Assalamualaikum. Sekarang aku
di Sentral Market (beberapa jam lalu). Saja jalan kejap. Tadi aku kat Hospital KL, menghantar
dokumen penting. Aku bosan. Jalan jalan lah dekat dalam Sentral Market. Take
picture. Maklumlah suka ambil gambar.
Masa aku duduk duduk syok
layan group whatsapp. Aku usha sorang Uncle Cina ni. Dia kehulur kehilir dengan
berseluar pendek dan tshirt. KAT tangan kanan ada surat khabar cina. Aku
tengokkan je.
Tak lama lepas tu dia datang
kat aku lepas dia nampak aku asyik tengok dia dengan muka tak bersalah. Dia
tanya aku.
" Kakak. Boleh beli satu
nasi tak? "
Aku diam kejap. Lepastu aku
jawab.
"Sorry. Saya pun tak de
duit".
Sebab dalam dompet aku pun
cuma ada rm5. Aku bukan xnak tolong tapi kalau aku tolong duit aku pun tak
cukup. Tu satu hal. Satu hal lagi, aku kat KL. Aku tak de sesiapa kat sini. Aku
datang sorang. Buatnya masa aku nak bukak dompet tu, tangan dia pantas
mendapatkan dompet aku yang cuma penuh dengan lambakan kad bank. Dalamnya zero.
Dengan ic aku.
Lepas aku jawab macam tu. Dia
pergi tinggalkan aku. Aku dengar dia mengomel sendirian. Dalam bahasa cina.
Sukar aku nak pastikan apa butirannya. Aku cuma mampu tengok dia berlalu pergi.
Ni pengalaman aku kali kedua
disapa orang yang minta duit secara berhemah.
Pengalaman pertama aku masa
lepak dekat Air Pancut kat depan KLCC. Masa tu tengah syok tengok warna warna
kat air pancut tu. Sekali ade sorang lelaki berkasut macam pejabat. Duduk
sebelah aku dalam jarak beberapa cm. Bila aku terpandang kasut dia.
Tiba tiba dia datang.
"Kak ada 3 ringgit tak?
Dompet saya hilang lah. nak buat naik bas".
Jawapan aku sama macam kat
atas. Agak agak kalau jadi kat engkorang, apa engkorang buat?
1 Comments
Kalau ene, ena pun buntu... kesian tp entah la.. kita pun xdpt nk bntu diri sendiri apatah lagi nak hulurkan bantuan
ReplyDeleteterima kasih kerana meluangkan masa membaca dan meninggalkan komen.