JOM Raikan Hari Ibu Dengan Hi-Tea BUFFET Istimewa | Assalamualaikum. Engkorang tahu tak 10 Mei ni hari apa? Okay kalau engkorang tahu, maknanya engkorang memang alert tentang sekeliling. Kalau engkorang tidak tahu maknanya engkorang memang tak pernah ambil peduli tak pernah nak ambil tahu.
"Behind all your stories is always your mother's story. Because hers is where yours begin."- Mitch Albom.
Memetik kata - kata pengarang dari Amerika, dapat kita simpulkan bahawa ibu adalah segala galanya. Tanpa ibu siapa lah kita. Tanpa ibu kita tidak akan hidup di atas muka bumi ini untuk merasai setiap detik kasih sayang dan belaian manja yang datang dari tangan tua nya yang lembut.
Tak salah rasanya jika Hari Ibu, insan yang bernama ibu disambut dengan begitu istimewa untuk menunjukkan kasih sayang kita pula padanya. Bersempena dengan Hari Ibu nanti yang jatuh pada 10 Mei 2015 (Ahad), Grand BlueWave Hotel Shah Alam akan memberikan hidangan istimewa untuk para insan yang bergelar ibu ditemani dengan jemputan khas Adilla Idris (penyanyi).
HI-TEA BUFFET
Tempat :@Royale Songket Restaurant
Tarikh : 12 tengahari - 4 petang
Antara aktiviti yang akan diadakan pada hari tersebut termasuklah- "Sporting Mom Dancing with Adilla"- "Sweet Words for Mom"- "Georgeous Mom Best Dress"- "Guessing Mom's Favourite"- "Cake Decoration"
Majlis yang bertemakan "Blue Turquoise" itu akan menyediakan beberapa hidangan istimewa pada hari tersebut. Hidangan pembuka selera akan dimulakan dengan Tomato Mozilla Salad, Szechuan Chicken with Mango Salad, Rojak Buah Penang, Chicken & Seafood Terrine Platter, Ceaser Salad with Condiment, Assorted Crudities with Avocado Dip and Bread Stick. Jangan risau bukan setakat tu saja. Bagi sesiapa yang ingin memanaskan badan dalam keadaan sejuk dalam aircond anda juga boleh cuba hidangan Ox - Tail Asam Pedas dan Cream of Chicken Powder Soup.
Hidangan yang hebat akan terus dihidangkan kepada para ibu. Antaranya ialah Lamb Shoulder with Green Pepper Corn Sauce, Fossy Egg Prawns, Morrocan Ouzi Rice, Seafood Vole Vaunt, Assorted Tempura, Chicken Sharwarma with Condiments.
Mesti engkorang terliur dengan semua makanan yang bakal dihidangkan pada Hari Ibu nanti. JOM Raikan Hari Ibu dengan Hi-Tea BUFFET Istimewa untuk ibu ibu sekalian. Sesekali bagi ibu merasa seperti dihargai dan diingati dengan layanan sebegini. Bagi ibu pula duduk berehat tidak perlu memasak pada hari istimewanya nanti.
Jangan terlepas peluang keemasan !! . Tempahan boleh dibuat tujuh (7) hari lebih awal melalui talian telefon di nombor 03-55118811.
Telemarketing ext : 2723/2724/2725 and Royale Songket Restaurant ext 2612.
Keterangan lanjut --> info@bluewavehotels.com atau layari www.bluewavehotels.com.
Jangan terlepas peluang keemasan !! . Tempahan boleh dibuat tujuh (7) hari lebih awal melalui talian telefon di nombor 03-55118811.
Telemarketing ext : 2723/2724/2725 and Royale Songket Restaurant ext 2612.
Keterangan lanjut --> info@bluewavehotels.com atau layari www.bluewavehotels.com.
Hi-Tea BUFFET @ Royal Songket Restaurant
Tarikh : 10 Mei 2015
Masa : 12 tengahari - 4 petang
Tempat : @ Royale Songket Restaurant
RM69.00+Dewasa
RM55.00+Warga emas atas 60
RM34.50+Kanak - kanak 4-11 tahun
Tarikh : 10 Mei 2015
Masa : 12 tengahari - 4 petang
Tempat : @ Royale Songket Restaurant
RM69.00+Dewasa
RM55.00+Warga emas atas 60
RM34.50+Kanak - kanak 4-11 tahun
4 Comments
perghhh sedap betul makanan2 tu . .
ReplyDeletenampak mcm sedap je makanan kat sini...
ReplyDeletemacaron tu !!alahaii dah lama tak makan... teringin betul nak pergi hahaha
ReplyDeletelahaiiii bestnya makanannnnn...
ReplyDeleteterima kasih kerana meluangkan masa membaca dan meninggalkan komen.