Impian Aku Besar
Aku ada impian. Aku meletakkan benda tu dalam skop impian sebab bagi aku. Ya. Inilah impian. Impian yang entah bila akan jadi kenyataan. Definisi impian bagi aku ialah sesuatu yang aku nak kan benda tu jadi kenyataan. Tak kisah lah benda tu mustahil atau tak. Sebab untuk merealisasikan sebuah impian, aku kena berusaha lebih. Kalau setakat cakap cakap dan cakap. Impian tu sampai bila pun tak akan jadi kenyataan langsung dan secara automatiknya ia akan menjadi angan - angan mat jenin orang kata.
Impian aku? Aku nak jadi seorang penulis buku (dalam usia muda -- usia 20an). Benda tu dah lama jadi impian. Bukan aku tak menulis. Aku menulis. Ini pun aku masih menulis entri untuk kau baca. Kan? Hahahhaa.
Entahlah. Aku ni rapuh benar orang kata. Aku masih perlukan orang yang mahu jadi tulang belakang dan sama - sama melihat usaha aku untuk menjadi penulis dengan berjaya. Senang cerita, orang yang sanggup untuk lempar kata - kata semangat dalam apa jua keadaan waima taufan sekalipun demi melihat aku tidak jatuh.
Keluarga? Situasi nya begini. Kalau aku lapar dan tak ada duit. Orang akan hulur kan aku duit dan suruh aku beli makanan. Aku mungkin kenyang dengan duit yang dibagi tadi. Tapi aku masih makan sendiri (sorang - sorang). Yela, hidup ini akan jadi terlalu sunyi kalau aku cuma keseorangan. Macam tulah. Bukan aku ketepikan keluarga. Dalam hal macam ni, hal remeh temeh macam ni, keluarga bukan pilihan paling sesuai. Mungkin kawan? Aku ada kawan. Tapi. Itulah. Kita tidak dilaluan yang sama. Seorang ke utara dan seorang lagi ke selatan. Dia mungkin boleh jadi pompom bila aku sedang berlawan di atas pentas. Dan benda tu sekadar seketika. Kemudian, dia pun pergi bila waktunya. Aku akan sendiri lagi seperti sediakala.
Tapi itulah. 'Perlukan orang yang mahu jadi tulang belakang' pun aku kira sudah menjadi impian lain buat aku. Hahahaha. Impian tu macam terlalu mustahil. Entahlah. Aku ini macam mengharap kan orang lain untuk menunjukkan bagaimana laluan aku. Umpama macam aku ini orang buta yang malas berjalan. Sedangkan aku ada tongkat sebagai penunjuk jalan walau aku buta.
Aku masih terlalu bergantung dan langsung tak pandai nak berdiri diatas kaki sendiri. Sebab aku sendiri tak mampu nak percaya dimana kekuatan aku waktu ini. Aku sendiri masih belum kenal siapa aku. Aku masih belum kenal dalam lagi diri aku. Kalau aku sendiri pun tak kenal diri aku sendiri, bagaimana lagi orang lain kan? Lagi diorang tak kenal siapa aku. Aku cuma takut, nak mulakannya sendiri. Itulah.
Impian aku besar. Aku cuma mahu jadi seorang penulis buku --
Itu impian besar aku yang belum jadi nyata.
2 Comments
biar lah impian kita sebesar lautan sekalipun.. hanya kita yang mampu capai ^^
ReplyDeleteWow, semoga tercapai impian, AMIN !
ReplyDeleteterima kasih kerana meluangkan masa membaca dan meninggalkan komen.