Openhouse Terakhir dan Korean Dessert Cafe

A post shared by MIEZA SUHAINI (@7kecik) on

kalau ikutkan plan, weekend lepas cuma hari ahad je yang aku keluar. memandangkan hari sabtu tu bangun awal dan mandi awal dapatlah berehat awal katanya. masa aku syok mandi tu ada orang call. rupanya orang tu nak pergi openhouse. sebab aku siap awal, aku on je. lagipun aku single di rumah. hahahahhaa. 

sementara menunggu kak syue siap, aku macam biasa lah. main mekap - mekap sikit. nak lawa dalam gambar kan? depan - depan tak berapa nak hado. hahaa. (sedar diri) . kak syue tu sape? officemate aku yang tak datang masa openhouse aku. hahahahhaa. so ni entri untuk dia sebab entri sudi singgah openhouse takde nama dia.

Openhouse Terakhir dan Korean Dessert Cafe

openhouse tu dekat cheras. tak ingat lah taman apa. janji cheras dah lah. menu dia syok juga. mula - mula makan nasi hujan panas, lepastu makan kambing bakar, lepastu makan ha tak ingat. tapi antara menu yang disediakan ada sate, putu mayam, roti canai, lontong. banyak weyh banyak. tapi kitorang makan mana mampu jela. 

sebelum balik tu, mesti acah ootd kan? ada lah dua tiga gambar menarik yang boleh dikongsi disini

Hanbing Korean Dessert Cafe

blueberry snow ice cheese
sebabkan hidup single di rumah, kak syue sepakat nak singgah hanbing korean dessert cafe sebagai pelengkap weekend kita minggu lepas. so inilah. kitorang order blueberry snow ice cheese. harga? boleh tahan lah. ahahhaha. rm26. satu bekas ni kalau kau tamak nokharom boleh la habis makan sorang. 

jenis yang suka makan pencuci mulut ala kadar, makan dua orang tiga orang pun boleh. makan buat rasa - rasa je. yela nak makan ais krim 2 sekup sorang pun kadang - kadang tak lalu telan. apa yang bestnya pasal ais krim ni tak muak. mungkin sebab snow dia tu. rasa macam kosong. kadang - kadang rasa susu. jadi, boleh lah nak makan sorang kalau tamak haloba. yela kenyang tau. 

lagi satu order ape tah namanya. lebih kurang macam sushi. ada daging + nasi + sayur + telur yang dibalut dengan rumpai laut yang sedap tapi agak liat. berterabur weyh aku makan. macam ayam. duhhh. nasib baik menghadap dinding. tak la malu sangat.

terimakasih kak syue lanje. semoga murah rezeki dunia dan akhirat. amin~

#OOTD SS15 Courtyard

Openhouse Terakhir dan Korean Dessert Cafe

A post shared by MIEZA SUHAINI (@7kecik) on

amacam? alaa macam biasa kerja orang muda. ootd memang harus ada walau di mana - mana. caption pun harus baik. singgah instagram aku untuk tengok caption. hahahahhahaha. itu jela aktiviti weekend aku untuk hari sabtu. hari ahad? ada. tunggu next entri okay. 

Post a Comment

4 Comments

  1. wahhh.. sedapnyer ice cream tu :)

    ReplyDelete
  2. Menarik betul korean dessert tuh...

    ReplyDelete
  3. pergghhh menu openhouse dah power dah, tambah pulak dengan hanbing tu fuhhhh mengancam!

    ReplyDelete

terima kasih kerana meluangkan masa membaca dan meninggalkan komen.