Disclaimer | Author | Contact


Wednesday, August 30, 2017

Kita Tak Kan Pernah Sama

Mieza S | 8/30/2017 04:44:00 PM | 1Comments |

Kita Tak Kan Pernah Sama

Kita Tak Kan Pernah Sama

Dulu aku selalu rasa kehidupan orang lain jauh lebih hebat lebih seronok berbanding hidup aku sendiri. Dulu aku suka tidur dan menumpang di rumah orang (tumpang mandi dan tumpang makan sebab sekolah pagi, petang ada koko). 

Aku selalu berasa yang mata aku ni adalah sebuah kamera yang sentiasa hidup setiap kali aku bangun untuk merakam kehidupan aku yang membosankan. Jadi, setiap kali aku pergi rumah orang. Aku akan berharap aku dapat pakai mata dia dan dapat tengok kehidupan dia macam mana. Macam aku cakap. Aku selalu berasa, hidup orang lebih baik dari hidup aku. 

Hahahaha. Aku tahu benda tu memang tak patut aku cakap. Kehidupan kita ni ada baik dan buruknya. Tak semuanya akan bahagia. Dan tak semuanya jugak akan terus derita. Kan? Macamlah aku ni. Selalu rasa kehidupan orang sangat bahagia padahal aku bukan tahu semua pun. Bukan aku pernah nampak semua pun. Dan aku pun, macamlah tak pernah ada kehidupan yang bahagia. Takkan lah selamanya aku tak pernah tak suka.

Aku bukan tamak. Aku jugak bukan tak reti bersyukur. Entahlah. Memang selalu suka cakap macam tu. 

Aku ni seorang pendengar setia. Aku suka dengar cerita orang. Kalau orang tak cerita aku tanya. Adalah modal nak buat cerita. Aku ni perempuan oku (fizikal). Banyak dan ramai 'orang' buang aku sebab mungkin tak selesa atau geli. Tak tahu lah kan. Aku kadang berharap paling tinggi, kalau aku terlahir sebagai perempuan sempurna. Atau manusia yang sempurna fizikal. Lepastu pakai baju lawa - lawa, mekap sikit. Semua orang akan kawan dengan aku. Tak macam sekarang ni. 

So, satu hari tu. Aku duduk dengan seseorang yang aku baru kenal. Dia lawa. Pandai. Dah kawin. Ada suami. Bahagia. Walaupun keluarga dia agak tunggang langgang tapi dari cerita dia sangat bahagia. Setakat gaduh sikit tu biasa lah. 

Masa tu aku jadi pendengar setia. Aku dengar dia cerita. Sampai aku terfikir. Okay, bukan semua perempuan cantik tu bahagia dan seronok memanjang. Dia cantik. Tapi dia ada sakit yang aku tak ada. Aku memang oku. Tapi aku sihat. Alhamdulillah. 

Jadi, aku terfikir. Sekecil atau sebesar apa pun nikmat/bahagia atau derita/sakit orang. Jangan cuba - cuba meletakkan kita sebagai dia. Sebab kita terlahir sebagai kita. Kita adalah kita. Kita tetap kita. Tak kan ada orang lain yang boleh jadi macam kita. Cuma kita sorang je mampu. 

Begitu juga halnya dengan orang lain. Belum tentu dia cantik, kita mampu duduk dekat tempat dia. Boleh jadi, dia cantik. Dan ramai orang tak suka. dan sebagainya. Kan? 

Thursday, August 24, 2017

Merdeka! Merdeka! Blogger Contest

Mieza S | 8/24/2017 04:31:00 PM | 1Comments |

Merdeka! Merdeka! Blogger Contest

Merdeka! Merdeka! Blogger Contest

a. What do you love about being Malaysian?
Saya suka menjadi rakyat Malaysia kerana kita terlahir dalam berbidang kaum, budaya dan agama. Secara tak langsung, sebagai manusia kita dapat menyelam keindahan dan keistimewaan agama dan budaya orang lain. Kita juga hidup aman damai disini. Tiada perbalahan besar yang boleh menjejaskan sebarang ekonomi atau politik negara. Setakat perbalahan kecil itu biasa kerana, sedangkan lidah juga tergigit inikan lagi manusia. Kita saling menerima orang sekeliling dengan seadanya. 

b. Choose your favorite local brand here 
Jenama lokal kegemaran saya ialah PENSONIC
Merdeka! Merdeka! Blogger Contest


c. Select two product from that brand that you love. The Article must contain screenshots of the products mentioned.


Merdeka! Merdeka! Blogger Contest
Pensonic BOLD Series Stand Fan 16" PSF-4502 With Strong Base & Motor

Merdeka! Merdeka! Blogger Contest
Pensonic PEO-2001 20Litre Electric Oven With Stylish Handle

Untuk pengetahuan semua, Merdeka! Merdeka Sale akan berlansung dari 25Ogos2017 sehingga 31Ogos2017. Ini bermakna jualan murah lagi! Diskaun sehingga 80% untuk barangan terpilih. Esok melekat ketat dekat laman web lazada disini --> Merdeka! Merdeka Sale . Berbelanjalah dengan jimat! 

Quote #26 MiezaS

Mieza S | 8/24/2017 04:00:00 PM | 0Comments |

Quote #26 MiezaS

Quote #26 MiezaS

Di belakang ade hingar celaka
Bersiul memecah hening
Berteriak ramai
Paling kuat paling hebat
Di tikar langit
Burung terbang
Mencaci maki
Mahu kau mati
. 'Dasar babi' .

*ilham datang ketika duduk semeja dengan beloger yang mengutuk depan bersemuka. 
Kau tahu kau siapa. ๐Ÿ˜


Quote #25 MiezaS

Mieza S | 8/24/2017 11:19:00 AM | 0Comments |

Quote #25 MiezaS

Quote #25 MiezaS

Langit masih biru,
Waktu aku nyatakan rindu.

Kau buat tak tahu,
Dan terus berlalu.


SGshop Merdeka Giveaway

Mieza S | 8/24/2017 09:54:00 AM | 2Comments |

SGshop Merdeka Giveaway

Klik banner atau SINI

SGshop Merdeka Giveaway
Done like SGShop

SGshop Merdeka Giveaway
Done share SGSHop

SGshop Merdeka Giveaway
Done like Dulu Lain Sekarang Lain

list out at least 1 item that you would like to purchase with SGshop shopping credit, and include the photo and link.



SGshop Merdeka Giveaway
Perfume lady lasting fragrance fresh natural

FACE MASK GIVEAWAY by Asyiqin89

Mieza S | 8/24/2017 09:28:00 AM | 1Comments |

FACE MASK GIVEAWAY by Asyiqin89

FACE MASK GIVEAWAY by Asyiqin89
Klik banner atau SINI


Nak mask yang ni :


Quote #24 MiezaS

Mieza S | 8/24/2017 09:19:00 AM | 0Comments |

Quote #24 MiezaS

Quote #24 MiezaS



"Wajarkah aku terus menulis. Andai tulisan itu paling dibenci dan dicemuh? 
Atau yang paling buruk dan paling hodoh?"
-
Writing can educate and inspire others. Teruskan menulis walaupun dicemuh. Let me tell you as i opened up about my suicide attempts and starting to write my journey in form of diary, orang banyak jauhkan diri but i have goal in writing which to inspire. You must have one too and keep on believing in that'
-
Awan Jebat๐Ÿ’•

MiezaS

Friday, August 18, 2017

Instant Shawl Giveaway by Mamapipie

Mieza S | 8/18/2017 02:54:00 PM | 1Comments |

Instant Shawl Giveaway by Mamapipie

Klik banner/SINI 

Tuesday, August 15, 2017

Tragedi Luka Ogos

Mieza S | 8/15/2017 05:11:00 PM | 4Comments |

Tragedi Luka Ogos

Tragedi Luka Ogos

Saja lah aku buat tajuk acah - acah macam tajuk novel. Sebelum meneruskan pembacaan, suka untuk aku ingatkan. Entri ini bukan cerpen tau. Ini entri berdarah walaupun cuma darah kering. Hehehee. Tragedik luka ogos ni berlaku pada hari jumaat waktu pagi. 

Situasi kejadian dia macam ni :
Pagi tu aku pergi kerja macam biasa. Jalan licin, berkemungkinan malam tadi (khamis malam jumaat) telah turunnya hujan. Aku pun bawak motor dengan kadar kelajuan yang berkurangan sebab tahu hujan. Tapi bodohnya aku waktu tu, menunggang motor sekali pakej dengan sedang membenci dalam hati. Maksudnya aku sedang mengomel dalam hati tentang ketidakkepuasan hati aku kepada seseorang. 

Lorong kiri yang aku lalu tu menuju ke simpang kiri. Kalau ikutkan, masa tu aku sorang je yang ada dekat lorong kiri (takde kereta dekat depan-belakang pun tak de). Entah macam mana, kelajuan aku tu maintain tau. Tak de laju takde perlahan. Tiba - tiba kereta dari lorong kanan masuk ke kiri. Dia memang bagi signal. Memang ada. Tapi sejurus dia bagi signal dia terus masuk kiri. Terkejut aku. Sepatutnya lepas dia bagi signal tu dalam beberapa saat baru lah masuk kan? 

Ini tidak. Dia bagi signal terus dia tukar lorong serta merta. Babi betul kereta tu. (situasi bagi signal tukar lorong serta merta ni dah banyak kali jadi-memang babi orang macam ni). Mentang - mentang tengah takde kereta. Nak cepat je. 

Jadi, untuk mengelakkan aku langgar bontot dia, aku break. Tayar depan memang tak berepa nak berbunga pun. Kalau dia tak muncul macam setan secara tiba - tiba tak mungkin la aku jatuh. Sebelum ni elok je aku bawak. Hmmm. 

Lepas dah jatuh tu, aku terus betulkan kasut dan berdiri! Aku cuma tunggu orang datang angkatkan motor aku. Hahhahaha. Adalah brother ni (nak g kerja jugak). Dia kata "adik okay tak?". Aku cakap la "okay - okay. Tolong angkatkan motor". Lepas dia angkat tu, belah kanan aku ada kereta berhenti. Kawan kepada brother tadi. Kakak tu tanya aku dua tiga kali. Okay ke tak. Lepas aku cakap terima kasih dua tiga kali aku pun jalan pergi kerja macam biasa. 

Masa tu tak rasa pedih lagi. Sampai ofis aku tengok seluar aku koyak. Dalam masa yang sama aku duk senyum sorang mengenangkan situasi tadi. Aku rasa macam bodoh gila. Jatuh motor, terus menggelabah nak bangun. Sebab aku fikir malu dan nanti orang duk berkumpul pandangan aku. Selagi aku boleh bangun, aku bangun. Melainkan kalau macam kaki patah ke tangan patah ke kepala terhantuk sampai darah mencurah - curah tu. Takdelah aku nak bangun. Hahaha

Tragedi Luka Ogos
Keadaan seluar waktu tu.

Tragedi Luka Ogos
Tragedi Luka Ogos
Tragedi Luka Ogos

Sampai ofis aku masih buat kerja macam biasa. Berlagak macam tak ada apa - apa yang jadi. Balik kerja pun sama. Aku balik macam biasa. Singgah klinik kejap cuci luka. Doktor tampal kapas dekat tempat luka tu. Lepastu balik rumah pun masih berlakon macam tak ada pape. Yang tahu cuma adik aku sorang je masa tu. Sebab dia terperasan. Mak ayah aku memang aku tak bagitahu. Sebab malas. Kalau bagitahu pun, aku tetap kena buat kerja macam biasa. Kena ke sana sini settlekan urusan bapak aku. So, aku diam je malas bagitahu pape.

Doktor kata kapas tu dah boleh cabut esok. Tapi hari Ahad siang tu baru aku cabut. Waktu tu baru lah aku rasa dia punya sakit. Sebab kapas tu dah mengering dengan luka. Masa cabut kapas tu, aku tarik sekali dengan kulit yang baru nak kering tu. Uiiiii sakit dia. Hhahaha. 

Tragedi Luka Ogos
Bahagian warna pink tu sakit

Luka dekat kaki dengan tangan dah kering. Dekat tangan tu macam payah sikit nak jaga. Sebab nak pegang sabun la, nak makan lah. Agak pedih sikit. Hehhehee. Inilah tragedi luka ogos aku. Hahhaha. Kbye. 

Friday, August 11, 2017

Segmen Bloglist 2.0 by Cik Miela

Mieza S | 8/11/2017 03:36:00 PM | 9Comments |

Segmen Bloglist 2.0 by Cik Miela

Klik banner/SINI untuk join

PLANNER GIVEAWAY BY EECA SHYAA

Mieza S | 8/11/2017 03:31:00 PM | 3Comments |

PLANNER GIVEAWAY BY EECA SHYAA

PLANNER GIVEAWAY BY EECA SHYAA
Klik banner/SINI untuk join. 

Giveaway Ogos 2017 by www.aerillhassan.com

Mieza S | 8/11/2017 03:28:00 PM | 9Comments |

Giveaway Ogos 2017 by www.aerillhassan.com 







Assalamualaikum dan salam sejahtera

Giveaway Ogos 2017 by www.aerillhassan.com

Giveaway Ogos 2017 by www.aerillhassan.com bermula pada jam 12.00 malam 10 Ogos 2017 sehingga 11.59 malam 30 Ogos 2017. Menawarkan pelbagai hadiah yang lumayan dan menarik untuk dimenangi oleh para peserta.
Semua blogger dijemput untuk menyertai giveaway ini.

Syarat - syarat :-
  • Follow Blog Sponsor 

  • Like Fanpage 

  • Add To Circle Sponsor 
  • Follow Instagram Sponsor  

  • Follow Twitter Sponsor 
  • Buat entri bertajuk Giveaway Ogos 2017 by www.aerillhassan.com 
  • Copy coding yang telah disediakan dan paste kan ke dalam ruangan HTML dan publish entri. 
  • Hantar URL entri anda ke dalam ruangan komen SINI



17 pemenang bertuah akan dipilih dan keputusan pemenang akan diumumkan pada 
 1 September 2017


Sekian , terima kasih




ATIEHILMI.COM FIRST GIVEAWAY UKHWAH KITA KERANA ALLAH

Mieza S | 8/11/2017 03:25:00 PM | 2Comments |

ATIEHILMI.COM FIRST GIVEAWAY UKHWAH KITA KERANA ALLAH

Klik banner/JOIN


Giveaway Preloved Comic By Elsaalicious

Mieza S | 8/11/2017 03:18:00 PM | 2Comments |

Giveaway Preloved Comic By Elsaalicious

Giveaway Preloved Comic By Elsaalicious
Giveaway Preloved Comic By Elsaalicious

Senarai Hadiah Giveaway Preloved Comic By Elsaalicious

Tempat Pertama
3 Komik Lawak Kampus (Jilid 13, 14 & 15)

Tempat Kedua
2 Komik Lawak Kampus (Jilid 20 & 21)

Tempat Ketiga
1 Komik Lawak Kampus (Jilid 18)

Tempat Keempat
1 Komik Lawak Kampus (Jilid 25)

Saguhati
Bloglist Selama Sebulan X 10 Pemenang

Wah seramai 17 Pemenang Elsa cari. Apa tunggu lagi? Jom join

Okay Bismillah. Klik banner untuk join

Benar Sunyi

Mieza S | 8/11/2017 03:15:00 PM | 0Comments |

Benar Sunyi

Benar Sunyi

Aku dapat rasa aku didalam tekanan yang tak terlalu menyentak. Aku sendiri tidak tahu, tekanan yang bagaimana dan kenapa. Kenapa. Kenapa. Seolah aku merunsingkan sesuatu yang tidak pernah ada. Atau aku sendiri yang masih belum mengerti apa yang sedang aku runsingkan. Ah! 

Mungkin, disaat aku meluahkan dengan seseorang tentang keberadaban sunyi aku. Aku yakin, pasti akan ada air bah yang turun laju tak terseka. Sedangkan, bila mengenang aku benar sunyi pun. Aku mampu jatuhkan bah sendiri tanpa bantuan siapa pun. 

Aku dapat rasa, kehidupan aku sedang perlaham musnah. Seperti kawanan anai - anai lapar yang sedang meragut lemari kayu di dapur. Sekali ditarik, semuanya sudah berderai. Begitulah aku dapat rasakan aku sedang mengalami ini. Aku akan jadi gila perlahan - lahan kah? Allah. 

Aku dapat rasakan kekuatan aku sedang beransur - ansur hilang tanpa aku sedari. Hmm. Entahlah. Aku belum tahu kenapa aku mengalami perasaan celaka begini. Ternyata ia benar - benar menganggu kehidupan seharian aku. Sampaikan aku tidak boleh fokus ketika membuat kerja. Seperti dibayangi. Aku penat -- 

Thursday, August 10, 2017

Impian Aku Besar

Mieza S | 8/10/2017 08:45:00 PM | 2Comments |

Impian Aku Besar

Impian Aku Besar
Aku ada impian. Aku meletakkan benda tu dalam skop impian sebab bagi aku. Ya. Inilah impian. Impian yang entah bila akan jadi kenyataan. Definisi impian bagi aku ialah sesuatu yang aku nak kan benda tu jadi kenyataan. Tak kisah lah benda tu mustahil atau tak. Sebab untuk merealisasikan sebuah impian, aku kena berusaha lebih. Kalau setakat cakap cakap dan cakap. Impian tu sampai bila pun tak akan jadi kenyataan langsung dan secara automatiknya ia akan menjadi angan - angan mat jenin orang kata.

Impian aku? Aku nak jadi seorang penulis buku (dalam usia muda -- usia 20an). Benda tu dah lama jadi impian. Bukan aku tak menulis. Aku menulis. Ini pun aku masih menulis entri untuk kau baca. Kan? Hahahhaa.

Entahlah. Aku ni rapuh benar orang kata. Aku masih perlukan orang yang mahu jadi tulang belakang dan sama - sama melihat usaha aku untuk menjadi penulis dengan berjaya. Senang cerita, orang yang sanggup untuk lempar kata - kata semangat dalam apa jua keadaan waima taufan sekalipun demi melihat aku tidak jatuh. 

Keluarga? Situasi nya begini. Kalau aku lapar dan tak ada duit. Orang akan hulur kan aku duit dan suruh aku beli makanan. Aku mungkin kenyang dengan duit yang dibagi tadi. Tapi aku masih makan sendiri (sorang - sorang). Yela, hidup ini akan jadi terlalu sunyi kalau aku cuma keseorangan. Macam tulah. Bukan aku ketepikan keluarga. Dalam hal macam ni, hal remeh temeh macam ni, keluarga bukan pilihan paling sesuai. Mungkin kawan? Aku ada kawan. Tapi. Itulah. Kita tidak dilaluan yang sama. Seorang ke utara dan seorang lagi ke selatan. Dia mungkin boleh jadi pompom bila aku sedang berlawan di atas pentas. Dan benda tu sekadar seketika. Kemudian, dia pun pergi bila waktunya. Aku akan sendiri lagi seperti sediakala. 

Tapi itulah. 'Perlukan orang yang mahu jadi tulang belakang' pun aku kira sudah menjadi impian lain buat aku. Hahahaha. Impian tu macam terlalu mustahil. Entahlah. Aku ini macam mengharap kan orang lain untuk menunjukkan bagaimana laluan aku. Umpama macam aku ini orang buta yang malas berjalan. Sedangkan aku ada tongkat sebagai penunjuk jalan walau aku buta. 

Aku masih terlalu bergantung dan langsung tak pandai nak berdiri diatas kaki sendiri. Sebab aku sendiri tak mampu nak percaya dimana kekuatan aku waktu ini. Aku sendiri masih belum kenal siapa aku. Aku masih belum kenal dalam lagi diri aku. Kalau aku sendiri pun tak kenal diri aku sendiri, bagaimana lagi orang lain kan? Lagi diorang tak kenal siapa aku. Aku cuma takut, nak mulakannya sendiri. Itulah. 

Impian aku besar. Aku cuma mahu jadi seorang penulis buku -- 
Itu impian besar aku yang belum jadi nyata. 

Sekarang Layan Syafa Wany

Mieza S | 8/10/2017 02:37:00 PM | 1Comments |

Sekarang Layan Syafa Wany


Semenjak lagu Despacito meningkat naik dan melonjak - lonjak popularitinya, aku mula layan Syafa Wany. Suara dia best tau. Video pertama yang aku tengok adalah lagu despacito. Ni antara video - video yang aku dah tengok. Sedap weyh suara budak ni. Tapi bukan semua lagu kena dengan suara. Ada yang tak berapa nak ngam. Hehhee. Tapi layan ~ 



Lirik Lagu Dengarilah 4aith (Despacito Malay Cover)

Mieza S | 8/10/2017 11:27:00 AM | 1Comments |

Lirik Lagu Dengarilah 4aith (Despacito Malay Cover)

Lirik Lagu Dengarilah 4aith (Despacito Malay Cover)

Aku pernah dengar cerita
Tentang dunia akhir zaman ini
Betapa situasi kita diuji
oh..teman.

Manusia terus buntu
kebenaran tak bersatu
Dan agama direndahi dan dihina
Dihina...

Kita terus bergaduh sama sendiri
Musuh bersatu terus menghancuri
Hingga kita terus hanyut dengan dosa tanpa resah
Keliru hak batil dan arah tuju.

Oh! ku,
Kadangku bertanya pada diriku
sumbangan apa yang ku mampu laku?
cara apa lagi yang terbaik teman?

Ya,
Mungkin kau rasa ini semua normal,
kau mungkin rasa takkan dipersoal,
lalu kau diam terus berpeluk tubuh.

Dengarilah,
perjuangan dakwah ini bukan mudah,
Namun bukan alasan berpaling tadah,
walaupon kau ditentang kau terus tabah.

Dengarilah,
Jangan terpesona dengan putus asa,
Dan terpengaruh fatamorgana dosa,
Segeralah kau pinta pada yang Esa.

Oh,
Tidakkah kau berduka melihat ummah ini?
Terus dipijak dan dihentak,
Terpedaya dengan musuh.

Zina riba judi arak,
rasuah berleluasa,
Dosa kecil dosa besar,
Bagi mereka sama sahaja.

Oh,
Jiwa kau mula kelam bila,
Hati turut hitam bila,
Sanubari Suram bila,
Dan iman terbungkam bila.

Kau sanggup bermaksiat
Dengan tenang berjam jam
Namun ibadah kau
Tak mampu untuk berjam berjam

Kau buka aurat tak rasa bersalah
Bahkan bangga,
Buka buka buka tuk
mengejar pujian dan nama

Yang menutup aurat
Pula selfie sini sana,
Dan ada yang tak jaga
Pandangan mata

Tenanglah tenanglah,
Ku bukan menghukum,
Ku hanya menegur,
Untuk kau dan aku.

Ku bukan sempurna,
Ku hanya mengajak,
Dengan harapan
kau aku kan ke syurga. 2x

Dengarilah,
perjuangan dakwah ini bukan mudah,
Namun bukan alasan berpaling tadah,
walaupon kau ditentang kau terus tabah.

Dengarilah,
Jangan terpesona dengan putus asa,
Dan terpengaruh fatamorgana dosa,
Segeralah kau pinta pada yang Esa.

Oh,
Tidakkah kau berduka melihat ummah ini?
Terus dipijak dan dihentak,
Terpedaya dengan musuh.

Zina riba judi arak,
rasuah berleluasa,
Dosa kecil dosa besar,
Bagi mereka sama sahaja.

Dengarilah,
perjuangan dakwah ini bukan mudah,
Namun bukan alasan berpaling tadah,
walaupon kau ditentang kau terus tabah

Tenanglah tenanglah,
Ku bukan menghukum,
Ku hanya menegur,
Untuk kau dan aku.

Dengarilah wahai teman,
Hayati dan fahamilah.

Tenanglah tenanglah,
Ku bukan menghukum,
Ku hanya menegur,
Untuk kau dan aku.

Dosa kecil dosa besar,
Wahai teman sampai bila?
Dengarilah,

Friday, August 4, 2017

Lirik Lagu Kau Tetap Ku Hajati Sting

Mieza S | 8/04/2017 11:07:00 PM | 0Comments |

Lirik Lagu Kau Tetap Ku Hajati Sting

Lirik Lagu Kau Tetap Ku Hajati Sting

Andai kita hidup besama
Hari ini dan seterusnya
Mengharungi lautan
Entah berapa luasnya
Sedang bekalannya masih berkurang

Mungkin kita kan karam
Ditelan gelombang
Lalu kan terpisah
Jika terus hidup bersama
Hanya atas dasar cinta belum cukup bagiku
Kerna suatu waktu
Engkau pasti kecewa

Pondok usang beratapkan langit
Di kegelapan malam gelita
Bercahaya hanyalah bintang-bintang
Selimut kita angin malam

Maaf sayang kupinta padamu
Bukan tiada cinta di hatiku
Tapi belum masanya bagiku untuk melamarmu
Bersabar dan sertailah doa
Pada Tuhan penentu segala
Biar jasad aku berkubur kau tetap kuhajati

Mungkin kita kan karam
Ditelan gelombang
Pondok usang beratapkan langit
Di kegelapan malam gelita
Bercahaya hanyalah bintang-bintang
Selimut kita angin malam

Maaf sayang kupinta padamu
Bukan tiada cinta di hatiku
Tapi belum masanya bagiku untuk melamarmu
Bersabar dan sertailah doa
Pada Tuhan penentu segala
Biar jasad aku berkubur kau tetap ku hajati

Lirik Lagu Selamat Tinggal Cinta Arena

Mieza S | 8/04/2017 11:01:00 PM | 0Comments |

Lirik Lagu Selamat Tinggal Cinta Arena

Lirik Lagu Selamat Tinggal Cinta Arena

Angin...
Yang menghembus ke wajah
Menghiris dalam hatiku
Aku terdiam tak berdaya
Kerana ku terluka

Hatimu cepatnya berubah
Hanya sekelip mata
Aku ternyata terpedaya
Dan terpaksa aku
Berlalu...

Selamat tinggal cinta
Selamat tinggal sayang
Aku kan pergi jauh mengembara
Mencari kedamaian

Tak perlu lagi kau
Bertanya tentang diriku yang terluka
Pedihnya hatiku
Mengucap selamat tinggal... oh cintaku

Thursday, August 3, 2017

Lirik Lagu Lirik Yang Kan Terjadi Tetap Terjadi Qiara

Mieza S | 8/03/2017 02:38:00 PM | 2Comments |

Lirik Lagu Lirik Yang Kan Terjadi Tetap Terjadi Qiara 

Lirik Lagu Lirik Yang Kan Terjadi Tetap Terjadi Qiara

Di ketika ini keadaan tiada mengizinkan
Untuk ku lafazkan kata-kata meluah perasaan
Tapi ku menyakini yang kan terjadi tetap terjadi
Usah ada desaan apalagi suatu paksaan
Kau tahu diriku serba tiada ku ingin lebih bersedia

Lalu di atas nama cita-cita kau ku tinggalkan sementara
Dengan percaya engkau akan mengerti
Dan sabar menanti...

( korus )
Berdoa-berdoalah sayang
Sepenuh keyakinan
Bukan berjanji bukan bersumpah
Cuma percaya...
Ku kan pulang padamu jua... (dinda)

Apa yang terjadi kan terjadi
Dengan keizinan Ilahi
Aku menyakini yang kan terjadi tetap terjadi
Aku menyakini yang kan terjadi tetap terjadi
Pertemuan... di azali...

Lirik Lagu Senyum Seribu Tanda Legacy

Mieza S | 8/03/2017 11:35:00 AM | 0Comments |

Lirik Lagu Senyum Seribu Tanda Legacy

Lirik Lagu Senyum Seribu Tanda Legacy

Kita bertemu tanpa bicara
menguntum senyum seribu petanda
lantaran itu kini berapi
percikan cinta...terbias ke hati

Rindu...sendu tak tertadah..
bila kau tiada....
tak sesekali rentung kasihku..
walau diterik panasnya mentari..

biar..luka digenggaman...
dari tercalar dijiwa...ooo...
berdosakah andainya aku menaburkan benih cinta,
dihalamn rindu subur menanti..,
agar merimbun kasih yang diimpikan

ku percaya rahmatkan terselit
kasih yang seindah pelangi...
yang meronai,dimimpi ku...
kita saling sayang menyayangi
kita saling rindu merindui selalu,
tak pernah ku membencimu...

biar..luka digenggaman...
dari tercalar dijiwa...ooo...
berdosakah andainya aku menaburkan benih cinta,
dihalamn rindu subur menanti..,
agar merimbun kasih yang diimpikan

ku percaya rahmatkan terselit
kasih yang seindah pelangi...
yang meronai,dimimpi ku~
kita saling sayang menyayangi
kita saling rindu merindui selalu,
tak pernah ku membencimu..

tak sesekali,rentung kasih ku..
walau diterik panasnya mentari..
Aa..Aa....

Wednesday, August 2, 2017

mini stationery giveaway by mirzasyazwina

Mieza S | 8/02/2017 10:15:00 AM | 6Comments |

mini stationery giveaway by mirzasyazwina

mini stationery giveaway by mirzasyazwina
Klik banner/SINI

AIDILFITRI GIVEAWAY BY FAYE AND FRIENDS

Mieza S | 8/02/2017 10:13:00 AM | 4Comments |

AIDILFITRI GIVEAWAY BY FAYE AND FRIENDS

AIDILFITRI GIVEAWAY BY FAYE AND FRIENDS
Klik banner/SINI

Chocolate Fan Giveaways by Sii Nurul

Mieza S | 8/02/2017 09:55:00 AM | 4Comments |

Chocolate Fan Giveaways by Sii Nurul

Chocolate Fan Giveaways by Sii Nurul
Klik banner/SINI

Merdeka Giveaway By penselduabee.blogspot.com

Mieza S | 8/02/2017 09:53:00 AM | 3Comments |

Merdeka Giveaway By penselduabee.blogspot.com

Merdeka Giveaway By penselduabee.blogspot.com
Klik banner/SINI

Nanti

Mieza S | 8/02/2017 09:28:00 AM | 2Comments |
Nanti


Masih terlalu awal,
Kalau aku mahu bersendirian,
Membentuk mimpi.

Masih terlalu awal,
Untuk aku kelana,
Sepanjang waktu,
Dengan membeban engkau di kepala.

Masih terlalu awal,
Aku mahu mencumbui rasa yang belum pasti.

Masih terlalu awal.
Nanti dulu.

© Copyright 2017 | ALL Right Reserved to Owner. Re-edit by Sehijau Blog RA.