Berjimba Setelah Sekian Lama

Berjimba Setelah Sekian Lama

setelah sekian lama, akhirnya! hahhaha. selepas habis program di seksyen 7 shah alam bersama usahawan, terus kak jannah bawak kitorang semua pergi johnny's restaurant AEON bukit raja, klang. setelah semuanya berhempas pulas dengan perlbagai program, akhirnya semua terbalas dengan makanan yang sedap. hahahha

bangun pagi tadi,  tiba - tiba rasa semangat nak buat kerja helok - helok. walaupun waktu entri ini ditulis aku sedang 'pause' kan semua kerja aku. hahahhaa. jangan marah okay? 

aku sertakan #ootd acah - acah sebelum pulang dan berangkat ke bukit raja. gambar di ambil oleh jiran sebelah meja, teha. thanks teha, jadi fotografi 'berbayar' dengan kasih sayang. huhu. untuk caption yang manis, boleh baca di @7kecik


Johnny's Restaurant AEON Bukit Raja

Berjimba Setelah Sekian Lama

biar aku kenalkan semuanya. mula dari sebelah kiri ya. dari depan : teha, syue, jannah. di sebelah kanan dari depan : nazurah, syida, mieza, noi. 

entri sebelum ni, ada aku ceritakan pasal officemate. cuma yang ni paling terbaru. walaupun semua perempuan, kitorang semua kuat tau. nak suruh angkat almari boleh, angkat file berkilo - kilo takde hal. 

dah lama tak makan berjemaah selepas pulang kerja ya. hahahhaha semua sibuk macam menteri. sikit hari lagi aku pun jadi menteri. HAHAH. boleh la #ootd gaya orang korporat. ha gitu. sekarang nak bergaya ala - ala orang korporat macam tak masuk akal. sikit - sikit boleh la, kalau nak beriya sangat macam ~ okay bye. 


Order Sampai Lebam

kitorang sampai aeon sebelum pukul 7, menunggu dalam kereta sebelum yang lain sampai. syue lambat sikit datang, sebab dia hantar makanan dekat orang rumah. pandaiiiii. menu  asing - asing eh dengan orang rumah. waktu mula - mula sampai, noi jadi tour guide. haha comel je dia. semua dia explain dekat nazurah. aku perhati je dari belakang. 

__

aku dah cakap, order paling mahal. hahahhahahha. bila lagi kan? kebanyakkan makanan yang terhidang atas meja dipilih sendiri oleh noi, sebab ni 'rumah' dia. yang lain - lain tu tambah masing - masing. semua merasa lah. 

Berjimba Setelah Sekian Lama
sebahagian menu. kiri kanan depan belakang tak mampu interframe dalam sekeping gambar. 

semalam kenyang sampai ke tidur. masalahnya sebelum tidur lapar balik. hanet betul. noi gerak awal, sebab nak sambung makan dekat rumah. diikuti jannah yang tertinggal beg laptop. kisah aku? hahahha. kesian kakak syue. kena pergi rumah kak jannah untuk ambil beg aku.

"ada barang tinggal tak? takde, semua ada."

dalam kereta :
"nak tahu tak apebenda yang kelakar?". "kunci motor dalam beg dekat kereta jannah."

semua gelak. hahhahahhaha. terima kasih kak syue pergi rumah kak jannah. sorry kak jannah kacau akak tengah siang ikan. okay sekian. tak shabar nak tunggu bulan depan makan mana pulak. 

Post a Comment

2 Comments

terima kasih kerana meluangkan masa membaca dan meninggalkan komen.