3 Hari 2 Malam di Setiu Terengganu

Bergambar untuk lepaskan lelah
Macam yang sedia maklum, entri aku sebelum ini adalah percutian kbba9 ke Terengganu selama 3 hari dua malam di Peladang Setiu Agro Resort Terengganu.  Entri kali ini aku lebih memfokuskan aktiviti sepanjang 3 hari 2 malam di sana. Yeay. Jom teruskan bacaan! 

Kembara kbba9 di Peladang Setiu Agro Resort

Tahu tak korang. 3 hari 2 malam dekat Peladang Setiu Agro Resort memang tak cukup. Pemandangan nyaman, tenang dari kesibukan kota dan paling penting banyak lagi aktiviti yang kitorang tak cuba . Bergerak dari Kuala Lumpur sekitar jam 10 pagi dan sampai di Terengganu jam 5 petang. Hamek kau. 

Tak terdaya dah nak nak buat apa - apa. Kesian dekat pemandu yang sakit dan perlukan rehat. Akhirnya berkumpul semula waktu malam untuk tayangan video dan aktiviti 'Agro Night Trekking'. 

Persekitaran Peladang Setiu Agro

Hari Pertama di Agro Resort

Seberang sana guna pengangkutan air

Tayangan Video  

Kami berkumpul di dewan makan pada jam 8 malam untuk tayangan video tentang Peladang Setiu Agro Resort. Kak Eyqa selaku wakil kbba9 memberi sepatah dua kata kepada pihak Agro Resort kerana memberi peluang kepada kbba9. Encik Sanusi selaku pemilik resort juga mengalu - alukan kedatangan kami. 

Seronok dengar perkongsian Encik Sanusi. Orangnya sangat rileks dan cool walaupun pada hari kejadian, beliau ada urusan lain untuk diselesaikan. Heheh Terbaik Encik Sanusi. 

Sepatah dua kata oleh Eyqa dan Tuan Rumah Peladang Setiu Agro Resort

Agro Night Trekking


Malam itu kami berjalan ke dalam hutan dengan bertemankan lampu suluh dan lilin yang hampir cair di tangan pada penghujung jalan. Langit cantik sebab tak hujan. Angin sepoi - sepoi bahasa. Rasanya macam dah lama sangat tak buat aktiviti night walk ni.

Seronok pula. Dalam pada seronok tu, hahaha. Macam biasa lah kan bila masuk tempat macam ni. Kenduri pacat lah woi. Semua menjerit - jerit dalam hutan. Tak tahu nak gelak ke nak menangis. Hahahha. Memang banyak lah. Siap ada yang dah macam tumpah darah -- ngeri. 

Kredit gambar : AzuraxAbu
Aku tak takut pacat, cuma geli bila dia lembik - lembik. Eyuuuuu ~

Selamat sebab aku selamat dari gigitan pacat. Dia baru hinggap - hinggap aku suruh orang jentik dia macam Kak Min ajar. Tak sangka pula, aku tak lah bernasib baik macam yang disangka. Aku balik bilik nak mandi. Rupanya cik pacat tu sedap je gigit perut aku. Eii. Nasib aku tak melompat. Kesannya masih ada sampai sekarang.

Hari Kedua di Agro Resort

Flying Fox

Sedikit taklimat

Walaupun hari pertama, kantoi semua anggap pacat adalah musuh negara. Aktiviti flying fox kami berjalan dengan jayanya. Aku rasa ramai tahu, aku ni takut tinggi. Nak jalan atas jambatan pun aku terpaksa pegang orang.

Aku tak sangka, bila aku berjaya naik kali kedua ke menara untuk flying fox. Hahahaa. Aku berani kalahkan ketakutan aku yang satu itu. Dari bawah biasa je, takde lah tinggi mana pun menara ni. Bila dah sampai atas, cuak aku. 


Kak Ayu adalah orang yang paling perasan, lamanya aku duduk dekat menara tu untuk berlepas ke bawah. Dari menara untuk dilepaskan tu agak cuak sebab rasa macam nak tercabut jantung. Padahal bila dah terlepas duduk tergantung dekat tengah, segalanya okay. 

Mungkin lepasni aku kena ikut mana - mana program yang ada flying fox untuk lebih berani mengatasi ketakutan. Kan? Ni pun cubaan kali pertama sepanjang hidup.

Tak sah lah kalau tak ada gambar kan

Laguna Setiu (Setiu Wetland) 


Aktiviti menangkap kerang - kerangan
Daripada pandai makan kerang - kerangan terus boleh jadi pengkap kerang - kerangan profesional. Ha gitu. Siap ada yang nak jadikan kerjaya lagi. Sebab senang gila nak cari. Walaupun tengah panas kami semua tak lupa untuk bergambar. Hahhaa. 

Gambar terakhir itu adalah sebahagian dari hasil tangkapan kami. Balik dari menangkap kerang - kerangan, kami terus buat bbq dibantu oleh abang coach yang banyak pengalaman. Tak payah tambah perisa, sebab dah sedap dan fresh dari laut.


Terbaik! tak sia - sia tadah muka dekat matahari dan buat projek dalam air.

Desa Kekabu Inn, Terengganu


Sesudah aktiviti kami di Laguna Setiu, kami dibawa ke Desa Kekabu Inn untuk sesi lawatan dan minum petang. Menariknya Desa Kekabu Inn ni, sebab dekat dengan sungai. Kami tak dan nak mandi sebab masa sangat mencemburui. 

Desa Kekabu Inn dengan Peladang Setiu Agro Resort ni kawan baik. Hehehe. 

Perkhidmatan yang Ditawarkan di Desa Kekabu Inn :
  • Jamuan tahunan
  • Majlis persendirian
  • Majlis perkahwinan
  • Seminar
  • Reunion
  • Bengkel
  • Rumah terbuka
  • Hi Tea
  • dan lain - lain 

Kemudahan yang Ditawarkan di Desan Kekabu Inn
  • Surau
  • Cafe
  • Dewan
  • Tapak perkhemahan
  • Sungai
  • Taman permainan

Nama Desa Kekabu Inn diambil bersempana nama kampung tersebut. Nak tahu sejarah lebih lanjut google ye. Terdapat 28bilikah bilik yang disediakan. Selain itu terdapat juga dewan dan surau. Harga bilik bermula dari RM59 sahaja. Korang boleh tengok di laman facebook Desa Kekabu Inn untuk maklumat lanjut. 

Bergambar kenang - kenangan bersama pemilik Desa Kekabu Inn


Malam tersebut telah diadakan aktiviti senaman suara dimana aku telah menyumbangkan sebuah lagu. Hahahahahhahaa. Turut tak terkecuali Encik Sanusi yang sangat sporting menyumbangkan beberapa buah lagu. 

Hari Ketiga di Agro Resort

Water Confident dan Kayak 

Taklimat sebelum memulakan aktiviti air

Rasa macam sekejap sangat 3 hari 2 malam kembara kbba9 di Setiu Terengganu. Macam baru sehari je dekat sana, tiba - tiba dah kena balik. Sedih. Aku tak join aktiviti kayak dan 'water confident' sebab tak berapa konfiden mengenangkan kewujudan kawanan ikan dalam tasik. Dasar penggeli!


Dua orang coach yang memang masuk air gila - gila ni buatkan kitorang semua senang masuk dan selesa nak bergaul. Walaupun aku tak join diorang punya sembang. 

Yang sorang ni memang suka sembang kencang. Hahahahhaa  K taknak kutuk.



Masa tu macam nak je berkayak, tapi macam ah tak boleh! Aku takut. Aku mampu tengok jela. Memang syok tengok diorang pusing kolam tu. Alhamdulillah, tak ada perkara yang tak diingini berlaku. Semuanya berjalan dengan selamat.



Perkara wajib bila habis aktiviti ialah bergambar. Say cheese! Nampak tak semua bergumbira setiap kali aktiviti bergambar? Kak Ayu ialah orang yang paling meriah bila bergambar.

Selamat Tinggal Peladang Setiu Agro Resort

Bergambar kenang - kenangan bersama Encik Sanusi selaku pemilik resort
Untuk maklumat lanjut, sila hubungi :
PELADANG SETIU AGRO RESORT
Lot 3912, Guntong 22040 Setiu Terengganu,
Malaysia.
09-6920059/ 019-9192240
Website : www.agroresort.com
Emel : peladang_agroresort@yahoo.com

Untuk maklumat lanjut. sila hubungi :
DESA KEKABU INN
Lot 1554, Kg Lepang Kekabu, 
22040 Guntung Setiu, 
Terengganu.
019-9116319/ 013-9723411
Emel : uk_kekabu@yahoo.com
Facebook : Desa Kekabu Inn

Post a Comment

5 Comments

  1. part cari kerang/kepah / lokan tu memang best terbaikkk

    ReplyDelete
  2. salam.. boleh x saya nk ambil gambar cik utk digunakan dalam bunting promosi setiu wetland?

    ReplyDelete
  3. Wahh seronoknya .. bila lagi nak jumpa kecik ni.hehhe

    ReplyDelete
  4. best kan kecik ...rindu dahhhh

    ReplyDelete

terima kasih kerana meluangkan masa membaca dan meninggalkan komen.