Penghargaan Kecil Namun Besar Makna




Apa kau faham kalau kau nampak satu - satu huruf yang disusun indah menjadi kuntuman kata yang berbunyi dan dibaca begini. 'Penghargaan Kecil Namun Besar Makna'? 

Bagi aku, ia tak ubah seperti kuntuman mawar pada si dara yang sedang dilanda sepi ditinggal teruna. Maksudnya begini (baca: bagi aku lah. Ini hanya pendapat aku seorang). 

Ketika Dara sedang sepi dilanda kecewa, kau hulur kuntuman mawar yang cuma sekuntum. Itu pun kau petik di halaman rumah tanpa ketahuan sesiapa takut dituduh bercinta dengan anak jiran tetangga. Namun, sebenarnya. Sekuntum mawar yang tiada nilai pada mata, sangat beerti dan bermakna buat dara. Dan perlahan - lahan sedihnya terhakis. Dan tanpa kau sedar sebenarnya, penghargaan kecil yang bagi kau tiada nilai tapi sangat bermakna buat sesiapa yang menerima. Kerana diri rasa dihargai.

Begitu juga aku. Ben Ashaari telah membuka peluang dan memberi jalan pada aku untuk meneruskan apa yang pernah aku mula dulu. Mula apa? Ketika pertama - tama aku menulis blog. Entri nya cuma segantang banyaknya. Isinya pun cuma pak wa mak wa, cerita yang aku anggap agak ke anak - anakkan ketika era aku sekarang. Itu lah dulu. Membina dan menulis blog hanya mahu menjadikan ia sebagai sebuah dairi atas talian. Ceritanya kawan belanja ais krim, makan di warung Mak Jah, emak masak sambal ikan bilis petai, nenek menganyam ketupat. Ya itulah. Paling aku ingat kisah monyet. Cinta ala monyet. Kelakar rasa. Entah hidup tidak 'monyet - monyet' dulu. 

Tapi ketika aku sedang menaip ini apa yang sedang engkau baca, aku masih lagi aku. Cuma menulisnya tidak lah yang bukan - bukan. Sekarang aku masih lagi menulis ikut rasa dan suka hati. Tapi lebih memikirkan kelayakan ia wujud atau tidak di Kanvas Dakwat. Takut nanti bila aku sudah berusia, aku merasakan janggal mahu membacanya kerana tidak releven dengan usia. Begitulah. 

Entri ini entri Terima Kasih. Terima Kasih yang tidak terhingga buat Encik Ben Ashaari selaku Pengasas Kelab Blogger Ben Ashaari, Keseluruhan Ahli Kelab Blogger Ben Ashaari, Berita Harian (kolum Blogger Remaja), Emak, Ayah, Sahabat, tidak lupa juga kepada Puan/Cik Farhana selaku manusia yang sudi menemuramah aku dan semualah yang terlibat secara langsung atau tidak sepanjang aku menulis dan sehingga tersiarnya perca - perca kisah aku yang terselit di dada akhbar. Ini lah yang aku maksudkan. 'Penghargaan Kecil Namun Besar Makna'. Mereka cuma memberi aku sekuntum mawar sekadar buat aku tersenyum. Tapi mawar itulah permulaan aku untuk terus senyum dan senyum hingg akhir. 

Aku tak janji, aku berjaya menulis apa yang aku sendiri minat atau apa yang orang lain suka, atau tulisan yang memuaskan semua pihak. Tapi aku janji, aku menulis selagi mampu dan terdaya aku. Tanpa membuka aib manusia lain, tanpa hebahan cerita rekaan, cerita palsu, tidak sahih, tanpa yang tidak mendapat keizinan. Terima Kasih buat yang masih sudi singgah. Yang penting, aku masih aku. Aku tetap juga aku sampai bila - bila. Semua yang pernah datang dan pergi itu kekal ada meski kenangannya tidak sama dan berbeza - beza. 

-KanvasDakwat


Penghargaan Kecil Namun Besar Makna


Post a Comment

3 Comments

  1. Wahh..kecik..ayat tersusun..kagummm..kena belajar cara tulis ayat mcmni dri kecik..btw tahniah :D

    ReplyDelete
  2. wah ayat meliuk-liuk macam ditiup angin..siap dgn analogi.

    ReplyDelete
  3. waw!.. tahniah dek.. kita ada jumpa hari tu,duduk satu table tapi tak sempat nak sembang :)
    semoga terus succuss :)

    ReplyDelete

terima kasih kerana meluangkan masa membaca dan meninggalkan komen.