Assalamualaikum. Beberapa hari lepas aku ada menyediakan entri berkenaan KBBA Blogger's Day Out di Kelab Komuniti Tasik Cyberjaya kan? So, makanan tengahari kitorang telah disediakan oleh Bayou Coffeehouse. Engkorang bayangkan lah. Dah penat penat main game, dengan panas je memang aku ni jenis kebulur. Perut dah berbunyi. Dapat je announce suruh makan laju je cari cafe ^_^. So ini lah cafe yang ada di Kelab Komuniti Tasik Cyberjaya.
Keadaan cafe yang sangat kemas. Luas mata memandang. Aircond pun sejuk memang tiptop. Dengan kipas besau nya. Memang lapa terus jadi kenyang lah. Betul tak tipu. Memang selesa sangat. Tak de nak berhimpit.
Masa program KBBA Blogger's Day Out, Bayou Coffeehouse telah menyediakan air oren cordial. Aku dahaga. Orang lain pakat ambil nasi. Aku minum dulu yang penting. Warna dia dah menarik narik aku suruh minum.
Ni tapai pulut sebagai pencuci mulut. Sedap. :)
Koleksi makanan
Banyak sangat makanan sampai aku tak tahu nak ambil mana satu. Tengah lapa ni. Tengok banyak sangat jadi kenyang. Jadi ambil sikit jel. Takut ambil banyak tamak dan tak habis pulak. Membazir kan? Tapi memang puas hati lah. Rambang mata aku nak pilih lauk mana satu.
Part ni paling aku suka. Kalau makan tak de sambal belacan makanan aku jadi hambar. Tak selera. Sambal belacan yang Bayou Coffeehouse sediakan memang tiptop weyh. Habis sambal belacan aku makan. Lebih kurang macam mak aku masak. Selera je aku makan. Rasa nak makan buat cicah pulak. Padahal pedas. Hahaha.
Ni antara menu yang Bayou Coffeehouse sediakan untuk kami. Jangan jeles k? Tengok je.
Semua semangat nak ambil makanan tak sabar nak rasa lauk kampung. Memang rugi lah kalau engkorang tak cuba makanan dekat Bayou Coffeehouse. Memang terbaik. Tak rugi pun. Denagn aircond lagi. Memang puas hati sangat. Dan aku isyhtiharkan aku keluar Bayou Coffeehouse dengan kenyang yang bersahaja. Maksud nya, tak lapar. Tak kenyang sangat. Semua puas.
KUIH MUIH DAN MANISANseri muka, kuih lapis, talam pandan, koleh kacang, lapis sago, pulut inti, lepat pisang, cucur badak, kuih keria, kuih ketayap, sago,gula melaka, bubur som som, agar-agar kelapa, agar koko, strawberry jelly, sausagepastry, pineapple pastry, chocolate pastry, cucur udang, samosa, mini popiah, donuts, bubur pulut hitam, bubur kacang hijau.
FRESH FRUITSpapaya, honeydew, watermelon, guava, star fruit, apple, oranges, chinese pear
GERAI MINUMANABC, air limau kasturi, air tebu, kacang soya,air mata kucing, sirap selasih, sirap bandung, air kelapa, teh tarik, kopi 'o
NOTE : Menu items charges dailywithout prior notice
Kalau engkorang berminat nak buat majlis majlis yang memerlukan katering, jom ramai ramai ambil katering dari Bayou Coffeehouse. Memang tak kan menyesal. :)) Servis tiptop meletopsss. Opssss......
03-83180008 @ 019-33055848
atau email ke : bayoucateringcyberjaya@gmail.com
Facebook
: bayoucoffeehouse
1 Comments
Perghh kerepek empeng pun ado.. Sedapnyaaa.. terbaiklah semua menu yg ada
ReplyDeleteterima kasih kerana meluangkan masa membaca dan meninggalkan komen.