Powerpuff dan Ben 10 akan ‘Menyerang’ Lost World of Tambun
Cuti sekolah macam dah nak dekat sangat. Lagi beberapa puluh
jam je. Lepastu dah bebas dari penjara sekolah. Hahaha. Mesti dah tak sabar
sangat nak bawa anak – anak bercuti. Agak – agak mana port boek eh? Aku ada
satu cadangan bernas. Kau pernah sampai Lost World of Tambun (LWOT) tak? Kalau tak
pernah elok sangat lah cuti sekolah tahun 2017 ni cipta memori indah sikit
dengan anak – anak semua. Bukan anak – anak la. Lebih kepada keluarga. Sebab
Powerpuff Girls dan Ben 10 akan ‘menyerang’ Lost World of Tambun. Mesti anak –
anak suka dengan karakter kartun nih.
Sebelum ni pun memang dah tau, Lost World of Tambun memang
tempat yang menjanjikan keseronokkan. Keseronokkan akan berganda dengan kehadiran
dua karakter kartun yang terkenal ini bermula dari 25 November sehingga 1
Januari 2018. Macammana kalau tak sempat nak jumpa dua karakter kartun
kesayangan korang? Jangan risau, pihak LWOT telah menyediakan meet and greet bersama mereka sebanyak 4
sesi. Ha tak payah risau lah tak sempat. Mesti sempat weyh. Kalau tak sempat tu
tipu sangat. Ada macam – macam permainan menarik yang akan disajikan untuk
korang menikmati keseronokkan tanpa henti sepanjang bercuti disana.
LWOT-ETS Selfie Contest
Nak dapat tiket percuma untuk ke LWOT? Senang dan sangat
mudah. Korang cuma perlu berselfie di mana – mana poster Lost World POW Holiday
yang terdapat di KL Sentral , Gemas, Ipoh, Sungai Petani, Butterworth dan
Padang Besar. Hantar penyertaan ke laman web https://a.pgtb.me/WsSkkd
untuk memenangi hadiah mingguan iaitu empat (4) tiket masuk ke Lost World Of
Tambun (dua tiket dewasa dan dua tiket anak) dan seorang pemenang mingguan yang
akan memenangi penginapan 2 hari 1 malam di Lost World Glamping (dua tiket dewasa dan dua tiket anak) berserta tiket keretapi ETS pulang ke padang
besar.
Kalau rasa harga tiket nak masuk LWOT tu mahal sangat,
silalah berjemaah beli tiket secara online untuk menikmati diskaun sebanyak 35%. Jom baca sikit apa itu Lost World Glamping.
Info lanjut LWOT
Laman web : https://sunwaylostworldoftambun.com/
Facebooknya :lostworldoftambun
Instagram : @sunwaylostworldoftambun
Alamat : No.1 , Persiaran Lagun Sunway 1 , Sunway City Ipoh , 31150 Ipoh , Perak.
E-Mel : lostworldoftambun@sunway.com.my
Tel : +605 542 8888.
4 Comments
waa.. bestnya !! memang kena join ni sebab dah ada plan nak ke LWOT awal tahun depan !!
ReplyDeleteMacam dah dapat idea nak pergi bercuti di mana penghujung bulan 12 ni . Macam dah lama CCL tak erjah lost world ni . Memandanglan powerpuff girls ada & ben10 kena terjah jugak ni
ReplyDeletewah bestnya..tapi jauh
ReplyDeleteBestnye.. suke sangat ngan power puff girls tu
ReplyDeleteterima kasih kerana meluangkan masa membaca dan meninggalkan komen.