Friday, March 29, 2019

Random Giveaway by Mieza S

Mieza S | 3/29/2019 03:02:00 PM | 29Comments |
STICKY POST ! 
TAMAT! 

Random Giveaway by Mieza S

dah berzaman rasanya aku tak pernah buat giveaway/ contest di blog ni. jadi kali ni aku nak adakan semula. hadiahnya aku akan update esok atau malam, ni ikut kelapangan. malas nak cakap banyak, so straight to the point jelah. 


syarat :
1 - WAJIB ada blog dan facebook
2 -  WAJIB like dan share fanpage : kanvasdakwat
3 - WAJIB like dan share fanpage : amo family
4 - buat entri bertajuk : Random Giveaway by Mieza S, copy banner di atas untuk diletakkan di dalam entri, masukkan sekali nama facebook korang dalam entri tersebut dan masukkan backlink ke entri ini. publish.
5 - entri giveaway yang dah siap, boleh diletakkan diruangan komen pada entri ini.




jika sekiranya korang tak ada blog tapi nak join juga, boleh boleh. syarat nya dibawah. sila penuhi supaya tak di blacklist! aku akan semak sorang - sorang.

1 - WAJIB ada facebook
2 -  WAJIB like dan share fanpage : kanvasdakwat
3 - WAJIB like dan share fanpage : amo family

4 - share status ini :


5 - komen done di status facebook yang korang share.

pemenang dipilih menggunakan random.org dan berdasarkan mereka yang memenuhi syarat diatas. jika sekiranya syarat diatas tidak dipenuhi, nama anda serta merta akan digugurkan. korang jangan risau, sebab aku akan semak satu - satu. aku ada banyak masa. HAHAHAH


Mangsa Buli

Mieza S | 3/29/2019 10:22:00 AM | 1Comments |
Mangsa Buli

baru tadi, video terbaru dari shalma aina melalui newfeed di youtube. terus aku play sebab dia adalah shalma aina dan bergandingan bersama hazeman huzir. aku mula mengenali nama mereka selepas kawan aku, akid yang banyak bercerita pasal thinker studio. aku suka dengar semua cerita yang keluar dari mulut akid. 

bagi aku cerita yang akid kongsi semua nya berkenan dekat telinga. waima cerita akid beli buku baru sekalipun (remeh dan tak menarik kan?) selepas dari thinker studio, kita semua mula menyukai rancangan motif viral. tapi aku pergi dekat motif viral dulu baru masuk ke thinker studio. 

kembali semula ke tajuk utama, 'mangsa buli'. bagi aku, akid akram ni menyerupai sosok hazeman huzir. aku mula kenal akid 2011 dan sehingga entri ini dia tulis aku masih lagi berkawan dengan dia. sejak sekolah, aku diberi 'pendedahan' 60% tentang kehidupan akid. akid pindah sekolah sebab kena buli dekat sekolah lama. dekat sekolah baru tu lah, dia jadi someone yang lebih better. jadi, kami berkongsi 'rasa' yang sama walau situasinya beza.

Aku Kena Buli

Mangsa Buli

yang atas tu cuma intro tentang bagaimana dan apa kaitan shalma aina, hazeman huzir, akid, thinker studio, motif viral dalam cerita aku. disebabkan aku ter play video shalma, entri ini wujud. content dalam video tu adalah tentang menjadi mangsa buli. 

shalma yang cantik, hazeman yang kacak juga pernah ada 'kenangan' dibuli. apetah lagi aku yang dilahir banyak kurang. aku mula sedar aku ni mangsa buli ketika berumur 8tahun. darjah satu (7tahun) aku masih mentah dan bodoh menilai. waktu darjah dua tu lah, orang dah mula gelar aku 'hidung kemek' atau hidung besar. sepatutnya waktu aku menaip perkataan 'hidung' , aku akan rasa cukup sensitif. but now, aku rasa macam nothing. HAHHA. 


Sekolah Rendah

darjah tiga aku jadi pengawas. aku dapat jawatan pengawas sebab darjah dua aku dapat nombor 4 waktu akhir tahun (ke darjah satu. entahlah ~). masa jadi pengawas ni lah, aku konon - konon all out dengan 'pengawas' dan tak nak dibuli. kononnya~ 

walaupun aku pengawas, golongan 'trash' masih lagi panggil aku dengan panggilan - panggilan bodoh. benda yang paling tak boleh lupa bila, ada orang ejek aku dan lari. aku tanpa segan silu, angkat kain dan kejar. tuhan maha kaya, terjelepok kan mangkok tu sebab tersepak batu kot. aku naik atas dia, aku tumbok - tumbok muka dia dari belakang. orang kerumun membentuk bulatan. cikgu  pendidikan jasmani, sir reza datang. dia soal siasat kenapa aku buat macam tu. aku cakap "dia ejek sy cikgu." aku terus blah dan air mata jatuh laju. aku dah tak peduli kalau aku kena beratur dekat dewan dan aku tak peduli pun cikgu belum lagi habiskan sesi interview dengan aku. sampai harini aku ingat nama dia, MUAZ. kalau kau adalah stranger (silent reader) yang dimaksudkan, datang dekat aku dan minta maaf. sebab aku takkan senang - senang lupa sampah macam kau. oh lagi sorang nama dia shafiee kot. tapi dah meninggal budak tu (alumni smk seksyen 19 shah alam). kata orang, orang yang baik dijemput tuhan awal. mungkin shafiee ni baik kot selama hayatnya. entah. tapi dia jahat dengan aku.

bukan dia sorang. ramai. aku sedang tunggu golongan sampah yang menjadikan hari - hari aku kelam untuk ke sekolah ni datang minta maaf minta ampun. 


Sekolah Menengah

aku sekolah menengah 'jauh' dari tempat aku membesar, iaitu di kuala selangor. aku memilih untuk tinggal di asrama dan jauh dari shah alam. kalau aku tetap sekolah di shah alam, dua sekolah yang akan menyenaraikan aku ialah smk seksyen 19 dan smk ttdi. smk seksyen 19 ramai datang dari sk seksyen 20. smk ttdi pula golongan elit. ah dua dua aku taknak. akhirnya aku memilih smk seri tanjong.

SMK Seri Tanjong Kuala Selangor

sekolah menengah pun aku masih jadi mangsa buli. dekat sini aku dah tak jadi pengawas, sebab aku tahu pelajar nya lebih 'berdedikasi' dan hawau. hahahhahaha. aku duduk asrama. jadi aku kena hadap dua situasi perit di sekolah dan asrama. lebih kena jadi kuat! aku dah tak dapat jolongan hidung kemek/ hidung besar. orang cuma cakap aku cacat. takpun dorang akan suit suit aku (macam panggil burung) lepas tu gelak berjemaah. perangai diorang ni memang sumpah hina. masalahnya muka sorang - sorang pun pecah. dasar! dekat sini, aku tak ambil pusing sangat muka muka trash. sebab aku lebih memilih lari jauh dari duduk dekat. aku cuma dengar tapi tak lihat. faham?

dekat sini, aku jumpa kawan yang baik hati. yang suka panggil aku tok guru. aku masuk lambat ke kelas sebab nama tak ada (maklumlah pindah sekolah). lelaki dalam kelas aku macam gampang. semua tak sudi bercakap dengan aku. kalau cakap pun tak sudi pandang muka. hahah. jaz and the gang yang panggil aku untuk berkawan dengan diorang. diorang tu termasuklah; jaz, nadia, diana, aqilah, ainor, diba + erra (kawan dari asrama). dorang lah yang buat aku rasa aku tak keseorangan di sekolah. terima kasih sudi duduk sebelah 'jaga' aku masa aku dicemuh.

aku di smk seri tanjong cuma tiga tahun. lepastu aku pindah ke sm vokasional shah alam atas 'desakan' bapak aku yang nak aku sekolah dekat dengan rumah. aku bersetuju setelah berfikir berkali kali dan juga atas pujukan kawan (cyra). 


SM Vokasional Shah Alam

smv di monopoli lelaki. aku lambat seminggu masuk sekolah kot (yang penting aku tak masuk hari pertama). jadinya lepas berdaftar, kemana mana dengan cyra. cyra ni disukai ramai sebab dia friendly dan juga manja. pada setiap kali aku teman dia dating dengan lelaki, aku macam halimunan. sumpah weyh. halimunan. lelaki yang dia lepak tu langsung tak sudi 'jenguk' aku. buruk betul muka aku pada pandangan mata dia ye. huhu

pengalaman dekat smv ni sama macam dekat smk seri tanjong. wujud golongan trash yang suka gelakkan aku berjemaah tanpa tujuan. dasar celaka~ dalam kelas aku rasa macam aku asing. cuma tak rasa diasingkan sangat sebab zaman tu aku ada cyra, aku ada akid, aku ada acap. yang lain entah. dekat sini, walaupun aku kemana mana dengan cyra. aku tetap rasa nothing dekat sekolah. sebab tak ada yang sudi pandang aku. aku punya karya yang nak masuk dalam majalah sekolah pun kena tendang! sebab dorang macam berpuak (yelah aku kan outsider, diorang asrama kan). aku geram je. nasib baik masa dekat smk seri tanjong, ustazah tu sangat menghargai tulisan aku. dia cakap "ustazah suka tulisan kamu, teruskan menulis ya." lepastu di smv shah alam, aku ada cikgu hamidah saiat. yang sama macam ustazah. ucapannya "teruskan menulis. saya percaya awak boleh pergi jauh. im crying :'( pada setiap kali aku mengenang zaman sekolah, aku akan selalu ingat dan menulis tentang orang - orang yang menghargai aku.


Zaman Universiti

kemudian habis sekolah, aku empat bulan di uitm shah alam (1sem sahaja). sebab aku buruk, sebab aku tak pandai english, sebab aku tak ada rupa, sebab aku tak pandai macam orang lain. sekali lagi rasa terpinggir. budak laki kelas aku ada yang okay. ada yang macam gampang. perempuan totally out (bagi aku lah). sebab diorang macam taknak sangat kawan dengan aku. masa mula - mula kena buat group untuk sebarang presentation, memang aku tak terpilih. saja kelip kelip mata buat muka kesian pun orang tak sudi. kalau tak faham soalan pun sama. "aku belum buat lagi, nanti lah". last last dia siap dah, saja tidak mahu ajar aku. dekat sini, tak ada kot yang ejek aku. dekat sini aku kenal fadhilah dan shahila. diorang ni lah bff aku sampai sekarang. cuma dengan shahilah je dah jauh.

lepastu, aku teruskan belajar di kolej komuniti hulu langat. dekat sini, perempuan boleh dikira dengan jari. ha aku kena lagi. lelaki dekat sini spesis dekat sekolah vokasional aku. jenis lepak ramai - ramai. lepastu suit - suit macam burung, pastu gelakkan aku. grrr.

sampah sekrang dah dua puluh empat. dekat mana - mana pun aku pergi, masyarakat masih lagi pandang aku macam gampang. yang pandang aku macam gampang tu is orang dewasa yang tuhan bagi otak dekat kepala dan akal untuk fikir. masalahnya diorang tak reti nak guna. adakala, yang pandang aku macam 'geli' dengan rupa aku is budak - budak yang baru nak up (sekolah renda + sekolah menengah).

entahlah. susah jadi aku sebenarnya. sampai aku selalu tanya orang disebelah aku, "hey, kau okay jalan dengan aku? nanti ada orang pandang kau sebab kau jalan dengan aku :(" .

doakan aku, pada suatu hari orang akan pandai respect orang macam aku.

jangan pandang golongan macam aku,  golongan yang tak layak menyertai golongan manusia 'biasa' macam kau. 

** sesi meluah perasaan golongan oku. 

Thursday, March 28, 2019

Buffet Ramadhan 2019 di Hotel Grand Bluewave

Mieza S | 3/28/2019 02:25:00 PM | 1Comments |
Buffet Ramadhan 2019 di Hotel Grand Bluewave

puasa dah nak dekat, kalau ditolak tambah tak sampai dua bulan pun kan. dah bersedia? puasa dah ganti? dah ada idea dekat mana nak berbuka? untuk entri kali ini aku akan kongsikan lokasi berbuka puasa di hotel grand blue wave shah alam. kalau korang nak tahu, hotel ini telah disenaraikan sebagai top ten best ramadhan buffet 2018 dalam selangor dan kuala lumpur. 


Berciri Malaysia Kini Gabungan Ala Kampung


lokasi hotel ini terletak di tengah bandaraya shah alam. kalau kau tak tahu, waze jela. kalau internet tak ada, pergi je bandar shah alam. nanti nampak bangunan grand bluewave. hehehe. sebelah dengan dataran shah alam je.

untuk buffet ramadhan kali ini, temanya ialah warna warni ramadhan malaysia kini dan ala kampung. dah boleh bayangkan menu apa yang ada? jom kita tengok gambar yang mengiyurkan dan buat korang lapar. lebih 100 pilihan menu yang disediakan. antaranya ialah: 

Menu Ala Kampung 

Buffet Ramadhan 2019 di Hotel Grand Bluewave
bubur lambuk mendonan

Buffet Ramadhan 2019 di Hotel Grand Bluewave
daging tetel asam pedas

Buffet Ramadhan 2019 di Hotel Grand Bluewave
laksa sarang

Buffet Ramadhan 2019 di Hotel Grand Bluewave
laksa sarawak

Buffet Ramadhan 2019 di Hotel Grand Bluewave

Buffet Ramadhan 2019 di Hotel Grand Bluewave
lontong

Buffet Ramadhan 2019 di Hotel Grand Bluewave
mee udang

Buffet Ramadhan 2019 di Hotel Grand Bluewave
rendang cili padi

Buffet Ramadhan 2019 di Hotel Grand Bluewave
rojak sntong

Buffet Ramadhan 2019 di Hotel Grand Bluewave
sambal tempe berlada bersama jering

Menu Moden dan Viral

yang mana teringin nak menjamah menu viral sepanjang jadi juadah di mata, datang lah sini. ada beberapa pilihan menu bercirikan cheese disediakan. 


Buffet Ramadhan 2019 di Hotel Grand Bluewave

Buffet Ramadhan 2019 di Hotel Grand Bluewave
burger cheese meleleh

Buffet Ramadhan 2019 di Hotel Grand Bluewave
char kuey teaw cheese

Buffet Ramadhan 2019 di Hotel Grand Bluewave
ikan bakar

Buffet Ramadhan 2019 di Hotel Grand Bluewave

Buffet Ramadhan 2019 di Hotel Grand Bluewave

Buffet Ramadhan 2019 di Hotel Grand Bluewave
pizza hawaian

Buffet Ramadhan 2019 di Hotel Grand Bluewave
roasted beef

Buffet Ramadhan 2019 di Hotel Grand Bluewave
shellout kamyong style

suka betul aku dengan shellout ni. sebab rempah dia padu (di tekak aku sahaja, di tekak orang lain aku tak tahu). selalu makan shellout ada macam - macam rasa sebab ada jenis 4 masakan. ni ada satu je. tu aku suka. 

Buffet Ramadhan 2019 di Hotel Grand Bluewave
spicy fried chicken wing bluewave bersama cheese

Pencuci Mulut

orang cakap, pencuci mulut di makan sebelum makan makanan lain. tapi bagi aku, pencuci mulut adalah makanan terakhir selepas menjamah semua makanan. hahahha. sebab kan 'cuci' mulut. lepas aku dah sumbat macam - macam, pencuci mulut ni lah yang akan melakukan kerja pembersihan (mencuci mulut).

kalau ikut sunnah, pencuci mulut di makan sebelum makan makanan lain.


Buffet Ramadhan 2019 di Hotel Grand Bluewave
sagu dan gula melaka
boleh dikira berapa kali je aku makan sagu. hahaha. sedap pula bila dapat pekena sagu dan gula melaka. tak muak. walaupun aku tak suka sagu.

Buffet Ramadhan 2019 di Hotel Grand Bluewave
buah - buahan

Buffet Ramadhan 2019 di Hotel Grand Bluewave
puding honey dew

Buffet Ramadhan 2019 di Hotel Grand Bluewave
puding mangga

Buffet Ramadhan 2019 di Hotel Grand Bluewave
beraneka jenis kek dan macaroon

Buffet Ramadhan 2019 di Hotel Grand Bluewave


fuh. letih aku tengok gambar ni. lapaaa ~ bagi yang berminat boleh rujuk maklumat dibawah untuk info lebih lanjut. 

Harga bagi Buffet Warna Warni Ramadan 1440H

tarikh : 6 mei - 4 jun 2019
waktu : 7 malam - 10 malam
tempat : hotel grand blue wave

Persendirian
Harga Biasa
RM138/dewasa
RM 70/kanak-kanak
RM 70/warga emas

Harga Viral 2.0 
**(bayaran untuk tempahan hendaklah dibuat pada 1 april 2019)
RM75 (1 ramadhan-10 ramadhan)
RM85 (11 ramadhan - 30 ramadhan)

Syarikat korporat/ organisasi
Harga Biasa  (isnin - jumaat)
RM138/dewasa
RM 70/kanak-kanak dan warga emas

Harga Biasa (sabtu, ahad, dan cuti umum)
RM148/dewasa+kanak kanak
RM75/dewasa (min 100 orang)


Info Hotel Grand Blue Wave 
website: grandbluewavehotelshahalam.blogspot.com
facebook: facebook.com/grandbluewave
instagram: instagram.com/grandbluewave_shahalam

untuk makluman mengenai tempahan sila hubungi talian di bawah
email : dosm@bluewavehotels.com
tel : 03 5511 8811/2801/2804/2806

Wednesday, March 27, 2019

Lirik Lagu Apa Benar Joe Flizzow

Mieza S | 3/27/2019 04:17:00 PM | 0Comments |
Lirik Lagu Apa Benar Joe Flizzow

Angin Bertiup Ke Mana Itu Tuhan Merancang
Kita Cuma Insan Yang Punya Harapan
Dan Punya Azam Ada Yang Punya Azab
Dunia Hidup Seksa Tapi Tidak Meragam

Juga Ramai Antara Kita Yang Hidup Senang
Tapi Tidak Senang Lihat Orang Lain Tenang
Duit Korupsi Mudah Dibelanja Sewenang
Walau Ada Kampung Tanpa Api Di Waktu Malam

Ok Mungkin Topik Kini Sudah Mula Mendalam
Tapi Dalam Karier Ini Aku Banyak Berjalan
Dua Minggu Sebelum Tsunami Ku berada Di Jepang
Kurasa Keindahannya Sebelum Ditimpa Malang

Memang Tidak Ragu Manusia Rakus Kerana Wang
Tapi Lebih Menakutkan Dunia Dikuasai Bank
Lambat Satu Bayaran Hilang Kampung Halaman
Kita Dibawah Kawalan Persatuan Halimunan

If You Know What I'm Sayin' Is Right
You be Sayin' That Still That Still
Teman JKT Gue Were Like Goin' Kill Goin' Kill
KL KL Take That Take That Ambil Ambil

Tapi Bukan Semua Yang Diberita Itu Real So Chill
Mengapa Harus Ada Kawalan Populasi
Apa Yang Benar Terkandung Dalam Semua Vaksin
Barium Dilepaskan Di Langit Biru

Apakah Fungsi Persatuan Bangsa Bersatu
Perlukah Tiap Benua Menjadi Satu
Sekarang Afrika Selepas EU
Matawang Negara-negara Semua Digabung

Bawah Piramid Dajjal Semuanya Berbumbung
Apa Yang Sedang Berlaku Di Angkasa Lepas
Itu Pementasan Terakhir Di Masa Dekat
Bilakah Mesiah Palsu Akan Dinobat

Bila Kanser dan AIDS Akan Bisa Diubat
Banyak Lagi Soalan Kita Yang Perlu Jawapan
Sampai Bila nyawa Tak Bersalah Dipertaruhkan
Peperangan Jadi Permainan Tokoh Korporat

Menyorok Dibelakang Kasut dan Sut Berkilat
Jangan menangis dengan mengusap titik air mata
engkau bisikkan derita mu
tersentuh hati dalam keharuan

setelah tahu apa yang terjadi
Berapa Pemimpin Lantang Yang Perlu Tumpas
Berapa Banyak Darah Anak Muda Perlu Tumpah
Apa Benar Kuasa Dunia Sokong Revolusi

Atau Petrol Mahu Dikuasai Selepas Misi
Kita Baca Berita Percaya Apa Tertulis
Apa Benar Bom Di London Perbuatan Ekstremis
Apa Benar Setiap Yahudi Golongan Zionis
Apa Benar Setiap Orang Arab Itu Terroris

Quote #111 MiezaS

Mieza S | 3/27/2019 11:29:00 AM | 1Comments |
Quote #111 MiezaS

nyaman kok jadi diri sendiri
tak usah khuatir apa buruk
dan koyaknya terlihat
cuma orang yang pandang
kabut mau iri dan jelek
kayak mau liat kita
dijendela lain
bukan dari jendela kita
bodoh amat

miezaS

Quote #110 MiezaS

Mieza S | 3/27/2019 11:25:00 AM | 1Comments |
Quote #110 MiezaS

lagi jauh kau buang aku lagi tinggi aku naik 😚💋
miezaS

Quote #109 MiezaS

Mieza S | 3/27/2019 11:23:00 AM | 0Comments |
Quote #109 MiezaS

genggamlah kuat mana pun mawar berduri sehingga melukakan. kalau benar ia tidak mahu, ia tetap layu dan tak mahu peduli sebesar apa pengorbananmu. lepaskan lah dan nikmati darah yang mengalir. mungkin darah yang kecewa di telapak tanganmu itu bisa diganti dengan manisnya luka.

miezaS

Quote #108 MiezaS

Mieza S | 3/27/2019 11:18:00 AM | 0Comments |
Quote #108 MiezaS

aku cumalah not not terbuang yang dibiar tidak tertulis dalam rentetan warkah rindu yang kau layang pada penghujung september. 

 oktober datang menjenguk dan menegurku bertanya kan tentang kerinduan yang tergantung pada rekahan bulan. aku diam, kerana kaulah yang memilih untuk menyingkirkan aku dalam ribuan aksara yang bernoktah pada jam satu pagi itu. 

oktober bilang, rekahan itu bakal hancur menjadi debu yang berterbangan di angin petang. usah khuatir, rindu itu tak pernah kekal lama. sekadar hidup diwaktu warna pena masih menyala. aku diam, dan mengangguk tanda mendengar. iyalah, benar. 

 rindu bukan selamanya kan ada dalam hati. ia datang ber- kala dan tak pernah tetap. bersedia untuk duduk dalam hati dijaga penuh rapi atau kemudian pudar hilang berganti.

Quote #107 MiezaS

Mieza S | 3/27/2019 11:15:00 AM | 0Comments |
Quote #107 MiezaS

tahniah, kerana kau telah mengabulkan impian kecil dengan harapan harapan besar yang pernah kau lukis dulu. semoga terus berjaya dengan lebih tinggi dan capai bintang di atas langit 💕

Quote #106 MiezaS

Mieza S | 3/27/2019 11:13:00 AM | 0Comments |
Quote #106 MiezaS

perkara paling memenatkan tentang menjadi perempuan;
ada otak - fikir banyak.
ada hati - semua dibagi.
- waniArdy

harusnya aku cuma menjadi perempuan yang hanya memikirkan hal hal seperti bagaimana mahu mengunyah pelangi agar hati terus warna warni. atau setidaknya melukis bulan lalu menjahitkan menjadi bantal peneman tidur. atau jika aku punya waktu untuk dibuang buang, mungkin aku harus fikir lelaki mana lagi yang harus aku menumpang duduk dihatinya buat teduh mentari. lalu menjadi diri sendiri adalah hal termudah. orang dikelilingmu hanya lalat sampah yang menghinggap mahu mengotori mimpi mimpi mu. abaikan dan terus berbahagia memadam resah. 
 - miezaS

Quote #105 MiezaS

Mieza S | 3/27/2019 11:08:00 AM | 1Comments |
Quote #105 MiezaS

orang macam aku
tempatnya cuma
dipelupuk mata
seorang laki laki
yang kecewa

miezaS

Quote #104 MiezaS

Mieza S | 3/27/2019 11:07:00 AM | 0Comments |
Quote #104 MiezaS

tuhan, jentik hidup sekalian manusia yang pernah menggoyahkan hidup aku,
biar kenal erti sakit,
biar rasa pedih dalam dada,
biar mengerti,
kita manusia yang punya hati
dan harga diri,
bukan tempat menyambut luka,
atau melepas kecewa,
percikkan sesal dan kesal,
lalu memenuh jiwa,
agar dia tahu,
hidup adalah tentang menghargai,
bukan menyakiti.

miezaS

Quote #103 MiezaS

Mieza S | 3/27/2019 11:04:00 AM | 0Comments |
Quote #103 MiezaS

angin pantai mengaut segala kenangan tentang kamu
kenangan kenangan yang pernah mematahkan seluruh jagat hidupku

miezaS

Quote #102 MiezaS

Mieza S | 3/27/2019 11:03:00 AM | 0Comments |
Quote #102 MiezaS

cinta itu percuma? atau harus dibayar dengan pengorbanan yang nipis? atau setidaknya kesetiaan yang rapuh? 

Quote #101 MiezaS

Mieza S | 3/27/2019 11:01:00 AM | 0Comments |
Quote #101 MiezaS

sejauh mana kita mampu menahan sakit dikecewa?
miezaS

Tuesday, March 26, 2019

Lirik Lagu Hok Alohh RxF Rhaled

Mieza S | 3/26/2019 12:35:00 PM | 1Comments |
RxF Rhaled - Hok Alohh (Official Lyric Video)

aku mula dari bawah, kutip ilmu bawoh tanoh
ado kato ceroh, ado kato punoh ranoh
takpo ini la usaho, nok bukti kei aku berjayo
mulo MV mama, ore napok bakat ado

duduk kota bharu, koto lamo aku tinggal
kaji balik bahaso melayu, mungkin habis satu penggal
hok dulu suko dulu, tapi tokse supo dulu
hidup aku haru biru, supo nate ore buru

hok mano kato tokleh, loni jange toleh
walau sakit sikit - sikit aku bikah terus bangkit
wabak aku memey tiptop, ore kelate demam hiphop
tok main tikey lidoh, kalu mari kenp tetok

fuck up, hok mano kato tokleh, loni aku stand up
dulu kato saing mano saing tiko aku perlu back up
ukah corong bukit, cari ilmu bawok kelik
tak hira keno ketik, harap balik tak terbalik (2x)

(3x)
hok aloh, hok aloh, banyak nyo masaloh
hok aloh, hok aloh, jange duk cari saloh

saloh aku, saloh saloh laku
hokmu tahu cari saloh aku
nok sapa tahap ni, keno banyok tadoh muko
tak sapa - sapa tahap lagi, buleh cobo bilo - bilo

biar ore napok biso, sapa kato deme memey gilo
impian aku nyato, hiphop mudo ke tuo
wabak aku memey tiptop, ore kelate demam hiphop
tok main tikey lidoh, kalu mari kenp tetok

fuck up, hok mano kato tokleh, loni aku stand up
dulu kato saing mano saing tiko aku perlu back up

(3x)
hok aloh, hok aloh, banyak nyo masaloh
hok aloh, hok aloh, jange duk cari saloh

Lirik Lagu Tiadanya Kamu Chomel

Mieza S | 3/26/2019 09:15:00 AM | 1Comments |
Lirik Lagu Tiadanya Kamu Chomel

Izinkan aku,
Membentukkan,
keikhlasan dihatiku,
Terhadapmu......

Tak mudah aku meneruskan
Langkah tanpamu,
Jiwaku ini pasti terganggu,
Sungguh ku tak mampu,
Tiadanya kamu.....

Hulur tanganmu bila aku jatuh,
Usah biar aku rapuh dan terputus asaku.
Berjanjilah kau kan selalu disisiku,
Takkan pernah rasa jemu
Menemani hariku.....

Sambut kasihku usah kau lepaskan,
Walaupun segenap harapan
Ku harap kau akan bertahan.
Berikanlah ku peluang....

Menjernihkan keadaan,
Yang pernah diriku persiakan.
Ku janji tak akan mengabaikan,
Dirimu yang aku sayang....

Ku pernah terluka,
Dan ku pernah kecewa.
Namun hadirnya dirimu,
Membuatkan ku bahagia....

Tak terbayang andainya kau berubah,
pasti diriku merana jiwa ku pasti meronta.
Berjanjilah kau kan selalu disisiku,
Takkan pernah rasa jemu
Menemani hariku.....

Sungguh ku tak mampu,
Tiadanya Kamu....

Friday, March 22, 2019

Lirik Lagu What Can I Do For You? Haqiem Rusli

Mieza S | 3/22/2019 11:48:00 AM | 4Comments |

Lirik Lagu What Can I Do For You? Haqiem Rusli

It took a while
But now I’m here
It’s like a needle in my heart
I got it good
I made mistakes
I said all my apologies

As time flies
You helped me out
You showed me how
A friend should be
I’ll reminisce

And now
All the memories meant to be
History
And now
It’s all bittersweet
You and me
So what can I do for you
What can I do for you
What can I do for you
So what can I do for you

It took some time
For me to heal
I know I’m always in your heart
You’re like a pill
You fixed my pain
I needed you to be right here

As time flies
You helped me out
You showed me how
A friend should be and
I’ll reminisce

And now
All the memories meant to be
History
And now
It’s all bittersweet
You and me
So what can I do for you

All my words
All I do
All my actions
Come from my heart
When you smile
While you’re crying
Got me feeling satisfied

So what can I do for you

Wednesday, March 20, 2019

Lirik Lagu Terbang Zynakal

Mieza S | 3/20/2019 09:56:00 AM | 2Comments |
Lirik Lagu Terbang Zynakal

Terbang terbang
Terbang melayang seorang
Jangan biarku seorang
Kalau suka aku boleh ulang

Terbang terbang
Terbang melayang seorang
Jangan biarku seorang
Kalau suka aku boleh ulang

Mengkaji sekiling
Mereka kuat buat bising
Sahutan tak berpaling
Sedangkan yang paling penting

Cuba mentafsirkan niat yang tersirat
Ini sifir ku buat untuk ku punya peminat kuat
Hari demi hari
Mengkaji dan mencari

Hasil berkualiti dari setiap generasi
Bangun dari mimpi mohon jadi realiti
Demi sesuap nasi dan bawa balik bukti
Angan-angan cuma mahu satu senyuman

Tiada lain, senyuman yang melahirkan
Ulang tayang kenangan
Ulang bayang kenalkan
Betulkan alasan sebelum buat rumusan

Terbang terbang
Terbang melayang seorang
Jangan biarku seorang
Kalau suka aku boleh ulang

Terbang terbang
Terbang melayang seorang
Jangan biarku seorang
Kalau suka aku boleh ulang
Terbang…

Niat hati cuma mahu cuba
Jika salah tegurlah
Ku mengalah terima

Tak pernahkah kau rasa salah
Apa salahnya, itu masalah
Serba salah serah
Tumpah darah merah
Geli jadi gelisah
Benci pun jadi marah

Biarku salah tanpa sedar
Tak nak mengalah tanpa sabar
Yang salah tak nak kalah biar
Yang sudah tu sudahlah dengar

Terbang terbang
Terbang melayang seorang
Jangan biarku seorang
Kalau suka aku boleh ulang

Terbang terbang
Terbang melayang seorang
Jangan biarku seorang
Kalau suka aku boleh ulang
Terbang…

Lirik Lagu Akur Amir Hariz

Mieza S | 3/20/2019 09:52:00 AM | 1Comments |
Lirik Lagu Akur Amir Hariz


Terduduk ku sendiri,
mengenangkan kita berdua bercinta,
mengalir airmataku,
saatku melihat gambarmu

yg kau beri padaku,
Berikan aku kekuatan ,
untuk aku meneruskan kehidupan
sebagai insan yang kesepian,

Setiap hari aku menunggu
panggilan manja darimu,
namun harusku akur
yang kau telah pergi,

sayang,Mahu ku mahukan dirimu,
Dekat, mari dekat padaku,
Akur harusku akur kau
hanyalah mainan hati,

Saatku melihat matamu,
terungkap seribu satu kisah hidupmu,
kau pergi dan kau tetap pergi,
tanpa sepatah kata daripadamu,

Beri aku kekuatan,
untuk aku meneruskan pencarian
pengubat luka yang kau sakiti,
Setiap hari aku menunggu

panggilan manja darimu,
namun harusku akur
yang kau telah pergi,
sayang,mahu mahukan dirimu,

Dekat,mari dekat padaku,
Akur harusku akur kau
hanyalah mainan hati


Lirik Lagu Puas Amir Masdi

Mieza S | 3/20/2019 09:48:00 AM | 1Comments |
Lirik Lagu Puas Amir Masdi

Kau telah pergi meninggalkan diri ku ini
Dan aku terasing dari ingatan yang kau cipta
Betapa kejamnya dirimu
Menyiksa hati yang mencintamu

Puas kah hatimu melukakan perasaan yg menanti
Jawapanmu yg tak pernah menghargai
Oh Ternyata cinta buat diriku
Tak ada lagi

Bahagia kah kau menikamku selama ini
Walau ku bersedih ku rela melihat kau pergi
Betapa kejamnya dirimu
Menyiksa hati yang mencintamu

Puas kah hatimu melukakan perasaan yg menanti
Jawapanmu yg tak pernah menghargai
Oh Ternyata cinta buat diriku
Tak ada lagi

Wooooo....

Cuba rasa perit lukaku
Ku Selalu ingin kau tahu
Andai terpisah jasad dari nyawaku
Ku tetap setia untukmu
Selamanyaaaaaaaa...

Puas kah hatimu melukakan perasaan yg menanti
Jawapanmu yg tak pernah menghargai
Oh Ternyata cinta buat diriku
Tak ada lagiiiiiiiii....

Wooohoooooo.....

Jawapanmu yang tak pernah menghargai
Oh Ternyata cinta buat diriku
Tak adaaa... lagi

Tuesday, March 19, 2019

Lirik Lagu Terok Zynakal feat MontBerg

Mieza S | 3/19/2019 05:23:00 PM | 1Comments |
Lirik Lagu Terok feat MontBerg Zynakal

Mereka kata kamu budak hingusan
tak punya harapan untuk ke hadapan
buktikan hidup mu punya tujuan
tahu arah ke arah kemajuan

bukan niat menindas
niat cuma bertegas
tapi ramai yang keras
kerna terlalu bebas
susunan ayat beralas
buat berbalas kias
mungkin tak cukup jelas
Masih punya waktu jika diatas
jika masa berlalu maaf terungkap
ohh nooo.

Chorus:
 Aku dah mencuba dan
tapi aku tak tahan
cuba perlahan lahan
Buang malu dan segan

setiap kegagalan, setiap kekesalan
ada pintu diketuk, kunci kesyukuran
disaksi sejadah, ku sujud tanda
syukur tak terduga, aaahhh
mungkin tiada yang faham
apa yang dicari, yang pasti
disaksikan apa tindakan
santapan jatuh bangun
budak hingusan yang kau kutukkan
dengan ilmu kau takkanlah lapar
tunjuk ajar guru kau kan dapat
pengamalan dijadikan tauladan
dengan izin tuhan pasti ditunjuk jalan

Aku dah mencuba dan
tapi aku tak tahan
cuba perlahan lahan
Buang malu dan segan

Aku Sebuah Motor

Mieza S | 3/19/2019 01:56:00 PM | 1Comments |
Aku Sebuah Motor

aku dapat idea untuk menulis tentang entri ini sejak pagi tadi. sewaktu dalam perjalanan ke kantor, di atas motor ego. okay baik. jadi aku mulakan sesi perkenalan. aku mula memakai motor ego selepas aku memujuk atuk aku untuk membeli sebuah motor. sebelum tu, aku ada niatkan nak pakai motor kepada ayah aku. aku tahu ayah tak boleh, sebab ayah ada lambakan hutang untuk membina tempat teduh kami sekeluarga.

Duit Muka Motor

atuk aku banyak duit. HAHAH. kalau bukan untuk cucunya, duitnya mungkin untuk sang anak. ye dak? tapi atuk aku tak belikan motor sebiji walaupun aku tahu dia mampu. dia cuma bagi aku rm1000 (atau mungkin rm500 - entah~) kalau tak silap untuk duit muka motor. 

aku lupa apa tujuan aku untuk memiliki motor. mungkin sebab nak kerja kot. aku tak ada transport. kalau nak pergi mana - mana pakai motor ayah je. masa tu baru berhenti uitm (1.sem sahaja). pishang lah duduk rumah, tak ada duit.

 aku terus bagitahu ayah.
"ayah nak beli motor."
"mana dapat duit?"
"mintak atuk."

esoknya terus ayah aku bawa aku ke puchong untuk menengok nengok motor. eh tak tengok, terus bayar! dengan rm1000 pemberian atuk. untuk harga muka dengan nilai yang itu, aku cuma mampu angkat ego s atau kriss baru kalau tak silap. aku taknak kriss tu. akhirnya aku memilih motor ego s, warna purple ni. 

2013 itulah aku kerja speedmart dari seksyen 22 ulang alik seksyen 15. akhirnya 2014, bulan 7 kalau tak silap aku dipilih untuk masuk ke kolej komuniti hulu langat.

Ego s Dari Shah Alam - Kajang

hari pertama itulah, aku bawa ego s dari shah alam ke kajang untuk pendaftaran sekaligus mendaftar masuk rumah sewa. keluarga aku datang naik kereta dan kami berpecah. atas motor itulah, aku menggunakan aplikasi google maps untuk sampai ke tempat tujuan aku nak pergi, sebab tu berpisah dengan kereta ayah aku. kami bertemu semula di kolej komuniti kajang sana. 

gigil juga. itu kali pertama ride jauh. cewah ~  ride ko. hhahhha. acah motor besar. sebelum ni adalah paling jauh. aku pernah sesat sampai ke bukit jalil. itu aku rasa jauh dia padu. aku perempuan tau. dan aku sesat sampai ke sana, aku sorang - sorang tak berteman! 

selepas menjadi pelajar kolej komuniti itulah, aku ulang alik dari shah alam ke kajang sekurang - kurangnya dua minggu sekali atau pada setiap kali hujung minggu. yela, asal hari minggu je aku duduk sorang. housemate pakat balik rumah. hmm ~

dengan motor ini juga lah, ulang alik mengangkut hosusemate dari rumah ke kolej. XD

aku tamat belajar pada 2016 mungkin bulan 2? tak pastilah. tak ingat dah. 

kemudian, dengan motor ego s inilah yang membawa aku ke kl untuk pertemuan dengan doktor. ada dua temujanji yang aku akan lunaskan setiap tahun dan juga sebulan sekali (sekarang dah ditukar kepada tiga bulan sekali) .

temujanji dengan doktor ni semenjak 2013 itulah. semenjak aku ada motor, aku pergi sendiri. kalau tidak, ayah aku akan ambil cuti untuk hantar aku. lepastu aku ambil alih tugas aayah pula untuk hantar adik. adik aku pun temujanji di tempat yang sama. dua temujanji juga. yang pertama temujanji setahun sekali. yang kedua temujanji pada setiap sebulan sekali (sekarang dah tukar jadi tiga bulan sekali).

untuk pengetahuan, temujanji kami tak akan pernah sama kecuali yang setahun sekali tu je. yang tiga bulan sekali, memang tak sama, sebab doktor lain - lain.

motor ini juga lah yang digunakan pada setiap kali nak membeli belah di pasaraya. satu troli penuh dan diangkut oleh ego s. kadang - kadang aku terfikir yang ego ni dah macam van pergi pasar. hahhaha

Motor Ego Banyak Jasa

alhamdulillah. di tahun 2019, aku masih dengan 'beliau'. dengan motor ini juga lah aku pernah kecelakaan yang berpunca dari pengguna kereta yang membeli kereta tidak dipakejkan sekali dengan signal kiri dan kanan. 

tengok gambar dibawah. masih cantik masih baru. 

sekarang motor tu ada crack di depan. untuk menjaga hati 'beliau', ayah aku gamkan kalau tak silap. guna glue gun. untuk tahun lepas, dua kali aku tersadai di tepi jalan, akibat kebocoran 'tube' minyak kot. entah. sebab tube tu makin pendek setelah dipotong. tu bila pam, dia tercabut.

pertama, tersadai di seksyen 7. masatu nak berjimba photoshoot dengan adik di laman seni. sampai di laman seni, motor macam makin slow dan bau minyak kuat. tengok bawah, minyak tengah jatuh mengalir dengan deras. masih buat bodoh dan sempat ambil gambar. balik tu, di depan avenue seksyen 16 motor betul - betul habis minyak. ayah aku penyelamat!

kali kedua, di lampu isyarat seksyen 19. waktu tu perjalanan pulang ke rumah. minyak keluar lagi. aduh. ayah datang sebagai penyelamat! dua kali ayah jadi penyelamat, aku betul - betul rasa sebak. apa pun jadi, ayah aku lah yang akan tolong. sejak dari tu, kalau adik aku lawan cakap ayah aku, aku rasa sedih (tapi kalau aku yang lawan takpe. sebab ayah aku suka nak menang. aku tak boleh bagi menang kalau benda tu memang dah salah). 

__


masih lagi dengan motor ego s yang sama itulah aku pergi dan pulang kerja. dah dua tahun aku di sini. di tempat pertama aku mendapat kerja setelah setahun lebih menganggur. terima kasih ego s. semoga nukilan ini akan sentiasa dikenang - kenang walaupun satu hari nanti 'kau' dah tak wujud. minta maaf sebab selalu sakitkan 'kau'. semoga kita selalu susah senang sama - sama ya :'( eh sebak pulak. 

Aku Sebuah Motor
2014
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
© Copyright 2017 | ALL Right Reserved to Owner. Re-edit by Sehijau Blog RA.