Apa Lah Berdebar Sangat

Apa Lah Berdebar Sangat


Apa Lah Berdebar Sangat

Apalah berdebar sangat. Seorang sahabat maya aku, namanya Muhamad Fazrin. Tidak lah kenal lama. Mungkin baru beberapa bulan menetap dalam senarai kawan di Facebook. Aku yang mula - mula dulu add dia. Sebab tertarik dengan kepingan - kepingan status yang  beliau muat naik di laman Facebook nya. Kalau diputarkan semula bagaimana aku boleh tambah beliau sebagai rakan di Facebook, aku mungkin sudah lupa jalan cerita panjang. Mungkin aku patut pendek kan sahaja ceritanya.

Begini, ia berkait rapat dengan rakan Facebook yang lain, apabila salah seorang dari mereka berkongsi status Muhammad Fazrin. Dari situ, aku terus ke laman profile beliau. Aku tengok - tengok dan baca setiap perkongsian dan hasil tulisan beliau buat aku tertarik nak menjadikan beliau sebagai rakan Facebook. Dari situ aku mula mengenalinya. 

Beliau bukan lah calang - calang orang. Beliau berbakat besar dalam penulisan. Ya. Inilah yang aku suka. Bila rakan - rakan aku punya minat yang sama dengan aku. Aku rasa sebab itulah aku menambah beliau dalam akaun Facebook aku untuk dimasukkan ke dalam senarai rakan. Mungkin aku boleh berkongsi idea dan pendapat atau jika tidak faham tentang sesuatu yang berkaitan penulisan aku boleh terus rujuk kepada beliau. 

Apa Lah Berdebar Sangat

Dua hari lepas beliau telah memuat naik status di atas.

Esok, harap semuanya baik - baik saja.
Masih berdebar...

Aku rasa aku cuma like sahaja statusnya. Aku pun tak pasti jika aku ada meninggalkan komen (baca: terlupa). Aku baca setiap rakan - rakannya yang komen. Ada yang bertanya kan jika beliau ingin bernikah lah dan sebagainya. Aku pun berfikiran yang sama. Sudah mahu menamatkan zaman bujangkah? Sehingga lah akhirnya persoalan aku terjawab (baca: rujuk gambar dibawah). Entah. Aku yang berdebar atau dia sebenarnya yang berdebar?
Apa Lah Berdebar Sangat

Minat Genre Seram

Itulah tajuk besar untuk ruangan Inspirasi di Utusan Malaysia - Citra Orang Muda, Sabtu, 9 April 2016. Terharu. Tak tergambar rasanya. Keesokkan hari selepas Muhammad Fazrin memuat naik status berkenaan beliau muncul di ruangan Inspirasi, aku terus bergegas membelinya di Petronas berdekatan. 

Apa Lah Berdebar Sangat

Aku siap mahu laminate (baca: maaf andai salah ejaan). Mahu digantung di ruang bilik kecil aku. Memang beliau betul - betul menginspirasikan aku. Tapi belum mahu ada masa lagi. Sibuk memanjang. Keratannya aku masih simpan lagi. Hehehe. 

"Saya mahu jadi lain daripada yang lain. Industri penerbitan terlalu sarat dengan lambakan novel - novel cinta. Sudah tiba masanya, indsutri kita dikembangkan dan diperluaskan agar tidak cenderung kepada satu genre sahaja."

Ini lah yang aku sokong sangat! Memang betul. Terlalu sangat dengan novel cintanya. Cubalah sesekali hasilkan novel selain dari novel cinta. Adaptasi drama dan filem juga dari novel. Ah! Terlalu murah. Itulah Malaysia lemah mahu memasarkan filemnya di luar. Laku bagai pisang goreng sahaja lah di negara sendiri. 

Semoga terus maju ya sahabat aku, Muhamad Fazrin. Mencipta satu - satu lagi kejayaan lain. Insyaallah. 



Post a Comment

1 Comments

  1. biasalah,bila kita kenal seseorang atas sebab kita ada minat sama,secara tak langsung,bila ada berita gembira utk dia,kita tumpang gembira sekali dan begitu juga sealiknya.. Sokong juga dgn cita-cita beliau,nak lari dari klise novel cinta yang makin menjadi-jadi banyaknya sekarang. Kena keluar dari zon biasa,baru jadi luar biasa.

    ReplyDelete

terima kasih kerana meluangkan masa membaca dan meninggalkan komen.