plan nak lepak di KL Forest Eco Park sudah dibuat seminggu awal. mula - mula kitorang nak pergi FRIM. memandangkan dekat FRIM ada canopy walk, ada air terjun. macam syok je tengah kl ada air terjun. kau rasa? tapi lepas buat research, canopy walk FRIM ditutup semenjak 2017. hampa.
kalau korang baca entri korean dessert yang mana aku ada cakap, sepatutnya ahad je keluar. tapi sabtu pun keluar. jadi aku siapkan entri mengikut turutan. senang dan mudah. kan? kalau nak baca apa yang aku buat hari sabtu, boleh baca entri tu di --> sini.
tujuan ahad tu memang nak mandi air terjun. tapi entah kenapa plan ditukar. focuskan kepada canopy walk. thanks kepada partner.
Riadah di KL Forest Eco Park
tak puas hati lagi tu. cari punya cari jumpa canopy walk dekat eco rimba kl. so on jelah. alang - alang kan? mungkin kalau aku pergi lagi sekali, aku akan jelajah semua tempat. pakcik yang jaga kat pintu pagar cakap ada rumah terbalik RM15 sekali masuk. tak ada pulak jumpa signboard. dekat blog lain yang aku baca pun sama, ada yang cakap pasal rumah tradisional lah apa lah. kenapa entah tak jumpa.
bagaimana cara nak ke kl forest eco park naik public transport? kalau korang naik grab, kau set lah location tu. kalau naik lrt korang boleh turun dekat masjid jamek. masjid jamek adalah perhentian terdekat dengan kl forest eco park. kalau dah turun dekat masjid jamek, korang boleh jalan kaki sejauh 850 meter (anggaran) atau naik grab jela kalau taknak kena simbah dengan cahaya matahari.
kalau naik kereta atau motor korang boleh parking dekat pintu masuk eco park, itupun kalau ada kosong. kalau tak ada kosong, boleh parking sekitar situ. kena jalan kaki sikit la. jangan malas hokay?
kalau naik kereta atau motor korang boleh parking dekat pintu masuk eco park, itupun kalau ada kosong. kalau tak ada kosong, boleh parking sekitar situ. kena jalan kaki sikit la. jangan malas hokay?
peta laluan / directori KL Forest Eco Park |
besar tak besar lah tempat dia. aku yang tak habis jelajah ni pun berpeluh. oh ya ada beberapa tempat yang ditutup. aku tak pasti samaada ia dalam 'mood' selenggara atau dia tutup sebab taknak orang masuk situ dah. contohnya laluan nak ke tapak perkhemahan. lepastu ada satu dua tempat yang ditutup, tapi tak diberi notis di awal laluan. orang dah nak sampai hujung tengok jalan rosak lah apa lah. macam geram lah juga.
paling penting, nak masuk sini free beb. tandas ada, surau ada. tak perlu risau kalau - kalau nak berak ke nak kencing tiba - tiba dalam 'hutan'.
sampai je sana, ada galeri berpenghawa dingin yang disediakan di pintu masuk. aku syorkan korang masuk galeri tu lepas dah settle berpeluh. hehehe. kalau awal sangat masuk nanti nak kena masuk kali kedua pulak semata - mata nak hilangkan peluh.
tak ada gambar dalam galeri sebab aku malas + kamera tak berapa nak lawa kalau ambil gambar indoor. kalau nak juga, aku kena bawa 'lighting' lah kan? malas malas.
sebelah galeri tu ada laluan bertangga. kitorang mula jalan dari situ. benda pertama yang korang nampak nanti ialah rumah pakis. aku sekadar ambil gambar signboard je. tak masuk pun dalam 'rumah' tu. hehehe. nampak tak apa yang aku kejarkan sebenarnya?
aku tak tahu lah dataran batai dengan OKU ramp ni apebenda. sebab aku tak ke sana pulak. cuaca pun macam panas. dah tak bawak bekal air. alahai. cuma mampu nampak canopy walk je. ini merupakan pengalaman kedua aku meniti canopy walk. yang pertama di canopy walk taman negara. taman negara punya memang tinggi. tinggi betul tak main - main. lagipun dia punya titian tu memang kecik. kiri kanan jaring. seram untuk orang takut tinggi macam aku.
canopy walk di eco park ni takde lah tinggi mana. kira boleh go la. mula - mula je macam takut dan gayat. lepastu steady. hahahha
Canopy Walk di Eco Park KL
inilah laluan nak ke canopy walk. hanya mendaki tangga dalam 5 minit (rasanya macam tak sampai 5 minit pun). nanti korang akan nampak menara yang menghubungkan jambatan. ada 5 ke 6 macam tulah checkpoint dia (menara). dan disetiap checkpoint, ketinggian adalah berbeza.
tak tinggi kam? hahahha |
seram tak? tak. sebab dalam gambar je nampak tinggi. |
untuk kali ini, aku tak ada koleksi gambar lompat. haihh. macammana boleh jadi macam ni. samaada aku lupa atau aku buat - buat lupa mengenangkan takutnya nak lompat dekat atas jambatan yang macam goyang - goyang. takut terlompat melebihi jaring kiri dan kanan ~
tak sangka, baju sama warna dengan alam. so itu #ootd paling tercantik untuk 'trip' eco park. hahahhaa. jangan jeles. kalau nak baca caption manis, korang boleh klik gambar instagram aku tu. alang - alang like sekali. terima kasih.
habis je 'redah' jambatan, kitorang jalan - jalan sekitar situ.
dalam ke empat - empat arah yang ditunjuk di signboard aku pilih untuk ke denai penarahan & jelutong.
laluan ke denai penarahan & jelutong |
memang panjang juga laluan dia. macam takkan habis sampai petang. bila tengok orang patah balik, kitorang tanya lah. apa yang ada dekat hujung? mat saleh tu cakap takde apa. jadi kitorang decide untuk patah balik. kebetulan jumpa group melayu. aku dengar diorang bising 'kalau tau tutup letak lah notis awal - awal tadi. takde la kitorang jalan ke sane'.
selamat aku tak ke sana. sekalipun dekat hujung tu tak ada apa, naik turun laluan ni dah boleh buat korang berpeluh. jadi tak rugi. cuma terdetik rasa sia - sia sebab apa yang ditulis tu takde. dan aku pun tak tahu apa maksud denai penarahan. mungkin kiri kanan kitorang tulah denai penarahan. ah entah.
lepas dah patah balik tu, jalan depan sikit ada pemandangan menara kl. kalau tak panas, mungkin aku akan acah - acah photoshoot dekat sana sementara nak buang masa. tapi cuaca tak mengizinkan. heheh. so, ambil gambar dengan partner saya jelah ;)
Singgah Times Square
balik dari eco park, aku dan partner makan tengahari di sekitar times square. perjalanan hanya mengambil masa dalam beberapa minit sahaja. cuma 800 meter macam tu. dalam masa yang sama kitorang tunggu kawan sekali.
so inilah kawan yang aku tunggu. jarang datang kl tanpa dating dengan perempuan kesayangan aku yang satu ni. kitorang lepak sekejap sangat. dalam banyak - banyak gambar yang ditangkap, aku pilih yang ini memandangkan banyak gambar tu di lokasi yang sama. siapa dia?
baca saja di entri ini kisah perempuan. terima kasih sudi luang masa.
walau tak pernah sempurna melengkap masa, tapiia tetap ada dalam sisa ruang yang ditinggal kita.
KL Forest Eco Park Info
8, Jalan Raja Chulan, Bukit Kewangan,
50250 Kuala Lumpur,
Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
Waktu Operasi
7 pagi - 7 petang
setiap hari
Nombor Telefon :
03-2020 5448
5 Comments
Cantiknya , subhanaAllah . Lepas habis pantang boleh la jalan jalan sini hirup udara segar (:
ReplyDeletehaha tak lah tinggi sangat rupanya! Pandai diorang ambil shot bagi nampak tinggi
ReplyDeleteDah lama tak jalan-jalan keluar peluh camni..
ReplyDeletehari tu g dah..best.. utk org yg suka tgok alam semulajadi mcm aku ni, mmg sesuai..
ReplyDeletehttps://aliefmuncung.blogspot.com/2018/07/kehidupan-hantu-di-dunia-hantu.html
https://aliefmuncung.blogspot.com/2018/07/alkisah-pada-abad-ke-20-wujud-seorang.html
bestnya kalau pi jalan jalan tempat cenni
ReplyDeletehttp://shfyqhazhr.com/
terima kasih kerana meluangkan masa membaca dan meninggalkan komen.