Tutorial Mekap Kali Pertama dengan Produk Althea (Entri Bergambar)

Tutorial Mekap Kali Pertama dengan Produk Althea (Entri Bergambar)

neves juga sebenarnya nak taip entri ni. sebab tak yakin dengan diri sendiri. nak buat tutorial memang tak la weyh. lagi - lagi kalau video. memang lemah sangat. tapi sebab profesional dalam mengendalikan 'kerja' jadi inilah hasilnya. maaf muka nan hado ye. 

senarai produk yang aku guna ialah :
1 - wonder pore freshner
2 - petal velvet sunaway
3 - flawless creamy concealer
4 - watercolor cream tint
5 - eyeshadow pallete sunrise & moonrise
5 - skin relief spot film gel (mekap sebelumnya)
6 - spotlight eye glitter (mekap sebelumnya)

Mekap Guna 100% Produk Althea 

Tutorial Mekap Kali Pertama dengan Produk Althea (Entri Bergambar)

gambar diatas adalah gambar sebelum aku meletakkan sebarang calitan pada wajah. nampak kan yang spot hitam tu? tu semua bekas jerawat yang masih menetap tak mahu pergi. hahhaha. geram aku . nak kena tunggu berbulan baru pergi. dalam masa yang sama, ada jerawat lain pulak. geram. 

Tutorial Mekap Kali Pertama dengan Produk Althea (Entri Bergambar)

sebelum memulakan sebarang calitan, memang aku akan lapiskan muka dengan freshner ni. sejak dulu lagi. setahun lebih dan aku pengguna setia. hehehe. lepastu aku akan sapu pula dengan petal velvet sunaway. tujuannya adalah untuk menghalang sinaran uv terus menjengak terus ke wajah. dua produk ni senang menyerap terus. tak berminyak dan tak melekit.

Tutorial Mekap Kali Pertama dengan Produk Althea (Entri Bergambar)

apa yang aku perasan, kalau aku mekap atau tak mekap tanpa memakai petal velvet sunaway. memang totally muka aku berminyak teruk. 

Tutorial Mekap Kali Pertama dengan Produk Althea (Entri Bergambar)

seterusnya aku akan pakai concealer. actually kalau faham basic mekap, concealer adalah untuk menutup cela. dan foundation pula adalah untuk letakkan pada keseluruhan wajah. dalam kes ni, concealer yang aku guna sifatnya adalah creamy. jadi memang boleh apply sebagai pengganti foundation tau. 

Kelebihan Concealer Selain Menutup Cela Wajah (foundation)

1 - sebagai primer bibir
2 - contouring dan highlight
3 - memperbaiki bentuk winged eyeliner
4 - menyempurnakan bentuk kening
5 - melentikkan bulu mata

Tutorial Mekap Kali Pertama dengan Produk Althea (Entri Bergambar)

untuk concealer ,  aku pakai dua kod warna. iaitu honey dan mocha. sesuai dengan wajah aku yang tak berapa nak cerah. ahahha. 

Tutorial Mekap Kali Pertama dengan Produk Althea (Entri Bergambar)

gambar di atas adalah selepas aku sapu ratakan concealer pada wajah. aku suka sangat dengan tekstur nya yang creamy. aku rasa jimat sangat pakai concealer ni. cuma pakai sikit je. kalau aku la. aku suka pakai sikit untuk mengelakkan wajah aku bercapuk. 

Tutorial Mekap Kali Pertama dengan Produk Althea (Entri Bergambar)

blusher pula aku menggunakan watercolor cream tint. jimat kan? aku guna kod warna marron. yang mana lebih merah. cuma letakkan dot kecil pada pipi dan dap dap samaada dengan tangan atau span. yang ni aku guna tangan je. hehehe. aku takde berus yang jenis untuk blusher tu. 

Tutorial Mekap Kali Pertama dengan Produk Althea (Entri Bergambar)

Suka Pakai Eyeshadow Pallete Sunrise & Moonrise

Tutorial Mekap Kali Pertama dengan Produk Althea (Entri Bergambar)

eyeshadow yang aku pakai ni temanya sunrise dan moonrise. maknanya boleh digunakan untuk majlis yang diadakan pada waktu siang atau malam mengikut kadar kesesuaian. pilihan warnanya juga sangat cantik dan menarik. apa yang aku suka dengan pallete ni ialah glitter yang terdapat pada setiap warna. 

sangat sesuai untuk kelihatan glamer dalam majlis nanti. 


Tutorial Mekap Kali Pertama dengan Produk Althea (Entri Bergambar)

Tutorial Mekap Kali Pertama dengan Produk Althea (Entri Bergambar)
lip tint kod warna marron

untuk pengetahuan, lip tint yang aku guna pada pipi sebagai blusher turut digunakan sebagai lipstik. jimat! yang suka pakai lipstik ala - ala korea boleh la calitkan sedikit sahaja pada bibir.

ada dua produk yang aku skip untuk tutorial ini. iaitu skin relief spot film gel (mekap sebelumnya)
spotlight eye glitter (mekap sebelumnya). aku dah guna dua produk ni dalam gambar di bawah yang ala - ala model gitu. suka betul aku dengan effect mata yang sangat mahal. lawa gile. ni first time aku guna eye glitter. 

untuk mekap di atas, aku tak sempat ootd. tapi disini aku turut sertakan gambar ootd pada waktu kali pertama aku guna produk althea diatas. cuma lipstik aku pakai dua warna. aku rasa cantik. hahahah. eh? macam model. sapa nak shoot, panggil aku. okay bye. 

terima kasih kepada althea untuk produk yang sangat amazing dan tak pernah bagi effect buruk dekat kulit aku sejak beberapa tahun lepas. semoga althea terus dikenali di seantero dunia. amin ~ 

Tutorial Mekap Kali Pertama dengan Produk Althea (Entri Bergambar)
editing by vsco ^_^

untuk info lanjut mengenai harga produk boleh baca di entri makeup box dari althea dan juga pada label #kecantikan


Info Althea Korea
Official Website : http://my.althea.kr
Facebook : https://www.facebook.com/altheamalaysia/
Instagram : https://www.instagram.com/altheakorea/

Post a Comment

2 Comments

terima kasih kerana meluangkan masa membaca dan meninggalkan komen.