Thursday, March 29, 2018

Mengahabiskan Waktu dengan Fynn Jamal Cakap

Mieza S | 3/29/2018 12:29:00 PM | 0Comments |
Mengahabiskan Waktu dengan Fynn Jamal Cakap

Kerja aku, banyak waktu senggang. Sudahnya aku habiskan waktu dengan membaca tulisan - tulisan fynn di blog nya yang sudah tidak aktif. Fynn banyak menulis tentang kehidupan harian. Aku suka baca walau dulu aku pernah benci dia

Ceritanya tidak ada apa sangat. Mungkin cara Fynn menulis itu buat aku mudah faham dan suka benar. Tulisannya ringkas dan ringan. Tersusun. Aku harap suatu hari nanti, aku akan punya satu gambar berdua dengan dia buat kenang - kenangan. 

Baca blog Fynn Jamal Cakap kalau korang bosan. Sebab tulisan Fynn disana akan menghilangkan rasa sebal korang. 

Wednesday, March 28, 2018

Quote #33 MiezaS

Mieza S | 3/28/2018 07:07:00 PM | 0Comments |

lelaki dan janji itu 
adalah suatu perihal 
yang sangat sukar dimengerti.
seperti mimpi yang sepi

Quote #32 MiezaS

Mieza S | 3/28/2018 06:04:00 PM | 0Comments |
Quote #32 MiezaS


Hidup terlalu awal untuk berputus asa.
Tapi itulah, terlalu rapuh mahu menggenggam bara.
Dan akhirnya menjadi abu yang terbang dilempar angin dan hilang.

Quote #31 MiezaS

Mieza S | 3/28/2018 05:02:00 PM | 0Comments |
Quote #31 MiezaS

Matahari sedang 
mengamuk amarahnya.
Sehingga dedaunan 
tunduk meratap 
bumi. 
Tidak berganjak.


Quote #30 MiezaS

Mieza S | 3/28/2018 04:00:00 PM | 1Comments |
Quote #30 MiezaS

perempuan yang sepi
hatinya adalah secawan kopi

sekawan angin dijendela
tak berkepak
tak beriak

ia bersandar pada nasibnya
disaksi dinding bisu
dipukuli nestapa biru

sinar bulan dilangsir
tak berombak
tak berkocak

perempuan sepi
ia minum hatinya sendiri

Quote #29 MiezaS

Mieza S | 3/28/2018 02:58:00 PM | 0Comments |
Quote #29 MiezaS

Januari pergi
ketika hujan sedang
turun tidak deras
tapi cukup untuk
menghancurkan kepingan
cermin yang berserakan
ketika itu
aku sedang
membaca warkah
terakhir yang
dikirim rindu
dibawah cahaya
malap sebuah lampu
tulisannya berangkai
dan pudar
memaksa aku untuk
mengerlip mata
berulang kali.

Kali ini
aku telah
gagal memiliki
sebuah mimpi
tentang kita yang
tidak ada
didalam realiti
aku harap memori
itu tersisip rapi
lalu terbang mencari
aku yang
sedang menunggu
dalam kesejukan
Februari

- MiezaS (didalam kamar tidur)


Monday, March 26, 2018

Perempuan Itu

Mieza S | 3/26/2018 05:22:00 PM | 0Comments |
Aku menulis entri ini untuk menghargai perempuan - perempuan yang menghargai aku selama aku hidup. Tergerak hati untuk menulis agar tulisan ini akan terus kekal dan dibaca pada suatu hari dengan ketiadaan aku lewat masa nanti. 

Perjuangan Hidup

Buat masa ini, mereka adalah perempuan - permpuan istimewa yang kekal ada 'memperjuangkan' hidup aku yang sedang larut dengan kehidupan masyarakat yang tak suka tengok aku. 

Yakin benar aku ada manusia manusia yang sedang membenci aku. Eh? Kan adat dunia ada yang tak suka dan suka kita. Itu perkara biasa. Dan ini lah perempuan yang kekal ada dengan aku walaupun tak sepanjang masa.

Menjadi Aku

Untuk menjadi aku tak semudah kata. Tuhan ketemukan aku dengan manusia yang jelik melihat aku. Barangkali kerana keadaan aku yang tak sama. Dekat Malaysia, kita tak diajar untuk meraikan perbezaan. 

Perbezaan bererti kau harus tersingkir. Itulah yang aku alami sepanjang kehidupan dalam sistem sekolah. Walaupun aku tersingkir, Tuhan tetap mengadili hidup aku dengan menghantar sebaik - baik manusia yang tak nilaikan hidup aku atas dasar perbezaan. 

Mereka memandang apa yang tidak ada pada aku sebagai satu kekuatan bahawa aku boleh pergi jauh. Terima kasih untuk semua yang pernah ada dan menghargai perbezaan aku. 

Emak

Perempuan Itu
Konvokesyen Kolej Komuniti 2017
Ini emak. Perempuan pertama yang paling dekat semenjak Tuhan wujudkan aku dalam kegelapan rahim. Dialah perempuan yang paling berusaha mengeluarkan aku dari kegelapan untuk belajar dan meilhat warna warni dunia. 

Aku dan emak rapat. Rapat yang tak seperti orang lain. Aku tak pernah berkongsikan hal - hal rahsia tentang perasaan dengan emak. Sebab aku tak selesa. Aku tak suka emak tahu kekalahan aku hidup dalam masyarakat. Aku tak nak emak resah. 

Sampai hari ini, emak tak pernah tahu aku pernah kejar seorang laki - laki yang merendahkan kejadian aku waktu rehat di sekolah. Emak tak pernah tahu, kalau laki - laki itu jatuh tersembam dan aku ambil kesempatan duduk di atas badan dia dan menumbuknya dari belakang. 

Emak tak pernah tahu kalau aku jadi bahan gurauan kelompok laki - laki di sekolah sampai aku pernah terfikir what the fuck kenapa aku? Sampai aku terfikir baik mati dari mendengar lolongan dari mulut lelaki yang berbau hanyir atau perempuan - perempuan hati 'jahat'; yang tak suka berkawan kerana keadaan fizikal aku.

Setiap kali bicaranya dengan kelompok manusia, emak akan bercerita. Aku adalah perempuan, anaknya yang paling tahu bawa diri. 

Kebanyakkan waktu, aku bersendirian. Dan emak takkan pernah tahu aku gagal sebenarnya. 

Kawan Baik, Cyra

Perempuan Itu

Ini kawan aku, merangkap kawan baik dan rapat (BFF). Sejak akhir - akhir ni, kami jarang berhubung. Waktu yang cemburu atau kami sekarang tak pedulikan lagi persahabatan asalkan antara kami masih terpahat nama. 

Nur Syahirah Sanusi, itulah nama dia. Tuhan kenalkan aku dengan dia, waktu umur aku 7 tahun berdekatan pohon ceri yang dah tak wujud berhampiran rumah. Tak tahu kalau teguran pertama dulu telah menjalinkan ikatan selama ini. Terima kasih Tuhan meletakkan dia dalam kelompok yang paling faham aku.

10 tahun bukan sekejap. Malah lebih dah kami ni. Kami pernah gaduh waktu umur 11 kalau tak silap. Hanya kerana hal remeh. Biasalah waktu tu masih budak. Kalau ingat balik, mungkin kami gelak. Ada waktu kami lepak, kami akan mengulang cerita waktu sekolah untuk mengimbau kenangan lama.

Dia masih lagi sama macam dulu. Kadang manja dan gilanya datang, aku rasa macam nak tampar pipi. Minta sedar kau sudah dewasa. Aku lupa, dia takkan matang dengan orang paling selesa. Cuma aku yang kadang meletak had untuk tak kelihatan macam budak. Poyo eh aku? Sebab aku masih fikirkan mulut - mulut orang.

Hampir angka 2 dekad persahabatan aku dengan dia. Macam - macam kami tempuh. Aku boleh kata dia ni macam penasihat dan cikgu kaunseling. Setiap kali aku rasa macam aku tak larat, aku akan bagitahu dia, aku hampir jatuh. 

Dialah orang yang akan bercakap tak berhenti untuk kekalkan aku terus berdiri. Sekarang aku rindu dia. Bila dah makin bertambah umur ni, aku kena belajar jauh dan kehilangan sementara. Aku harap, kita akan selamanya ada waktu - waktu kritikal dan bila diperlukan.

Terima kasih Cyra untuk kenangan dan persahatan ini.
selamat menjadi isteri; wedding cyra.


Kawan Baik, Dhi

Perempuan Itu

Ini kawan aku, merangkap kawan baik dan rapat. Aku kenal dia tahun 2013 di Uitm Johor, hanya untuk satu sem. Dalam kelas aku paling 'bodoh' nak faham apa yang pensyarah ajar. Aku tak bergaya. Untuk rapat dan berkawan dengan kawan perempuan yang lain, masyaallah. Susah.

'Weyh, ni macam mana ye? Boleh ajar kan tak? '
'Aku belum buat lagi. Nanti eh.'

Dia siap. Aku? Masih 'bodoh'. Selfish. Bukan sekali, tapi banyak kali kawan kelas yang paling pandai maths tu cakap dekat aku macam tu. Bila tahu dia pilih bulu, aku tak tanya dia lagi. 

Kemudian,Tuhan hantar lagi manusia baik untuk aku yang tak pernah kisah aku bagaimana. Kami sekepala dan gila - gila. Oh ya, Fadhilah Fuad. Itu namanya. Aku kenal dia cuma satu sem. Sekadar 4 bulan aku kenal hati budi dia. 

Tuhan panjangkan persahabatan kami sampai sekarang. Hampir 5 tahun. Kenangan kami tak banyak. Tapi 4 bulan tu cukup lama bila semuanya dengan dia. Kalau nak cerita pasal waktu - waktu bahagia dengan dia, terlampau banyak dalam masa 5 tahun. Cukup kalau aku kata, aku sayang dia. 

Aku harap Tuhan akan kekalkan persahabatan ini sampai nyawa paling akhir.

Terima kasih Dhi untuk kenangan dan persahatan ini.

Kawan Baik, Sya

Perempuan Itu

Ini kawan aku. Namanya Nur Natasya Yusni. Dia kawan baik dan rapat sejak 2014 di Kolej Komuniti Hulu Langat. Aku kenal dia masa tengah kemas - kemas barang dalam bilik sewa. Kami tak sama kelas, tapi duduk satu rumah. 

Aku boleh kata, sepanjang 2 tahun di kolej memang aku hadap je muka dia dari bangun tidur sampai  berebut bilik mandi. Atau waktu bosan, kami akan lepak kedai makan berdekatan rumah sewa untuk membuktikan kebebasan kami jauh dari keluarga. Hahaha. Okay aku bergurau.

Dia kawan yang boleh basah dalam hujan, atau kering dalam panas dengan aku. Kalau keluar dengan dia, aku tak perlu fikir mana tempat berteduh paling dekat untuk menyelamatkan diri. Sebab dia okay untuk redah semua tu. 2 tahun cukup untuk aku rasa bersyukur sebab pernah kenal dengan dia.

Dia perempuan yang aku kira, boleh dan sanggup berkorban untuk orang lain. Asalkan sama - sama susah sama - sama senang. Tak sangka aku dapat konvo sama - sama dengan dia. Paling penting ada gambar yang merakam detik itu. 

Aku sangka aku akan sorang - sorang dalam meraikan kejayaan. 

Terima kasih Sya untuk kenangan dan persahatan ini.

Kawan Rapat, Khaty

Perempuan Itu

Khatijah Nur Ain Azman. Aku panggil dia Khaty sebab tak mahu menyebut tiga suku kata hanya untuk panggilan nama. Dia kawan rapat aku waktu sekolah menengah di SMK Seri Tanjong K. Selangor. Eh tak. Bukan. Aku cuma tahu aku satu sekolah dengan dia tahun 2008 sampai 2010. 

Aku kawan dengan dia mungkin dalam facebook. Kami ke acara puisi. Aku teman dia. Aku lupa bagaimana dan dimana kami mula berkawan. Aku cuma tahu, kami masih berkawan sampai ke hari ini. Mungkin puisi dan buku yang mengikat hubungan ini. 

Semenjak rapat, kami sering melewati acara puisi berdua. Pernah sekali kami bermalam di Masjid berdekatan Stesen Hang Tuah semata - mata meraikan acara penutup puisi MASKARA oleh Sidiket Soljah yang akan menutup tirainya tahun itu. Sindiket Soljah juga sudah berkubur lama. 

Aku paling bahagia bila akhirnya Tuhan bawakan aku seorang manusia yang sama minat. Puisi --

Aku belajar banyak benda dengan dia. Dari sekecil kecil hal, sehingga yang besar. Aku tahu dia seorang yang paling tabah memberontak dalam jiwa untuk kekal ada sampai sekarang. Aku tahu dia bukan lemah melawan kata pahit dari masyarakat. 

Aku tahu, dia sedang dalam perjalanan membawakan hak sama rata. Agar dalam dunia tidak wujud perbezaan. Semoga berjaya. Aku ada dibelakang menyokong. Aku harap, kita akan mengulang lagi waktu lebih kurang sama macam dulu semata - mata untuk meraikan puisi.

Terima kasih Khaty untuk kenangan dan persahatan ini.

Kawan Rapat, Mira

Perempuan Itu

Aku kenal Mira di bangku sekolah rendah 2003. Kami sama - sama pengawas dan sama kelas. Kami selalu bertugas membanteras jenayah waktu rehat. Nur Amira Syafiqah Azman namanya. Aku panggil dia Mira. Kami berkawan dah lama. 

Kami tak selalu berdua, cuma pada waktu - waktu tertentu sahaja. Habis sekolah rendah kami lost contact dan sekolah asing. Sampailah aku diterima masuk ke Uitm, Johor. Dekat situ, aku terjumpa dia dan kami kembali berhubung dan meneruskan perhubungan sehingga ke hari ini.

Ada waktu - waktu istimewa kami akan menghabiskan waktu dari pagi sampai malam untuk meraikan persahabatan ini. Lama rasanya kami tak berhubung. Semenjak dia sah menjadi isteri kepada seorang lelaki yang bergelar suami. 

Aku tak ganggu dia semenjak itu. Dia masih pengantin baru. Aku patut memberi ruang dia 'bercinta' dengan suaminya dahulu. Hehehe. 

Terima kasih Mira untuk kenangan dan persahatan ini.

Cikgu

Terima kasih untuk sekalian cikgu yang selalu menghidupkan bakat dan minat aku tanpa memandang kekurangan aku. Terima kasih cikgu kerana menghargai wujud aku dalam hidup kalian. Terima kasih kerana memberi peluang dan ruang untuk aku menjadi aku dan berkarya. Terima kasih yang takkan terbalas jasa kalian pada aku.
  • Sekolah Tadika Kemas Batu Tiga S. Alam
  • Sekolah Kebangsaan Seksyen 20 Shah Alam
  • Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Tanjong K. Selangor
  • Sekolah Menengah Vokasional Shah Alam
  • Uitm Segamat, Johor
  • Kolej Komuniti Hulu Langat

Nenek

Nenek meninggal selepas kejadian banjir besar di Shah Alam pada tahun 2004 kalau tak silap. Sama tahun dengan kejadian Tsunami. Aku kurang yakin siapa nama nenek. Barangkali Gowariah Rohani. Nenek takkan ada pengganti sampai bila - bila. Aku rapat dengan nenek. Waktu sekolah pun aku tidur rumah nenek. 

Aku ada banyak kenangan zaman kecil yang indah bersama nenek. Banyak ~ Tak terungkap. Aku taknak menangis waktu menulis entri ini. Aku nak habiskan dalam keadaan aku senyum kerana akhirnya aku menulis kisah tentang perempuan itu dengan jayanya. 

Semoga nenek aman dibawah sana menunggu giliran ke syurga. Alfatihah ~ 

Terima kasih atas pengorbanan dan tak terbeban dengan aku.
Terima kasih kerana pernah pinjamkan waktu.
Terima kasih sebab jarang berkira apa.
Terima kasih sebab susah dan senang.
Terima kasih sudi terima.

Terima kasih juga pada semua perempuan yang sudi menerima aku dalam hidup kalian. Walau kita tak menjalin hubungan yang lama, sekadar kenal nama.
Aku menyimpan persahabatan kita
dalam runtuhan kenangan yang terbiar. 

Friday, March 23, 2018

3 Hari 2 Malam di Setiu Terengganu

Mieza S | 3/23/2018 05:47:00 PM | 5Comments |
Bergambar untuk lepaskan lelah
Macam yang sedia maklum, entri aku sebelum ini adalah percutian kbba9 ke Terengganu selama 3 hari dua malam di Peladang Setiu Agro Resort Terengganu.  Entri kali ini aku lebih memfokuskan aktiviti sepanjang 3 hari 2 malam di sana. Yeay. Jom teruskan bacaan! 

Kembara kbba9 di Peladang Setiu Agro Resort

Tahu tak korang. 3 hari 2 malam dekat Peladang Setiu Agro Resort memang tak cukup. Pemandangan nyaman, tenang dari kesibukan kota dan paling penting banyak lagi aktiviti yang kitorang tak cuba . Bergerak dari Kuala Lumpur sekitar jam 10 pagi dan sampai di Terengganu jam 5 petang. Hamek kau. 

Tak terdaya dah nak nak buat apa - apa. Kesian dekat pemandu yang sakit dan perlukan rehat. Akhirnya berkumpul semula waktu malam untuk tayangan video dan aktiviti 'Agro Night Trekking'. 

Persekitaran Peladang Setiu Agro

Hari Pertama di Agro Resort

Seberang sana guna pengangkutan air

Tayangan Video  

Kami berkumpul di dewan makan pada jam 8 malam untuk tayangan video tentang Peladang Setiu Agro Resort. Kak Eyqa selaku wakil kbba9 memberi sepatah dua kata kepada pihak Agro Resort kerana memberi peluang kepada kbba9. Encik Sanusi selaku pemilik resort juga mengalu - alukan kedatangan kami. 

Seronok dengar perkongsian Encik Sanusi. Orangnya sangat rileks dan cool walaupun pada hari kejadian, beliau ada urusan lain untuk diselesaikan. Heheh Terbaik Encik Sanusi. 

Sepatah dua kata oleh Eyqa dan Tuan Rumah Peladang Setiu Agro Resort

Agro Night Trekking


Malam itu kami berjalan ke dalam hutan dengan bertemankan lampu suluh dan lilin yang hampir cair di tangan pada penghujung jalan. Langit cantik sebab tak hujan. Angin sepoi - sepoi bahasa. Rasanya macam dah lama sangat tak buat aktiviti night walk ni.

Seronok pula. Dalam pada seronok tu, hahaha. Macam biasa lah kan bila masuk tempat macam ni. Kenduri pacat lah woi. Semua menjerit - jerit dalam hutan. Tak tahu nak gelak ke nak menangis. Hahahha. Memang banyak lah. Siap ada yang dah macam tumpah darah -- ngeri. 

Kredit gambar : AzuraxAbu
Aku tak takut pacat, cuma geli bila dia lembik - lembik. Eyuuuuu ~

Selamat sebab aku selamat dari gigitan pacat. Dia baru hinggap - hinggap aku suruh orang jentik dia macam Kak Min ajar. Tak sangka pula, aku tak lah bernasib baik macam yang disangka. Aku balik bilik nak mandi. Rupanya cik pacat tu sedap je gigit perut aku. Eii. Nasib aku tak melompat. Kesannya masih ada sampai sekarang.

Hari Kedua di Agro Resort

Flying Fox

Sedikit taklimat

Walaupun hari pertama, kantoi semua anggap pacat adalah musuh negara. Aktiviti flying fox kami berjalan dengan jayanya. Aku rasa ramai tahu, aku ni takut tinggi. Nak jalan atas jambatan pun aku terpaksa pegang orang.

Aku tak sangka, bila aku berjaya naik kali kedua ke menara untuk flying fox. Hahahaa. Aku berani kalahkan ketakutan aku yang satu itu. Dari bawah biasa je, takde lah tinggi mana pun menara ni. Bila dah sampai atas, cuak aku. 


Kak Ayu adalah orang yang paling perasan, lamanya aku duduk dekat menara tu untuk berlepas ke bawah. Dari menara untuk dilepaskan tu agak cuak sebab rasa macam nak tercabut jantung. Padahal bila dah terlepas duduk tergantung dekat tengah, segalanya okay. 

Mungkin lepasni aku kena ikut mana - mana program yang ada flying fox untuk lebih berani mengatasi ketakutan. Kan? Ni pun cubaan kali pertama sepanjang hidup.

Tak sah lah kalau tak ada gambar kan

Laguna Setiu (Setiu Wetland) 


Aktiviti menangkap kerang - kerangan
Daripada pandai makan kerang - kerangan terus boleh jadi pengkap kerang - kerangan profesional. Ha gitu. Siap ada yang nak jadikan kerjaya lagi. Sebab senang gila nak cari. Walaupun tengah panas kami semua tak lupa untuk bergambar. Hahhaa. 

Gambar terakhir itu adalah sebahagian dari hasil tangkapan kami. Balik dari menangkap kerang - kerangan, kami terus buat bbq dibantu oleh abang coach yang banyak pengalaman. Tak payah tambah perisa, sebab dah sedap dan fresh dari laut.


Terbaik! tak sia - sia tadah muka dekat matahari dan buat projek dalam air.

Desa Kekabu Inn, Terengganu


Sesudah aktiviti kami di Laguna Setiu, kami dibawa ke Desa Kekabu Inn untuk sesi lawatan dan minum petang. Menariknya Desa Kekabu Inn ni, sebab dekat dengan sungai. Kami tak dan nak mandi sebab masa sangat mencemburui. 

Desa Kekabu Inn dengan Peladang Setiu Agro Resort ni kawan baik. Hehehe. 

Perkhidmatan yang Ditawarkan di Desa Kekabu Inn :
  • Jamuan tahunan
  • Majlis persendirian
  • Majlis perkahwinan
  • Seminar
  • Reunion
  • Bengkel
  • Rumah terbuka
  • Hi Tea
  • dan lain - lain 

Kemudahan yang Ditawarkan di Desan Kekabu Inn
  • Surau
  • Cafe
  • Dewan
  • Tapak perkhemahan
  • Sungai
  • Taman permainan

Nama Desa Kekabu Inn diambil bersempana nama kampung tersebut. Nak tahu sejarah lebih lanjut google ye. Terdapat 28bilikah bilik yang disediakan. Selain itu terdapat juga dewan dan surau. Harga bilik bermula dari RM59 sahaja. Korang boleh tengok di laman facebook Desa Kekabu Inn untuk maklumat lanjut. 

Bergambar kenang - kenangan bersama pemilik Desa Kekabu Inn


Malam tersebut telah diadakan aktiviti senaman suara dimana aku telah menyumbangkan sebuah lagu. Hahahahahhahaa. Turut tak terkecuali Encik Sanusi yang sangat sporting menyumbangkan beberapa buah lagu. 

Hari Ketiga di Agro Resort

Water Confident dan Kayak 

Taklimat sebelum memulakan aktiviti air

Rasa macam sekejap sangat 3 hari 2 malam kembara kbba9 di Setiu Terengganu. Macam baru sehari je dekat sana, tiba - tiba dah kena balik. Sedih. Aku tak join aktiviti kayak dan 'water confident' sebab tak berapa konfiden mengenangkan kewujudan kawanan ikan dalam tasik. Dasar penggeli!


Dua orang coach yang memang masuk air gila - gila ni buatkan kitorang semua senang masuk dan selesa nak bergaul. Walaupun aku tak join diorang punya sembang. 

Yang sorang ni memang suka sembang kencang. Hahahahhaa  K taknak kutuk.



Masa tu macam nak je berkayak, tapi macam ah tak boleh! Aku takut. Aku mampu tengok jela. Memang syok tengok diorang pusing kolam tu. Alhamdulillah, tak ada perkara yang tak diingini berlaku. Semuanya berjalan dengan selamat.



Perkara wajib bila habis aktiviti ialah bergambar. Say cheese! Nampak tak semua bergumbira setiap kali aktiviti bergambar? Kak Ayu ialah orang yang paling meriah bila bergambar.

Selamat Tinggal Peladang Setiu Agro Resort

Bergambar kenang - kenangan bersama Encik Sanusi selaku pemilik resort
Untuk maklumat lanjut, sila hubungi :
PELADANG SETIU AGRO RESORT
Lot 3912, Guntong 22040 Setiu Terengganu,
Malaysia.
09-6920059/ 019-9192240
Website : www.agroresort.com
Emel : peladang_agroresort@yahoo.com

Untuk maklumat lanjut. sila hubungi :
DESA KEKABU INN
Lot 1554, Kg Lepang Kekabu, 
22040 Guntung Setiu, 
Terengganu.
019-9116319/ 013-9723411
Emel : uk_kekabu@yahoo.com
Facebook : Desa Kekabu Inn

Wednesday, March 21, 2018

Job Matching PTPTN Untuk Peminjam Bayar Balik Pinjaman

Mieza S | 3/21/2018 01:46:00 PM | 2Comments |
Job Matching PTPTN Untuk Peminjam Bayar Balik Pinjaman

Tahukah anda? Job MatchingPTPTN bantu peminjam untuk dapatkan kerja? Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) telah melantik Prestariang System Sdn Bhd sebagai pengurus demi melaksanakan program ini. 

Majlis Sambutan 20 Tahun PTPTN

Job Matching PTPTN Untuk Peminjam Bayar Balik Pinjaman

Ahmad Zahidi pada Majlis Sambutan 20 Tahun PTPTN mengumumkan PTPTN akan membantu peminjam yang berjumlah 300,000 orang untuk mendapatkan pekerjaan dan membayar semula pinjaman semasa pengajian. 

PTPTN turut menyediakan peruntukan sebanyak RM20juta bagi membiayai kemahiran tambahan yang bernilai tidak lebih RM2,000 secara percuma kepada 10,000 peminjam terawal.  

Dalam pada itu, Ahmad Zahidi turut menyampaikan anugerah penghargaan bagi Anugerah Sahabat Terbaik 2017, Rakan Strategik PTPTN 2017, sumbangan Deposit SSPN1M 2017 dan banyak lagi penyampaian anugerah pada majlis sambutan 20 tahun PTPTN.

Job Matching Bantu Peminjam Cari Kerja

Job Matching PTPTN Untuk Peminjam Bayar Balik Pinjaman

Portal job matching adalah sebuah portal yang membolehkan peminjamnya membuat permohonan jawatan kosong. Mereka yang mendaftar akan melalui dua proses saringan yang melibatkan kelayakan akademi, pengalaman dan minat peminjam dengan jawatan berkenaan. 

Seterusnya, mereka akan ditemuduga antara peminjam dan majikan. Peserta yang berjaya dua saringan ini akan terus ditawarkan untuk bekerja. 

Nak tahu tak? Dalam jobmatching tu ada 5,000 peluang pekerjaan yang ditawarkan. Padanan adalah antara kelayakan akademi, pengalaman dan minat. Pernah isi jobstreet tak? Lebih kurang lah tu. 

Jom daftar! jobmatchingptptn.my

5 Kelebihan Jobmatching

  • Padanan pekerjaan berdasarkan penilaian minat, kemahiran akademi dan pengalaman kerja
  • Jaminan peluang pekerjaan ekslusif untuk peminjam PTPTN
  • Bimbingan dan latihan disediakan secara PERCUMA *tertakluk kepada terma dan syarat
  • Pakej gaji mengikut standart terkini
  • Membantu pembayaran balik pinjaman PTPTN secara 'direct debit' atau potongan gaji

Rujukan : 

Untuk maklumat lanjut, boleh hubungi :
Website : jobmatchingptptn.com
Emel : support@jobmatchingptptn.my
Emel : contact@jobmatchingptptn.my
Telefon : 013-4710474

Tuesday, March 20, 2018

Pemandangan Indah Sekitar Setiu Agro Resort

Mieza S | 3/20/2018 06:29:00 PM | 5Comments |
Pemandangan Indah Sekitar Setiu Agro Resort
Kredit gambar : @azuraxabu
Untuk mereka yang inginkan percutian suasana kampung, boleh lah ke Peladang Setiu Agro Resort. Disini memang pengunjung akan disajikan pemandangan yang tenang dengan hijau flora dan fauna. Mereka yang dah stress kerja dan terbeban dengan suasana kota, di sinilah tempat terbaik untuk melepaskan kesemuanya dan kembali tenang.

Peladang Setiu Agro Resort

Pemandangan Indah Sekitar Setiu Agro Resort

Setiu Agro Resort telah wujud lama dengan gabungan aspek pertanian dalam satu tanah dengan keunikan Hutan Simpan Gunung Tebu serta hutan hujan tropika. Mula -mula dulu, ia hanyalah sebuah tempat untuk menjalankan aktiviti team building, training dan camping. Kemudian pihak mereka telah mendapat permintaan untuk mewujudkan sebuah resort yang berkonsepkan Agrotourism.

Kawasan ini dikelilingi dengan taman herba, kebun buah - buahan, dan ladang kelapa sawit. Malam - malam sejuk je. Tapi takdelah sejuk sampai ke tulang. Hehehe. Rumah yang dibina kesemuanya berkonsepkan tradisional melayu unik.

Kemudahan Menarik di Setiu Agro Resort

Antara kemudahan yang terdapat disini ialah, sebuah surau besar yang sangat selesa, tapak perkhemahan dengan kemudahan air dan elektrik yang boleh menampung seramai 300 orang dalam satu masa, bilik mesyuarat, cafe, dan 4 buah dewan seminar. Kesemua chalet berjumlah 58 unit yang berkonsepkan tradisional.

Selain itu, terdapat juga mini taman tema. Paling penting kemudahan sukaneka juga disediakan bagi mereka yang mengadakan aktiviti sukanena disini. Tak payah bawa dari rumah ye dak? 

Oh ya, aku terlupa tentang sebuah kolam mini yang juga disediakan untuk pengunjung mandi. Heee. Aku tak sempat nak mandi dekat situ :(

Agro Training Center juga menyediakan kemudahan 26 bilik bajet dan 3 blok asrama dengan dewan makan. 

Pemandangan Indah Sekitar Setiu Agro Resort
Pemandangan Indah Sekitar Setiu Agro Resort
Pemandangan Indah Sekitar Setiu Agro Resort
Pemandangan Indah Sekitar Setiu Agro Resort
Pemandangan Indah Sekitar Setiu Agro Resort
Pemandangan Indah Sekitar Setiu Agro Resort
Pemandangan Indah Sekitar Setiu Agro Resort
Bilik penginapan aku dan Kak Min yang mengadap tasik

Aktiviti Menarik dan Tarikan di Agro Resort

Antara aktiviti kami disitu ialah 'menangkap' kepah barangkali yang aku terlupa namanya. Tapi sejenis spesies kerang - kerangan jugak. Ada 3 jenis kerang - kerangan yang aku dan kawan kbba 'tangkap'.

Selain itu :
  • Perkhemahan
  • Menyusuri lagun
  • Wetland tracking
  • Memancing ikan & udang galah
  • 'Bird watching'
  • Kenali alam wetland
  • Aktiviti rekreasi air
  • Melihat kelip - kelip
  • Memasang bubu dan lukah
  • Aktiviti rekreasi mencabar seperti flying fox, rafting, dan macam - macam lagi
Pemandangan Indah Sekitar Setiu Agro Resort
Menara flying fox

Pemandangan Indah Sekitar Setiu Agro Resort
Tempat kami makan sepanjang berada di Setiu Agro Resort - menghadap kolam
Pemandangan Indah Sekitar Setiu Agro Resort
Pemandangan Indah Sekitar Setiu Agro Resort
Pemandangan Indah Sekitar Setiu Agro Resort
Tempat aktiviti Water Confident

Laguna Wetland di Setiu Agro Resort

Pemandangan Indah Sekitar Setiu Agro Resort

Laguna Wetland merupakan produk baru oleh pihak Setiu Agro. Aku tak ada gambar di atas bot untuk menjelaskan keindahan paya bakau dan nipah tempat kediaman spesis kerang dan hidupan laut yang lain.

Fakta Tentang Laguna Wetland

  • Mempunyai keluasan 880 hektar dan mengunjur sepanjang 26 kilometer 
  • Kaya dengan hidupan wetland seperti pokok bakau dan nipah serta pelbagai jenis burung
  • Kaya dengan ketam nipah, kerang - kerangan, spesis ikan marin dan hidupan yang lain
  • Habitat kepada dua spesis tuntung, iaitu tuntung laut dan tuntung sungai yang di ancam kepupusan
  • Merupakan laguna tercantik di Malaysia
  • Kolan pancing ikan marin bagi kaki pancing
  • Pusat santuari, ketam nipah dan taman nipah untuk pengunjung

Pemandangan Indah Sekitar Setiu Agro Resort
Kredit gambar : @azuraxabu
Pemandangan Indah Sekitar Setiu Agro Resort
Kredit gambar : @azuraxabu
Satu di kawasan tanah lembab paya bakau dan dua lagi di dalam air masin. Aku balik Shah Alam baru nampak kegelapan muka yang ditadah pada sang matahari. Menyesal? Tak lah. Pengalaman baru woi! 

Entri seterusnya adalah aktiviti di Peladang Setiu Agro Resort selama 3 hari 2 malam. Nantikan ya! Chaw ~

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi :
PELADANG SETIU AGRO RESORT
Lot 3912, Guntong 22040 Setiu Terengganu,
Malaysia.
09-6920059/ 019-9192240
Website : www.agroresort.com
Email : peladang_agroresort@yahoo.com
Facebook : Peladang Setiu Agro Resort

© Copyright 2017 | ALL Right Reserved to Owner. Re-edit by Sehijau Blog RA.