Sunday, February 22, 2015

Orang Kata.





Assalamualaikum. 


Ada orang kata cinta itu kadang-kadang ibarat taik kucing, busuk menyengat tapi bila ditimbus elok hilanglah busuknya.


Ada orang kata cinta itu kadang-kadang ibarat pakai spenda kain satin, glamer dan seksi.

Ada orang kata cinta itu kadang-kadang ibarat sampah di dalam tong jadi buangan, bila tiba masanya tetap dikutip oleh lori sampah lalu dibuang lagi. Dibuang, dibuang dan terus dibuang.

Ada orang kata cinta itu kadang-kadang ibarat dapat makan megi di asrama, sangat sedap di kala susah.

Ada orang kata cinta itu kadang-kadang ibarat naik motor tak pakai baju, kalau kau jatuh habis bercalar-balar.

Ada orang kata cinta itu kadang-kadang ibarat minum kopi kaw di atas bukit sambil hisap rokok, sungguh asyik.

Ada orang kata cinta itu kadang-kadang ibarat dapat iPad nak iPhone pula, tamak dan tak pernah cukup.

Ada orang kata cinta itu kadang-kadang ibarat tayar kereta, bila dah tak ada bunga tukar baru.

Ada orang kata cinta itu kadang-kadang ibarat sumpah laknat orang politik, semua pembohong.

Ada orang kata cinta itu kadang-kadang ibarat Pak Lah, entah apa dia buat sekarang ni.

Ada orang kata cinta itu kadang-kadang ibarat 1Malaysia, tak kira bangsa.

Ada orang kata cinta itu kadang-kadang ibarat henset cabuk yang ada torch light, fangsyen tak seberapa tapi berguna di kala gelap.

Ada orang kata cinta itu kadang-kadang ibarat orang pekak kena kentut, tak ada bunyi tak ada apa, tiba-tiba busuk.

Ada orang kata cinta itu kadang-kadang ibarat orang tak ada bakat melukis yang melukis gambar katak, sudahlah katak itu hodoh bila dilukis lagi menjadi-jadi hodohnya.

Ada orang kata cinta itu kadang-kadang ibarat air tangan emak, buat air kosong pun rasa sedap.

Ada orang kata cinta itu kadang-kadang ibarat Buletin Utama dan Utusan Malaysia, membelit mangsa macam ular sawa lapar.

Ada orang kata cinta itu kadang-kadang ibarat memetik buah durian, tak ada kerja dan cari masalah. Pokok durian tinggi dia bukan macam pokok rambutan nak main panjat-panjat.

Ada orang kata cinta itu kadang-kadang ibarat tengok bola di stadium Malaysia, sepi tapi kalau dah semangat tu tetap semangat.

Ada orang kata cinta itu kadang-kadang ibarat makan sambal belacan, pedas tapi sedap.

Ada orang kata cinta itu kadang-kadang ibarat naik komuter, naik sekali taubat tak nak naik dah.

Ada orang kata cinta itu kadang-kadang ibarat makwe solid melawan cakap emak, indah di mata tapi bahaya dibuat bini.

Ada orang kata cinta itu kadang-kadang ibarat batu-batuan di bawah air terjun, tetap setia walau terus-terusan dihempas dan dibalun.


sumber



Aku tak mengibaratkan cinta tu seperti sesuatu yang sangat sukar difahami. Tapi inilah yang aku anggap cinta.
Bagi aku cinta tu macam, macam mana aku nak describe. Aku taku nanti kena gelak. Aku suka jatuh cinta pada yang tidak kaya. Aku suka jatuh cinta pada kekurangan. Aku suka jatuh cinta pada yang biasa biasa. Aku suka jatuh cinta pada mencintai puisi. AKu suka jatuh cinta pada yang keseorangan. Aku suka jatuh cinta pada yang sunyi. 



Kenapa? 


Yang tidak kaya tu tak pernah lupa diri.
Yang serba kekurangan itu tak pernah menongkah.
Yang biasa biasa itu berpijak tanah.
Yang mencintai puisi itu jiwanya seni.
Yang keseorangan itu perlukan teman.
Yang sunyi itu jiwanya kosong.


Dan aku lah yang akan mengisinya nanti. 



Rasanya ni merupakan pertama kali aku nak berkongsi kisah. Bila lelaki dan perempuan berkawan pasti akan mula jatuh cinta Mudah. Gampang gila. Tapi perasaan tu cuma sementara sebab dia tengah bahagiakan kita. Aku pulak? Pelik. Ramai kawan aku marahkan aku. Dorang cakap 
"We kau tolonglah jangan nak berkawan dengan orang pelik. Muka macam orang jahat."
Aku sendiri tak pernah ada jawapan untuk itu. 

Mungkin ini apa yang aku anggap. Untuk menjawab persoalan kawan aku tadi. Kenapa orang yang aku suka semua muka jahat muka pecah. Sebab yang sempurna dan hensem dan ganteng itu nanti akan melukakan aku. Sedangkan yang muka buruk ni orang tak nampak mana kesempurnaan dia. Dan cuma aku sahaja yang akan terlihat kesemprnaan dia. 

Betul? Kenapa aku suka budak nakal? Sebab dalam otak aku dan minda aku telah terlihat dan belajar memahami yang bersekolah agama itu berserban bertudung litup tapi belakang nya jahat. Tak terlihat. Menutup kejahatan dengan kebaikan. Betul? Walaupun tak semua. Tapi macam tu lah. 

Sampai bila pun aku tetap akan fikir macam tu. Kalau budak nakal, kita tau dia nakal, jadi bila dia buat jahat, hati ni tak sakit sangat kita boleh accept dia sebab dari awal kita tahu dia jahat. Tapi kau bayangkan kalau dia tu muka suci. Sekali dia baling taik. Kau boleh terima ke? Susahkan ? Lagipun yang jahat tu tak selamanya jahat. Dan yang baik tak selamanya baik. Jadi dari situ, bila kita pernah jadi jahat, kita pernah buat jahat kita akan kembali ke pangkal jalan. Tapi kalau selama ni dia buat baik kat dunia, mesti dia bosan. Dia nak rasa macam mana seronoknya jadi jahat. 


Dan aku sendiri tak faham. Kenapa orang yang aku suka tu lebih kepada lelaki yang nakal. Muka pecah. kerja biasa biasa. Entah. Aku tak faham. Dan aku sudah jatuh cinta rupanya. Dan memetik kata kata pujangga dibawah, buat aku terfikir satu kerja gila. Walaupun aku bukan sesiapa. Perempuan tak kaya. Harta pun tak ada. Muka hodoh buruk. Aku tetap akan meluahkan nya suatu hari nanti. Insyaallah. Doakan aku yang baik. Bukan untuk mengejar status perempuan murahan. Tapi elok kalau jujur dan sementara masih punya waktu hayat aku. Diterima atau tak bukan urusan aku. Yang aku tahu, aku ikhlas. 



Jangan simpan kata-kata cinta pada orang yang tersayang sehingga dia meninggal dunia , lantaran akhirnya kamu terpaksa catatkan kata-kata cinta itu pada pusaranya . Sebaliknya ucapkan kata-kata cinta yang tersimpan dibenakmu itu sekarang selagi ada hayatnya.


Thursday, February 19, 2015

Review - Terbaik Dari Langit


REVIEW - TERBAIK DARI LANGIT | Assalamualaikum. Hai korang. Untuk hari pertama cerita ni dipromote di media sosial, langsung tak pernah terlintas kat fikiran aku tentang adakah kisah berkenaan UFO. Dan kalau tak silap aku, aku jumpa poster pasal filem Terbaik Dari Langit di waktu aku menghadiri event di rumah pena. Dan semenjak dari tu, aku memang berhajat nak tengok. Tapi tak kesampaian nak tengok dekat cinema. Mungkin bukan rezeki. Tapi harini aku dah jadi salah seorang yang bertuah sebab dapat menonton Terbaik Dari Langit walaupun bamgi korang cerita tu dah basi. 
First at all, jujur aku nak bagitau, filem di Malaysia yang ditayangkan di Panggung wayang banyaknya di adaptasi dari novel, atau dari filem menjadi novel. Apa yang membosankan ialah 100% cerita berkenaan dengan CINTA. Benda ni mengingatkan aku waktu aku blajar sejarah dulu. "One day, kalau duit dah terlalu banyak tapi barang murah, duit tu akan jadi sampah dan tak berguna ". Aku terpula istilah apa yang digunakan untuk menggambarkan situasi macam ni. 
Macam tu lah yang aku bayangkan sekarang. Kerana lambakan cerita cerita ni lah aku dah mula rasa muak, jelik dengan semua cerita melayu yang akan keluar panggung. Tak payah tengok dah tau tak best. Overall pasal CINTA yang memang dah tau jalan ceritanya. Lama lama semua status kat media social berkenaan CINTA. Waktu cerita Lagenda Budak Setan sedang hangat diperkatakan, status paling bodoh pernah aku baca ialah "aku sanggup kena rogol. Sebab aku tau aku akan dapat cinta sejati". Sampah weyh sampai macam ni sekali. Semua adegan dalam cerita CINTA tu semua nya budak budak sekolah ikut. 
TERBAIK DARI LANGIT. Bagi aku ni satu filem yang bagus. Rata rata ramai yang akan cakap bosan sebab cerita dia a litte bit like a shit. Bagi aku, betullah. Kita tak perlu faham cerita janji kita enjoy whats going on. Right? 
Berg; sang karyawan yang tidak pernah kisah dengan kutukan karyawan-karyawan seangkatan, Toyu; sang guru separa eksentrik dan rendah yakin diri, Ijam; sang aktor rupawan yang penuh solekan kesombongan antara buat-buat dan tidak; dan Ali; seorang kutu yang jual apa yang boleh jual - bersama seorang gadis sunti, Sofea Jane hanya pada nama, tidak pada rupa – akhirnya bersetuju untuk seiring dan sejalan mengembara menjejaki “mangkok torobang” (telor Mamat Khalid yang cameo dalam filem ini sambil membantai seorang direktor terkenal Malaya!) dalam misi menyempurnakan filem seni Berg yang entah apa-apa itu.

Masing-masing punya masalah masing-masing (kecuali Sofea Jane) dan itulah bagasi beban kehidupan yang mereka kendong sepanjang pengembaraan; yang satu demi satu diselesaikan dengan begitu halus oleh kegeniusan Redza Minhat dan rakan-rakan dalam bait-bait skrip dan lakon layarnya.


Hebatnya Berg, walaupun selalu dikutuk, namun dia tegar dengan apa yang dia mahu. Dia sanggup berjuang untuk itu. Walaupun apa yang dia buat tu dipandang seakan akan bodoh. Dan tidak diterima akal,


Lihat sahaja beberapa contoh yang berbekas di ingatan ini :

“Bila kau baca buku
yang kau tak faham,
buku tu yang bodoh
atau kau yang bodoh?”

“Ruginya tak makan durian!”
“Tak rugi kalau tak suka!”
“Macam mana tau tak suka kalau tak cuba!”

“Semua orang nak jadi berbeza.
Jadi, sebenarnya semua orang sama.
Yang penting sebenarnya ialah
untuk menjadi diri kita sendiri!”

“Tolonglah jadi professional”
“Sebelum professional, jadi rasional dulu, boleh?”

“Jom masuk,
nanti Sofea Jane aku merajuk-
susah!”

“Hotel Lake Garden….Hm…”
“Bukan! Lek Garden, macam Lek Lu (Relaks dulu)”


TERBAIK DARI LANGIT ni lebih kepada bagaimana kita mencari diri kita sebenarnya. Tu je aku nak cakap :) Apa pun TUMBS UP to u guys :)

rujukan : zaimterbang

Wednesday, February 18, 2015

INSTA : RANTAI ART FESTIVAL 2015









Creative bazaar at Rantai Art Festival 2015 that will be held on 28 & 29 March at Lanai Matic, Jalan Ampang from 10 am-10 pm.


Assalamualaikum. Hai. Aku rasa dalam banyak banyak event ni, event palinh ohsem weyh. Mana tak nye macam macam ada. Start dari art, fashion sampailah ke makanan nya. :) Woooo Korang tak mnat ke ? 


AKU DESIGN ialah satu branding lokal yang telah ditubuhkan semenjak 2009 dan mula bertapak di Melaka. Kalau korang jenis follow up semua jenis lokal brand, korang pasti akan kenal kampeni ni. bukan calang calang orang beb. Dan beliau akan turut serta dalam Rantai Art Festival nanti. Rugilah kalau korang tak join. 





#Repost @rantaiart

・・・
Hi korang.



Sesiapa berminat nak tunjukkan bakat graffiti & mural anda di Rantai Art Festival 2015 sila hubungi kami di hello@rantaiart.org


Untuk kali ini space sangat limited. So cepat cepat daftar. Percuma je.


Kami tidak menyediakan bahan untuk spray. 


Korang ada bakat dalam grafiti? Dari korang conteng conteng dinding yak tak mendapat pengiktirafan apa kata korang datang dan join diorang? Korang boleh kenal antara satu sama lain. Dapat ramai kawan yang ada minat yang sama. Best nyaa. Malangnya aku bukan jenis yang berbakat gitu. 











Lukisan lukisan yang memang superb ohsem ni adalah dari puteri manja. Orang panggil beliau manja. Dan beliau juga merupakan salah satu dari mereka yang akan join di Rantai Art Vestival. Mesti korang tak puas kan tengok lukisan dia yang memang, pergh !!! Cantik ah. So. Korang set date and time okay :) Jngan lupa. See u guys at there :) 

INSTA : DANCE COMPETION





#Repost @klhighstreet2015
・・・
Street Dance Competition !!!! Category ? Group ... Date ? on April ... Venue ? City Centre Kuala Lumpur. Closing date 4 registration 2 march 2015 . Organise by J Ideas Management.
Open for registration ... call this number for any inquire ... 03 92015196 ... Hurry up !! lots of great prizes to be won ....
@alamwakaka
#lokalbrand #streetwear #lokalah #streetfashion#streetmalaysia #streetdance #brandesignbazaar

INSTA : BUSKING COMPETION






・・・
BUSKING COMPETITION !!!! Category ? Group ... Date ? on April ... Venue ? City Centre Kuala Lumpur. Closing date 4 registration 2 march 2015 . Organise by J Ideas Management.
Open for registration ... call this number for any inquire ... 03 92015196 ... Hurry up !! lots of great prizes to be won .... #lokalbrand #streetwear#lokalah #streetfashion #streetmalaysia#streetdance #brandesignbazaar #fashiondesigner#streetcompetition #konsert #konsertartist#citycentre #busking #buskers #music #advertising#cityofdream #jideasmanagement

INSTAGRAM : PAHANG UNITED SKINHEAD




PAHANG UNITED SKINHEAD! ..
DATE : 28 feb 2015( 2pm-10pm)
..
VENUE: ORXHID STUDIO HALL,
KEDAI DESA JLN ZABIDIN,
MENTAKAB. (before Telekom/Benteng)
..
PRICE : RM12
..
CONTACT: 0179-222050/014-2968878




Assalamualaikum. Hai semua. Siapa cakap skinhead dah mati? Buktinya mereka akan berunion. U alls minat genre skinhead? Jom lepak :) tengok dorang perform

INSTAGRAM : PROPAGANDA FEST 5.0





#Repost @propagandafest

・・・
Propaganda Fest 5.0 x lama lagi!! Save date cpt2 4&5 April 2015 di RASTA TTDI.Jom kita kembalikan nostalgia berniaga dan bershopping di RASTA TTDI DAMANSARA. Kami di Propaganda akan menjanjikan yg terbaik untuk anda semua. Propaganda Fest 5.0 kali ini akan memgumpulkan lebih dari 60 brand yg meletup letup semua di bawah 1 bumbung. Korang xcited ke idok?? Hah nk tw ke sapa yg join Propaganda Fest kali ni? Ni hah




Kita pastikan yg terbaik untuk anda semua. Pasti korang xkan menyesal dtg ke Propaganda Fest 5.0. Jangan lupa official hashtag kita #propagandafest5#propareunion
Jumpa korang semua nanti



#propagandafest #karnivalmega #lokalah #fashion#music #lifestyle #havoc #awesome #rasta #ttdi#damansara

INSTA : TEATER LORONG PEMIMPI





#Repost @chowkityouth
・・・
Hai Jom Share dan Support!

Jangan lupa menyaksikan pementasan Teater Lorong Pemimpi yang bakal dipentaskan pada#Mac2015 di Auditorium DBKL.

Untuk informasi lanjut mengenai tiket anda boleh email kepada chowkityouth@gmail.com atau menghubungi Hussein 011-11330732/ Ali 011-39846694.

Ikuti perkembangan kami di facebook. www.facebookcom/chowkityouth

#ChowKitYouth #LorongPemimpi #Mac2015 #1MDB#BijiBiji #ChowKit.




Assalamualaikum. hai semua. Korang ada yang meminati Teater? Jom lah datang beramai ramai memeriah kan majlis ni. Tiket pun tak mahal sangat. Sure korang suka. Aku pun akan turun. Nanti kalau korang turun inform ye. Mane tau dapat kita berjumpa :)  Boleh mengeratkan sillaturahim kan. Sebab dah lama sangat menulis tapi tak pernah pula kita jumpa. 

INSTA : PUBLIK KOTA FEST




PUBLIK KOTA FEST


#Repost @publikotafest

・・・
Calling All Vendors



PUBLIK KOTA FEST @publikotafest
Date 
28 & 29 MARCH 2015



VENUE
Dataran Underground,Dataran Merdeka,Kuala Lumpur



Time 
10.00 AM - 10.00 PM



EVENT ACTIVITY
Fashion
Local Brand
Music
Acoustic Performance



Interested?
Email : publikotafest@hotmail.com



Or 
Whatsapp 0176969557




Assalamualaikum. Hai. Dah lama sangat rasanya tak update entri. Kali ni aku nak promote pasal PUBLIK KOTA FEST yang akan berlangsung di Dataran Underground tidak lama lagi. Pastikan korang save date untuk datang pada hari kejadian. Dan sama sama terus menyokong lokal :) 


Tuesday, February 10, 2015

INTERFACE PROJEK AKHIR



MICROSOFT ACCESS projek


MICROSOFT ACCESS projek akhir


MICROSOFT ACCESS projek akhir



Masih baru dalam penggunaan ACCESS. Ini sahajalah yang mampu :) 

Sunday, February 8, 2015

TUTORIAL CREATE TABLE ( JADUAL ) - ACCESS





TUTORIAL CREATE TABLE ( JADUAL ) - ACCESS  | Assalamualaikum. Harini aku akan tunjuk satu lagi asas dalam penggunaan access. Iaitu membuat table (jadual) dalam sistem. Sepatutnya ini merupakan tutorial yang pertama. Tapi aku dah langkau dengan button(butang) dulu. Aku harap sesiapa yang merujuk tutorial ni dia akan faham.



Table yang aku maksudkan adalah table (jadual) yang akan digunakan untuk penyimpanan data data korang nanti, Okay lets start.





1. Pertama sekali korang kene klik tab CREATE. Dekat tab tu ada icon yang tulis TABLE. Okay klik yang tu. 



2. Lepas klik paparan macam kat atas ni akan keluar. So korang bagi la nama TABLE korang. Makesure semua huruf besar dan tak de jarak. Tapi kalau korang jarak pun tak de masalah aku rasa, sebab tak keluar error pun. Tapi bila korang belajar awal awal pasal pangkalan data ni nanti korang akan belajar pasal entiti, erd, dan sebagainya. Jadi mungkin korang akan lebih faham.



3.Data Type tu apa pulak? Data type tu (currency, number, short text......) currency untuk mata wang, number untuk nombor, dan perkataan biasa tu boleh guna short text. korang yang kena setting sendiri berdasarkan data yang korang akan tulis nanti.





4. Hsilkan akan jadi macam di atas. Kalau nak mix kan antara perkataan dan nombor korang still kena guna short text. :) 


Okay siap. Ouh lupa. Macam mana nak buat macam paparan di atas selepas setting data type ? Korang kena pergi dekat tab HOME then pilih table view.