Jodoh Siapa?
Saya masih merenung timbunan buku
yang berselerak kemas diatas meja kayu disudut bilik tanpa berkelip. Demi Tuhan
fikiran saya kacau bilau tanpa ada ruang untuk saya sumbatkan benih ketenangan.
Bait kata Asyraf petang tadi memang betul – betul mengganggu hidup saya
sepanjang hari. Saya dan Asyraf masih dalam fasa mengenal antara satu sama
lain. Perjalanan kami masih jauh. Nama penuhnya juga saya masih belum tahu. Sungguh.
Samaada saya terlupa atau saya memang sengaja tidak ambil tahu lantaran ia
hanyalah sekadar perkenalan di atas talian.
Saya sudah buntu. Ya saya mengaku
inilah yang saya mahu. Berkahwin dengan seseorang yang saya tidak akan tahu apa
atau siapa pun latar belakangnya. Saya tidak mahu menghabiskan perjalanan untuk
jatuh cinta yang lama dengan orang yang belum tentu jadi milik saya. Dengan
istilah kata lain, saya mahu bercinta selepas kahwin. Indah atau tidak itu
kerja Tuhan barangkali. Saya dan suamilah yang akan sama – sama mencorakkannya.
Sekarang ia benar – benar berlaku.
Memang Tuhan mendengar doa saya atau Asyraf ialah orang yang salah dihantar
Tuhan untuk mengajar saya menjadi lebih matang untuk perhubungan masa depan
yang bukan dengan dia. Saya jalan mundar mandir dengan fikiran yang merawang
sesat ke Afrika Selatan mungkin. Kepala saya makin berdenyut hebat. Saya duduk
di hujung katil dan menarik nafas sedalam mungkin dengan harapan saya dapat
menyedut semua oksigen dan fikiran saya kembali normal. Saya beristighfar untuk
beberapa minit. Jeda. Langsir rona biru laut terbang lembut apabila angin dari
bilah kipas melanggarnya dari jauh.
Saya sudah tidak boleh berfikir sampaikan
saya terlupa nama saya sendiri untuk beberapa saat. Saya pandang dinding yang
pegun untuk mencari ketenangan. Saya terfikir, apa yang ibu dan ayah akan tanya
atau cakap tentang bagaimana perkenalan saya dan dia berlangsung. Atau sudah
berapa lama kami berhubungan begini. Atau bagaimana kalau ibu bertanyakan soal
saya kepada Asyraf atau soal Asyraf kepada saya. Sungguh saya tidak akan ada jawapn
untuk semua persoalan itu. Saya belum cukup mengenali Asyraf.
Baru beberapa kali memulakan perbualan,
Asyraf sudah mengajak saya untuk menikmati hubungan suami isteri secara sah.
Berbincang soal keluarga. Pada mulanya saya tidak faham apa yang dikatakan
olehnya. Akhirnya setelah Asyraf menerangkan bahawa dia mahu mencari seorang
isteri, baru saya memahami maksud yang dikatakan olehnya tentang mahu menikmati
hubungan suami isteri secara sah. Asyraf mahu menjadikan saya sebagai seorang
isteri. Terdetik dihati saya, bagaimana Asyraf mampu menerima saya seadanya
dengan kekurangan yang ada. Sedangkan dia tidak pernah sekalipun bertanyakan
soal itu kepada saya. Bagaimana nanti jika kami sudah menjadi suami isteri, dia
menolak kekurangan saya. Adakah saya akan menjadi janda yang cuma menikmati kedudukan
isteri selama satu hari?
Asyraf itu jodoh saya atau
tersalah alamat?
3 Comments
cerita awak ke ape ni
ReplyDeletebaca cerita dari novel pun ada
ReplyDeletekecik...sambung la... huhu.. nak baca sambungan.
ReplyDeleteterima kasih kerana meluangkan masa membaca dan meninggalkan komen.