Orang Kata.





Assalamualaikum. 


Ada orang kata cinta itu kadang-kadang ibarat taik kucing, busuk menyengat tapi bila ditimbus elok hilanglah busuknya.


Ada orang kata cinta itu kadang-kadang ibarat pakai spenda kain satin, glamer dan seksi.

Ada orang kata cinta itu kadang-kadang ibarat sampah di dalam tong jadi buangan, bila tiba masanya tetap dikutip oleh lori sampah lalu dibuang lagi. Dibuang, dibuang dan terus dibuang.

Ada orang kata cinta itu kadang-kadang ibarat dapat makan megi di asrama, sangat sedap di kala susah.

Ada orang kata cinta itu kadang-kadang ibarat naik motor tak pakai baju, kalau kau jatuh habis bercalar-balar.

Ada orang kata cinta itu kadang-kadang ibarat minum kopi kaw di atas bukit sambil hisap rokok, sungguh asyik.

Ada orang kata cinta itu kadang-kadang ibarat dapat iPad nak iPhone pula, tamak dan tak pernah cukup.

Ada orang kata cinta itu kadang-kadang ibarat tayar kereta, bila dah tak ada bunga tukar baru.

Ada orang kata cinta itu kadang-kadang ibarat sumpah laknat orang politik, semua pembohong.

Ada orang kata cinta itu kadang-kadang ibarat Pak Lah, entah apa dia buat sekarang ni.

Ada orang kata cinta itu kadang-kadang ibarat 1Malaysia, tak kira bangsa.

Ada orang kata cinta itu kadang-kadang ibarat henset cabuk yang ada torch light, fangsyen tak seberapa tapi berguna di kala gelap.

Ada orang kata cinta itu kadang-kadang ibarat orang pekak kena kentut, tak ada bunyi tak ada apa, tiba-tiba busuk.

Ada orang kata cinta itu kadang-kadang ibarat orang tak ada bakat melukis yang melukis gambar katak, sudahlah katak itu hodoh bila dilukis lagi menjadi-jadi hodohnya.

Ada orang kata cinta itu kadang-kadang ibarat air tangan emak, buat air kosong pun rasa sedap.

Ada orang kata cinta itu kadang-kadang ibarat Buletin Utama dan Utusan Malaysia, membelit mangsa macam ular sawa lapar.

Ada orang kata cinta itu kadang-kadang ibarat memetik buah durian, tak ada kerja dan cari masalah. Pokok durian tinggi dia bukan macam pokok rambutan nak main panjat-panjat.

Ada orang kata cinta itu kadang-kadang ibarat tengok bola di stadium Malaysia, sepi tapi kalau dah semangat tu tetap semangat.

Ada orang kata cinta itu kadang-kadang ibarat makan sambal belacan, pedas tapi sedap.

Ada orang kata cinta itu kadang-kadang ibarat naik komuter, naik sekali taubat tak nak naik dah.

Ada orang kata cinta itu kadang-kadang ibarat makwe solid melawan cakap emak, indah di mata tapi bahaya dibuat bini.

Ada orang kata cinta itu kadang-kadang ibarat batu-batuan di bawah air terjun, tetap setia walau terus-terusan dihempas dan dibalun.


sumber



Aku tak mengibaratkan cinta tu seperti sesuatu yang sangat sukar difahami. Tapi inilah yang aku anggap cinta.
Bagi aku cinta tu macam, macam mana aku nak describe. Aku taku nanti kena gelak. Aku suka jatuh cinta pada yang tidak kaya. Aku suka jatuh cinta pada kekurangan. Aku suka jatuh cinta pada yang biasa biasa. Aku suka jatuh cinta pada mencintai puisi. AKu suka jatuh cinta pada yang keseorangan. Aku suka jatuh cinta pada yang sunyi. 



Kenapa? 


Yang tidak kaya tu tak pernah lupa diri.
Yang serba kekurangan itu tak pernah menongkah.
Yang biasa biasa itu berpijak tanah.
Yang mencintai puisi itu jiwanya seni.
Yang keseorangan itu perlukan teman.
Yang sunyi itu jiwanya kosong.


Dan aku lah yang akan mengisinya nanti. 



Rasanya ni merupakan pertama kali aku nak berkongsi kisah. Bila lelaki dan perempuan berkawan pasti akan mula jatuh cinta Mudah. Gampang gila. Tapi perasaan tu cuma sementara sebab dia tengah bahagiakan kita. Aku pulak? Pelik. Ramai kawan aku marahkan aku. Dorang cakap 
"We kau tolonglah jangan nak berkawan dengan orang pelik. Muka macam orang jahat."
Aku sendiri tak pernah ada jawapan untuk itu. 

Mungkin ini apa yang aku anggap. Untuk menjawab persoalan kawan aku tadi. Kenapa orang yang aku suka semua muka jahat muka pecah. Sebab yang sempurna dan hensem dan ganteng itu nanti akan melukakan aku. Sedangkan yang muka buruk ni orang tak nampak mana kesempurnaan dia. Dan cuma aku sahaja yang akan terlihat kesemprnaan dia. 

Betul? Kenapa aku suka budak nakal? Sebab dalam otak aku dan minda aku telah terlihat dan belajar memahami yang bersekolah agama itu berserban bertudung litup tapi belakang nya jahat. Tak terlihat. Menutup kejahatan dengan kebaikan. Betul? Walaupun tak semua. Tapi macam tu lah. 

Sampai bila pun aku tetap akan fikir macam tu. Kalau budak nakal, kita tau dia nakal, jadi bila dia buat jahat, hati ni tak sakit sangat kita boleh accept dia sebab dari awal kita tahu dia jahat. Tapi kau bayangkan kalau dia tu muka suci. Sekali dia baling taik. Kau boleh terima ke? Susahkan ? Lagipun yang jahat tu tak selamanya jahat. Dan yang baik tak selamanya baik. Jadi dari situ, bila kita pernah jadi jahat, kita pernah buat jahat kita akan kembali ke pangkal jalan. Tapi kalau selama ni dia buat baik kat dunia, mesti dia bosan. Dia nak rasa macam mana seronoknya jadi jahat. 


Dan aku sendiri tak faham. Kenapa orang yang aku suka tu lebih kepada lelaki yang nakal. Muka pecah. kerja biasa biasa. Entah. Aku tak faham. Dan aku sudah jatuh cinta rupanya. Dan memetik kata kata pujangga dibawah, buat aku terfikir satu kerja gila. Walaupun aku bukan sesiapa. Perempuan tak kaya. Harta pun tak ada. Muka hodoh buruk. Aku tetap akan meluahkan nya suatu hari nanti. Insyaallah. Doakan aku yang baik. Bukan untuk mengejar status perempuan murahan. Tapi elok kalau jujur dan sementara masih punya waktu hayat aku. Diterima atau tak bukan urusan aku. Yang aku tahu, aku ikhlas. 



Jangan simpan kata-kata cinta pada orang yang tersayang sehingga dia meninggal dunia , lantaran akhirnya kamu terpaksa catatkan kata-kata cinta itu pada pusaranya . Sebaliknya ucapkan kata-kata cinta yang tersimpan dibenakmu itu sekarang selagi ada hayatnya.


Post a Comment

5 Comments

  1. assalam..

    saya balas kunjungan dan follow sini :)

    ReplyDelete
  2. ia terpulang kepada diri kita sendiri untuk menilainya

    ReplyDelete
  3. orang kata . kata orang tak boleh dipercayai . hehee

    ReplyDelete
  4. "Ada orang kata cinta itu kadang-kadang ibarat makan sambal belacan, pedas tapi sedap..."

    Cinta hati sy ni suka sgt sambal belacan... hihi.. :)

    ReplyDelete
  5. salam ziarah...

    betul tu...mcm2 anggapan cinta ni. it depends on how an individual chooses to believe it is....

    http://thebeautyofsplendid.blogspot.co.uk/

    ReplyDelete

terima kasih kerana meluangkan masa membaca dan meninggalkan komen.