Baby Box Projek Tamak Pahala
Apalah salahnya kan? Kalau kita ni sama - sama tamak dalam mengejar saham akhirat untuk ke syurga Tuhan kelak. Tapi jangan lah pulak engkau bertamakkan seorang diri hanya kerana tidak mahu berebut ke syurga dengan orang lain. Aku cuma mahu kongsikan Projek Baby Box. Sebelum kau habiskan pembacaan, pastikan kau ikhlas membaca tulisan aku. Ini misi kebaikan sejagat. Kebaikannya berganda.
Projek Tamak Pahala ini merupakan nama asalnya dulu selepas berdaftar kini secara rasmi sebagai Cradle of Love Association "Persatuan Buai Kasih", projek ini kini dikenali dengan nama Baby Box Project. Segala sumbangannya mengalir ke akaun Persatuan Buai Kasih.
Baby Box Project diwujudkan untuk meringankan beban ibu bapa yang mempunyai bayi tapi kurang berkemampuan. Objektifnya adalah untuk membekalkan keperluan untuk bayi tersebut.
Apa yang ada dalam BabyBox ni?
BabyBox terbahagi kepada dua (2) box mengikut kategori :Kategori A : Bayi kecil berusia enam (6) bulan ke bawah
Kategori B untuk bayi yang berusia tujuh (7) bulan sehingga satu (1) tahun
Kategori ni diasingkan sebab keperluan untuk bayi enam (6) bulan ke bawah dan atas enam (6) bulan adalah berbeza jadi barang yang ada dalam BabyBox ni pun berbeza.
Antara barang yang ada dalam BabyBox adalah baju siang dan malam, sarung kaki, bibs, lampin, barut, selimut, tuala, sabun mandi, botol susu, berus botol susu, minyak sapu, termometer dan macam-macam keperluan lagi.
Siapa yang layak menerima sumbangan BabyBox ni?
Kriteria penerima bantuan babybox adalah seperti berikut :
– Pendapatan seisi rumah RM1,000 ke bawah
– Tanggungan lebih 8 orang (RM3,000 ke bawah)
– Ibu/bapa tunggal
– Anak yatim piatu (jika ada bayi yang ibu atau bapa atau kedua2nya meningal dunia & tinggalkan bayi berusia bwh 1 tahun kepada penjaga)
– Tanggungan lebih 8 orang (RM3,000 ke bawah)
– Ibu/bapa tunggal
– Anak yatim piatu (jika ada bayi yang ibu atau bapa atau kedua2nya meningal dunia & tinggalkan bayi berusia bwh 1 tahun kepada penjaga)
Bagaimana untuk menyumbang?
Selain sumbangan dalam bentuk wang ringgit, engkau juga boleh menyumbang dalam bentuk barangan keperluan yang aku senaraikan dekat atas tadi atau pun barangan terpakai yang masih elok. Yang mana barang sesuai untuk dimasukkan dalam baby box diorang akan sumbangkan tapi kalau ada barang sumbangan yang tak sesuai untuk disumbangkan diorang akan jual dalam jualan amal dan hasil jualan akan disalurkan kepada tabung BabyBox.
Untuk makluman, setiap satu Box bernilai RM30 dan kalau korang nak menyumbang boleh buat sumbangan wang tunai mengikut bilangan box yang mahu ditaja atau pun kalau nak sumbang RM5 atau RM10 pun takda masalah. Ikut keikhlasan masing-masing. Boleh salurkan sumbangan korang melalui no akaun di atas ni.
Ohh yaa. Program BabyBox didaftarkan di bawah Persatuan Buai Sayang iaitu badan NGO yang menaungi program ni. Kalau ada yang was-was boleh refer sijil kat bawah ni.
Keratan akhbar Metro pada 27 Mac 2016 |
Untuk maklumat lanjut boleh refer detail di bawah :
1 Comments
bagusnya tak pernah org buat lagi konsep macam ni Alhamdulillahhhh
ReplyDeleteterima kasih kerana meluangkan masa membaca dan meninggalkan komen.