aku dapat idea untuk menulis tentang entri ini sejak pagi tadi. sewaktu dalam perjalanan ke kantor, di atas motor ego. okay baik. jadi aku mulakan sesi perkenalan. aku mula memakai motor ego selepas aku memujuk atuk aku untuk membeli sebuah motor. sebelum tu, aku ada niatkan nak pakai motor kepada ayah aku. aku tahu ayah tak boleh, sebab ayah ada lambakan hutang untuk membina tempat teduh kami sekeluarga.
Duit Muka Motor
atuk aku banyak duit. HAHAH. kalau bukan untuk cucunya, duitnya mungkin untuk sang anak. ye dak? tapi atuk aku tak belikan motor sebiji walaupun aku tahu dia mampu. dia cuma bagi aku rm1000 (atau mungkin rm500 - entah~) kalau tak silap untuk duit muka motor.
aku lupa apa tujuan aku untuk memiliki motor. mungkin sebab nak kerja kot. aku tak ada transport. kalau nak pergi mana - mana pakai motor ayah je. masa tu baru berhenti uitm (1.sem sahaja). pishang lah duduk rumah, tak ada duit.
aku terus bagitahu ayah.
"ayah nak beli motor."
"mana dapat duit?"
"mintak atuk."
esoknya terus ayah aku bawa aku ke puchong untuk menengok nengok motor. eh tak tengok, terus bayar! dengan rm1000 pemberian atuk. untuk harga muka dengan nilai yang itu, aku cuma mampu angkat ego s atau kriss baru kalau tak silap. aku taknak kriss tu. akhirnya aku memilih motor ego s, warna purple ni.
2013 itulah aku kerja speedmart dari seksyen 22 ulang alik seksyen 15. akhirnya 2014, bulan 7 kalau tak silap aku dipilih untuk masuk ke kolej komuniti hulu langat.
Ego s Dari Shah Alam - Kajang
hari pertama itulah, aku bawa ego s dari shah alam ke kajang untuk pendaftaran sekaligus mendaftar masuk rumah sewa. keluarga aku datang naik kereta dan kami berpecah. atas motor itulah, aku menggunakan aplikasi google maps untuk sampai ke tempat tujuan aku nak pergi, sebab tu berpisah dengan kereta ayah aku. kami bertemu semula di kolej komuniti kajang sana.
gigil juga. itu kali pertama ride jauh. cewah ~ ride ko. hhahhha. acah motor besar. sebelum ni adalah paling jauh. aku pernah sesat sampai ke bukit jalil. itu aku rasa jauh dia padu. aku perempuan tau. dan aku sesat sampai ke sana, aku sorang - sorang tak berteman!
selepas menjadi pelajar kolej komuniti itulah, aku ulang alik dari shah alam ke kajang sekurang - kurangnya dua minggu sekali atau pada setiap kali hujung minggu. yela, asal hari minggu je aku duduk sorang. housemate pakat balik rumah. hmm ~
dengan motor ini juga lah, ulang alik mengangkut hosusemate dari rumah ke kolej. XD
dengan motor ini juga lah, ulang alik mengangkut hosusemate dari rumah ke kolej. XD
aku tamat belajar pada 2016 mungkin bulan 2? tak pastilah. tak ingat dah.
kemudian, dengan motor ego s inilah yang membawa aku ke kl untuk pertemuan dengan doktor. ada dua temujanji yang aku akan lunaskan setiap tahun dan juga sebulan sekali (sekarang dah ditukar kepada tiga bulan sekali) .
temujanji dengan doktor ni semenjak 2013 itulah. semenjak aku ada motor, aku pergi sendiri. kalau tidak, ayah aku akan ambil cuti untuk hantar aku. lepastu aku ambil alih tugas aayah pula untuk hantar adik. adik aku pun temujanji di tempat yang sama. dua temujanji juga. yang pertama temujanji setahun sekali. yang kedua temujanji pada setiap sebulan sekali (sekarang dah tukar jadi tiga bulan sekali).
untuk pengetahuan, temujanji kami tak akan pernah sama kecuali yang setahun sekali tu je. yang tiga bulan sekali, memang tak sama, sebab doktor lain - lain.
motor ini juga lah yang digunakan pada setiap kali nak membeli belah di pasaraya. satu troli penuh dan diangkut oleh ego s. kadang - kadang aku terfikir yang ego ni dah macam van pergi pasar. hahhaha
motor ini juga lah yang digunakan pada setiap kali nak membeli belah di pasaraya. satu troli penuh dan diangkut oleh ego s. kadang - kadang aku terfikir yang ego ni dah macam van pergi pasar. hahhaha
Motor Ego Banyak Jasa
alhamdulillah. di tahun 2019, aku masih dengan 'beliau'. dengan motor ini juga lah aku pernah kecelakaan yang berpunca dari pengguna kereta yang membeli kereta tidak dipakejkan sekali dengan signal kiri dan kanan.
tengok gambar dibawah. masih cantik masih baru.
sekarang motor tu ada crack di depan. untuk menjaga hati 'beliau', ayah aku gamkan kalau tak silap. guna glue gun. untuk tahun lepas, dua kali aku tersadai di tepi jalan, akibat kebocoran 'tube' minyak kot. entah. sebab tube tu makin pendek setelah dipotong. tu bila pam, dia tercabut.
pertama, tersadai di seksyen 7. masatu nak berjimba photoshoot dengan adik di laman seni. sampai di laman seni, motor macam makin slow dan bau minyak kuat. tengok bawah, minyak tengah jatuh mengalir dengan deras. masih buat bodoh dan sempat ambil gambar. balik tu, di depan avenue seksyen 16 motor betul - betul habis minyak. ayah aku penyelamat!
kali kedua, di lampu isyarat seksyen 19. waktu tu perjalanan pulang ke rumah. minyak keluar lagi. aduh. ayah datang sebagai penyelamat! dua kali ayah jadi penyelamat, aku betul - betul rasa sebak. apa pun jadi, ayah aku lah yang akan tolong. sejak dari tu, kalau adik aku lawan cakap ayah aku, aku rasa sedih (tapi kalau aku yang lawan takpe. sebab ayah aku suka nak menang. aku tak boleh bagi menang kalau benda tu memang dah salah).
__
masih lagi dengan motor ego s yang sama itulah aku pergi dan pulang kerja. dah dua tahun aku di sini. di tempat pertama aku mendapat kerja setelah setahun lebih menganggur. terima kasih ego s. semoga nukilan ini akan sentiasa dikenang - kenang walaupun satu hari nanti 'kau' dah tak wujud. minta maaf sebab selalu sakitkan 'kau'. semoga kita selalu susah senang sama - sama ya :'( eh sebak pulak.
2014 |
1 Comments
Macam tajuk karangan sekolah dulu2
ReplyDeleteterima kasih kerana meluangkan masa membaca dan meninggalkan komen.