yeayy. makeup box dari althea dah selamat sampai dari korea. dapat je terus ku bukak nak tengok isi dalam. and surprise. lengkap serba serbi! tak sia - sia jadi althea angle sebab dapat cuba macam - macam produk baru dan lama dari althea website. macam macam guys. tak tahu nak buat senarai.
kali ni aku dapat makeup box ekslusif. task nya cuma buat tutorial mekap. senang ke susah? hahahhahaha. bagi aku 'senang' kot. sebab selalu mekap. walaupun cuma cantik dimata sendiri. hehehhee. sebelum buat tutorial mekap semestinya aku nak perkenalkan semua item yang terdapat di dalam kotak ni. okay jom mula!
Makeup Box Althea
1 - Eyeshadow Pallete Sunrise & Moonrise BCLx Althea
EYE PALETTE SUNRISE & MOONRISE BCL X ALTHEA |
benda paling best bila dapat eyeshadow palette. aku lebih taksub dengan lipstik berbanding eyeshadow, sebab harganya yang agak mahal. lagipun aku tak suka sangat pakai eyeshadow. bila dapat eyeshadow palette secara percuma, aku akan lebih menghargai berbanding lipstik yang aku aku mampu beli.
warna eyeshadow palette ni sangat cantik. sesuai untuk dipakai waktu siang dan malam. kombinasi lapan warna ini menggunakan tema sunrise dan moonrise. dimana ia adalah hasil dari kerjasama antara Bunga Citra Lestari, penyanyi indonesia yang sering menghias layar kaca tv seluruh asia tenggara.
untuk korang yang sangat sukakan eyeshadow palette ni, cepat cepat dapatkan eye palette althea dengan diskaun sebanyak 30% dan juga penghantaran PERCUMA di website althea! gunakan kod BCL30 ya.
2 - Watercolor Cream Tint (4.5ml)
WATERCOLOR CREAM TINT (4.5ML) |
watercolor cream tint ini didatangkan dengan empat variasi warna iaitu :
#01 Plum Cream
#02 Strawberry Cream
#03 Peach Cream
#04 Marron Cream
ke empat empat warna ini adalah warna dari 'keluarga' merah. kalau kau perasan ia adalah warna menonjol. bagi mereka yang sangat sukakan warna menonjol dibibir, boleh gunakan watercolorcream tint dari althea. lipstik ini mengandungi asid hyaluronik dan squalene untuk mengelakkan bibir dari menggelupas.
korang suka bibir nampak glossy dan berkilau? mari jenguk di website althea disini watercolor cream tint. dapatkan potongan harga sebanyak 10%!
korang suka bibir nampak glossy dan berkilau? mari jenguk di website althea disini watercolor cream tint. dapatkan potongan harga sebanyak 10%!
3 - Flawless Creamy Concealer
FLAWLESS CREAMY CONCEALER (6G) |
flawless creamy concealer ini dibuat daripada aquaxyl dimana ia digunakan untuk memberi kelembapan dan membaiki keseluruhan kulit. concealer ini dihasilkan secara creamy untuk kulit kelihatan licin dan bersih. senang dipakai dan diratakan diseluruh kulit tanpa membuatkan wajah bercapuk. aku dah pakai. best.
didatangkan dengan empat variasi warna iaitu :
#01 vanilla
#02 ginger
#03 honey
#04 mocha
antara ke empat empat concealer tersebut, aku cuba pakai 2 warna sahaja iaitu honey dan mocha. sesuai untuk kulit aku yang agak gelap. hahahhaha. korang boleh dapatkan concealer ini disini flawless creamy concealer.
4 - Skin Relief Spot Film Gel (15ml)
SKIN RELIEF SPOT FILM GEL (15ML) |
apakah kegunaan spot film gel ini? ia digunakan sebelum mekap digunakan ke wajah. bagaimana? hanya dengan sapuan nipis dan siap. mudahkan? secara tidak langsung ia melindungi kulit wajah yang 'asli' dan mekap yang digunakan tidak terus ke kulit wajah sebab dah dilapisi dengan spot film gel ini.
produk ini mudah dibawa kemana - mana kerana packaging nya yang kecil dan sangat ringan. korang nak cuba? harganya cuma RM19. boleh beli di website althea disini skin relief spot film-gel. sudah ramai yang mencuba dan memberikan feedback positif.
dan produk yang terakhir ialah
5 - Spotlight Eyes Glitter (4.5ml)
SPOTLIGHT EYE GLITTER (4.5ML) |
ini merupakan aku merasa eye glitter diwajah. sebelum ini aku memang tak pernah langsung cuba dan guna di mana - mana. hasilnya sangat baik dan menyeronokkan. sebab mata aku nampak mewah dan ekslusif. hehehhe. yang pertama aku mencuba dan terus buat sesi ala - ala photoshoot gitu. aku akan selitkan gambar tu pada entri seterusnya. sabar okay?
eye glitter ini didatangkan dengan dua variasi warna iaitu
1 - gold
2 - pink
sangat mudah dipakai kerana berusnya yang sangat halus macam eyeliner. cepat kering dan tidak comot. nak cuci pun senang. kedua duanya boleh digayakan dengan apa pun majlis. sebab tak keterlaluan. suka tak? boleh beli disini spotlight eye glitter. cuma rm24 untuk setiap satunya.
Official Website : http://my.althea.kr
Facebook : https://www.facebook.com/altheamalaysia/
Instagram : https://www.instagram.com/altheakorea/
0 Comments
terima kasih kerana meluangkan masa membaca dan meninggalkan komen.