin awkward kot. kot lah. kalau tak silap, aku ada add friend dia dekat facebook, guess what? bila aku semak balik profile dia, 'request friend' dah tak wujud. tu maknanya apa? maknanya dah kena reject guys. HAHAHH. takde la saja add. pastu dah tak add dah lepas dah kena reject.

7Sun°


nama clan ni 7Sun°. aku tak tahu stand for apa 7, S, U, N dan juga simbol °. tak pernah tanya pun satu hal. nanti kalau tanya kata complicated pula. jadi aku biarkan soalan aku tu terus bermain dikepala tanpa henti. 

budak clan semua sangat supportive dalam hal - hal berkaitan. termasuk masalah peribadi. eh! sebelum season 3 tamat, dioang juga banyak membantu aku dalam menaikkan rank untuk dapatkan baju kuning macam yang dekat gambar bawah ni. yang random pun sama juga. kalau takde orang main dengan aku, aku jalan je random. hahahha. punya nak kejar. 

selepas seminggu masuk clan, dah wujud partner untuk push rank. halah - halah aku pun. aneh sungguh bunyinya. padahal noob nak mampos weyh. acah - acah jela. jadi partner yang kata nak push rank sesama tu namanya 7Sun°zamm. terima kasih zamm banyak tolong kecik habiskan masa untuk naikkan rank. 

AkuStranger (ucop); orang yang menjebakkan aku ke dalam kancah CODM. geng gaduh, partner terbaik paling gampang. hahahahhahaa. 


selain tu aku juga banyak in-game dengan 7Sun°Wukong. nama - nama yang aku mention ni nama yang selalu in-game jeee. HAHAHH. lagi sape eh 7Sun°AHCIKKAU yang akhir akhir ini sangat rajin main duo, 7Sun°Req, 7Sun°Ayish, lepastu 7Sun°LilLy; tapi yang ni sekali dua je sebab 'garang' sangat dalam game. aku tak mampu. dia macam zombi yang dahagakan darah. aku ni macam baby yang baru bertatih weyh. takut aku. 

ha tu jela. yang lain tu baru se game dua. takpayah mention lah. sebab berbual pun tak pernah. huhu. 

entri ini ditulis untuk mengenang mana lah tahu satu hari nanti aku hilang ingatan. kau jangan lah mual pulak dengan apa yang aku tulis. ni kan teratak aku, tempat aku mencurah tulisan - tulisan kenangan. 

apa pun, terima kasih admin clan, kawan - kawan yang sudi carry. kawan - kawan yang sudi revive, kawan - kawan yang sudi jadi leader. hahahhaha. terima kasih paling banyak dekat admin clan sebab membenarkan aku untuk duduk dibawah satu bumbung bersama ahli 7Sun° yang lain. jasamu dikenang. 

okay lah nak main game. bye. 

Post a Comment

1 Comments

  1. Rajin betul Kecik main games ni ye.. LeYa kadang pun malas.. Tapi bab-bab games ni, Otomen power..hahaha..

    ReplyDelete

terima kasih kerana meluangkan masa membaca dan meninggalkan komen.