Tuesday, January 3, 2017

Teringat Zaman Sekolah

Mieza S | 1/03/2017 10:13:00 PM | 0Comments |

Seronoknya Bila Persekolahan Dah Mula

Teringat Zaman Sekolah

Sebenarnya rindu zaman sekolah. Aku malas nak bukak facebook lama - lama. Nanti tertengok feed. Ah penuh dengan emak emak bapak bapak yang update pasal sekolah anak. Aku ni? Tak ada anak. Tak boleh update pape. Boleh update blog je. Tu lah aku menulis ni. Aku menulis sebab aku rindu zaman duduk asrama. Ada banyak kejahatan kecil yang aku buat masa dekat asrama. Nak tahu? Tunggu lah aku update next entri. Stay tune babe.

Walaupun duduk asrama, aku selalu balik masa weekend. Kenapa? Sebab bosan duduk asrama. Kalau tak balik rumah, aku akan balik rumah sepupu aku. Apa aku buat dekat rumah? Ha. Masa zaman aku dulu. Internet baru nak up. Kira siapa ada facebook zaman sekolah memang hebat. Aku cakap ni, sebab aku ada facebook masa tu. Kahkah. Saja nak bagitahu aku hebat zaman sekolah sebab ada facebook. 

Merepek merapan update status. Ada lagi saki baki status sampah yang aku tak delete lagi. Malu woii baca tulisan sendiri zaman tak matang. Adakah sekarang aku dah matang di facebook bila update status? Tak jugak. Tapi ada perbezaan banyak la. Dulu menulis tulisan kecik besar macam apa lagi. Ingat lawa ke. Lepastu, update bukan - bukan. Aku pun tak faham. --'

Serios oh kelakar. Aku nak skroll status yang lama - lama macam benak pulak. Dah jauh ke bawah. Tak rajin pulak. Tunggu lah one day kalau aku buat cleaning

Ok, berbalik cerita pasal internet tengah up. Masa tu memang tengah hot main chatting dekat chat room, lepastu main yahoo mesenger. Weyh rindu nak buzzzz orang. Rindu ni. 

Time tu, kalau weekend memang aku tak tidur lah. Tengahari sampai petang tidur tak reti bangun. Gara - gara layan chat. Kebetulan rumah ada komputer, siap ada internet. Aduh, memang kira syurga betul duduk rumah. Aku pun tak tahu lah apa yang bestnya pasal chatting ni. Jadi ketagih nak main chatting. 

Dulu tempat aku lepak main chat dekat kampungchat, dearhaniey.blogspot.com, lagi apatah. Memang banyak. Kalau dekat telefon pulak, aku main chat MyMlife, waplog, BOTS (maxis punya chatting). Masa ni pakai phone mak aku. Join chatroom dalam BOTS. Seminggu RM2. Sikit pun tak rasa membazir. 

Dalam group tu ada golongan nak kenal - kenal, main boom, spam dengan kick. Kelakar weyh bila ingat. Rasa heaven bila dapat maki orang yang buat onar dalam group. Kalau tak nak gaduh, boom je group tu. Nanti bilangan group jadi kosong. Aman lah kejap. Lepastu kaki spam datang. Penuh spam main copy paste. Memang bengang je. Tapi semua ni yang menghiburkan aku waktu dulu. Dulu paling teruk pun maki orang. 

Tapi kan, semenjak ada wechat, beetalk entah apa lah lagi yang aku malas nak tulis. Semua benda ni banyak merepek. Macam aku cakap, dulu paling teruk pun maki orang. Maki suka - suka lepastu 'kawan' balik. Sekarang punya teruk tak tahu lah nak cakap apa. Banyak port orang cari partner sex. Dari ke facebook, sampai ke wechat. Ah semua lah. Teruk betul sekarang. dari yang tua sampai golongan muda, golongan bawah umur belum akil baligh. Parah! 

Semua media sosial ni macam tempat puaskan nafsu. Takut aku. Hmmmm. Okay tak nak cerita. Menakutkan.

Korang pernah tak bila cuti sekolah mesti tv3 akan siarkan cerita. Contoh cerita ala tak ingat tajuk. Emak dia tertinggal anak dia dekat rumah. Lepastu emak dia satu family g bercuti. Tinggal anak dia sorang - sorang. Lepastu ada orang jahat datang. 

Lebih kurang lah cerita macam tu. Tapi ni aku nak cerita pasal cerita yang berkaitan high school. Kan dalam filem tu diorang tunjung budak - budak high school ni ada bilik tidur lawa, siap ada laptop. Main laptop atas katil. Lepastu skype. Lepastu nak tidur terus tutup je laptop tu. Maksud aku bukan shutdown. Tapi tutup skrin. Ala taktahu nak terangkan.

Benda tu macam seronok. Nampak macam. Senang gila hidup. Bangun pagi bukak laptop check msg. Lepastu g sekolah. Tu lah agaknya dulu aku eksited bila dapat online. Sekarang ni, tak de telefon aku boleh terima. Tapi aku tak boleh terima kalau tak ada laptop dan internet. Kenapa entah. Sekarang? Aku dah bosan dengan semua media sosial. macam tak ada pape. Hahhahahaa. 

Tu je nak cakap. Sory merepek
Teringat Zaman Sekolah



No comments:

Post a Comment

terima kasih kerana meluangkan masa membaca dan meninggalkan komen.

© Copyright 2017 | ALL Right Reserved to Owner. Re-edit by Sehijau Blog RA.