KBBA Blogger's Day Out yang Awesome




Assalamualaikum. Semangat nak update dari semalam tapi sebab semalam memang triple penat sangat. Jadi mood nak update tu slow down. Ni kira first event yang aku pergi under KBBA. 
Selama 3 tahun aku berblogging, mungkin juga setahun lebih aku mengidam nak masuk KBBA. Sebab aku nak rasa berkawan dengan blogger kat luar jadi satu keluarga. Dan paling best bila Ben Ashaari tunaikan hasrat aku. Alhamdulillah.




Semalam semua sedia maklum merupakan KBBA Blogger's Day Out. Memang satu kenangan manis buat aku yang baru je join KBBA.  Walaupun aku baru je masuk tapi diorang anggap aku sama macam yang lain lain :) Sebab we are KBBA's family. Malam sebelum KBBA Blogger' Day Out berlangsung, aku tak boleh tidur + bila dah dapat tidur asyik terbangun. Eksited sangat nak join event. Paling tak percaya bila aku tak rasa gementar pun. Selalunya aku akan takut nak joibn event event dengan orang yang tak berapa nak kenal. Agaknya sebab kata kata Ben Ashaari selalu terngiang kat telinga "Kalau malu jangan masuk KBBA". Agaknya itulah semangat yang aku tanam since aku bergelar KBBA Official.


Pukul 5.45 pagi aku dah bangun siap mandi. Tapi gerak ke Kelab Komuniti Cyberjaya pukul 7.15 juga. Saja gerak lambat sebab google map cakap 26 minit je. Tapi berlaku pula masalah bila google map tunjuk aku jalan ke Putrajaya dekat dengan tempat event Run 10km tu. Gugup aku. Dah lambat sangat rasanya. AKu berhenti tanya polis bantuan. Memang sah, tempat aku salah. Sebab aku google map Kelab Komuniti Cyberjaya, Selangor bukannya Kelab Komuniti Cyberjaya, Cyberjaya. Aku pun tak tahu apa bezanya. Tapi disebabkan kesalahan kecil tu lah menyebabkan aku salah tempat.

Aku sampai kat Kelab Komuniti Cyberjaya pukul 7.57am. Ngam ngam. Fuhhhh. Tapi sebab kan aku tak tahu kat mana meja pendaftaran, jauhhh nuuun aku park motor. Sebab aku tak nampak sebijik motot pun kat situ. Malu lah aku. Semua naik kereta. Aku ada kereta sorong. Tapi takut 2 3 jam pulak nak sampai. Masak atas jalan.



Masa aku sampai tu kira dah ramai juga yang sampai. 







Sesi bacaan doa


Ucapan dari wakil Kelab Komuniti Cyberjaya


Ucapan dari wakil KBBA



Oh ye. Lupa nak cakap. Ada sesi senamrobik yang di ketuai oleh Fatin Bella. Cecomel je dia atas pentas tu. Ahaksss. Selepas tu kami semua di bawa ke tempat golf. Golf golf ala blogger gitu. Dapat lah aku merasa sukan orang kaya -__- walaupun beriya hayun bola kat situ jugak. 






Hakak Uzu dan Fatin Bella


Gaya hayunan kayu golf seorang juara oleh, Ben Ashaari


Selesai main golf, kami dibawa pula ke court badminton. Untuk game yang dinamakan Badminton ala heboh. Bersesuaian dengan namanya. Aku rasa sepenuh penuh court tu dengar orang ketawa je. Sakit perut. Engkorang bayangkanlah satu kumpulan menghantar 6 orang dengan satu raket. Pandai pandai lah nak main. Macam macam gaya ada. Ada yang terkedu. Ada yang sopan jadi patung. Ada yangs semangat tangkap bulu tangkis dengan tangan. :))


Nampak tak siapa yang semangat tunggu bola? -_-



Selesai main badminton kami semua dijemput makan dengan hidangan yang sedap. Tak tahu nak ambil mana satu. Jadi aku ambil serba sedikit sebagai alas perut yang mengenyangkan. 

Febret sambal belacan 



Selepas makan, blogger dibenarkan ke surau untuk menunaikan solat Zohor. Surau yang bersih dan kemas. Selesa :)


Acara yang dinanti nanti pun tiba.  Open go-kart ^_^

 

Semangat dengar taklimat.




Hero hero jap gi nak shooting Fast Furies kaw.





Pengalaman pertama aku main go-kart. Memang sakit tangan sebab stereng dia keras. Lagipun aku tak berapa nak biasa main benda alah ni. Tapi apa pun memang semua orang enjoy walaupun cuaca panas. 



RM60 for 150 paintballs
RM150 for 500 paintballs
*includes face mask, paintball marker and access to all fields
Paintball Only : RM60 for 500, RM210 for 2000
Target Shooting : RM50 for 150 paintballs
email/call for company, big group, training, student and other packages.
info@cyberjayapaintball.com
+6012.606.6225
www.cyberjayapaintball.com




With Kak Uzu. Im a caption.teeettt



















Pavlova yang aku tak sempat nak rasa. Nak ambik segan. Akhirnya kempunan. Kak Rara yang buat ni :) Diorang cakap sedap :) Engkorang kalau nak rasa pavlova ni boleh buat tempahan dekat Kak Rara




Goodies bag yang ohsem !

TERIMA KASIH YANG TAK TERHINGGA KEPADA SEMUA PENAJA 
1. KELAB KOMUNITI CYBERJAYA 
2. YEOS MALAYSIA 
3. COSMODERM 
4. CRAZY CRUNCHY 
5. NATALIA 
6. STAMP N PRINT ENTERPRISE 
7. AZWAR KAMARUZAMAN

Tak lupa juga kepada semua yang terlibat dalam menjayakan event ni. 


Sesi fotografi bersama semua ahli KBBA. Dengan tamatnya sesi fotografi, maka KBBA Blogger's Day Out pun berakhir dengan rasminya. Terima kasih sebab bagi aku peluang merasai kenangan bersama engkorang semua dalam menjalinkan ukhuwah !


KBBA'S Family






Post a Comment

9 Comments

  1. Tgk pics ni tetiba rasa rindu nak repeat lagi jumpa semua team kbba, terbaik!

    ReplyDelete
  2. Alhamdulillah & Syukur ke hadrat Ilahi , apa yang dirancang dan diharapkan berjalan dgn baik dan semua happy. Terima kasih atas kepercayaan dan tanggungjawab yang diberikan dariseluruh keluarga #kelabbloggerbenashaari . Thank you datang memeriahkan suasana sepanjang BDO.

    ReplyDelete
  3. good lah kecik. enjoy kita semua dengan family KBBA.

    ReplyDelete
  4. X tau pun ada event mcm ni syg la terlepas..

    ReplyDelete
  5. 1st time jumpe kecik.. sempat tegur gitu2 jer sbb kite 1 team paintball kan tp blum sempat nak borak2 panjang... next time boleh joint lg event kbba k... thanks for support...

    ReplyDelete
  6. seronoknye u all... :) dpt tgk je la... hikhik

    ReplyDelete
  7. best jugak aktiviti mcm ni. teringin pulak nak join

    ReplyDelete

terima kasih kerana meluangkan masa membaca dan meninggalkan komen.