Dah Sampai Masa

Dah Sampai Masa

Dah Sampai Masa

Dah sampai masa aku berhenti dari terus mencipta masa berdua dengan kau. Sebab aku dapat rasa aku dengan kau sekadar berdua yang buang masa untuk mengisi lapang. Benar kan? Sebab itu, untuk soalan aku yang kau takkan faham tidak pernah berjawab sempurna. Sebab itu, untuk jujur aku tentang pencarian seseorang yang lebih serius dibiar sepi dan tidak wujud 'jangan' atau 'tunggu'. Kau sekadar membiar aku pergi tanpa ada penahanan apa pun. 

Seolah kau tidak pernah mahu ambil tahu tentang kita yang mungkin sudah lama walau masih muda. Mungkin masih terlalu awal untuk perkara - perkara serius. Tapi apa guna kalau aku tetap bertahan dengan sesuatu yang memang aku tahu tidak akan ada apa - apa? Apa gunanya? 

Ya. Sudah sampai masa, aku berhenti meletakkan harapan - harapan tinggi dalam hidup kau. Sudah sampai masanya untuk aku berhenti melayan kau seperti sebelumnya. Terima kasih untuk masa - masa yang pernah ada. 

Post a Comment

1 Comments

  1. This is painful.. But if he's the one, he would definitely made another effort on you.. :)

    ReplyDelete

terima kasih kerana meluangkan masa membaca dan meninggalkan komen.