Tragedi Luka Ogos
Saja lah aku buat tajuk acah - acah macam tajuk novel. Sebelum meneruskan pembacaan, suka untuk aku ingatkan. Entri ini bukan cerpen tau. Ini entri berdarah walaupun cuma darah kering. Hehehee. Tragedik luka ogos ni berlaku pada hari jumaat waktu pagi.
Situasi kejadian dia macam ni :
Pagi tu aku pergi kerja macam biasa. Jalan licin, berkemungkinan malam tadi (khamis malam jumaat) telah turunnya hujan. Aku pun bawak motor dengan kadar kelajuan yang berkurangan sebab tahu hujan. Tapi bodohnya aku waktu tu, menunggang motor sekali pakej dengan sedang membenci dalam hati. Maksudnya aku sedang mengomel dalam hati tentang ketidakkepuasan hati aku kepada seseorang.
Lorong kiri yang aku lalu tu menuju ke simpang kiri. Kalau ikutkan, masa tu aku sorang je yang ada dekat lorong kiri (takde kereta dekat depan-belakang pun tak de). Entah macam mana, kelajuan aku tu maintain tau. Tak de laju takde perlahan. Tiba - tiba kereta dari lorong kanan masuk ke kiri. Dia memang bagi signal. Memang ada. Tapi sejurus dia bagi signal dia terus masuk kiri. Terkejut aku. Sepatutnya lepas dia bagi signal tu dalam beberapa saat baru lah masuk kan?
Ini tidak. Dia bagi signal terus dia tukar lorong serta merta. Babi betul kereta tu. (situasi bagi signal tukar lorong serta merta ni dah banyak kali jadi-memang babi orang macam ni). Mentang - mentang tengah takde kereta. Nak cepat je.
Jadi, untuk mengelakkan aku langgar bontot dia, aku break. Tayar depan memang tak berepa nak berbunga pun. Kalau dia tak muncul macam setan secara tiba - tiba tak mungkin la aku jatuh. Sebelum ni elok je aku bawak. Hmmm.
Lepas dah jatuh tu, aku terus betulkan kasut dan berdiri! Aku cuma tunggu orang datang angkatkan motor aku. Hahhahaha. Adalah brother ni (nak g kerja jugak). Dia kata "adik okay tak?". Aku cakap la "okay - okay. Tolong angkatkan motor". Lepas dia angkat tu, belah kanan aku ada kereta berhenti. Kawan kepada brother tadi. Kakak tu tanya aku dua tiga kali. Okay ke tak. Lepas aku cakap terima kasih dua tiga kali aku pun jalan pergi kerja macam biasa.
Masa tu tak rasa pedih lagi. Sampai ofis aku tengok seluar aku koyak. Dalam masa yang sama aku duk senyum sorang mengenangkan situasi tadi. Aku rasa macam bodoh gila. Jatuh motor, terus menggelabah nak bangun. Sebab aku fikir malu dan nanti orang duk berkumpul pandangan aku. Selagi aku boleh bangun, aku bangun. Melainkan kalau macam kaki patah ke tangan patah ke kepala terhantuk sampai darah mencurah - curah tu. Takdelah aku nak bangun. Hahaha
Keadaan seluar waktu tu. |
Sampai ofis aku masih buat kerja macam biasa. Berlagak macam tak ada apa - apa yang jadi. Balik kerja pun sama. Aku balik macam biasa. Singgah klinik kejap cuci luka. Doktor tampal kapas dekat tempat luka tu. Lepastu balik rumah pun masih berlakon macam tak ada pape. Yang tahu cuma adik aku sorang je masa tu. Sebab dia terperasan. Mak ayah aku memang aku tak bagitahu. Sebab malas. Kalau bagitahu pun, aku tetap kena buat kerja macam biasa. Kena ke sana sini settlekan urusan bapak aku. So, aku diam je malas bagitahu pape.
Doktor kata kapas tu dah boleh cabut esok. Tapi hari Ahad siang tu baru aku cabut. Waktu tu baru lah aku rasa dia punya sakit. Sebab kapas tu dah mengering dengan luka. Masa cabut kapas tu, aku tarik sekali dengan kulit yang baru nak kering tu. Uiiiii sakit dia. Hhahaha.
Bahagian warna pink tu sakit |
Luka dekat kaki dengan tangan dah kering. Dekat tangan tu macam payah sikit nak jaga. Sebab nak pegang sabun la, nak makan lah. Agak pedih sikit. Hehhehee. Inilah tragedi luka ogos aku. Hahhaha. Kbye.
4 Comments
Get well soon ya !
ReplyDeleteAduhai peritnya. Haih tak fahamlah pemandu zaman sekarang bawak macam tengah berlumba. Get well soon awak
ReplyDeleteSemoga dikurniakan kesembuhan dengan kadar segera.
ReplyDeleteselalu jugak kena macam tu bila letak kapas. Kulit akan tercabut sekali dengan kapas sampaikan dah xnk letak kapas kat tempat luka. Btw, semoga cepat sembuh walaupun lambat ucap :)
ReplyDeleteterima kasih kerana meluangkan masa membaca dan meninggalkan komen.