Pesta Buku Selangor 2106 di SACC Mall
Kawan aku baru balik dari Ukay Perdana ajak lepak. Sebab kan dah lama sangat tak jumpa, kitorang bercadang nak karoke. Dua jam tau. Sampai sakit tekak sebab perit menjerit lagu tinggi. Ziana Zain, Haida. Hhaha. Dua jam macam setengah jam. Sekejap sangat dah habis. Nak tambah masa macam malas.
Tengok aku pergi mana? Pesta Buku Selangor 2016 di SACC Mall. Rasanya macam dekat sejam ke dua jam juga aku pusing - pusing situ. Jenis yang suka membaca dan memang jenis memilih akan membuat dua sehingga tiga pusingan untuk pastikan buku yang betul - betul nak dibeli. Takut menyesal tak sudah. Sudahnya tak dibaca dan terbiar. Korang pergilah, banyak buku best! Buku lama pun ada. Aku rembat tiga buah je. Duit tak berapa nak menimbun. Hehehe. Okay lah tu. Asalkan dapat reward kecil - kecilan untuk diri sendiri.
Bagi aku, pesta buku baik negeri atau antarabangsa tiada apa pun yang beza. Tiada jualan runtuh yang memang gila - gila. Biasa 3 buah RM50. Sama je kalau kau beli dekat event terbuka. Ada yang berpendapat buang masa. Kan? Bagi aku memang betul. Tapi bukan semua. Dekat pesta buku macam ni lah kau dapat jumpa buku yang tiada/jarang jual di tempat lain. Maksud aku di pesta buku sahaja. Mungkin. Atau pun memang ada sesetengah buku yang memang murah gila. Tapi nak jumpa agak susah. Sebab tu kena pandai cari. Hehehe. Biar penat asal berbaloi.
Jom ramai - ramai. Ajak kawan - kawan borong buku. Mana tahu murah rezeki menang cabutan bertuah. Semoga yang baca ni semua murah rezeki :) Jom semua pergi Pesta Buku Selangor 2016 di SACC Mall.
0 Comments
terima kasih kerana meluangkan masa membaca dan meninggalkan komen.