baru tadi, video terbaru dari shalma aina melalui newfeed di youtube. terus aku play sebab dia adalah shalma aina dan bergandingan bersama hazeman huzir. aku mula mengenali nama mereka selepas kawan aku, akid yang banyak bercerita pasal thinker studio. aku suka dengar semua cerita yang keluar dari mulut akid.
bagi aku cerita yang akid kongsi semua nya berkenan dekat telinga. waima cerita akid beli buku baru sekalipun (remeh dan tak menarik kan?) selepas dari thinker studio, kita semua mula menyukai rancangan motif viral. tapi aku pergi dekat motif viral dulu baru masuk ke thinker studio.
kembali semula ke tajuk utama, 'mangsa buli'. bagi aku, akid akram ni menyerupai sosok hazeman huzir. aku mula kenal akid 2011 dan sehingga entri ini dia tulis aku masih lagi berkawan dengan dia. sejak sekolah, aku diberi 'pendedahan' 60% tentang kehidupan akid. akid pindah sekolah sebab kena buli dekat sekolah lama. dekat sekolah baru tu lah, dia jadi someone yang lebih better. jadi, kami berkongsi 'rasa' yang sama walau situasinya beza.
Aku Kena Buli
yang atas tu cuma intro tentang bagaimana dan apa kaitan shalma aina, hazeman huzir, akid, thinker studio, motif viral dalam cerita aku. disebabkan aku ter play video shalma, entri ini wujud. content dalam video tu adalah tentang menjadi mangsa buli.
shalma yang cantik, hazeman yang kacak juga pernah ada 'kenangan' dibuli. apetah lagi aku yang dilahir banyak kurang. aku mula sedar aku ni mangsa buli ketika berumur 8tahun. darjah satu (7tahun) aku masih mentah dan bodoh menilai. waktu darjah dua tu lah, orang dah mula gelar aku 'hidung kemek' atau hidung besar. sepatutnya waktu aku menaip perkataan 'hidung' , aku akan rasa cukup sensitif. but now, aku rasa macam nothing. HAHHA.
Sekolah Rendah
darjah tiga aku jadi pengawas. aku dapat jawatan pengawas sebab darjah dua aku dapat nombor 4 waktu akhir tahun (ke darjah satu. entahlah ~). masa jadi pengawas ni lah, aku konon - konon all out dengan 'pengawas' dan tak nak dibuli. kononnya~
walaupun aku pengawas, golongan 'trash' masih lagi panggil aku dengan panggilan - panggilan bodoh. benda yang paling tak boleh lupa bila, ada orang ejek aku dan lari. aku tanpa segan silu, angkat kain dan kejar. tuhan maha kaya, terjelepok kan mangkok tu sebab tersepak batu kot. aku naik atas dia, aku tumbok - tumbok muka dia dari belakang. orang kerumun membentuk bulatan. cikgu pendidikan jasmani, sir reza datang. dia soal siasat kenapa aku buat macam tu. aku cakap "dia ejek sy cikgu." aku terus blah dan air mata jatuh laju. aku dah tak peduli kalau aku kena beratur dekat dewan dan aku tak peduli pun cikgu belum lagi habiskan sesi interview dengan aku. sampai harini aku ingat nama dia, MUAZ. kalau kau adalah stranger (silent reader) yang dimaksudkan, datang dekat aku dan minta maaf. sebab aku takkan senang - senang lupa sampah macam kau. oh lagi sorang nama dia shafiee kot. tapi dah meninggal budak tu (alumni smk seksyen 19 shah alam). kata orang, orang yang baik dijemput tuhan awal. mungkin shafiee ni baik kot selama hayatnya. entah. tapi dia jahat dengan aku.
bukan dia sorang. ramai. aku sedang tunggu golongan sampah yang menjadikan hari - hari aku kelam untuk ke sekolah ni datang minta maaf minta ampun.
Sekolah Menengah
aku sekolah menengah 'jauh' dari tempat aku membesar, iaitu di kuala selangor. aku memilih untuk tinggal di asrama dan jauh dari shah alam. kalau aku tetap sekolah di shah alam, dua sekolah yang akan menyenaraikan aku ialah smk seksyen 19 dan smk ttdi. smk seksyen 19 ramai datang dari sk seksyen 20. smk ttdi pula golongan elit. ah dua dua aku taknak. akhirnya aku memilih smk seri tanjong.
SMK Seri Tanjong Kuala Selangor
sekolah menengah pun aku masih jadi mangsa buli. dekat sini aku dah tak jadi pengawas, sebab aku tahu pelajar nya lebih 'berdedikasi' dan hawau. hahahhahaha. aku duduk asrama. jadi aku kena hadap dua situasi perit di sekolah dan asrama. lebih kena jadi kuat! aku dah tak dapat jolongan hidung kemek/ hidung besar. orang cuma cakap aku cacat. takpun dorang akan suit suit aku (macam panggil burung) lepas tu gelak berjemaah. perangai diorang ni memang sumpah hina. masalahnya muka sorang - sorang pun pecah. dasar! dekat sini, aku tak ambil pusing sangat muka muka trash. sebab aku lebih memilih lari jauh dari duduk dekat. aku cuma dengar tapi tak lihat. faham?
dekat sini, aku jumpa kawan yang baik hati. yang suka panggil aku tok guru. aku masuk lambat ke kelas sebab nama tak ada (maklumlah pindah sekolah). lelaki dalam kelas aku macam gampang. semua tak sudi bercakap dengan aku. kalau cakap pun tak sudi pandang muka. hahah. jaz and the gang yang panggil aku untuk berkawan dengan diorang. diorang tu termasuklah; jaz, nadia, diana, aqilah, ainor, diba + erra (kawan dari asrama). dorang lah yang buat aku rasa aku tak keseorangan di sekolah. terima kasih sudi duduk sebelah 'jaga' aku masa aku dicemuh.
dekat sini, aku jumpa kawan yang baik hati. yang suka panggil aku tok guru. aku masuk lambat ke kelas sebab nama tak ada (maklumlah pindah sekolah). lelaki dalam kelas aku macam gampang. semua tak sudi bercakap dengan aku. kalau cakap pun tak sudi pandang muka. hahah. jaz and the gang yang panggil aku untuk berkawan dengan diorang. diorang tu termasuklah; jaz, nadia, diana, aqilah, ainor, diba + erra (kawan dari asrama). dorang lah yang buat aku rasa aku tak keseorangan di sekolah. terima kasih sudi duduk sebelah 'jaga' aku masa aku dicemuh.
aku di smk seri tanjong cuma tiga tahun. lepastu aku pindah ke sm vokasional shah alam atas 'desakan' bapak aku yang nak aku sekolah dekat dengan rumah. aku bersetuju setelah berfikir berkali kali dan juga atas pujukan kawan (cyra).
SM Vokasional Shah Alam
smv di monopoli lelaki. aku lambat seminggu masuk sekolah kot (yang penting aku tak masuk hari pertama). jadinya lepas berdaftar, kemana mana dengan cyra. cyra ni disukai ramai sebab dia friendly dan juga manja. pada setiap kali aku teman dia dating dengan lelaki, aku macam halimunan. sumpah weyh. halimunan. lelaki yang dia lepak tu langsung tak sudi 'jenguk' aku. buruk betul muka aku pada pandangan mata dia ye. huhu
pengalaman dekat smv ni sama macam dekat smk seri tanjong. wujud golongan trash yang suka gelakkan aku berjemaah tanpa tujuan. dasar celaka~ dalam kelas aku rasa macam aku asing. cuma tak rasa diasingkan sangat sebab zaman tu aku ada cyra, aku ada akid, aku ada acap. yang lain entah. dekat sini, walaupun aku kemana mana dengan cyra. aku tetap rasa nothing dekat sekolah. sebab tak ada yang sudi pandang aku. aku punya karya yang nak masuk dalam majalah sekolah pun kena tendang! sebab dorang macam berpuak (yelah aku kan outsider, diorang asrama kan). aku geram je. nasib baik masa dekat smk seri tanjong, ustazah tu sangat menghargai tulisan aku. dia cakap "ustazah suka tulisan kamu, teruskan menulis ya." lepastu di smv shah alam, aku ada cikgu hamidah saiat. yang sama macam ustazah. ucapannya "teruskan menulis. saya percaya awak boleh pergi jauh. im crying :'( pada setiap kali aku mengenang zaman sekolah, aku akan selalu ingat dan menulis tentang orang - orang yang menghargai aku.
lepastu, aku teruskan belajar di kolej komuniti hulu langat. dekat sini, perempuan boleh dikira dengan jari. ha aku kena lagi. lelaki dekat sini spesis dekat sekolah vokasional aku. jenis lepak ramai - ramai. lepastu suit - suit macam burung, pastu gelakkan aku. grrr.
sampah sekrang dah dua puluh empat. dekat mana - mana pun aku pergi, masyarakat masih lagi pandang aku macam gampang. yang pandang aku macam gampang tu is orang dewasa yang tuhan bagi otak dekat kepala dan akal untuk fikir. masalahnya diorang tak reti nak guna. adakala, yang pandang aku macam 'geli' dengan rupa aku is budak - budak yang baru nak up (sekolah renda + sekolah menengah).
entahlah. susah jadi aku sebenarnya. sampai aku selalu tanya orang disebelah aku, "hey, kau okay jalan dengan aku? nanti ada orang pandang kau sebab kau jalan dengan aku :(" .
doakan aku, pada suatu hari orang akan pandai respect orang macam aku.
Zaman Universiti
kemudian habis sekolah, aku empat bulan di uitm shah alam (1sem sahaja). sebab aku buruk, sebab aku tak pandai english, sebab aku tak ada rupa, sebab aku tak pandai macam orang lain. sekali lagi rasa terpinggir. budak laki kelas aku ada yang okay. ada yang macam gampang. perempuan totally out (bagi aku lah). sebab diorang macam taknak sangat kawan dengan aku. masa mula - mula kena buat group untuk sebarang presentation, memang aku tak terpilih. saja kelip kelip mata buat muka kesian pun orang tak sudi. kalau tak faham soalan pun sama. "aku belum buat lagi, nanti lah". last last dia siap dah, saja tidak mahu ajar aku. dekat sini, tak ada kot yang ejek aku. dekat sini aku kenal fadhilah dan shahila. diorang ni lah bff aku sampai sekarang. cuma dengan shahilah je dah jauh.lepastu, aku teruskan belajar di kolej komuniti hulu langat. dekat sini, perempuan boleh dikira dengan jari. ha aku kena lagi. lelaki dekat sini spesis dekat sekolah vokasional aku. jenis lepak ramai - ramai. lepastu suit - suit macam burung, pastu gelakkan aku. grrr.
sampah sekrang dah dua puluh empat. dekat mana - mana pun aku pergi, masyarakat masih lagi pandang aku macam gampang. yang pandang aku macam gampang tu is orang dewasa yang tuhan bagi otak dekat kepala dan akal untuk fikir. masalahnya diorang tak reti nak guna. adakala, yang pandang aku macam 'geli' dengan rupa aku is budak - budak yang baru nak up (sekolah renda + sekolah menengah).
entahlah. susah jadi aku sebenarnya. sampai aku selalu tanya orang disebelah aku, "hey, kau okay jalan dengan aku? nanti ada orang pandang kau sebab kau jalan dengan aku :(" .
doakan aku, pada suatu hari orang akan pandai respect orang macam aku.
jangan pandang golongan macam aku, golongan yang tak layak menyertai golongan manusia 'biasa' macam kau.
** sesi meluah perasaan golongan oku.
1 Comments
Alhamdulillah.. walaupun x bergaul dgn budak2 up di sekolah, ejulz x pernah jadi mangsa buli. hehe. Dalam hidup ni kene pandai bawa diri.. tapi di alam pekerjaan lebih berbahaya.. ada yg buli dalam sembunyi.. depan2 x berani..
ReplyDeleteterima kasih kerana meluangkan masa membaca dan meninggalkan komen.