Entri ini sedikit lambat dipublish kerana desakan hidup. Cewah. Hahahha. Aku busy duh. Tolong HR audit. Dengan internet taknak lambat lagi. Hari - hari dapat tulis sikit - sikit lama - lama jadi bukit walaupun entri ni tak de panjang mana.
Kejadian bengkel personaliti dan kecantikan kbba9 ni telah berlangsung dengan berjaya di MATIC. Lokasi biasa yang sering digunakan adalah di MATIC untuk sebarang aktiviti dari kbba.
Orang penting dalam MATIC, Encik Ali |
Sebelum bengkel pertama dimulai, orang penting MATIC, Encik Al telah membuat ucapan pagi yang bersemangat. Beliau kata tidur lambat semalam, dan pagi tu kena buat perasmian. Uih gila. Power betul tenaga dia. Mesti orang bawah kena kerja kuat nih. Heheeh. Apa pun terima kasih untuk dewan MATIC yang sejuk ni.
Bengkel Personaliti bersama Azie Sam
gambar kenangan bersama perunding imej Azie Sam dan founder kbba, Ben Ashaari |
Sebenarnya Ben Ashaari ada urusan lain. Tapi dia punya komitmen sanggup redah jem semata - mata nak datang untuk 10 minit. Weyh semua orang power nak hadap benda macam ni. kalau aku tak de makna nak datang. Baik tak payah datang terus. Apapun Ben power.
Ini merupakan bengkel personaliti kali kedua sepanjang aku bersama kbba. Yang pertama di Hotel de Palma Ampang bersama Wawa Idris yang semakin popular di media massa dan media cetak. Pernah dengar tak? Takpe nanti google jela.
Wow First Impression
Aktiviti pertama bersama Azie Sam adalah 'wow first impression'. Jadinya semua orang telah diberikan sehelai kertas A4 dan tampal dibelakang masing - masing. Apa kena buat? Dalam masa lima minit pastikan dekat belakang korang ada beberapa perkataan yang ditulis oleh orang lain. Aku dapat 4 perkataan.
pendiam, tak banyak cakap, cantik, comel.
yang pendiam dengan tak banyak cakap tu memang betul sangat. Tapi yang cantik dengan comel tu macam krik krik jugak. Tiberrr kena pegang mic pulak. Aku cakap jela yang cantik, comel tu betul. Lepastu aku gelak. 'Tapi dalam gambar jela' Betul kan? Kalau tengok depan depan tak tahu nak cakap.
Ya aku pendiam dan tak banyak cakap kalau pertama kali orang nampak aku. Sebab aku pemalu. Hmm.
Color Make Your Own Soul dan Mix and Match Outfit
Lepastu kitorang semua belajar macammana nak tahu saiz bentuk badan.
Bentuk badan aku ruler. Kah |
Puan Azie kata kalau orang 'ruler' ni dia senang nak pakai apa je. Masalahnya aku 'ruler' tapi banyak je baju aku tak boleh pakai. Mungkin tak konfiden kot? Sebab aku bukan orang fashion nak mix and match. Ye dak? Orang fashion je berani nak buat macam ni. Kalau aku, asal warna sipi - sipi tu kira dah okay, kira masuk la.
Roda warna |
Macammana nak tahu warna tu match tak? Senang je. Google roda warna macam yang dekat atas ni. kalau pakai baju warna biru tudung nak warna ape? Okay contoh biru kan? Pergi dekat kolum biru. Boleh pilih mana mana warna yang duduk dalam satu kolum. Atau kolum sebelah atau warna yang bertentangan. Asalkan tak lari jauh sangat. Okay? Now korang pun dah boleh mix and match warna.
Bengkel Kecantikan bersama Peekabox Beauty Box
Teruja dapat kotak kecantikan peekabox. Huhu. Nampak tak tersengih tu. |
Peek-a-box Beauty ni merupakan kotak kecantikan 'surprise' yang didalamnya ada macam - macam jenis barang yang korang tak jangka. Setiap bulan akan ada tema yang berlainan untuk pelanggan yang membelinya. Paling best barang dalam kotak ni semua bersaiz mini, senang nak bawa ke mana - mana. Jimat!
Kenapa jimat? Sebab murah dan berbaloi. Jumlah harga barang bagi setiap kotak anggaran adalah dalam RM150 kurang lebih. Tapi Peek-a-box ni cuma dijual dengan harga RM 59. Amacam? Tergoda tak? Peek-a-box juga boleh dibuat sebagai hadiah saguhatiuntuk makwe/ emak. Korang boleh je call diorang untuk pilihkan apa yang sesuai (pilih barang sendiri mengikut terma dan syarat).
Penerangan mengenai Peek-A-Boox |
Korang yang nak dapatkan peek-a-box ni boleh checkout instagram atau membeli belah di shoppe pada pautan ini www.shopee.com/peek-a-box dengan harga yang rendah. Heeeee. Shopping!
DIY Lip Balm dan Face Mist
Bengkel kali ni memang syok sebab dapat diy face mist dan lip balm sendiri. Ingat susah rupanya senang je. Boleh lah lepasni buat barang mekap sendiri lepastu jual jadi usahawan berjaya. Hmm.
Cara diy face mist :
1. Bahan : air mawar, air minuman (drinking water), honey, essential oil/ pewangi yang korang suka
2. Campur air mawar, air minuman (nisbahnya 1:2). Kacau sebati, lepastu masukkan pula madu dan essential oil. Kacau sebati.
3. Siap!
Cara diy lip balm :
1. Bahan : cocoa butter, pewarna, vaseline, air panas (untuk melarutkan cocoa butter), madu
2. Cairkan cocoa butter kemudian masukkan vaseline (letak dalam bekas kecik dibawahnya air mendidih), dah cair? Masukkan pula pewarna dan madu. kacau sebati.
3. masukkan dalam bekas kecil untuk mudah dipakai. Biar sehingga keras. Siap!
Eksited semua |
Tutorial Mekap dan Hijab oleh Khai Azwan
Model yang sedang bertanding |
Mekap sekali dengan tutorial tudung. Ni gaya mekap have have kata Khai. |
Yang ni versi tudung dah dielokkan. Hehehe
Partner setiap kali ada event di Matic. Hai Kak Aisya |
Taaadaaaa. Lawa kan? Hasil sentuhan AyuJean. |
Nampak gaya kalau ada event boleh lah roger AyuJean.
Banyak yang aku dapat dari bengkel personaliti dan kecantikan kbba kali ini. Banyak ilmu walaupun tak sampai satu hari pun aku disini.
Terima kasih yang tak terhingga kepada semua penaja yang terlibat sepanjang bengkel diadakan pada hari itu.
Info Penaja
Alamat : Kuala Lumpur, 50450 Kuala Lumpur, Federal Territory of Kuala Lumpur
No. Tel : 03-9235 4800
Perunding Imej : Azie Samm
Peek-A-Box : Kotak Kecantikan
Sarapan pagi : MrsZa Kitchen
Makan Tengahari : Nurul Izzah Katering
Jurusolek : Khai Azwan
Model : Zurhanna
3 Comments
cantik.. shairazi jugak yg paling menyerlah cantik.. hehehe
ReplyDeleteHye mieza.. =D Amboii kemain desakan hidup..
ReplyDeleteMenariknya bengkel macam ni, teringin laa nak join, hehe. Btw, thanks tips pasal roda warna dan cara buat face mist tu, nak cubaaa!
ReplyDeleteterima kasih kerana meluangkan masa membaca dan meninggalkan komen.