April 2015 - Mieza S

29 April 2015

JOM Raikan Hari Ibu Dengan Hi-Tea BUFFET Istimewa

April 29, 2015 4
JOM Raikan Hari Ibu Dengan Hi-Tea BUFFET Istimewa



JOM Raikan Hari Ibu Dengan Hi-Tea BUFFET Istimewa | Assalamualaikum. Engkorang tahu tak 10 Mei ni hari apa? Okay kalau engkorang tahu, maknanya engkorang memang alert tentang sekeliling. Kalau engkorang tidak tahu maknanya engkorang memang tak pernah ambil peduli tak pernah nak ambil tahu.

"Behind all your stories is always your mother's story. Because hers is where yours begin."- Mitch Albom.

Memetik kata - kata pengarang dari Amerika, dapat kita simpulkan bahawa ibu adalah segala galanya. Tanpa ibu siapa lah kita. Tanpa ibu kita tidak akan hidup di atas muka bumi ini untuk merasai setiap detik kasih sayang dan belaian manja yang datang dari tangan tua nya yang lembut. 

Tak salah rasanya jika Hari Ibu, insan yang bernama ibu disambut dengan begitu istimewa untuk menunjukkan kasih sayang kita pula padanya. Bersempena dengan Hari Ibu nanti yang jatuh pada 10 Mei 2015 (Ahad), Grand BlueWave Hotel Shah Alam akan memberikan hidangan istimewa untuk para insan yang bergelar ibu ditemani dengan jemputan khas Adilla Idris (penyanyi). 

HI-TEA BUFFET 
Tempat :@Royale Songket Restaurant
Tarikh : 12 tengahari - 4 petang

Antara aktiviti yang akan diadakan pada hari tersebut termasuklah
- "Sporting Mom Dancing with Adilla"
-  "Sweet Words for Mom"
- "Georgeous Mom Best Dress"
- "Guessing Mom's Favourite"
- "Cake Decoration"

Grand BlueWave Hotel



Majlis yang bertemakan "Blue Turquoise" itu akan menyediakan beberapa hidangan istimewa pada hari tersebut. Hidangan pembuka selera akan dimulakan dengan Tomato Mozilla Salad, Szechuan Chicken with Mango Salad, Rojak Buah Penang, Chicken & Seafood Terrine Platter, Ceaser Salad with Condiment, Assorted Crudities with Avocado Dip and Bread Stick. Jangan risau bukan setakat tu saja. Bagi sesiapa yang ingin memanaskan badan dalam keadaan sejuk dalam aircond anda juga boleh cuba hidangan Ox - Tail Asam Pedas dan Cream of Chicken Powder Soup.


Grand BlueWave Hotel


Grand BlueWave HOtel


Grand BlueWave Hotel



Grand BlueWave Hotel


Grand BlueWave Hotel


Hidangan yang hebat akan terus dihidangkan kepada para ibu. Antaranya ialah Lamb Shoulder with Green Pepper Corn Sauce, Fossy Egg Prawns, Morrocan Ouzi Rice, Seafood Vole Vaunt, Assorted Tempura, Chicken Sharwarma with Condiments.


Grand BlueWave Hotel


Grand BlueWave Hotel


Grand BlueWave Hotel


Grand BlueWave Hotel




Grand BlueWave Hotel


Grand BlueWave Hotel



Grand BlueWave Hotel


Tidak lengkap rasanya jika Hi-Tea BUFFET Istimewa tidak ditutup dengan pencuci mulut yang menarik. Grand BlueWave Hotel Shah Alam akan menyediakan pencuci mulut yang terbaik antaranya ialah Pulut Serawa Durian, Choclate Banana Cake, Strawberry Peach Yogurt, Tiramisu in Glass, Mango Puding, Mini Cupcake, Colorful Macaroon, Fresh Fruits Fointain dan banyak lagi. 


Grand BlueWave Hotel


Grand BlueWave Hotel


Grand BlueWave Hotel


Mesti engkorang terliur dengan semua makanan yang bakal dihidangkan pada Hari Ibu nanti. JOM Raikan Hari Ibu dengan Hi-Tea BUFFET Istimewa untuk ibu ibu sekalian. Sesekali bagi ibu merasa seperti dihargai dan diingati dengan layanan sebegini. Bagi ibu pula duduk berehat tidak perlu memasak pada hari istimewanya nanti.

Jangan terlepas peluang keemasan !! . Tempahan boleh dibuat tujuh (7) hari lebih awal melalui talian telefon di nombor 03-55118811.
Telemarketing ext : 2723/2724/2725 and Royale Songket Restaurant ext 2612.
 Keterangan lanjut --> info@bluewavehotels.com atau layari www.bluewavehotels.com.



Hi-Tea BUFFET @ Royal Songket Restaurant
Tarikh : 10 Mei 2015
Masa : 12 tengahari - 4 petang
Tempat : @ Royale Songket Restaurant
RM69.00+Dewasa
RM55.00+Warga emas atas 60
RM34.50+Kanak - kanak 4-11 tahun

28 April 2015

Bayou Coffeehouse , Kelab Komuniti Taman Tasik Cyberjaya

April 28, 2015 1
Bayou Coffeehouse , Kelab Komuniti Taman Tasik Cyberjaya



Assalamualaikum. Beberapa hari lepas aku ada menyediakan entri berkenaan KBBA Blogger's Day Out di Kelab Komuniti Tasik Cyberjaya kan? So, makanan tengahari kitorang telah disediakan oleh Bayou Coffeehouse. Engkorang bayangkan lah. Dah penat penat main game, dengan panas je memang aku ni jenis kebulur. Perut dah berbunyi. Dapat je announce suruh makan laju je cari cafe ^_^. So ini lah cafe yang ada di Kelab Komuniti Tasik Cyberjaya.






Keadaan cafe yang sangat kemas. Luas mata memandang. Aircond pun sejuk memang tiptop. Dengan kipas besau nya. Memang lapa terus jadi kenyang lah. Betul tak tipu. Memang selesa sangat. Tak de nak berhimpit. 



Masa program KBBA Blogger's Day OutBayou Coffeehouse telah menyediakan air oren cordial. Aku dahaga. Orang lain pakat ambil nasi. Aku minum dulu yang penting. Warna dia dah menarik narik aku suruh minum. 



Ni tapai pulut sebagai pencuci mulut. Sedap. :)


Koleksi makanan

Banyak sangat makanan sampai aku tak tahu nak ambil mana satu. Tengah lapa ni. Tengok banyak sangat jadi kenyang. Jadi ambil sikit jel. Takut ambil banyak tamak dan tak habis pulak. Membazir kan? Tapi memang puas hati lah. Rambang mata aku nak pilih lauk mana satu.



Part ni paling aku suka. Kalau makan tak de sambal belacan makanan aku jadi hambar. Tak selera. Sambal belacan yang Bayou Coffeehouse sediakan memang tiptop weyh. Habis sambal belacan aku makan. Lebih kurang macam mak aku masak. Selera je aku makan. Rasa nak makan buat cicah pulak. Padahal pedas. Hahaha.



Ni antara menu yang Bayou Coffeehouse sediakan untuk kami. Jangan jeles k? Tengok je. 


















Semua semangat nak ambil makanan tak sabar nak rasa lauk kampung. Memang rugi lah kalau engkorang tak cuba makanan dekat Bayou Coffeehouse. Memang terbaik. Tak rugi pun. Denagn aircond lagi. Memang puas hati sangat. Dan aku isyhtiharkan aku keluar Bayou Coffeehouse dengan kenyang yang bersahaja. Maksud nya, tak lapar. Tak kenyang sangat. Semua puas.



KUIH MUIH DAN MANISANseri muka, kuih lapis, talam pandan, koleh kacang, lapis sago, pulut inti, lepat pisang, cucur badak, kuih keria, kuih ketayap, sago,gula melaka, bubur som som, agar-agar kelapa, agar koko, strawberry jelly, sausagepastry, pineapple pastry, chocolate pastry, cucur udang, samosa, mini popiah, donuts, bubur pulut hitam, bubur kacang hijau. 

FRESH FRUITSpapaya, honeydew, watermelon, guava, star fruit, apple, oranges, chinese pear

GERAI MINUMANABC, air limau kasturi, air tebu, kacang soya,air mata kucing, sirap selasih, sirap bandung, air kelapa, teh tarik, kopi 'o

NOTE : Menu items charges dailywithout prior notice




Poster di atas ni adalah promotion untuk majlis perkahwinan. Murahkan? Mana lagi nak dapat murah. Susah tau. Lagipun include Pelamin setup + 1 VIP Room + red carpet, PA System + free parking. Tak nak ke semua jadi diva atas karpet merah nanti? Kelas kaw ! Gituu....


Kalau engkorang berminat nak buat majlis majlis yang memerlukan katering, jom ramai ramai ambil katering dari Bayou Coffeehouse. Memang tak kan menyesal. :)) Servis tiptop meletopsss. Opssss......



03-83180008 @ 019-33055848
atau email ke : bayoucateringcyberjaya@gmail.com
Facebook
 : bayoucoffeehouse

Kakak Boleh Beli Satu Nasi Tak

April 28, 2015 1
Kakak Boleh Beli Satu Nasi Tak




Assalamualaikum. Sekarang aku di Sentral Market (beberapa jam lalu). Saja jalan kejap. Tadi aku kat Hospital KL, menghantar dokumen penting. Aku bosan. Jalan jalan lah dekat dalam Sentral Market. Take picture. Maklumlah suka ambil gambar. 

Masa aku duduk duduk syok layan group whatsapp. Aku usha sorang Uncle Cina ni. Dia kehulur kehilir dengan berseluar pendek dan tshirt. KAT tangan kanan ada surat khabar cina. Aku tengokkan je.

Tak lama lepas tu dia datang kat aku lepas dia nampak aku asyik tengok dia dengan muka tak bersalah. Dia tanya aku.

" Kakak. Boleh beli satu nasi tak? "

Aku diam kejap. Lepastu aku jawab.

"Sorry. Saya pun tak de duit".

Sebab dalam dompet aku pun cuma ada rm5. Aku bukan xnak tolong tapi kalau aku tolong duit aku pun tak cukup. Tu satu hal. Satu hal lagi, aku kat KL. Aku tak de sesiapa kat sini. Aku datang sorang. Buatnya masa aku nak bukak dompet tu, tangan dia pantas mendapatkan dompet aku yang cuma penuh dengan lambakan kad bank. Dalamnya zero. Dengan ic aku.

Lepas aku jawab macam tu. Dia pergi tinggalkan aku. Aku dengar dia mengomel sendirian. Dalam bahasa cina. Sukar aku nak pastikan apa butirannya. Aku cuma mampu tengok dia berlalu pergi.

Ni pengalaman aku kali kedua disapa orang yang minta duit secara berhemah.

Pengalaman pertama aku masa lepak dekat Air Pancut kat depan KLCC. Masa tu tengah syok tengok warna warna kat air pancut tu. Sekali ade sorang lelaki berkasut macam pejabat. Duduk sebelah aku dalam jarak beberapa cm. Bila aku terpandang kasut dia.

Tiba tiba dia datang.

"Kak ada 3 ringgit tak? Dompet saya hilang lah. nak buat naik bas".

Jawapan aku sama macam kat atas. Agak agak kalau jadi kat engkorang, apa engkorang buat?


27 April 2015

KBBA Blogger's Day Out yang Awesome

April 27, 2015 9
KBBA Blogger's Day Out yang Awesome



Assalamualaikum. Semangat nak update dari semalam tapi sebab semalam memang triple penat sangat. Jadi mood nak update tu slow down. Ni kira first event yang aku pergi under KBBA. 
Selama 3 tahun aku berblogging, mungkin juga setahun lebih aku mengidam nak masuk KBBA. Sebab aku nak rasa berkawan dengan blogger kat luar jadi satu keluarga. Dan paling best bila Ben Ashaari tunaikan hasrat aku. Alhamdulillah.




Semalam semua sedia maklum merupakan KBBA Blogger's Day Out. Memang satu kenangan manis buat aku yang baru je join KBBA.  Walaupun aku baru je masuk tapi diorang anggap aku sama macam yang lain lain :) Sebab we are KBBA's family. Malam sebelum KBBA Blogger' Day Out berlangsung, aku tak boleh tidur + bila dah dapat tidur asyik terbangun. Eksited sangat nak join event. Paling tak percaya bila aku tak rasa gementar pun. Selalunya aku akan takut nak joibn event event dengan orang yang tak berapa nak kenal. Agaknya sebab kata kata Ben Ashaari selalu terngiang kat telinga "Kalau malu jangan masuk KBBA". Agaknya itulah semangat yang aku tanam since aku bergelar KBBA Official.


Pukul 5.45 pagi aku dah bangun siap mandi. Tapi gerak ke Kelab Komuniti Cyberjaya pukul 7.15 juga. Saja gerak lambat sebab google map cakap 26 minit je. Tapi berlaku pula masalah bila google map tunjuk aku jalan ke Putrajaya dekat dengan tempat event Run 10km tu. Gugup aku. Dah lambat sangat rasanya. AKu berhenti tanya polis bantuan. Memang sah, tempat aku salah. Sebab aku google map Kelab Komuniti Cyberjaya, Selangor bukannya Kelab Komuniti Cyberjaya, Cyberjaya. Aku pun tak tahu apa bezanya. Tapi disebabkan kesalahan kecil tu lah menyebabkan aku salah tempat.

Aku sampai kat Kelab Komuniti Cyberjaya pukul 7.57am. Ngam ngam. Fuhhhh. Tapi sebab kan aku tak tahu kat mana meja pendaftaran, jauhhh nuuun aku park motor. Sebab aku tak nampak sebijik motot pun kat situ. Malu lah aku. Semua naik kereta. Aku ada kereta sorong. Tapi takut 2 3 jam pulak nak sampai. Masak atas jalan.



Masa aku sampai tu kira dah ramai juga yang sampai. 







Sesi bacaan doa


Ucapan dari wakil Kelab Komuniti Cyberjaya


Ucapan dari wakil KBBA



Oh ye. Lupa nak cakap. Ada sesi senamrobik yang di ketuai oleh Fatin Bella. Cecomel je dia atas pentas tu. Ahaksss. Selepas tu kami semua di bawa ke tempat golf. Golf golf ala blogger gitu. Dapat lah aku merasa sukan orang kaya -__- walaupun beriya hayun bola kat situ jugak. 






Hakak Uzu dan Fatin Bella


Gaya hayunan kayu golf seorang juara oleh, Ben Ashaari


Selesai main golf, kami dibawa pula ke court badminton. Untuk game yang dinamakan Badminton ala heboh. Bersesuaian dengan namanya. Aku rasa sepenuh penuh court tu dengar orang ketawa je. Sakit perut. Engkorang bayangkanlah satu kumpulan menghantar 6 orang dengan satu raket. Pandai pandai lah nak main. Macam macam gaya ada. Ada yang terkedu. Ada yang sopan jadi patung. Ada yangs semangat tangkap bulu tangkis dengan tangan. :))


Nampak tak siapa yang semangat tunggu bola? -_-



Selesai main badminton kami semua dijemput makan dengan hidangan yang sedap. Tak tahu nak ambil mana satu. Jadi aku ambil serba sedikit sebagai alas perut yang mengenyangkan. 

Febret sambal belacan 



Selepas makan, blogger dibenarkan ke surau untuk menunaikan solat Zohor. Surau yang bersih dan kemas. Selesa :)


Acara yang dinanti nanti pun tiba.  Open go-kart ^_^

 

Semangat dengar taklimat.




Hero hero jap gi nak shooting Fast Furies kaw.





Pengalaman pertama aku main go-kart. Memang sakit tangan sebab stereng dia keras. Lagipun aku tak berapa nak biasa main benda alah ni. Tapi apa pun memang semua orang enjoy walaupun cuaca panas. 



RM60 for 150 paintballs
RM150 for 500 paintballs
*includes face mask, paintball marker and access to all fields
Paintball Only : RM60 for 500, RM210 for 2000
Target Shooting : RM50 for 150 paintballs
email/call for company, big group, training, student and other packages.
info@cyberjayapaintball.com
+6012.606.6225
www.cyberjayapaintball.com




With Kak Uzu. Im a caption.teeettt



















Pavlova yang aku tak sempat nak rasa. Nak ambik segan. Akhirnya kempunan. Kak Rara yang buat ni :) Diorang cakap sedap :) Engkorang kalau nak rasa pavlova ni boleh buat tempahan dekat Kak Rara




Goodies bag yang ohsem !

TERIMA KASIH YANG TAK TERHINGGA KEPADA SEMUA PENAJA 
1. KELAB KOMUNITI CYBERJAYA 
2. YEOS MALAYSIA 
3. COSMODERM 
4. CRAZY CRUNCHY 
5. NATALIA 
6. STAMP N PRINT ENTERPRISE 
7. AZWAR KAMARUZAMAN

Tak lupa juga kepada semua yang terlibat dalam menjayakan event ni. 


Sesi fotografi bersama semua ahli KBBA. Dengan tamatnya sesi fotografi, maka KBBA Blogger's Day Out pun berakhir dengan rasminya. Terima kasih sebab bagi aku peluang merasai kenangan bersama engkorang semua dalam menjalinkan ukhuwah !


KBBA'S Family