Pertama Kali Shopping di CJ Wow Shop

Pertama Kali Shopping CJ Wow Shop



Aku rasa ini merupakan pengalaman pertama aku, eh bukan aku. Tapi emak aku membeli barangan dari CJ Wow Shop. CJ Wow Shop merupakan rangkaian membeli-belah di rumah inovatif yang menyatukan televisyen, platform-platform dalam talian dan mudah alih. Iklan ni muncul di televisyen. Sejurus selepas iklan disiarkan, emak aku terus suruh telefon. Katanya berkenan dengan barangan yang ditunjuk pada ketika iklan sedang bersiaran. 

Royal 8 in 1 Multi Cabinet

Kebetulan aku memang pernah cakap, nak beli almari baju. Sebelum ni aku pakai drawer je. Ada 4 tingkat. Dah terlalu lama aku pakai. Walaupun masih elok, tapi selalu tak muat. Pakaian makin bertambah. Aku perlukan almari yang lebih besar untuk memuatkan semua pakaian - pakaian aku. Tu lepas mak nampak iklan CJ Wow Shop pantas terus telefon. Memang CJ Wow Shop ni menipu! Aku telefon mesin je jawab. Lebih sepuluh kali kot.

Tak la. Bukan menipu sebenarnya. Mungkin dalam satu masa yang sama, banyak panggilan masuk. Mungkin panggilan aku tak dapat nak tembus. Makanya hanya mesin je yang jawab panggilan aku. Dengan hanya RM149 aku boleh dapatkan dua buah almari. Kenapa aku tak beli? Mesti lah kena beli. Boleh jimat duit. Beli dua almari hanya dengan satu harga!

Dan lagi satu, best gila bila barang tu cuma ambil masa dalam dua hari untuk sampai rumah. Tak adalah nak kena tahan eksited. 


Pertama Kali Shopping di CJ Wow Shop

Tadaaa. Sekejap je pasang. Aku sorang je, tak ada siapa - siapa yang tolong. Nak pasang pun senang sangat. Boleh susun ikut apa yang kita nak. Kalau dah bosan dengan susunan tu, boleh tukar susunan lain pula. Tapi, masa tengah pasang tu aku kejar masa. Tak sempat nak main telefon. Gambar pun tak ada. Kalau aku rajin aku kongsikan lah gambarnya. Tapi memang besaar. Setinggi aku, hehehe. Okay lah tu je nak bagitahu. 


Post a Comment

4 Comments

  1. baru tau mengenai CJ wow shop..best shopping online tak perlu beratur

    ReplyDelete
  2. Assalam dik, material dia tahan tak dik?..nipis? macam senang koyak? besi dia tu jenis kuat tak? bila pasang ada goyang tak? tx reply...

    ReplyDelete
  3. Assalamualaikum.. maaf mengganggu... nak tanya.. kalau pakaian or barang yang berat, boleh tahan ke kalau letak?? Lagi satu, macam mana cara pembayaran?

    ReplyDelete
  4. suke pasarkan barang knape x buat channel sndiri mcm go shop. BOIKOT MEDIA PRIMA. MEMENTINGKAN DUIT!

    ReplyDelete

terima kasih kerana meluangkan masa membaca dan meninggalkan komen.