Tuesday, January 30, 2018

Lirik Lagu That Man Crying Zip Zieller

Mieza S | 1/30/2018 04:42:00 PM | 1Comments |
Lirik Lagu That Man Crying Zip Zieller

that is the man
that is the man
that is the man crying oh not long
with the bullet in his hand

got to keep on rollin now

He look so sad
he look so sad
he look so sad on his face
oh baby
with the problem in his hand

he say he's lost
he say he's lost
he say he's lost on this world
that he create
with the bullet on his hand

got to keep on rollin now
rollin now

when the time come and let all of them know
i feel so hopeless and guilty also
i need my guide to open this door
going to paradise
the best that i can

Lirik Lagu That Man Crying Zip Zieller

Lirik Lagu Sleep Time Again Rose Zip Zieller

Mieza S | 1/30/2018 04:21:00 PM | 0Comments |
Lirik Lagu Sleep Time Again Rose Zip Zieller

Jiwa gundah gulana
takkan mati sengsara
ingin capai kau bunga di syurga
hati kosong berlabuh
dari awalan dulu
jalan gelap kau ku rasa

mungkin cara pengampun
dalam hati yang lumpuh
bebaskan ku dari rakus dosamu
terang sinar mentari
dalam pedoman diri
rasa pedih tak terungkap

lena mawarku dalam debu
lena mawarku kau ratuku

ego lalu berlalu
kerna sifat ku layu
cuba singkap ia kembali darimu
langkah teguh ku longlai
hanya tunggu terlerai
rasa gelap dalam siang tersadai

pergi kau angin lalu
corak satu persatu
biarkan ia dapat kembali darimu
jiwa ronta tersedar
nak hidup dah sudah
hidup kembali cahaya di dada

lena mawarku dalam debu
lena mawarku kaulah ratu

Lirik Lagu Sleep Time Again Rose Zip Zieller

Lirik Lagu Aku Sangsi The Musicids

Mieza S | 1/30/2018 09:07:00 AM | 1Comments |
Lirik Lagu Aku Sangsi The Musicids

Aku sunyi, aku sepi
Rasaku dihati, mengapa begini
Rindu dihati, menusuk lagi, apakah terjadi

See see see see see see see
Looking my eyes, looking everything
See see see see see see see
Looking my eyes, looking everything

Aku runsing, aku pening
Oh nasib diri, oh sebegini
Biar mentari, menyusul pergi, tinggalku sendiri

See see see see see see see
Looking my eyes, looking everything
See see see see see see see
Looking my eyes, looking everything

Cuba merenung ke luar
Mencari jawapan ini
Apa yang ku lihat
Hanya awan mendung langit

Ku cuba juga di pantai
Mencari jawapan ini
Tapi apa yang ku dapat
Hanya nada dan melodi

Ku harap suatu hari
Jawapan tetap pasti
Akan berkunjung kemari
Bahagia ku menanti

Ku harap suatu hari
Jawapan tetap pasti
Akan berkunjung kemari
Bahagia ku menanti

Aku sangsi, aku sangsi
Aku sangsi, aku sangsi

Monday, January 29, 2018

Logo Visit Malaysia 2020 Viral dihentam Netizen

Mieza S | 1/29/2018 03:52:00 PM | 0Comments |
Logo Visit Malaysia 2020 Viral dihentam Netizen


Beberapa hari ini memang kecoh jugak pasal logo visit malaysia 2020 yang teruk dihentam netizen. Mana tidaknya, ramai yang berpendapat logo tersebut sangat tidak proffesional dengan tahun 2020 yang terdapat pada logo. 

Ramai netizen beranggapan logo tersebut merupakan logo yang datang dari tahun 90an. Aku pun rasa benda yang sama. Aku memang bukan bergraduan dalam seni reka grafik. Aku hanya memandang sebagai seorang rakyat Malaysia yang sangat tak setuju dengan design logo visit Malaysia yang viral baru - baru ini. macam guna microsoft paint sahaja gayanya.

Warna yang digunakan mendatar. Tidak berseni walaupun setiap unsur yang terdapat didalam logo membawa maksud tertentu. 

Logo Visit Malaysia 2020 Dikecam


Tidak hanya dikecam, ramai netizen yang mula membuat parodi sama ada dalam bentuk video atau membuat logo yang lebih kurang sama dengan logo visit Malaysia 2020. Mungkin ini saja cara agar pihak yang bertanggungjawab menukar atau menggantikan logo yang sedia ada dengan yang lebih baik bersesuaian dengan tema 2020 yang dikira tahun yang sangat membangun. 

Sehingga ada yang mewujudkan perang logo visit Malaysia agar pereka seni grafik di Malaysia berterusan mempamerkan idea masing - masing. Ini adalah bertujuan untuk menyedarkan pihak atasan tentang kebolehan pereka grafik Malaysia tidak boleh dipandang lekeh (apa salahnya keluarkan sedikit bajet dengan menggunakan perkhidmatan pereka grafik Malaysia).

Logo Visit Malaysia 2020 dari Pereka Grafik Malaysia

Disini aku kongsikan beberapa logo visit Malaysia yang diambil dari facebook peribadi dan group facebook tanpa keizinan (aku dah kredit pautan kepada mereka). Aku rasa logo mereka tampak lebih  menarik dan 'hidup' kalau nak banding dengan logo yang sedia ada seolah - olah mahu 'mati'. 

Logo Visit Malaysia 2020 Viral dihentam Netizen
Sumber : Khalis Putera Emas

Logo Visit Malaysia 2020 Viral dihentam Netizen
Sumber : Syahid Ă–blind Rosley‎

Logo Visit Malaysia 2020 Viral dihentam Netizen
Sumber : Cuhax Hafiz
Logo Visit Malaysia 2020 Viral dihentam Netizen
Sumber : Atiiq Azman
Logo Visit Malaysia 2020 Viral dihentam Netizen
Sumber : Ahmad Fazrin
Logo Visit Malaysia 2020 Viral dihentam Netizen
Sumber : Atira Ariffyn

Logo Visit Malaysia 2020 Viral dihentam Netizen
Sumber : Muhammad Hidayatullah
Amacam? Cantikkan? Kalau nak tengok karya selain mereka boleh ke pautan Logo Visit Malaysia 2020 dari Pereka Grafik Malaysia
“Kritikan ini biasa. Saya lancarkan di Chiang Mai dan di Chiang Mai semua puji, sememangnya logo ini untuk pelancong asing. Ini bukan untuk dalam negeri, saya tidak kisah dan peduli. Di Chiang Mai, kita dapat sambutan sebab mereka tidak pernah tengok (logo). Lainlah orang Malaysia, sudah biasa tengok. Saya tidak ada niat hendak tukar,” kata menteri pelancongan dan kebudayaan itu kepada FMT.
Logiknya, takkan lah rakyat di Chiang Mai nak kata logo ni buruk atau tidak lawa pulak. Lagipun mesti yang cakap cantik tu orang - orang atasan je. Rakyat biasa tak pula ditanya pendapat. Kan? Lagipun menteri pelancongan kot. Kita doa - doa jela logo visit Malaysia akan bertukar menjadi lebih baik, berwibawa dan professional. 

Saturday, January 27, 2018

Menang Percutian ke Manchaster bersama Dashing dengan Mudah

Mieza S | 1/27/2018 10:03:00 PM | 1Comments |
Menang Percutian ke Manchaster bersama Dashing

Peraduan Dashing Dan ELITE | Menang percutian ke Manchester UK bersama Dashing dengan cara beli dan menang. Mudah kan? Peminat tegar bola sepak terutamanya penyokong Manchester City dan Machester United patut baca entri ini sehingga habis kerana aku akan kongsikan dengan korang cara mudah untuk menang peraduan bersama dashing trip percutian empat (4) hari tiga (3) malam.

Menang Percutian ke Manchaster bersama Dashing

Trip empat (4) hari 3 (tiga) malam ke Manchester UK bersama Dashing

Hanya 6 orang pemenang bertuah sahaja yang akan memenang percutian ini termasuklah tiket VIP untuk menonton pertandingan secara langsung antara Manchester City Football Club (MCFC) vs Machester United (MU) di Stadium Etihad, UK. Percutian yang ditaja sepenuhnya dari tiket penerbangan sehinggalah tempat penginapan.


Percutian ke Manchester 
Kredit Video : Dashing Malaysia

Melawat muzium dan Stadium Bola Sepak Kebangsaan seperti Old Trafford, Etihad dan Anfield
Berinteraksi dan meminta autograf daripada beberapa Legenda MCFC Tour Misteri Magical - para pemenang turut dibawa ke lokasi yang berkaitan band muzik terkenal, The Beatles.

Cara Mudah Menang Percutian Dashing ke Manchester 

Senang je nak menang peraduan dashing ni. Macammana caranya? Korang cuma perlu beli mana-mana produk DASHING atau ELITE dalam satu resit tunggal dan whatsappkan resit tersebut secara penuh dan jelas. Jangan lupa sertakan sekali nama penuh seperti didalam kad pengenalan/ passport, nombor  kad pengenalan/ passport, ke nombor berikut +60 16-9972373.

Menang Percutian ke Manchaster bersama Dashing

Jangan risau, kalau tak menang percutian ni. Sebab dashing turut menyediakan hadiah saguhati untuk mereka yang bertuah sepanjang peraduan berlangsung. Tunggu apa lagi tu?

Jom rebut peluang untuk menang percutian ke Manchester dan saksikan secara langsung perlawanan bola sepak antara (MCFC) vs (MU). Peraduan ini akan berakhir pada 31 Januari 2018. Cepat! Jangan lengahkan masa lagi.

Untuk maklumat lanjut berkaitan produk dashing atau peraduan ini, korang boleh lawati www.facebook.com/Dashing.MY atau
Talian bantuan : 03-80238311

Menang Percutian ke Manchaster bersama Dashing

Friday, January 26, 2018

Layan Muzik Indie

Mieza S | 1/26/2018 09:41:00 AM | 1Comments |

Layan Muzik Indie

Layan Muzik Indie

Semenjak - menjak aku join event puisi, aku banyak tahu mengenai band - band indie yang akan turun padang buat persembahan lebih - lebih lagi di sekitar lembah klang dan kuala lumpur. Ramai yang menyangka band indie dah terkubur. Tak tak. Diorang masih wujud cuma tak terbuka. Rakyat Malaysia masih belum nak terima muzik macam diorang. Mungkin akan berulang sejarah seperti zaman rockers dulu. Kena banned masuk tv dan sebagainya. Bila dah bertahun - tahun baru diorang boleh masuk tv, dan turut serta dalam anugerah - anugerah muzik. Kan?

Aku mula layan muzik indie masa zaman myspace. Masa tu aku tak tahu apa itu indie. Aku sekadar dengar muzik diorang dan layan. Antara band yang tengah femes masa tu adalah Sugar love Cookies, ACAB, Boneca, Melda Ahmad, The Lipstik, The Times dan banyaaaak lagi. Tapi itulah antara band yang mula - mula aku dengar. Kira kalau dengar satu, akan terjebak untuk ambil tahu semua. Mungkin masa tu jiwa pun masih muda kan. Budak sekolah jiwa memberontak. 

Layan Muzik Indie

Masa tu nak kata aku memberontak, tak jugak. Lepas aku habis sekolah aku jumpa kawan yang namanya Khaty. Dia menjerumuskan aku dalam daerah puisi. Dari situ aku berani - berani lepak event. Sorang pun jadi kalau tak de siapa sangat nak teman. Aku turun gig. Masuk rumah api. Aku rasa best gile. Tak tahu lah apa yang best. Sebab bagi aku muzik indie ni bukan setakat muzik. Diorang ni adalah sebuah kehidupan yang kita tak berani nak perjuangkan. Maksud aku perjuangan ialah, kalau kita minat sesuatu mesti akan ada yang cuba - cuba menolak apa yang kita suka. Lepastu kita pun down teruk. Langsung tak nak perjuangkan benda yang kita suka semata - mata fikirkan orang sekeliling. Lagi satu, diorang ni jujur. Bagi aku, elok kau layan gig dari k-pop punya konsert. Sebab semua nya oh omg omg je. Lepastu semua acah comel. Hahahaha. Aduhh tak boleh ah nak explain benda ni. 

Lepastu aku banyak perhatikan perangai diorang. Jenis yang bukan stereotaip punya orang. Kalau aku pergi event diorang aku tak rasa aku janggal atau terkulat - kulat. Sebab diorang tak pandang aku. Maksud aku tak pandang tu ialah, kalau kita pergi event artis ke, event yang jenis high class, kalau tak kena dengan majlis mesti orang pandang kau atas bawah kan? Macam tu lah maksud aku. Walaupun tak ada geng dekat event, tapi aku rasa aku selesa nak lepak lama. 

Layan Muzik Indie

Aku tak rasa benda ni time sekolah. Patutnya aku menikmati indie ni dari zaman sekolah sebab masa tu lah diorang tengah nak meningkat naik. Dan masa ni aku pun bukan jenis layan muzik sangat. Masa sekolah aku ialah zaman tulis lirik lagu jiwang. Aku tengah giler tulis lirik dan berlumba - lumba dengan roomate. Cis. Akhirnya bila aku habis sekolah, aku pergi bakar buku tu. Sedangkan aku boleh je simpan buat kenangan. Alah bodohnya. Dah lah tu buku tiga tahun punya lagu. Hahaha.

Berbalik semula kepada muzik indie. Jadi selepas habis sekolah, aku banyak buat 'research' zaman kegemilangan indie dulu. Aku mula jatuh cinta dekat buku dan puisi. Puisi ni ada jiwa. Kalau dulu aku stress aku menangis. Sekarang aku stress aku banyak luahkan jadi puisi. Sampai lah aku keluarkan zine aku sendiri. Cewah. Zine tu adalah hasil tulisan puisi dari tahun 2013. Aku kumpul - kumpul jadi satu naskah. Alhamdulillah. Impian aku tercapai weyh. 

Sekarang ni, aku mula nak kekalkan benda tu. Orang pandang sebagai benda lapuk, tapi aku pandang benda ni benda yang tak akan terpadam atau hilang dek zaman. Maybe next entri aku akan tunjukkan zine aku. Insyaallah. 

Wednesday, January 24, 2018

Lirik Lagu Esok Masih Ada Zip Zieller

Mieza S | 1/24/2018 09:21:00 AM | 0Comments |

Lirik Lagu Esok Masih Ada Zip Zieller

Lirik Lagu Esok Masih Ada Zip Zieller

Dalam hari hati kian sayu
kutip semua sisa sisa hidup yang terdampar
layu aku dipelukkan kudus
dan ini semua terpancar jelas
pangkal hati dan harta

Mata layu senyumnya terputus
mati dalam kemeriahan dunia hingga leka
sedar aku berlumuran dosa
sakitnya kini mula terasa syurga atau neraka

Esok masih ada, kata mereka
tapi kita lupa nyawa milik dia
susunlah hidupmu esok belum tahu
hidup atau pupus hanya dia yang esa

Jalan terang kini makin kelam
dari sudut hati yang dah suram makin dalam
pohon aku terus kepadanya
moga moga dibersihkan semua sifat angkuh dan leka

Tuesday, January 23, 2018

Sepucuk Mawar

Mieza S | 1/23/2018 03:54:00 PM | 1Comments |

Sepucuk Mawar

Sepucuk Mawar

Sepucuk surat
yang kau tinggalkan
didalam laci

telah meruntuhkan bunga
menjadi kaca dan pecah
tak terganti
mawar sudah mati.


MATI.


Monday, January 22, 2018

Ke-sengsaraan

Mieza S | 1/22/2018 11:41:00 AM | 1Comments |

Ke-sengsaraan

Ke-sengsaraan

Tolong
padam ke-sengsaraan
yang sedang menjamah hati
dalam diam

Aku masih mahu menikmati
rindu yang tak dihargai
walau disakiti berulang kali.

Tolong
kali ini saja
aku mohon.

Thursday, January 18, 2018

Lirik Lagu Kecundang Kugiran Masdo

Mieza S | 1/18/2018 11:50:00 AM | 0Comments |

Lirik Lagu Kecundang Kugiran Masdo

Lirik Lagu Kecundang Kugiran Masdo

Mulanya cuma bertentang mata
Nafsu gelora bagai nak gila
Hati nak cuba peringkat yang oh seterusnya
ala-ala macam malam pertama

Bila berdua datang ketiga
Rebah dipelukan asmara
Janji setia hingga ke hujung nyawa
Kecundang dalam sekelip mata

Kemana hilang tanpa berita
Dikala hati sedang berbunga
Mengapa berubah sekelip mata
Setelah diserahkan mahkota

Ta tadum, tadadadum woooooo
ta tadum tadadadada tadadadada

Kemana hilang tanpa berita
Dikala hati sedang berbunga
Mengapa berubah sekelip mata
Setelah diserahkan mahkota

Biar berkurun lama ku tunggu
Namun tak sangka akhirnya begitu
Bukankan sudah dibilang jangan kau puja
Dia sampai engkau kecewa

Bukankah sudah dibilang jangan kau puja
Dia sampai engkau kecewa
Kecundang


Tuesday, January 16, 2018

Jangan Tayang Baby Bump!

Mieza S | 1/16/2018 03:49:00 PM | 3Comments |

Jangan Tayang Baby Bump!

Jangan Tayang Baby Bump!

Kalau sebelum ni, ramai artis dan emak - emak yang famous di laman sosial suka tayang baby bump. Bagi aku tak salah. Sebab hak masing - masing untuk berkongsi gembira kan? Tapi jangan terlalu sangat. Jangan. Aku takkan sentuh isu agama. Sebab aku juga banyak yang lopong. Cuma nak kau - kau yang baca ni tau, ada lelaki gila yang suka dengan baby bump yang ditayang kalian. ! 

Pernah kan timbul isu seorang lelaki mengekori seorang perempuan dengan menaiki motor dan tangan lelaki tu dalam seluar. Ada, dalam berita kalau tak silap ke viral dalam facebook. Tu perempuan biasa yang pakai tudung. 

Aku ada pengalaman di mana aku berbual dengan 'orang gila' yang gilakan baby bump. Ini bukan entri lucah, aku sekadar nak berkongsi. Sebab aku malu, baby bump macam dah jadi trend sangat dalam kalangan masyarakat kita. 

Aku ni dulu kaki chat. Kau cakap je apa semua jenis ruang chatting aku tak main. Hahahahha. Pernah dengar pasal laman sosial tagged? Tagged ni ramai je yang buak akaun fake untuk kepuasan nafsu, berniaga, cari kawan, dan banyakkkk lagi. Aku main tagged sebab cari kawan. Memandangkan zaman sekolah aku adalah zaman paling loser untuk aku yang tak pernah dihargai. 

Dulu tagged takde manusia - manusia gila. Tapi semenjak aku habis sekolah, perangai gila diorang makin menjadi - jadi. Bolah dikatakan dua puluh empat jam status nak stim je. Tu satu hal, belum yang payung lagi. Macam gamp. 

Berbalik semula kepada baby bump tadi. Satu hari ada seorang lelaki tegur aku. Aku berbual biasa dengan dia. Dia seorang lelaki yang bekerjaya (office), umur dalam tiga puluh -an ke empat puluh -an macam tu. Aku stalk profile dia. Mak aiii. Gila babeng. Penuh gambar perempuan tayang baby bump. Dari yang seksi sampai ke yang menutup sempurna (perempuan pakai tudung). Aku ingat gambar orang putih je (sumber datang dari google), Rupanya gambar - gambar yang diambil sendiri pun banyak. 

Tapi masa tu, aku masih lagi bersembang dengan dia. Tanya rutin harian apa semua. Oh aku dengan dia takde sembang lucah. Paling teruk pun dia sebut perkataan 'creeeet' (merujuk kepada - maaf sebab aku malu nak explain jadi kau kena fikir sendiri). 

Jadi biar aku cerita rutin harian dia. Macam biasa dia pergi pejabat. Lepastu balik kerja dia akan singgah pasar/ pusat membeli belah kejap untuk menghidang mata dengan perempuan - perempuan yang tayang baby bump. Bukan setakat tayang mata, tapi dia buat kerja sekali dibawah. Aku dengan benak pergi tanya macammana dia keluarkan 'creet' tu? Dia kata dia masukkan jela tangan dia dalam poket seluar lepastu buat la kerja dan rasanya jarang - jarang orang akan perasan.

Oh untuk pengetahuan, benda paling wajib dia bawa ke pejabat ialah seluar dalam lebihan. Setiap kali habis 'creet' masa ikut perempuan yang ada baby bump ni, dia akan ke tandas untuk tukar seluar dalam. Aku rasa macam, weyhhh bongok gila laki ni. Dah lah da tua, dah kawin, tapi perangai macam ni. Lepastu dekat gallery image dia tu bukan setakat ada gambar perempuan tayang baby bump. Tapi ada juga video perempuan melayu bertudung yang berjalan dalam mall/ pasar untuk bersiar siar/ membeli barang. Lelaki tu akan ikut je perempuan tu tanpa disedari. Baju yang dia pakai tu nampak bonjolan keras kat perut. Lelaki tu cakap seksi dan buat dia ghairah. Seingat aku, setiap kali dia text aku dia akan bagitau apa yang dia buat waktu hri tu. Kebanyakkannya pasal 'creet' bila nampak perempuan - perempuan ni. Aku rasa macam entah la. Tak tahu nak cakap. 
Kau jangan cakap, mana ada baju besar - besar gajah nak tutup perut. Ya aku tau, tapi kalau boleh tak payah la pegang - pegang perut sebab nak tunjuk yang kau pun ada baby bump. Biarlah kalau boleh, perut tu tersorok. Aku minta maaf lah kalau entri aku yang ini mengguris banyak pihak secara sengaja termasuk penggunaan aku kau yang kurang sopan.
Lepas aku dah habis sembang dengan dia, aku block. Now, aku cari balik profile dia dah tak jumpa. Mana entah hilang. Aku pesan, jangan tayang baby bump. Jangan. Bagi lelaki, lagi besar lagi seksi. Mungkin sekarang kau tayang yang kecil - kecil. Boleh jadi, dia mengikuti perkembangan kau di media sosial dan membayangkan yang aneh - aneh. Allah, mintak jauh la. 

Dah Sampai Masa

Mieza S | 1/16/2018 12:58:00 PM | 1Comments |

Dah Sampai Masa

Dah Sampai Masa

Dah sampai masa aku berhenti dari terus mencipta masa berdua dengan kau. Sebab aku dapat rasa aku dengan kau sekadar berdua yang buang masa untuk mengisi lapang. Benar kan? Sebab itu, untuk soalan aku yang kau takkan faham tidak pernah berjawab sempurna. Sebab itu, untuk jujur aku tentang pencarian seseorang yang lebih serius dibiar sepi dan tidak wujud 'jangan' atau 'tunggu'. Kau sekadar membiar aku pergi tanpa ada penahanan apa pun. 

Seolah kau tidak pernah mahu ambil tahu tentang kita yang mungkin sudah lama walau masih muda. Mungkin masih terlalu awal untuk perkara - perkara serius. Tapi apa guna kalau aku tetap bertahan dengan sesuatu yang memang aku tahu tidak akan ada apa - apa? Apa gunanya? 

Ya. Sudah sampai masa, aku berhenti meletakkan harapan - harapan tinggi dalam hidup kau. Sudah sampai masanya untuk aku berhenti melayan kau seperti sebelumnya. Terima kasih untuk masa - masa yang pernah ada. 

Thursday, January 11, 2018

Lirik Lagu Bunga Kugiran Masdo

Mieza S | 1/11/2018 12:59:00 PM | 0Comments |

Lirik Lagu Bunga Masdo



​Nama kau bunga
5 tahun berkenalan
Tapi kita tak pernah berjumpa
Apatah lagi oh bertentangan mata
Dalam diam aku pendam rasa
Sejak pertemuan kali pertama
Jika hanya mimpi saja cara bertemu
Maka jangan pernah cuba kejutkan aku
Biarkan aku terus lena
Dalam tidur aku bahagia
Masih ingatkah janji temu
Malam hari kelahiran ku

Jika hanya mimpi saja cara bertemu
Maka jangan pernah cuba kejutkan aku
Biarkan aku terus lena
Dalam tidur aku bahagia
Selamanya kan memuja mu
Oh bunga janganlah begitu

Jika hanya mimpi saja cara bertemu
Maka jangan pernah cuba kejutkan aku
Biarkan aku terus lena
Dalam tidur aku bahagia
Selamanya kan memuja mu
Oh bunga janganlah begitu

Hari terus berlalu
Aku tunggu jawapan mu
Mungkinkah kau sebahagian ku
Rasa itu selalu membunuh ku
Aku tunggu di tempat pertama bertemu
Tanpa ada rasa jemu
Oh bunga

Wednesday, January 10, 2018

Tahun Baru 2018

Mieza S | 1/10/2018 05:15:00 PM | 6Comments |

Tahun Baru 2018

Tahun Baru 2018
Dah sepuluh (10) hari berlalu meninggalkan 2017 dibelakang, dan takkan mungkin berulang kembali. Rasanya masih belum terlambat kalau aku nak ucap selamat tahun baru kepada semua terutamanya pengunjung setia KanvasDakwat. Jarang lah aku menulis ucapan panjang untuk entri tahun baru, sekadarnya cuma. Seperti ucapan pendek dan azam baru. 

Tapi kali ini beza. Beza benar. Walaupun tahun 2017 tidak lah seindah mana, aku perlu akui betapa aku rindukan tahun - tahun sebelum - sebelum nya lagi. Yang sudah jauh aku tinggal. Seolah aku mahu mengulangi zaman myspace. Huh! Kelakar. Dan aku tak tahu kenapa aku memilih tahun itu. Entahlah. Aku tak tahu apa yang aku rindukan zaman myspace. Aku cuma tahu, aku sedang memberontak diam mahu aku mengingat kenangan - kenangan yang tak pernah melekat lama dan kekal. 


Tuesday, January 9, 2018

Mek Zumbie 2k18 Giveaway

Mieza S | 1/09/2018 01:00:00 PM | 8Comments |

Mek Zumbie 2k18 Giveaway

Mek Zumbie 2k18 Giveaway
Klik banner/ Join SINI
na hadiah yang ni :)

Emel : kekapas@gmail.com

Giveaway #1 New Year 2018 by Cikyan

Mieza S | 1/09/2018 12:58:00 PM | 2Comments |

Giveaway #1 New Year 2018 by Cikyan

Giveaway #1 New Year 2018 by Cikyan
Klik banner/ Join SINI

Thursday, January 4, 2018

GIVEAWAY BY PRINCESS FAZZ

Mieza S | 1/04/2018 11:30:00 AM | 4Comments |

GIVEAWAY BY PRINCESS FAZZ

GIVEAWAY BY PRINCESS FAZZ
Klik banner/ atau SINI
© Copyright 2017 | ALL Right Reserved to Owner. Re-edit by Sehijau Blog RA.