aku cumalah not not terbuang yang dibiar tidak tertulis dalam rentetan warkah rindu yang kau layang pada penghujung september.
oktober datang menjenguk dan menegurku bertanya kan tentang kerinduan yang tergantung pada rekahan bulan. aku diam, kerana kaulah yang memilih untuk menyingkirkan aku dalam ribuan aksara yang bernoktah pada jam satu pagi itu.
oktober bilang, rekahan itu bakal hancur menjadi debu yang berterbangan di angin petang. usah khuatir, rindu itu tak pernah kekal lama. sekadar hidup diwaktu warna pena masih menyala. aku diam, dan mengangguk tanda mendengar. iyalah, benar.
rindu bukan selamanya kan ada dalam hati. ia datang ber- kala dan tak pernah tetap. bersedia untuk duduk dalam hati dijaga penuh rapi atau kemudian pudar hilang berganti.
- miezaS
0 Comments
terima kasih kerana meluangkan masa membaca dan meninggalkan komen.