Jangan Tayang Baby Bump!

Jangan Tayang Baby Bump!

Jangan Tayang Baby Bump!

Kalau sebelum ni, ramai artis dan emak - emak yang famous di laman sosial suka tayang baby bump. Bagi aku tak salah. Sebab hak masing - masing untuk berkongsi gembira kan? Tapi jangan terlalu sangat. Jangan. Aku takkan sentuh isu agama. Sebab aku juga banyak yang lopong. Cuma nak kau - kau yang baca ni tau, ada lelaki gila yang suka dengan baby bump yang ditayang kalian. ! 

Pernah kan timbul isu seorang lelaki mengekori seorang perempuan dengan menaiki motor dan tangan lelaki tu dalam seluar. Ada, dalam berita kalau tak silap ke viral dalam facebook. Tu perempuan biasa yang pakai tudung. 

Aku ada pengalaman di mana aku berbual dengan 'orang gila' yang gilakan baby bump. Ini bukan entri lucah, aku sekadar nak berkongsi. Sebab aku malu, baby bump macam dah jadi trend sangat dalam kalangan masyarakat kita. 

Aku ni dulu kaki chat. Kau cakap je apa semua jenis ruang chatting aku tak main. Hahahahha. Pernah dengar pasal laman sosial tagged? Tagged ni ramai je yang buak akaun fake untuk kepuasan nafsu, berniaga, cari kawan, dan banyakkkk lagi. Aku main tagged sebab cari kawan. Memandangkan zaman sekolah aku adalah zaman paling loser untuk aku yang tak pernah dihargai. 

Dulu tagged takde manusia - manusia gila. Tapi semenjak aku habis sekolah, perangai gila diorang makin menjadi - jadi. Bolah dikatakan dua puluh empat jam status nak stim je. Tu satu hal, belum yang payung lagi. Macam gamp. 

Berbalik semula kepada baby bump tadi. Satu hari ada seorang lelaki tegur aku. Aku berbual biasa dengan dia. Dia seorang lelaki yang bekerjaya (office), umur dalam tiga puluh -an ke empat puluh -an macam tu. Aku stalk profile dia. Mak aiii. Gila babeng. Penuh gambar perempuan tayang baby bump. Dari yang seksi sampai ke yang menutup sempurna (perempuan pakai tudung). Aku ingat gambar orang putih je (sumber datang dari google), Rupanya gambar - gambar yang diambil sendiri pun banyak. 

Tapi masa tu, aku masih lagi bersembang dengan dia. Tanya rutin harian apa semua. Oh aku dengan dia takde sembang lucah. Paling teruk pun dia sebut perkataan 'creeeet' (merujuk kepada - maaf sebab aku malu nak explain jadi kau kena fikir sendiri). 

Jadi biar aku cerita rutin harian dia. Macam biasa dia pergi pejabat. Lepastu balik kerja dia akan singgah pasar/ pusat membeli belah kejap untuk menghidang mata dengan perempuan - perempuan yang tayang baby bump. Bukan setakat tayang mata, tapi dia buat kerja sekali dibawah. Aku dengan benak pergi tanya macammana dia keluarkan 'creet' tu? Dia kata dia masukkan jela tangan dia dalam poket seluar lepastu buat la kerja dan rasanya jarang - jarang orang akan perasan.

Oh untuk pengetahuan, benda paling wajib dia bawa ke pejabat ialah seluar dalam lebihan. Setiap kali habis 'creet' masa ikut perempuan yang ada baby bump ni, dia akan ke tandas untuk tukar seluar dalam. Aku rasa macam, weyhhh bongok gila laki ni. Dah lah da tua, dah kawin, tapi perangai macam ni. Lepastu dekat gallery image dia tu bukan setakat ada gambar perempuan tayang baby bump. Tapi ada juga video perempuan melayu bertudung yang berjalan dalam mall/ pasar untuk bersiar siar/ membeli barang. Lelaki tu akan ikut je perempuan tu tanpa disedari. Baju yang dia pakai tu nampak bonjolan keras kat perut. Lelaki tu cakap seksi dan buat dia ghairah. Seingat aku, setiap kali dia text aku dia akan bagitau apa yang dia buat waktu hri tu. Kebanyakkannya pasal 'creet' bila nampak perempuan - perempuan ni. Aku rasa macam entah la. Tak tahu nak cakap. 
Kau jangan cakap, mana ada baju besar - besar gajah nak tutup perut. Ya aku tau, tapi kalau boleh tak payah la pegang - pegang perut sebab nak tunjuk yang kau pun ada baby bump. Biarlah kalau boleh, perut tu tersorok. Aku minta maaf lah kalau entri aku yang ini mengguris banyak pihak secara sengaja termasuk penggunaan aku kau yang kurang sopan.
Lepas aku dah habis sembang dengan dia, aku block. Now, aku cari balik profile dia dah tak jumpa. Mana entah hilang. Aku pesan, jangan tayang baby bump. Jangan. Bagi lelaki, lagi besar lagi seksi. Mungkin sekarang kau tayang yang kecil - kecil. Boleh jadi, dia mengikuti perkembangan kau di media sosial dan membayangkan yang aneh - aneh. Allah, mintak jauh la. 

Post a Comment

3 Comments

  1. Yup.. sekarang orang terlalu ghairah menunjukkan baby bump..

    ReplyDelete
  2. Betul juga apa yg sis ckp tu..
    Jadi kita kene leboh berhati2 ye.

    ReplyDelete

terima kasih kerana meluangkan masa membaca dan meninggalkan komen.