Review - Terbaik Dari Langit


REVIEW - TERBAIK DARI LANGIT | Assalamualaikum. Hai korang. Untuk hari pertama cerita ni dipromote di media sosial, langsung tak pernah terlintas kat fikiran aku tentang adakah kisah berkenaan UFO. Dan kalau tak silap aku, aku jumpa poster pasal filem Terbaik Dari Langit di waktu aku menghadiri event di rumah pena. Dan semenjak dari tu, aku memang berhajat nak tengok. Tapi tak kesampaian nak tengok dekat cinema. Mungkin bukan rezeki. Tapi harini aku dah jadi salah seorang yang bertuah sebab dapat menonton Terbaik Dari Langit walaupun bamgi korang cerita tu dah basi. 
First at all, jujur aku nak bagitau, filem di Malaysia yang ditayangkan di Panggung wayang banyaknya di adaptasi dari novel, atau dari filem menjadi novel. Apa yang membosankan ialah 100% cerita berkenaan dengan CINTA. Benda ni mengingatkan aku waktu aku blajar sejarah dulu. "One day, kalau duit dah terlalu banyak tapi barang murah, duit tu akan jadi sampah dan tak berguna ". Aku terpula istilah apa yang digunakan untuk menggambarkan situasi macam ni. 
Macam tu lah yang aku bayangkan sekarang. Kerana lambakan cerita cerita ni lah aku dah mula rasa muak, jelik dengan semua cerita melayu yang akan keluar panggung. Tak payah tengok dah tau tak best. Overall pasal CINTA yang memang dah tau jalan ceritanya. Lama lama semua status kat media social berkenaan CINTA. Waktu cerita Lagenda Budak Setan sedang hangat diperkatakan, status paling bodoh pernah aku baca ialah "aku sanggup kena rogol. Sebab aku tau aku akan dapat cinta sejati". Sampah weyh sampai macam ni sekali. Semua adegan dalam cerita CINTA tu semua nya budak budak sekolah ikut. 
TERBAIK DARI LANGIT. Bagi aku ni satu filem yang bagus. Rata rata ramai yang akan cakap bosan sebab cerita dia a litte bit like a shit. Bagi aku, betullah. Kita tak perlu faham cerita janji kita enjoy whats going on. Right? 
Berg; sang karyawan yang tidak pernah kisah dengan kutukan karyawan-karyawan seangkatan, Toyu; sang guru separa eksentrik dan rendah yakin diri, Ijam; sang aktor rupawan yang penuh solekan kesombongan antara buat-buat dan tidak; dan Ali; seorang kutu yang jual apa yang boleh jual - bersama seorang gadis sunti, Sofea Jane hanya pada nama, tidak pada rupa – akhirnya bersetuju untuk seiring dan sejalan mengembara menjejaki “mangkok torobang” (telor Mamat Khalid yang cameo dalam filem ini sambil membantai seorang direktor terkenal Malaya!) dalam misi menyempurnakan filem seni Berg yang entah apa-apa itu.

Masing-masing punya masalah masing-masing (kecuali Sofea Jane) dan itulah bagasi beban kehidupan yang mereka kendong sepanjang pengembaraan; yang satu demi satu diselesaikan dengan begitu halus oleh kegeniusan Redza Minhat dan rakan-rakan dalam bait-bait skrip dan lakon layarnya.


Hebatnya Berg, walaupun selalu dikutuk, namun dia tegar dengan apa yang dia mahu. Dia sanggup berjuang untuk itu. Walaupun apa yang dia buat tu dipandang seakan akan bodoh. Dan tidak diterima akal,


Lihat sahaja beberapa contoh yang berbekas di ingatan ini :

“Bila kau baca buku
yang kau tak faham,
buku tu yang bodoh
atau kau yang bodoh?”

“Ruginya tak makan durian!”
“Tak rugi kalau tak suka!”
“Macam mana tau tak suka kalau tak cuba!”

“Semua orang nak jadi berbeza.
Jadi, sebenarnya semua orang sama.
Yang penting sebenarnya ialah
untuk menjadi diri kita sendiri!”

“Tolonglah jadi professional”
“Sebelum professional, jadi rasional dulu, boleh?”

“Jom masuk,
nanti Sofea Jane aku merajuk-
susah!”

“Hotel Lake Garden….Hm…”
“Bukan! Lek Garden, macam Lek Lu (Relaks dulu)”


TERBAIK DARI LANGIT ni lebih kepada bagaimana kita mencari diri kita sebenarnya. Tu je aku nak cakap :) Apa pun TUMBS UP to u guys :)

rujukan : zaimterbang

Post a Comment

0 Comments