Kita Tak Kan Pernah Sama

Kita Tak Kan Pernah Sama

Kita Tak Kan Pernah Sama

Dulu aku selalu rasa kehidupan orang lain jauh lebih hebat lebih seronok berbanding hidup aku sendiri. Dulu aku suka tidur dan menumpang di rumah orang (tumpang mandi dan tumpang makan sebab sekolah pagi, petang ada koko). 

Aku selalu berasa yang mata aku ni adalah sebuah kamera yang sentiasa hidup setiap kali aku bangun untuk merakam kehidupan aku yang membosankan. Jadi, setiap kali aku pergi rumah orang. Aku akan berharap aku dapat pakai mata dia dan dapat tengok kehidupan dia macam mana. Macam aku cakap. Aku selalu berasa, hidup orang lebih baik dari hidup aku. 

Hahahaha. Aku tahu benda tu memang tak patut aku cakap. Kehidupan kita ni ada baik dan buruknya. Tak semuanya akan bahagia. Dan tak semuanya jugak akan terus derita. Kan? Macamlah aku ni. Selalu rasa kehidupan orang sangat bahagia padahal aku bukan tahu semua pun. Bukan aku pernah nampak semua pun. Dan aku pun, macamlah tak pernah ada kehidupan yang bahagia. Takkan lah selamanya aku tak pernah tak suka.

Aku bukan tamak. Aku jugak bukan tak reti bersyukur. Entahlah. Memang selalu suka cakap macam tu. 

Aku ni seorang pendengar setia. Aku suka dengar cerita orang. Kalau orang tak cerita aku tanya. Adalah modal nak buat cerita. Aku ni perempuan oku (fizikal). Banyak dan ramai 'orang' buang aku sebab mungkin tak selesa atau geli. Tak tahu lah kan. Aku kadang berharap paling tinggi, kalau aku terlahir sebagai perempuan sempurna. Atau manusia yang sempurna fizikal. Lepastu pakai baju lawa - lawa, mekap sikit. Semua orang akan kawan dengan aku. Tak macam sekarang ni. 

So, satu hari tu. Aku duduk dengan seseorang yang aku baru kenal. Dia lawa. Pandai. Dah kawin. Ada suami. Bahagia. Walaupun keluarga dia agak tunggang langgang tapi dari cerita dia sangat bahagia. Setakat gaduh sikit tu biasa lah. 

Masa tu aku jadi pendengar setia. Aku dengar dia cerita. Sampai aku terfikir. Okay, bukan semua perempuan cantik tu bahagia dan seronok memanjang. Dia cantik. Tapi dia ada sakit yang aku tak ada. Aku memang oku. Tapi aku sihat. Alhamdulillah. 

Jadi, aku terfikir. Sekecil atau sebesar apa pun nikmat/bahagia atau derita/sakit orang. Jangan cuba - cuba meletakkan kita sebagai dia. Sebab kita terlahir sebagai kita. Kita adalah kita. Kita tetap kita. Tak kan ada orang lain yang boleh jadi macam kita. Cuma kita sorang je mampu. 

Begitu juga halnya dengan orang lain. Belum tentu dia cantik, kita mampu duduk dekat tempat dia. Boleh jadi, dia cantik. Dan ramai orang tak suka. dan sebagainya. Kan? 

Post a Comment

1 Comments

  1. Header cun.

    Aku pernah makankat satu kedai, nampak orang sebelah order air buah macam sedap..tak ajdilah aku order teh ais macam biasa, lepas aku rasa...perghh tak ngam, terus order teh ais macam biasa,

    ReplyDelete

terima kasih kerana meluangkan masa membaca dan meninggalkan komen.