Januari pergi
ketika hujan sedang
turun tidak deras
tapi cukup untuk
menghancurkan kepingan
cermin yang berserakan
ketika itu
aku sedang
membaca warkah
terakhir yang
dikirim rindu
dibawah cahaya
malap sebuah lampu
tulisannya berangkai
dan pudar
memaksa aku untuk
mengerlip mata
berulang kali.
Kali ini
aku telah
gagal memiliki
sebuah mimpi
tentang kita yang
tidak ada
didalam realiti
aku harap memori
itu tersisip rapi
lalu terbang mencari
aku yang
sedang menunggu
dalam kesejukan
Februari
- MiezaS (didalam kamar tidur)
0 Comments
terima kasih kerana meluangkan masa membaca dan meninggalkan komen.