November 2017 - Mieza S

24 November 2017

Shopping dan Dapat Semula Wang

November 24, 2017 2
Shopping dan Dapat Semula Wang

Shopping dan Dapat Semula Wang

Shopping dan Dapat Semula Wang

Rasanya macam semua orang dah tau pasal shopback ni kan? Aku bukan ketinggalan. Cuma sebelum ni aku mengalami sedikit masalah untuk log in. Tak tahu lah kenapa. Harini baru aku dapat buka balik. Bersyukur. Jadi aku nak kenalkan shopback dekat orang - orang yang masih tak tahu kita boleh shopping dan dan semula wang. Wow. Jimat kan? Sekurang -kurangnya kau buat pelaburan bijak. Bukan membuta tuli shopping tanpa dapat semula sebarang kelebihan. 


Apa Itu Shopback?

ShopBack adalah tapak di mana korang boleh mendapatkan tawaran hebat & diskaun dari sekitar 300 kedai online terpilih! Bila korang berbelanja secara atas talian melalui Shopback, pihak mereka akan membayar semula duit yang dah digunakan menggunakan cashback. Ini bermakna, korang boleh mendapatkan semula wang tunai tanpa had setiap kali membeli-belah dalam talian melalui ShopBack! Ini pun dah kedengaran menarik.

Bijak Berbelanja Bersama Shopback

Ada yang tak tahu macammana shopback ni berfungsi dan tak tahu macammana nak guna pun. Jadi aku ada ambil gambar dari website cashback untuk mudah kan korang shopping dan dapat semula wang!

Langkah paling penting ialah kau kena ada akaun shopback. Daftar pada pautan ini > Daftar Shopback. Percuma je nak daftar, dan tidak memerlukan sebarang bayaran tambahan. Itu yang paling penting kan? Paparan seperti dibawah akan kelihatan.

Shopping dan Dapat Semula Wang

Isilah nama dengan password lepastu klik pada butang Sign Up. Lepastu kau akan dapat emel untuk pengesahan dekat inbox emel kau. Kira dah berjaya lah tu ada akaun shopback. Seterusnya? Jom tengok cara nak dapat duit dari cashback. Boleh tengok langkah dibawah ye.

Shopping dan Dapat Semula Wang

Shopping dan Dapat Semula Wang
Shopping dan Dapat Semula Wang
Shopping dan Dapat Semula Wang

Shopping dan Dapat Semula Wang
Faham dah macammana nak dapat wang tunai setelah berbelanja atas talian? Kalau tak faham boleh tanya dekat aku ya. Pada yang kaki shopping atas talian tu memang sangat digalakkan lah guna shopback ni. Berbaloi sangat - sangat. Tapi nak ingatkan, kalau nak shopping tu wajib melalui website shopback sahaja. Boleh pilih mana - mana online shopping yang dah disediakan. kalau takde online shopping yang kau nak tu macammana? Maknanya dia takde kena mengena dengan cashback la ye. Jangan salah anggap ye. Berjemaah lah daftar online > Disini <

23 November 2017

Powerpuff dan Ben 10 akan ‘Menyerang’ Lost World of Tambun

November 23, 2017 4
Powerpuff dan Ben 10 akan ‘Menyerang’ Lost World of Tambun

Powerpuff dan Ben 10 akan ‘Menyerang’ Lost World of Tambun

Powerpuff dan Ben 10 akan ‘Menyerang’ Lost World of Tambun

Cuti sekolah macam dah nak dekat sangat. Lagi beberapa puluh jam je. Lepastu dah bebas dari penjara sekolah. Hahaha. Mesti dah tak sabar sangat nak bawa anak – anak bercuti. Agak – agak mana port boek eh? Aku ada satu cadangan bernas. Kau pernah sampai Lost World of Tambun (LWOT) tak? Kalau tak pernah elok sangat lah cuti sekolah tahun 2017 ni cipta memori indah sikit dengan anak – anak semua. Bukan anak – anak la. Lebih kepada keluarga. Sebab Powerpuff Girls dan Ben 10 akan ‘menyerang’ Lost World of Tambun. Mesti anak – anak suka dengan karakter kartun nih.

Powerpuff dan Ben 10 akan ‘Menyerang’ Lost World of Tambun
Powerpuff dan Ben 10 akan ‘Menyerang’ Lost World of Tambun

Sebelum ni pun memang dah tau, Lost World of Tambun memang tempat yang menjanjikan keseronokkan.  Keseronokkan akan berganda dengan kehadiran dua karakter kartun yang terkenal ini bermula dari 25 November sehingga 1 Januari 2018. Macammana kalau tak sempat nak jumpa dua karakter kartun kesayangan korang? Jangan risau, pihak LWOT telah menyediakan meet and greet bersama mereka sebanyak 4 sesi. Ha tak payah risau lah tak sempat. Mesti sempat weyh. Kalau tak sempat tu tipu sangat. Ada macam – macam permainan menarik yang akan disajikan untuk korang menikmati keseronokkan tanpa henti sepanjang bercuti disana.

Powerpuff dan Ben 10 akan ‘Menyerang’ Lost World of Tambun
Powerpuff dan Ben 10 akan ‘Menyerang’ Lost World of Tambun

LWOT-ETS Selfie Contest

Nak dapat tiket percuma untuk ke LWOT? Senang dan sangat mudah. Korang cuma perlu berselfie di mana – mana poster Lost World POW Holiday yang terdapat di KL Sentral , Gemas, Ipoh, Sungai Petani, Butterworth dan Padang Besar. Hantar penyertaan ke laman web https://a.pgtb.me/WsSkkd untuk memenangi hadiah mingguan iaitu empat (4) tiket masuk ke Lost World Of Tambun (dua tiket dewasa dan dua tiket anak) dan seorang pemenang mingguan yang akan memenangi penginapan 2 hari 1 malam di Lost World Glamping (dua tiket dewasa dan dua tiket anak) berserta tiket keretapi ETS pulang ke padang besar.

Kalau rasa harga tiket nak masuk LWOT tu mahal sangat, silalah berjemaah beli tiket secara online untuk menikmati diskaun sebanyak 35%. Jom baca sikit apa itu Lost World Glamping.


Info lanjut LWOT

Facebooknya :lostworldoftambun
Alamat :  No.1 , Persiaran Lagun Sunway 1 , Sunway City Ipoh , 31150 Ipoh , Perak. E-Mel : lostworldoftambun@sunway.com.my
Tel : +605 542 8888.

22 November 2017

Jodoh Siapa?

November 22, 2017 3
Jodoh Siapa?

Jodoh Siapa?

Jodoh Siapa?

Saya masih merenung timbunan buku yang berselerak kemas diatas meja kayu disudut bilik tanpa berkelip. Demi Tuhan fikiran saya kacau bilau tanpa ada ruang untuk saya sumbatkan benih ketenangan. Bait kata Asyraf petang tadi memang betul – betul mengganggu hidup saya sepanjang hari. Saya dan Asyraf masih dalam fasa mengenal antara satu sama lain. Perjalanan kami masih jauh. Nama penuhnya juga saya masih belum tahu. Sungguh. Samaada saya terlupa atau saya memang sengaja tidak ambil tahu lantaran ia hanyalah sekadar perkenalan di atas talian.

Saya sudah buntu. Ya saya mengaku inilah yang saya mahu. Berkahwin dengan seseorang yang saya tidak akan tahu apa atau siapa pun latar belakangnya. Saya tidak mahu menghabiskan perjalanan untuk jatuh cinta yang lama dengan orang yang belum tentu jadi milik saya. Dengan istilah kata lain, saya mahu bercinta selepas kahwin. Indah atau tidak itu kerja Tuhan barangkali. Saya dan suamilah yang akan sama – sama mencorakkannya.

Sekarang ia benar – benar berlaku. Memang Tuhan mendengar doa saya atau Asyraf ialah orang yang salah dihantar Tuhan untuk mengajar saya menjadi lebih matang untuk perhubungan masa depan yang bukan dengan dia. Saya jalan mundar mandir dengan fikiran yang merawang sesat ke Afrika Selatan mungkin. Kepala saya makin berdenyut hebat. Saya duduk di hujung katil dan menarik nafas sedalam mungkin dengan harapan saya dapat menyedut semua oksigen dan fikiran saya kembali normal. Saya beristighfar untuk beberapa minit. Jeda. Langsir rona biru laut terbang lembut apabila angin dari bilah kipas melanggarnya dari jauh.

Saya sudah tidak boleh berfikir sampaikan saya terlupa nama saya sendiri untuk beberapa saat. Saya pandang dinding yang pegun untuk mencari ketenangan. Saya terfikir, apa yang ibu dan ayah akan tanya atau cakap tentang bagaimana perkenalan saya dan dia berlangsung. Atau sudah berapa lama kami berhubungan begini. Atau bagaimana kalau ibu bertanyakan soal saya kepada Asyraf atau soal Asyraf kepada saya. Sungguh saya tidak akan ada jawapn untuk semua persoalan itu. Saya belum cukup mengenali Asyraf.

Baru beberapa kali memulakan perbualan, Asyraf sudah mengajak saya untuk menikmati hubungan suami isteri secara sah. Berbincang soal keluarga. Pada mulanya saya tidak faham apa yang dikatakan olehnya. Akhirnya setelah Asyraf menerangkan bahawa dia mahu mencari seorang isteri, baru saya memahami maksud yang dikatakan olehnya tentang mahu menikmati hubungan suami isteri secara sah. Asyraf mahu menjadikan saya sebagai seorang isteri. Terdetik dihati saya, bagaimana Asyraf mampu menerima saya seadanya dengan kekurangan yang ada. Sedangkan dia tidak pernah sekalipun bertanyakan soal itu kepada saya. Bagaimana nanti jika kami sudah menjadi suami isteri, dia menolak kekurangan saya. Adakah saya akan menjadi janda yang cuma menikmati kedudukan isteri selama satu hari?

Asyraf itu jodoh saya atau tersalah alamat?


21 November 2017

Lepaskan

November 21, 2017 1
Lepaskan
Lepaskan

Saya masih setia menunggu di persisiran pantai. Sekadar menguis deburan pasir yang ada untuk menghilangkan kegelisahan yang sedang beraja. Mata masih meliar mencari susuk tubuh tinggi yang tadi berjanji mahu berjumpa di sini. Deburan pasir sudah mula memenuhi selipar yang saya pakai. Jam sudah menunjukkan angka lima. Ini bermakna saya sudah berada disini sejak lima belas minit yang lalu. Saya tidak pasti dia benar – benar mahu kotakan janji atau sekadar mahu permainkan saya. Dua puluh minit saya masih menunggu dengan penuh sabar dan debar. Saya masih meletakkan harapan yang tinggi agar dia datang ke pantai petang ini.

Meski waktu sudah mulai merangkak mahu mengejar senja, bahang mentari tetap memanah saya tanpa rasa bersalah. Saya sudah mulai berpeluh. Saya bernasib baik kerana baju rona hitam yang dipakai telah menyembunyikan peluh yang terbit. Akhirnya saya berhenti menguis pasir. Saya mengetuk selipar agar deburan pasir bertaburan jatuh ke tempat asal. Saya mula menapak mencari bangku yang paling dekat untuk duduk sebentar melepas penat dan sedikit keluh yang dikendong sepanjang bahang menunggu sambil menguis pasir.

Saya memilih untuk duduk di bangku paling hujung kerana kedudukannya lebih strategik untuk memandang pantai dan menikmati pengunjung petang itu.

Awak, maaf saya lambat.

Saya terkejut dan hampir menutur kata yang tidak sepatutnya. Nasib baik saya masih mampu menahan suara dari terus tersembur keluar.

Saya betul – betul minta maaf awak. Saya lupa saya ada janji dengan kawan tadi. Tu saya jumpa dia dulu baru jumpa awak. Sebab nak jadikan awak orang terakhir yang saya jumpa. Maaf ye awak. Dia senyum semanis – manisnya sehingga mengalahkan buah kurma.

Saya tewas lagi.

Saya seperti biasa. Bertanyakan soal hidupnya secara rambang. Seboleh – bolehnya saya tidak mahu menyentuh soal peribadi dia. Bagi saya, adalah tidak manis jika saya bertanyakan hal peribadi orang lain meski dia orang istimewa dalam hati saya. Saya cuba untuk mengawal emosi walaupun hati saya meronta – ronta ingin tahu. Saya berpendapat, mungkin ada baiknya jika saya tidak mengetahui sebarang hal peribadi agar saya tidak merosakkan hubungan yang terjalin ini. Saya sekadar positif untuk melenyap rasa tidak keruan.

Jingga sudah mahu menyelimut langit. Saya mengajak dia untuk pulang. Cukuplah perbualan untuk hari ini. Saya berharap, saya masih berpeluang menatap wajahnya di lain waktu. Saya sudah berjanji, wajah ini yang akan saya belai pada masa depan kelak. Itu janji saya. Selebihnya saya serahkan kepada Tuhan kerana Tuhan lebih mengetahui perjalanan hidup saya. Saya sekadar merancang mengikut keinginan hati sedang Tuhan lebih mengetahui apa yang lebih baik untuk diri. Saya akan bersangka baik.

Saya menghantarnya pulang ke motor sehinggalah bayang motornya mengecil jauh. Saya senyum. Dia adalah perhubungan paling lama sepanjang saya pernah bercinta. Saya cuma khuatir, dia akan berpaling mencari yang lain. Burung mencicip mahu pulang ke sarang. Saya sedar dari khuatir yang panjang dan terus menapak pulang. Demi Tuhan saya tidak mahu kehilangan dia seperti saya kehilangan lelaki dalam hidup saya.

Kipas ligat berpusing menyamankan saya sekadarnya. Memori lama mula berputar – putar membentuk persis kipas yang mententeram.

Awak, maafkan saya. Sebenarnya saya sudah lama menyimpan perasaan dekat awak semenjak awak tunjukkan saya soalan matematik pada hari pertama saya pindah ke sekolah baru.  Maafkan saya sekali lagi kerana tidak pernah meminta izin untuk menyimpan rasa yang datang.

Saya tergamam kaku bila dia mengatakan suara hati. Saya kaku pegun. Pegun untuk beberapa detik. Sehinggalah dia menyedarkan saya untuk sedar dan kembali ke alam realiti. Saya angguk tanpa sedar. Pada hari itu dialah orang paling gembira. Dalam kegembiraan itu, tak henti – henti tohmahan terlempar perit di hati saya. Orang sekeliling tak langsung merestui hubungan kami.

Saya pernah dilempar dakwat biru sehingga mengotori pakaian sekolah kemudian dituduh guru tidak berdisiplin. Saya malu. Orang sekeliling betul membenci saya. Saya salahkan Tuhan atas keperitan yang saya lewati. Mujur dalam saya menyalahkan Tuhan Dia masih merestui kami. Terima kasih Tuhan kerana menghadiahkan saya hadiah tidak ternilai. Sepanjang saya menerima kecaman, dia orang yang paling ada menjadi tembok paling dari terus dicerca. Saya percaya, dia adalah utusan dari Tuhan untuk menyelamatkan saya dari terus sakit.

Saya kembali ke dunia sedar apabila telefon saya berdering memecahkan buih – buih memori yang sedang berkembang. Pantas saya menggelongsor skrin telefon untuk menjawab panggilan.

Assalamualaikum. Oh iye ke? Saya tak perasan pula awak ada tinggalkan saya dengan sepucuk surat. Barangkali saya terlalu asyik meraih wajah awak dalam ingatan saya. Maaf. Baiklah saya akan baca sekarang. Waalaikumsalam.

Hati saya berdebar. Semakin kuat pula saat saya merangkulnya dari beg rona hitam di belakang pintu. Saya tidak tahu adakah saya patut baca surat itu sekarang atau esok. Hari juga sudah lewat malam. Saya takutkan kehilangan. Waima mimpi yang hilang pun saya terketar mahu bangkit. Saya seorang perempuan yang mengalami thantophobia. Demi Tuhan, sangkalkanlah perasaan yang menjalar dengan sengaja ini.  Perlahan saya membuka lipatan surat itu.

Awak, saya rasa cukup sampai disini hubungan kita. Saya pasti ini jalan terbaik. Perasaan saya pada awak semakin berkurangan persis langit yang kehilangan awan hitam ketika hujan. Saya sudah jumpa pengganti awak jauh lebih baik. Saya minta maaf atas keterbukaan saya dalam kejujuran ini. Saya tahu berat hati awak mahu terima. Saya mahu awak sedar dan berdiri secara nyata. Saya mahu awak bangun dan jangan lagi bermimpi. Saya mungkin tidak layak bergandingan dengan awak. Saya tak mampu lagi mahu menjaga awak. Awak banyak kekurangan. Semenjak saya dengan awak, saya kehilangan kawan – kawan yang selama ini rapat dengan saya. Saya pertahankan awak setiap kali orang hina awak. Untuk kali ini, saya mengaku kalah.

Saya penat. Saya dah tak mampu jadi pelindung awak setiap kali orang menjatuhkan awak. Saya turut sama rasa jatuh. Saya bukan lelaki yang baik. Kekurangan awak sedikit pun tak pernah melengkapkan saya. Selama saya dengan awak, keyakinan saya hilang semahu – mahunya. Saya lepaskan awak dengan cara baik. Demi Tuhan, bukan awak yang layak dihati saya. Awak sekadar persinggahan untuk kehidupan saya yang lebih baik. Terima kasih kerana mengajarkan saya beberapa perkara tentang kehidupan yang kejam. Semoga ada yang terlahir untuk menjaga dan menerima awak apa adanya. Saya undur diri.

Saya sudah tak mampu menuturkan apa – apa juga kata. Saya menjadi manusia bisu untuk beberapa detik. Sekarang saya sudah tahu apa makna menjadikan saya sebagai orang terakhir. Hanya putaran kipas yang nyaring menyumbat telinga. Selebihnya saya tidak tahu. Saya hilang arah. Butiran air dari empangan mata jatuh berderai tanpa dipinta. Saya menikmati setiap kejatuhannya dengan kekuatan yang entah datang dari mana. Saya tertidur tanpa diganggu mimpi yang celaka.

Usai pulang dari kerja, saya kembali semula ke pantai petang ini. Bukan untuk menuntut janji atau memulangkan sepucuk surat yang digenangi air mata. Tetapi untuk melepaskan beban yang sarat menumpang di bahu. Saya mencari pasir yang sudah dibasahi ombak pantai dan seketul batu. Saya mahu ukirkan kehilangan disini. Langit petang dan puing ombak kan menjadi saksi kehilangan semalam. Saya sudah menggumpalkan kesal dan melepaskan keluhan kepada Tuhan. Semoga tiada hijab dan Tuhan mendengar dengan penerimaan.

Amira + Qayyum

Saya menapak ke belakang dengan bahu yang sedikit ringan daripada biasa. Puing ombak menghanyutkan tulisan yang saya ukir pada debuan pasir. Langit redup merestui kehilangan yang saya umumkan pada dunia. Angin sederhana membelai pipi saya yang digenangi air mata. Barangkali meminjamkan kekuatan sementara saya menikmati hakisan ukiran yang tak seberapa.

Saya bebas! Saya mungkin tak sempurna pada mata tapi saya punya sekeping hati yang mahu dicintai. Saya tinggalkan pantai dengan seribu kenangan. Tidak ada satu pun yang dibawa pulang. Biar angin bawa semua kenangan ke laut China Selatan. Saya tidak akan berpatah semula mengutip serpihan yang tertinggal.

17 November 2017

Menelusur Kenangan B24 Liberator KL654

November 17, 2017 1
Menelusur Kenangan B24 Liberator KL654

Menelusur Kenangan B24 Liberator KL654

Menelusur Kenangan B24 Liberator KL654

Entri ini wujud selepas aku menulis entri berkenaan Gunung Berembun. Aku acah - acah buat reseach. Research dalam google padahal. Ada beberapa artikal yang aku jumpa berkenaan pesawat terhempas di era perang dunia kedua. Tak banyak yang mencatatkan peristiwa penting macam tu. Aku suka sejarah. Aku suka membaca sejarah dan mahu ambil tahu. Tapi aku tak suka jawab peperiksaan kertas sejarah. Sebab daya ingatan aku tak kuat sangat. 

B24 Liberator KL654 berkecai di Langkap

** tajuk tu aku ambil dari artikal yang aku jumpa. 

Kalau korang nak tahu sebenarnya ada banyak lagi pesawat yang pernah terhempas dekat Malaya dari era zaman perang dunia kedua. Kesemua pesawat yang terhempas itu dimiliki oleh beberapa buah negara seperti Britain, Amerika Syarikat, New Zealand, Australia dan Jepun. Dikatakan jumlah kesemua pesawat tersebut melebihi angka 500 buah. Wow.

Aku tak dapat bayangkan macammana takutnya menghadapi era perang waktu itu. Uiii. Tak tahu lah nak cakap. Seram weyh seram. Minyak naik pun aku takut, padahal aku bukan naik kereta. Tapi mengenangkan gaji kecik aku turut sama lah susah hati. Kalau aku yang duduk di zaman perang dunia kedua? Hmm ~

3 Ogos 1945 : Sebuah pesawat pengebom B-24 yang membawa lapan (8) kru berlepas dari Cocos Island, Australia dalam satu misi ‘resupply’ pasukan Force 136. Namun pesawat itu dilaporkan tidak tiba di lokasi yang telah ditetapkan dan seminggu kemudian, pesawat itu dilaporkan terhempas.

Menelusur Kenangan B24 Liberator KL654
Persiapan sebelum misi Liberator

1996 : Sebahagian bangkai pesawat malang itu ditemui pada 1996 di Negeri sembilan.

22 Disember 2006 : ‘pencarian rasmi’ dilakukan untuk menjejak B24 Liberator KL654.

29 Ogos 2009 : Tiga tahun kemudian, ekskavasi** (kegiatan penggalian yg dilakukan utk mendapatkan maklumat tentang benda zaman purbakala) yang dilakukan menemui 80 cebisan tulang kru pesawat tersebut. Kesemua cebisan tulang itu telah diserahkan kepada Penasihat Pertahanan Tentera British, Kapten Kenneth Taylor.

18 Oktober 2012 : Cebisan tulang disemadikan di Commonwealth Military Cemetery, Kuala Lumpur sambil disaksikan oleh waris dan ahli keluarga kru terlibat.

Sebahagian daripada sisa bangkai kapal terbang ini telah dibawa keluar dan ditempatkan di Muzium Tentera di Port Dickson. 

Disemadikan Selepas 67 Tahun 

*ketika artikal di portal berkenaan ditulis
  • Tujuh anggota Skuadron Ratu yang mengusung keranda yang dilitupi bendera Union Jack mengandungi 80 cebisan tulang mangsa nahas tentera udara 67 tahun lalu memasuki kawasan Tanah Perkuburan Tentera Komanwel Cheras, Kuala Lumpur. 
  • Paderi Tentera Udara Diraja Britain (RAF), Jonathan Beach memulakan bacaan doa yang sesekali diiringi tiupan bengol dengan lagu The Last Post oleh tentera Gurkha, Prakash Rai dari Brunei.
  • Tepat pukul 7.50 pagi, keranda diturunkan perlahan-lahan ke satu liang kubur yang mempunyai lapan batu nisan.
  • Tetamu kehormat terdiri daripada Pesuruhjaya Tinggi British, Simon Featherstone, Penasihat Pertahanan Britain, Kapten Kenneth Taylor, waris-waris dan wakil daripada kerajaan Malaysia dijemput untuk memberi penghormatan terakhir kepada mangsa nahas.



Imbas kembali :

Ketika Geoffrey bersama adiknya, John, 74, berjalan beriringan bersama jambangan bunga segar di tangan, mudah untuk menebak kesayuan yang beraja di hati mereka.
"Sangat lega apabila jasad abang saya dapat disemadikan dengan sempurna hari ini", ujar Geoffrey.
Walaupun hampir 70 tahun terpisah, dia masih mengingati perwatakan abangnya yang disifatkan sebagai pandai menikmati kehidupan dan meminati tumbuh-tumbuhan.

"Dia pernah bercita-cita menjadi veterinar", ujar Geoffrey yang berusia 16 tahun ketika pesawat yang dinaiki abangnya hilang dalam nahas udara 23 Ogos 1945. "Saya pernah mendengar pesawat tersebut ditemui sekitar tahun 60-an tetapi tiada langkah lanjut diambil sehinggalah ada internet pada tahun 2000. Dengan bantuan anak saya, Andrew, saya sering berutus e-mel dengan Kumpulan Sejarah Malaya (MHG) bagi mengikuti perkembangan penemuan pesawat tersebut. Usaha kami berbaloi. Selepas 67 tahun menanti, hari ini, William dapat disemadikan dengan tenang", ujarnya yang terbang bersama John dari East Anglia, Britain ke Kuala Lumpur untuk menghadiri upacara pengebumian abang mereka.


Imbas kembali :

Bagi Nick Bromfield pula, dia hadir untuk memberi penghormatan terakhir buat bapa saudaranya, pengebom udara John Trevor Bromfield.
"Saya lahir 13 tahun selepas nahas yang menimpa pak cik. Saya hanya pernah mendengar sekali cerita mengenainya daripada mendiang bapa", ujar lelaki berusia 54 tahun ini. 
Walaupun tidak pernah bertemu dengan bapa saudaranya itu, Bromfield akui, dalam upacara itu, dia dapat merasai kesedihan datuk, nenek serta ahli keluarganya yang lain.
"Bapa mempunyai empat orang adik-beradik lelaki. Tiga orang daripadanya merupakan anggota RAF manakala seorang lagi pegawai perubatan tentera. Bapa saudara yang terkorban itu ialah anak bongsu dalam keluarga. Dia berusia 20 tahun pada waktu itu dan baru sahaja menamatkan latihan ketenteraan", terangnya yang berasal dari Surrey, England. "Kini, kesemua adik-beradik John Trevor telah meninggal dunia. Bapa Bromfield juga meninggal dunia akibat sakit tua lapan tahun lalu.  "Keluarga kami sudah lama menganggap nahas yang berlaku puluhan tahun lalu sebagai sejarah sehinggalah pada tahun 2008, bangkai pesawat Liberator yang membawa pak cik saya ditemui semula. Sebagai waris, saya bersyukur mendiang mendapat majlis persemadian yang sempurna namun sedikit terkilan kerana bapa pergi tanpa sempat menyaksikan upacara pengebumian ini", ujarnya.
Pesawat tersebut berlepas bersama tiga pesawat lain menyeberangi Pulau Sumatera untuk ke Tanah Melayu tetapi tidak kembali ke pangkalan.
"Selepas gagal dikesan, RAF mengandaikan KL654 R terhempas dan bangkainya dijumpai pada tahun 1996", ujar ketua penyelidik MHG, Shaharom Ahmad, 38.
Dia bersama beberapa rakan kemudian mengatur beberapa eskpedisi penyelidikan ke Hutan Langkap.
"Bangkai pesawat ditemui berhampiran dengan laluan balak. Sepanjang ekspedisi tersebut, kami temui ekor pesawat, dua enjin dan sayap. Selain itu, ada juga cebisan baju, serpihan tulang, dua bentuk cincin, rantai dan gelang tangan."
"Hanya pada ekspedisi kedua, barulah kami berjaya menjumpai nombor siri pesawat iaitu KL654."
"Pada tahun 2007, kami menjalankan ekspedisi bersama Ketua Penyelidik Ekspedisi Garis Waktu Muzium Tentera Darat, Kapten Zuraiman Abd. Ghani."
"Ketika itu, kami menjumpai plat nombor enjin bertulis KL654. Ini mengesahkan lagi bahawa ia datang dari bangkai pesawat yang sama. Kami juga menemui simbol Snake yang merujuk kepada nama kod pesawat", jelasnya. 
Untuk menyempurnakan misi ekskavasi tersebut, kumpulan ini berulang-alik selama 10 kali ke lokasi bangkai ditemui. Ada masanya mereka berkampung di dalam hutan tebal itu selama berbelas hari demi memastikan proses ekskavasi yang dijalankan berjalan lancar.
"Semasa melakukan kerja-kerja ekskavasi, kami temui seutas gelang tangan yang tertulis nama Marjorie Hall. Setelah diselidik, ia adalah nama isteri salah seorang mangsa nahas. Dengan bantuan seorang rakan sukarelawan di United Kingdom, kami dapat mengesan wanita tersebut. Dia yang kini berumur 90-an masih mengingati suaminya yang terkorban dalam nahas pesawat di Malaya", ujar Shaharom.
Rujukan :
http://www.utusan.com.my/rencana/b24-liberator-kl654-berkecai-di-langkap-1.152504
http://ww1.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2012&dt=1021&pub=Kosmo&sec=Rencana_Utama&pg=ru_01.htm

Hiking di Gunung Berembun Jelebu

November 17, 2017 8
Hiking di Gunung Berembun Jelebu

Hiking di Gunung Berembun Jelebu

Hiking di Gunung Berembun Jelebu
Line up 19 orang

Kalau korang nak tahu, kejadian hiking di Gunung Berembun Jelebu ni telah berlalu lama. Kira cerita ni dah diperam sampai berulat. Sebulan kemudian baru aku berkesempatan untuk menulisnya secara ringkas buat kenangan dan tatapan kawan - kawan. Jadi, pada 18/10/2017 (Rabu) aku telah menyertai ekspedisi ini sebagai ganti menyambut perayaan deepavali. Ha gitu. Bermakna esok memang genap sebulan aku kenal kawan - kawan hiking. Yeayy kawan baru. 

Hiking di Gunung Berembun Jelebu

Aku dah lama join group Hiking & Camping Around Malaysia (HACAM) sekadar jadi cctv. Lepastu join pulak group whatsapp. Jadi cctv lagi. Bila ada yang kata nak hiking tu aku bagi nama. Maklum saja, aku ni newbie. Ya memang newbie sangat. Boleh dikatakan Gunung Berembun, Jelebu ni gunung pertama yang aku daki. Kalau dengar - dengar cakap orang gunung berembun ni ala - ala bukit (dak - dak padu punya ayat). Kalau gunung berembun adalah sebuah bukit, makanya ini adalah bukit ketiga yang aku daki selepas Bukit Tabur dan Bukit Teresek, Taman Negara

Untuk membuat entri ni, aku banyak buat carian di google. Sebab aku bukan mahir sangat. Aku pun ikut - ikut orang je. Terima kasih la kepada semua blog yang menjadi bahan rujukan aku untuk aku hasilkan entri ni. 

Gunung Berembun, Jelebu

Ketinggian : 1014 meter
Lokasi : Kampung Pantai Baharu (berdekatan Jelebu), Negeri Sembilan

Kalau korang nak kesana, boleh waze ke Masjid Kariah Pantai. Lepastu kena jalan sikit (naik kereta) dan park kereta di tempat parking yang disediakan. Pandai - pandai lah korang. Hahaha. Gambar pun takde aku nak bagi. Huhu. Apa yang menariknya dekat Gunung berembun, Jelebu ni? Sebelum aku merepek. Aku nak bagitahu benda penting. Yang namanya Gunung Berembun, ada tiga (3) dekat Malaysia. Terengganu, Pahang dan Negeri Sembilan. Aku pergi yang Negeri Sembilan punya sebab dekat dekat Selangor kan? 

Untuk ke Masjid Kariah Pantai, kami ber carpool seramai empat (4) orang. Dua (2) lelaki dan (2) perempuan. Nanti aku kenal kan diorang. Korang sabar dulu. 

Apa yang menarik hiking kali ni? Menarik sebab dapat tengok bangkai pesawat zaman dulu. Tu je? Ya, selain tu dapat kawan baru. Hhahhaa. Seramai 20 orang menyertai pendakian kali ni. Kitorang semua berkumpul di Loji Air Pantai dan mendengar sepatah dua kata dari abam otai yang akan membawa kitorang semua sepanjang perjalanan menuju ke jalan yang benar. 

Hiking di Gunung Berembun Jelebu

Aku lupa macammana rasanya seberang sungai atas batang pokok besar ni. Waktu pergi rilek je lalu tanpa rasa bersalah. Bila nak balik, aku rasa tak boleh dah lalu atas tu. kalau suruh aku basah lalu air pun aku sanggup. Hhahaa. Sebab dah tak larat gile weyh. 

Aku lupa pukul berapa kami gerak dari starting point (Loji Air Pantai). Aku cuma tahu, kami sampai di Lata Berembun pada pukul 8.27pagi. (betullah kata orang, bila kita melalui sesuatu kita mesti catat benda tu biar ingat - my bad). Sebelum sampai dekat Lata Berembun ni semua laju je jalan. Borak - borak, menyanyi bagai. Aku kat depan. Sebab aku tau aku lambat. Hehehe. Kami berehat beberapa minit dekat sini sebelum menyambung perjalanan. 

Hiking di Gunung Berembun Jelebu

Lepastu sambung perjalanan untuk ke Gua Kambing. Perjalanan ke Gua Kambing tak teruk sangat. Okay lagi. Aku masih boleh bernafas dengan aman. Masa ni aku dah mula borak sikit - sikit dengan kengkawan yang baru kenal. Oh, sepanjang pendakian. Orang yang paling banyak tolong aku ialah ARA! Dia denganbaik hatinya tukar beg dengan aku sebab beg aku berat. Aku pun tak tahu lah apa benda entah yang aku bawak dalam beg tu. 

Aku ada satu benda kelakar nak share. Jangan gelak! Tapi bukan sekarang. Sebab aku nak sambung tulis pasal Gua Kambing dulu. 

Gua Kambing

Hiking di Gunung Berembun Jelebu

Kami tiba di Gua Kambing pada jam 9.59pagi (merujuk kepada jam aku). Ni lah Gua Kambing. Katanya ada wifi. Haaa gitu. Tak caye naik dulu lah. Kat sini lebih kurang macam RNR, Ada pondok kalau nak singgah untuk solat. Ada jugak yang bercamping dekat sini. Dalam gua tu ada banyak perkakasan memasak kalau tak silap aku. Tapi tak tahu samaada memang ditinggalkan untuk kegunaan pendaki lain atau ada pendaki yang bermalam dekat situ masa kami mendaki. 

Hiking di Gunung Berembun Jelebu
Ni la Gua Kambing
Aku tak ingat kenapa namanya Gua Kambing. Macam ada yang cerita pasal kenapa gua ni dapat nama Gua Kambing. Kalau korang rajin, korang google jela eh. Hahahaha. Sebab aku lost. Kami lepak dekat sini agak lama. Makan cekelat, minum air banyak - banyak. Okay ni dah nak sampai Gunung Berembun ni. Sikit je lagi. Masa dekat Gua Kambing ni, ada yang dah jalan dulu. Aku macam biasa lah. Dekat - dekat dengan orang yang aku biasa je. Sebab diorang pun duduk - duduk lagi. 

Tragedi Kelakar di Gunung Berembun

Hiking di Gunung Berembun Jelebu

Untuk sampai ke puncak Gunung Berembun, kami semua melalui track yang mencanak. Aku dah rasa, aku bawak batu bata dalam beg. Berat woi. Newbie memang banyak songeh. Masa ni aku dah rasa, ah kenapa aku boleh buat keputusan nak sambut Deepavali atas puncak Gunung Berembun ni. Tiba - tiba rasa menyesal pulak. Halah, perasaan menyesal tu biasa lah kan. Sebab mental koyak. Tiba di puncak pada pukul 12 tengahari.

Okay tak sabar ni nak cerita. Jangan gelak! Kau gelak aku sepuk dahi kau dengan seliper. Untuk pengetahuan semua, aku ada bawak bekal nasi dengan sambal telor yang aku masak malam sebelum kejadian. Bertungkus lumus weyh aku masak. Hmm. Sebelum mendaki tu aku ada keluarkan barang - barang yang aku rasa tak perlu dalam kereta. Kebetulan aku keluarkan sekali plastik makanan tu. Dan terlupa masukkan balik dalam beg. 

Sepanjang mendaki ada sembang - sembang pasal bekal yang dibawak. Aku ni poyo je sembang. Padahal benda tu tak de dalam beg pun. Sesudah tiba di puncak Gunung Berembun, aku pun selongkar beg cari bekal. Takde weyh takde. Sedih weyh. Aku ingat aku dapat makan nasi dengan sambal telur. Oh my nikmatnya masa tu. Tapi sekadar angan - angan mat jenin kata orang. Aku sekadar buang masa bawak pinggan. Kahkah. Benci aku ingat benda tu. Buat malu je. 

Hiking di Gunung Berembun Jelebu
Di puncak Gunung Berembun 
Rasa tak syok bila sampai puncak ini je yang aku dapat. Ingat dapat bergambar atas batu lepastu pemandangan luas. Tapi -- Okaylah bye. Lama jugak lepak sini sebelum memulakan perjalanan ke destinasi seterusnya. Okay dah jom sambung. Lepastu tak sabar ni nak tengok bangkai pesawat. Katanya kena melalui 5 buah bukit yang turun naik untuk melihat bangkai tu. Aku dah macam. Ah tak kira penat pun penat la. Aku nak jugak tengok. 


 Gunung Telapak Buruk

Hiking di Gunung Berembun Jelebu

Masa aku sampai Gunung Telapak Buruk, aku tak tengok jam. Padan muka. Sekarang aku tak tahu aku sampai pukul berapa dekat sana. Berjaya meredah 5 buah bukit. Lepastu fikir balik macammana nak balik lalu semula 5 buah bukit tu. Masak ~ Aku ingat dah boleh tengok bangkai kapal terbang. Belum lagi rupanya. Aku kena turun bawah pulak (laluan curam - kedalaman lebih kurang 20 meter ke bawah). Uiii. Penat. Akhirnyaaaa sampai jugak weyh. 

Bangkai Kapal Terbang Perang Dunia Ke 2

Hiking di Gunung Berembun Jelebu

Hiking di Gunung Berembun Jelebu

Hiking di Gunung Berembun Jelebu
Ni geng carpool. Dari tepi Ara, Yen dan Abang Bad

Hiking di Gunung Berembun Jelebu

Hiking di Gunung Berembun Jelebu

Hiking di Gunung Berembun Jelebu

Hiking di Gunung Berembun Jelebu

Amacam? Teruja? Hahaha. ini je yang ada. Katanya lebihan bangkai yang lain sudah dibawa ke muzium. Tak tahu lah muzium mana. Cuba korang cari muzium perang ke kalau ada. Hahaha. Okay selesai. Lepastu kami semua (tinggal 6-7 orang) kembali semula ke puncak Gunung Berembun. Kalau tak silap masa ni dah pukul 4 lebih. Rasanya lah. Aku pun tak ingat dah. Berehat dekat sini lama. Sembang - sembang. Aku banyak mendengar je, sebab aku pendengar yang setia. Aku pun tak ingat pukul berapa kami gerak balik. Hahaaha. Masalah bila semua lupa. 

Lata Berembun

Waktu nak balik tu singgah semula ddekat Lata Berembun memandangkan ada yang nak mandi. Aku nak, tapi sorang - sorang tak nak ah. Malu. Ada sedikit sedutan hasil dari gambar kawan - kawan. Pinjam yeee. 

Hiking di Gunung Berembun Jelebu

Hiking di Gunung Berembun Jelebu

Hiking di Gunung Berembun Jelebu

Selepas azan maghrib kalau tak silap baru kami bergerak turun menuju ke Loji Air Pantai. Sampai pukul berapa cuba teka? Pukul 8.30malam. Lama kan? Pagi tu aku bangun pukul 4. Seharian aku dekat sana. Lemauuuuuuuu. Memang best pendakian kali ni. Banyak yang aku belajar. Kalau korang nak tau pasal bangkai kapal terbang tu, nanti la aku cari dekat google. Setakat ni sahaja. Bbye.

Hiking di Gunung Berembun Jelebu

Rujukan : 
http://noveltyrose.blogspot.my/2016/09/gunung-berembun-telapak-buruk-pantai.html
http://hikingandgardening.blogspot.my/2016/04/lata-berembun-negeri-sembilan.html
http://merentashorizon.blogspot.my/2017/01/gunung-berembun-jelebu.html
http://moonamoony.blogspot.my/2015/11/hiking-di-gunung-berembun.html
http://thejetnut.blogspot.my/2016/05/outdoor-gunung-berembun-gunung-telapak.html
http://mchiker.blogspot.my/2014/01/gunung-berembun-jelebu-negeri-sembilan.html
http://myfir2u.blogspot.my/2015/02/misi-menjejak-bangkai-pesawat-perang.html

Terima kasih pada semua yang membantu jemput dan hantar dengan selamat, pinjamkan stick, bawak kan beg, pinjamkan head lamp, tunggu aku. Terima kasih semuaaa. Muahhhh.

Ni ha entri berkenaan Kapal Terbang Terhempas.

HACAM info