Beberapa hari ini memang kecoh jugak pasal logo visit malaysia 2020 yang teruk dihentam netizen. Mana tidaknya, ramai yang berpendapat logo tersebut sangat tidak proffesional dengan tahun 2020 yang terdapat pada logo.
Ramai netizen beranggapan logo tersebut merupakan logo yang datang dari tahun 90an. Aku pun rasa benda yang sama. Aku memang bukan bergraduan dalam seni reka grafik. Aku hanya memandang sebagai seorang rakyat Malaysia yang sangat tak setuju dengan design logo visit Malaysia yang viral baru - baru ini. macam guna microsoft paint sahaja gayanya.
Warna yang digunakan mendatar. Tidak berseni walaupun setiap unsur yang terdapat didalam logo membawa maksud tertentu.
Logo Visit Malaysia 2020 Dikecam
Tidak hanya dikecam, ramai netizen yang mula membuat parodi sama ada dalam bentuk video atau membuat logo yang lebih kurang sama dengan logo visit Malaysia 2020. Mungkin ini saja cara agar pihak yang bertanggungjawab menukar atau menggantikan logo yang sedia ada dengan yang lebih baik bersesuaian dengan tema 2020 yang dikira tahun yang sangat membangun.
Sehingga ada yang mewujudkan perang logo visit Malaysia agar pereka seni grafik di Malaysia berterusan mempamerkan idea masing - masing. Ini adalah bertujuan untuk menyedarkan pihak atasan tentang kebolehan pereka grafik Malaysia tidak boleh dipandang lekeh (apa salahnya keluarkan sedikit bajet dengan menggunakan perkhidmatan pereka grafik Malaysia).
Logo Visit Malaysia 2020 dari Pereka Grafik Malaysia
Disini aku kongsikan beberapa logo visit Malaysia yang diambil dari facebook peribadi dan group facebook tanpa keizinan (aku dah kredit pautan kepada mereka). Aku rasa logo mereka tampak lebih menarik dan 'hidup' kalau nak banding dengan logo yang sedia ada seolah - olah mahu 'mati'.
Sumber : Khalis Putera Emas |
Sumber : Syahid Öblind Rosley |
Sumber : Cuhax Hafiz |
Sumber : Atiiq Azman |
Sumber : Ahmad Fazrin |
Sumber : Atira Ariffyn |
Sumber : Muhammad Hidayatullah |
Amacam? Cantikkan? Kalau nak tengok karya selain mereka boleh ke pautan Logo Visit Malaysia 2020 dari Pereka Grafik Malaysia.
“Kritikan ini biasa. Saya lancarkan di Chiang Mai dan di Chiang Mai semua puji, sememangnya logo ini untuk pelancong asing. Ini bukan untuk dalam negeri, saya tidak kisah dan peduli. Di Chiang Mai, kita dapat sambutan sebab mereka tidak pernah tengok (logo). Lainlah orang Malaysia, sudah biasa tengok. Saya tidak ada niat hendak tukar,” kata menteri pelancongan dan kebudayaan itu kepada FMT.
Logiknya, takkan lah rakyat di Chiang Mai nak kata logo ni buruk atau tidak lawa pulak. Lagipun mesti yang cakap cantik tu orang - orang atasan je. Rakyat biasa tak pula ditanya pendapat. Kan? Lagipun menteri pelancongan kot. Kita doa - doa jela logo visit Malaysia akan bertukar menjadi lebih baik, berwibawa dan professional.
0 Comments
terima kasih kerana meluangkan masa membaca dan meninggalkan komen.